Rindu
Assalamualaikum wbt
Setiap kali membaca status Facebook junior-junior di Moscow bercerita tentang kesejukan melampau di sana untuk musim sejuk kali ini, hati saya menjadi sangat rindu pada kehidupan di sana suatu masa dulu.
Antara yang saya rindukan ialah kawan-kawan. Sekarang semuanya sudah tercampak bertugas di seluruh Malaysia. Rindunya pada mereka. Apabila melihat gambar di bawah ini, saya teringat-ingat semula gelagat kami semua selepas menduduki final exam dulu. Dengan mengusung beg dan buku selepas exam, kami singgah makan di Mac Donald di Frunzenskaya sebelum balik berjalan kaki ke hostel. Dan gambar ini diambil ketika kami sedang menghampiri Bangunan Dekan. Waktu ini, kami semua terasa amat lega kerana sudahpun melepasi exam penting itu. Dan exam itulah yang menjadi titik pemisah yang menjadikan kami bukan lagi pelajar.
Rindunya pada Moscow dan seluruh isinya…
Nota 1: Yeay! Esok emak, ayah dan adik-adik akan balik dari Sarawak. Rumah akan riuh semula! ^___^
Nota 2: Bengang saya kembali menjelma petang tadi. Sabtu ni saya on call lagi. Kan dah kata. Benganglah. Siapa tak bengang. Asyik kena weekend call je. Bengang ok. Bengang.