Memerdekakan Diri
Assalamualaikum wbt
Sebelum Izz hendak tidur semalam, dia menyuruh saya menelefon ayahnya. Sebaik selesai si ayah mengucapkan selamat malam dan mengingatkan Izz untuk membaca doa-doa rutin bersama saya, lalu telefon pun dipadamkan.
Izz: Ok mama. Sleep.
Mama: Jom sleep. Jom baca doa sama-sama.
Izz: Esok ayah alik?
Mama: Insya Allah ayah balik lepas kelas. Izz kenalah doa banyak-banyak ok.
Izz: Angun pagi. Bersolat. Izz doa.
Mama: *Terdiam*
Terdiam kerana sangat terharu rupa-rupanya motivasi sebelum tidur setiap hari yang saya selalu sebutkan padanya perihal esok pagi perlu bangun untuk solat Subuh, bukan ke sekolah atau aktiviti yang lain, terpahat dalam memorinya. Lalu kami membaca susunan doa-doa yang menjadi rutin sebelum tidur kami, memperbaharui syahadah, melafazkan zikir Ya Latif dan Izz memeluk lengan kiri saya lalu terus tidur.
Kadang-kadang ada banyak perkara menyedihkan boleh terjadi dalam hidup kita. Kita berbuat baik dengan orang, orang salah anggap dengan kita. Kita berbaik sangka dengan orang, orang pula fikir kita talam dua muka. Kita ambil berat dengan orang, orang kata kita buang tabiat pula. Kita mendoakan yang baik-baik untuk orang dengan seikhlasnya, tapi orang kata kita menunjuk-nunjuk pula.
Terlalu payah sifir hidup ini bila kita fikir apa yang orang fikirkan tentang kita. Jadilah orang yang berjaya memerdekakan diri daripada apa yang difikirkan oleh orang lain. Kerana di penghujung hari, apa yang dilihat Allah pada kitalah yang paling penting, bukannya apa yang dinilai dan dilihat manusia.
Kita tak hidup dek puji. Kita tak mati dek keji.
Dan bagi saya, dengan melayan fitrah anak kecil yang masih suci jiwanya adalah salah satu cara untuk kembali menginsafi diri. Kerana dia mengajar saya untuk melihat apa yang penting di mata Allah. Bukan mata manusia. Semuanya kembali kepada sesusuk objek itu; hati.
Tertampar rasanya!
Selalu memang suruh anak2 tido awal sebab esok nak sekolah..
MasyaAllah
Betapa kadang2 leka sangat
Mendidik anak2 dari sekecil2 perkara
Terima kasih atas perkongsian ini dr 🙂
Reply
Dr,
Semoga dipermudahkan segalanya.
Kiss2 untuk abg Izz and adik baby dalam peyut.
Reply
Salam, nak tanya Izz pelat ke tidak.
Reply
Sarah Reply:
May 23rd, 2014 at 5:26 am
Salam Kak. Izz pelat tapi boleh difahami. Pelat dia biasanya hilang bunyi huruf oertama pada perkataan tu. Contohnya macam makan jadi akan/atan. Tengok jadi engok. Haha. Macam tu la lebih kurang.
Reply
Thank you a lot for sharing this with all people you really recognize what you’re speaking about!
Bookmarked. Kindly additionally discuss with my site =).
We may have a link exchange contract among us
Reply
Howdy! I know this is somewhat off topic but I was wondering if
you knew where I could find a captcha plugin for my comment
form? I’m using the same blog platform as yours and I’m having difficulty finding one?
Thanks a lot!
Reply
Use the bagua map to find the perfect area for this and also other feng shui
remedies. Immerse the cleaned greens in a pot of boiling water for 5 minutes.
The Muscari is normally used along pavement and walkways, as well as along foundations of houses.
It could be the rotation of the shaft in the generator
that creates magnetic field which can be converted into electricity
by electromagnetic field induction.
Reply
Salam dr sarah,
Saya pernah suatu ketika dulu mengikuti blog ni dan boleh dikatakan blog ni bukan cetusan drp seorg doktor, tetapi lebih kepada tulisan seorg sasterawan. Cuma untuk pengetahuan dr, saya telah memilih blog dr ni sebagai antara 11 “Malaysia Best Blog 2015” ikut pandangan saya.
Dr boleh baca post saya tentang blog ni di blog blog saya, just follow the link below:
http://panduanpercuma.info/malaysia-best-blog-2015/6619/malaysia-best-blog-2015
TQ! Hope you like it.
Reply
I am really loving the theme/design of your web site. Do
you ever run into any browser compatibility problems? A small number of my blog visitors have
complained about my blog not operating correctly in Explorer but looks great in Firefox.
Do you have any solutions to help fix this problem?
Reply