Bengang (ii)
Assalamualaikumw bt
Saya pernah beritahu dulu. Jangan nasihat-nasihat saya bab kahwin dan cari pasangan ni. Saya pantang sikit bab-bab ni. Boleh naik marah jadinya. Jadi bengang sangat. Siapa yang betul-betul kenal saya, tahulah macam mana saya boleh naik angin kalau dinasihatkan banyak-banyak tentang hal ini. Saya memang cukup pantang. Kalau sedang berdepan, bila-bila masa saja saya boleh tinggalkan orang itu bercakap seorang diri.
Kosong tu ada banyak maknanya. Kenapalah erti kosong tu selalu diinterpretasikan sebagai ‘keseorangan’? Kosong yang saya maksudkan memang kosong. Lifeless. Tiada kaitan dengan berteman, berdua atau yang seumpama dengannya.
Lagi satu. Saya memang peminat lagu-lagu Melayu lama. Lagu klasik. Siapa yang mengenali saya tahu akan hal itu. Lirik lagu Gurindam tu tiada kena mengena dengan saya merindu dendam pada seseorang. Tak ada masa untuk itu. Saya memang kagum dengan indahnya kiasan, metafora dan perumpamaan yang sarat dalam lagu-lagu Melayu lama. Kalau sedar, lagu menimbang rasa di sisi blog ini tak bertukar sudah berbulan-bulan. Sebab apa? Sebab saya suka. Alunan telefon bimbit saya lagu apa? Lagu Dara Pujaan. Sebab apa? Sebab saya memang suka sangat yang teramat sangat. Lagu yang saya simpan dalam telefon bimbit saya lagu apa? Lagu Suka Sama Suka nyanyian Rafeah Buang dan Omar Suwito. Sebab apa? Sebab saya memang suka liriknya.
Habis sesi saya melepaskan kebengangan saya. Sepanjang hari ini saya memang bengang saja. MO saya cari pasallah. HO partner saya ni pun sama saja. Semua kerja diserahkan kepada saya. Semuanya saja mahu buat saya bengang. Entah apa pasal saya bersabar sangat dengan mereka semua ni. Sudah sampai rumah, staff nurse pula cari pasal. Baru nak bagitahu ada discharge summary hendak dibuat. Apa pasal tidak bagitahu saya awal-awal? Bila Surgical sudah discharge, bagitahulah Medical awal-awal. Ini tak. Orang sudah sampai rumah pukul 6.30 petang, baru terhegeh-hegeh hendak bagitahu. Memang bengang. Ingat saya ni tak payah rehat ke apa? Seharian saya tak makan apa-apa dari pagi melainkan air nescafe sacawan dan air masak segelas. Sampai pening-pening kepala. Apa saya ni tak perlu rehatkah?
Bengang. Memang bengang. Siapa cari pasal lagi dengan saya malam ni, memang sajalah tu. Esok pula on call lagi. Sampai Sabtu. Apasal bila hujung minggu saja, saya on call? Apasal? Apasal? Apasal? Ini tak aci! Bengang ok. Bengang!
Nota 1: Saya memang tengah bengang secara serius. Jangan harap nak tengok saya senyum hatta di rumah sekalipun.
Nota 2: Ini kali kedua saya menulis entri bengang. Saya menulis begini bila kebengangan berada di tahap kemuncak.
dr jgn bengang.. be cool..hehe ๐
Reply
bagusla ada tempat nak luahkan… sy boleh rasa ape yg sarah rase… kalau tiada perasaan bengang, bukan manusialah namanya tu…
tp dalam masa yang sama, kita perlu bersabar dan byk berzikir, insyaallah perjalanan kita akan mudah keesokan hari…
akhir skali sarah nie cute la bile marah, kalo senyum lagi la cutessss… hee![:mrgreen:](http://sarahshukor.com/wp-includes/images/smilies/mrgreen.png)
Reply
harap dimaafkan salah silap kata dan sebagainya. ๐
Reply
hai sarah… ni kak senandung yg suka baca n3 di blog u.
sebetulnya sarah bengang dengan apa? kerja yang banyak atau hati yang cemburu.
biasalah tu… ada masa nak marah juga kan.
dr. seorang yg hebat
sebab tu selalu diperlukan
sarah seorang yang mesra
kerana banyak cerita dikongsi bersama
adik seorang yang ada pendirian
suka lagu klasik
tapi jika ada yang tak suka
jangan marah
siti seorang yg cantik
pasti banyak teman…
ok… salam.
Reply
Don’t Quit Poem
by anonymous
When things go wrong, as they sometimes will,
When the road you’re trudging seems all up hill,
When the funds are low and the debts are high,
And you want to smile, but you have to sigh,
When care is pressing you down a bit,
Rest! if you must; but don’t you quit.
Life is queer with its twists and turns,
As everyone of us sometimes learns,
And many a failure turns about
When he might have won had he stuck it out;
Don’t give up, though the pace seems slow;
You might succeed with another blow.
Often the goal is nearer than
It seems to a faint and faltering man,
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor’s cup.
And he learned too late, when the night slipped down,
How close he was to the golden crown.
Success is failure turned inside out;
The silver tint of the clouds of doubt;
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems afar;
So stick to the fight when you’re hardest hit;
It’s when things seem worst that you mustn’t quit.
It is truly when things seem the worst that you mustn’t quit.
And I know that is so true because Allah has promised me and you, promised us in His own words as below,
Reply
Natasha A.Hadi Reply:
December 11th, 2009 at 4:41 pm
pakcik shukor,
saya nak copy paste poem kat atas boleh?
best!
Reply
Sarah Reply:
December 16th, 2009 at 11:47 pm
I read your comment when I was on call that day at hosp. Ayah memang suka buat Ngah nangis kan :'(
Reply
tutup mata. tarik nafas. n rilex =)
Reply
Dear Sarah,
Banyakkan bersabar…akak rasa..you should go for holiday..kalau kita asyik sibuk nak selesaikan semua benda dengan perfect tapi menyebabkan hati dan jiwa tersiksa..untuk apa…go for holiday..give time for yourself..tinggalkan keje tu dulu..sampai mati pun ia takkan selesai..
maaf jika terkasar bahasa. ๐
Reply
Salam sarah
Kenapa kita bengang yer???? Kerana orang tidak memahami apa yang kita rasakan…. dan bersangka yang bukan2.
Kalo sarah boleh survive di Rusia tu, dengan pelbagai ragam dan karenah, apalah sangat Malaysia nie.
Senario tetap sama yang berbeza watak dan suasana jer.
Sarah semakin dewasa…
Reply
sarah!
take a deep breath and be cool(huhu-nasihat retorik dari tasha)
ermm..yuppp, sarah mmg peminat lagu2 melayu lama:)
kenal dari zaman sekolah lagi, satu dorm sume! die mmg bab sastera mmg xbleh nak challenge—>lari topik kot saya dah.
p/s:saya selalu je rasa bengang dgn org2 yg tak paham2 dan kdg2 kita tgh penat2 baru balik keje or oncall, mcm2 nak btau!hahaha.
sarah be cool! i know u can do it..admire that u r so strong enough! ๐ ๐
Reply
wahahahah…bagus!!!bagus!!! saya suka entry nie..sungguh…lepaskan semuanya..nanti kalau simpan lame2 akan meletop..lepaskan…ya..jangan sesiapa berani nak nasihat cik sarah nie pasal kawin..sila go tru semua entry di blog lame..akan tahu.. ๐ฟ ๐ฟ ๐ฟ ๐ฟ ๐ฟ ๐ฟ ๐ฟ ๐ฟ ๐ฟ ๐ฟ ๐ฟ ๐ฟ
Reply
please bersabar. tell them whomever passing the buck upfront that you are in the midst of doing _tasks. and following tothat you have to do___. of course with a diplomatic tones and a bit of smile.
take care. onnce these 2,3 years are over, no body will take you away from your medicines and practise.
Reply
๐
Reply
akak sarah yess setuju dgn akak
kenape orang selalu misinterpret maksud kekosongon itu
saye agree dgn akak
ps: bengang2 akak pun,masih tetap cute ๐
Reply
take it easy, it’s ok to get ‘bengang’. semua orang ada masalah dan semua orang akan merasa bengang dari masa ke semasa. cuma macammana nak handle bengang tu yg paling penting. kalau kita tenang, kita selamat tapi kalau ‘freak out’ boleh merosak diri…
kosong? kalau dah kerja macam ni hari2 memang lifeless la… nak buat camno, memang gitu rutinnya jadi doktor. tau sangat2 sebab abang ana pun doktor/ specialist/sub-specialist & bla bla bla…
Reply
*takut dgn mata berapi2*
Reply
salam ziarah~
bila luah hati rasa ringan, then istighfar banyak2 okay!
selamat menjadi manusia tabah!!
Reply
apapun…Allah always be there utk kita mengadu…
Moga diberi kekuatan utk mengatasi stage skrg…rabbuna ma3aki
Reply
Salam DR.
Takut dah nak comment. ๐ฟ
Reply
hurm….
Bak kata pepatah melayu…
Buat baik berpada2…
Buat jahat jgn sekali….
My thought is u hv to exercise the quote”buat baik berpada2″
coz i think you r being too nice…
being too nice will bring you no where…
So just be nice… not too nice..=)
Reply