Isikan Biar Terisi
Assalamualaikum wbt
Akhir-akhir ini, di saat hidup orang lain di sekeliling saya semakin terisi, saya rasa hidup saya semakin kosong. Sangat kosong. Balik dari kerja, saya makan nasi sambil menghadap TV dan kemudian terus menuju ke bilik dan tidur. Komunikasi hampir zero. Fantasi lebih aktif berbanding aktiviti lisan. Diam memang teman saya.
Tertekan dengan kawan-kawan yang kuat membuli di tempat kerja pun satu lagi halnya. Tak pernah-pernah saya mengamuk, baru-baru ini habis saya hentak-hentak steering kereta kerana marahkan seseorang. Tapi bila berhadapan, semua itu tak terluahkan. Terpaksalah saya menjadi mangsa buli di tempat kerja. Dikerah melakukan apa yang tak perlu dilakukan pun. Cuti sayapun lebur begitu saja. Sehingga saya terlepas mengikuti perkara-perkara penting dalam keluarga. Termasuklah sebuah episod istimewa untuk emak dan ayah.
Tak apalah. Hidup ini, ada ubi ada batas. Tiba suatu hari nanti, semua ini pasti terbalas.
Cara saya menghiburkan hati, saya mendengar Radio Klasik Nasional setiap pagi. Saya boleh tersenyum seorang mendengar lirik lagu dulu-dulu. Ada satu lagu yang hari-hari menitir di bibir saya. Gurindam. Datin Rafeah Buang. Selalunya, saya turut bergurindam sama seiring dengan dendangan radio.
“Langit cerah awan membiru, di dinihari embun pun jatuh, sakit menanggung rindu, di dalam air, di dalam air badan berpeluh.”
Gurindam lama memang dahsyat. Metafora berganda-ganda. Sampaikan di dalam air pun badan boleh berpeluh, ya. Indahnya, indahnya.
Kalau ada caranya, saya mahu jalan cerita hidup ini berubah. Menjadi penuh semula. Menjadi ada daripada tiada apa-apa. Jangan kosong. Isikan biar terisi. Yang kosong mudah dibisiki syaitan dan nafsu. Yang kosong mudah dibelenggu sadis dan jemu.
Nota: Saya post call. Wajib tidur sekarang walaupun baru pukul 9 lebih. Menguap tak sudah-sudah dah ni. Hmm… Inilah hidup saya setiap hari. Selamat malam Malaya.
salam cik dokter,
moga apa yang ingin diisi dapat diisi dengan yang penuh berisi ^^
banyakkan bersabar kerna tidak rugi menjadi orang yg sabar. hari ni jari mereka, lain kali hari sarah pula. pasti akan datang sesuatu yang baik utk sarah kerna sarah bekerja mencurah bakti utk orang lain.
moga mimpi indah. daaa ^^
Reply
pembetulan, hari sebenarnya bukan jari ;p
Reply
sebenarnya hati yang kosong minta diisi π
Reply
Lagi menggelikan hati kalau Kak Sarah dengar Sinar malam-malam. Ada sesi ucapan pada yang tersayang “Ke hadapan adinda yang jauh di mata, kasih kita sampai ke sorga” ewwwww haha.
Di sini sentiasa mendoakan keceriaan Kak Sarah ^_^
Reply
Tabah lah.
Sabar lah.
Tabar lah.
Sabah lah.
Hahaha. Ceria-ceria. Isi dengan sembang dengan diri sendiri dalam kereta. Memelikkan.
Reply
klasik nasional mmg boleh mereda kusut masai hati yg walang ..
tibaΒ² boleh sejuk beku hehehehe π
Reply
org yg membuli sgt jahat! buang dia dlm tong sampah
Reply
cari lah teman sms amacam? π
Reply
salam..
akak..
sy silent reader akak
bole x sy link bloh akak..=)
Reply
Sabar itu selalunya berakhir dengan keindahan π
sarah, jom kita enjoy what ever lies in front of us..
*isikan biar terisi* π π
Reply
salam sarah.
lama tak post komen kat sini. cuba isi hati sarah dengan hati orang lain.. ehm.. orang yg boleh menyejukkan hati waktu hati sedang panas misalnya. Atau cuba isi sisi sebelah kanan waktu tidur mlm. at least ada seseorang untuk mendengar keluhan sarah diwaktu2 nk lelapkan mata. moga tidurmu lebih lena lepas ni. akak doakan.. selamat bertugas!
Reply
Salam sarah,
Sy kenal awk..awk mesti boleh atasi semua tu tau π awk hanya perlukan masa je..kena belajar kata ‘tidak’ sesekali..memang ia perlukan keberanian..:) sarah, kita sama genglah..geng klasik nasional..klaaassiiiiiiiiiikk nasional!! *nyanyi,hehe.
Reply
ehem, kak sarah, kalau boring, bleh je twitting dgn kitorg dekat alam maya ni.
dapatkan blackberry dipasaran sekarang! ^^
Reply
salam doc..
oooo..ada org buli doc..cube bgth cape yg berani sgt tu…isy22..xpatut..
sabarla dr.sarah yea…sabar itu kan sebahagian dr iman..
chaiyok2 yea doc..agak2 nak ngadu..tekan je la ext-0 tu..;-)..always be with u.. π
Reply
hehe, kalo aku xleh dgr lagu klasik2 nie, jadik lagi stress.. game laa penawar hati duka paling efektif! Yeah!!
Reply
Salam sarah,
Sesekali dengar la ikim.fm, bnyk kata-kata nasihat yang disampaikan, relevan dengan kehidupan seharian kita.
Ghasenya sudah sampai masanya sarah memikirkan tentang seseorang yang boleh menjadi imam pd sarah……
Apa yang sarah lalui itu, adalah warna warni kehidupan, BERSABAR yer.
Reply
hati kosong sebenarnya minta diisi…
Reply
I was like..Sarah pun boleh layan? Amazingly cik Fesal pun has joined the club..wah..
Sekali sekala kalu dah serabut dgn hits,muak dgn fly, atau sekadar bertukar angin IKIM, boleh juga terlayan irama 40-70an, siap imajin camne la suasana doulu2.
Reply
approach the person if he from same level, then ajak dia pegi minum kat kantin.
then gently approach the subject of buli in a direct manner which i think u know how to say it.
if he is slightly senior, approach him as a session of pep talk. Let him know that you are looking at him as a mentor. asking for guidance how to handle as a junior doctor with assignment coming from left and right etc. So that they can be more reasonable.
Ask from his perspective as him/her as an individual dealing in the situations.
Reply