Izz Zayd Mishary : Motivasi Penghijrahan Mama

Assalamualaikum wbt

25 April dua tahun yang lalu adalah hari terakhir mama intubate patient, bagi spinal, epidural, buat block, CSE, handle complicated case, semuanya dalam satu hari. Memang macam-macam yang terjadi pada hari itu. Walaupun mama tidak oncall, tapi mama balik rumah ditemani Zayd yang masih dalam kandungan tepat pada pukul 10 malam. Rupanya ada sebab kenapa Allah susun begitu. Allah nak bagi mama merasa kesemua prosedur ini secara all in one day buat kali terakhirnya.

Ya, kali terakhir. Rutin harian mama dalam Anaesthesiology berakhir pada hari itu. Mama tak menyangka itulah hari terakhir mama praktis di OT/ICU sebab mama juga tak menyangka keesokannya itu mama dikejarkan ke Hospital Temerloh dengan ambulan kerana adanya komplikasi. Dan selepas daripada komplikasi itu, mama diberikan MC sehingga bersalin. Dan sebelum bersalin, mama terima surat memberitahu pertukaran mama telah diluluskan dan destinasinya ialah ke Ibu Pejabat KKM di Putrajaya. Segala kenangan mama bersama segala perit-jerih belajar untuk menjadi seorang pakar bius berakhir di situ, pada tanggal 25 April 2014.

Mama cuba mencari hikmah dan bersangka baik dengan Allah. Semestinya Allah telah aturkan yang terbaik untuk kita sekeluarga. Perkara yang memberikan semangat dan menjadi motivasi mama untuk menerima perpindahan itu adalah keluarga kita terutamanya anak-anak mama. Setelah sekian lama menanti untuk dapat bertukar dan tinggal sebumbung sekeluarga, akhirnya Allah makbulkan. Kenapa mama tidak bersyukur pula, kan? Acapkali mama menangis memikirkan kenapa Allah twist jalan cerita hidup mama. Tapi Alhamdulillah, hati mama ini diberatkan dengan perasaan syukur yang jauh lebih banyak. Allah itu Maha Tahu apa akan terjadi seterusnya.

Ditakdirkan, ayah sangat sibuk selepas tamat master. Terlalu kerap outstation ke luar negara dan tidak mempunyai masa yang fleksibel. Nah, di situ hikmahnya. Hikmah yang maha besar Allah telah aturkan untuk kita sekeluarga. Agar mama dapat menjadi pendamping yang sentiasa ada untuk anak-anak berdua.

Tatkala Zayd lahir, mama nekad, penghijrahan ini mesti diteruskan. Demi keluarga kita, bukan atas sebab yang lainnya.

7 Mei, genap 2 tahun nekad itu dicekalkan di hati. Pada tanggal ini dua tahun yang lalu, Izz Zayd Mishary dilahirkan dan mama nekad sepenuh hati untuk menjadi yang berkorban demi keluarga. Mama nekad untuk ketepikan cita-cita demi anak-anak mama. Sebab itu mama sedih bila ada masanya mama rasakan matlamat penghijrahan ini menyeksa mama semula kerana kehidupan mama sangat sibuk (sangat yang teramat sangat) dan tanggungjawab jauh lebih besar apabila sudah berpindah ke tempat baru. Mama rasa seperti telah memungkiri janji untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak. Dan perasaan itu sangat menyusahkan jiwa.

Zayd, hari ini genap umur Zayd 2 tahun. Terlalu baik Allah itu menjadikan Zayd ini anak yang sangat mudah diurus. Paling mama akan ingat selamanya, Zayd jenis tak bangun malam untuk menyusu apatah lagi nak bergayut sepanjang malam. Ini memang paling membezakan Zayd dan Abang Izz. Zayd juga pada umur ini, lebih petah, aktif dan bijaknya juga lebih lain macam. Anugerah betul si Zayd ini. Kuat merajuk pun iya. Tapi sumpah, walaupun mama sedih terpaksa meninggalkan bidang yang sangat mama minati, mama tak pernah menyesal membuat penghijrahan ini. Demi ayah, demi anak-anak mama. Semoga pengorbanan ini menjadi asbab pahala untuk mama. Dan semoga Zayd sentiasa ingat, Zaydlah motivasi mama untuk meneruskan langkah pertama menerima penghijrahan ini dengan hati terbuka suatu masa dahulu.

Selamat ulangtahun yang kedua, Izz Zayd Mishary. Kamu itu anugerah penuh hikmah, buat seluruh kehidupan Abang Izz, mama dan ayah. Teruslah membesar menjadi anak soleh yang sihat, bijak dan sentiasa membahagiakan orang lain. Penting mama tekankan untuk menjadi asbab bahagia kepada orang lain. Kerana dengan membuat orang lain senang dan bahagia kerana kita, pahala juga akan masuk mencurah-curah menjadi saham syurga yang paling mudah untuk kita ke sana.

Membesarlah menjadi anak yang bahagia lagi membahagiakan dalam kasih sayang mama, ayah dan Allah!

Salam sayang,

Mama.

Nota: Tunggu ayah balik dari outstation baru kita makan besar ye, Zayd. Muaaah

6 Responses to “Izz Zayd Mishary : Motivasi Penghijrahan Mama”

  1. nhhas says on :

    Semoga Allah gantikan dengan sebaik2 penggantian atas pengorbanan Dr.Sarah…

    Sebenarnya amat rugi utk hospital kerajaan kehilangan Dr. yang baik dan berdedikasi mcm Dr. Sarah ni…

    Huhuhu… sebab ramai doktor2 muda di hospital kerajaan esp.putrajaya yang sombong dan annoying dalam mengurus dan merawat pesakit … hu hu hu…

    Serik berurusan dengan hospital putrajaya …

    Doc… jgn give up … mesti usaha n doa … semoga satu hari nnt dpt mnjadi seorang pakar bius dan beri sumbangan untuk rakya malaysia ye …

    #jgnHijrahkeOverC pulak tau tau tau …

    Hi hi hi

  2. ifti says on :

    selamat hari lahir zayd!! semoga ilmu, iman dan amal semakin bertambah seiring dgn peningkatan usia. mmuaahhhh ciked.!!

  3. adaibrahim says on :

    selamat hari lahir zayd..semangat kak sarah.lama tak baca blog akak, moga diberi kelapangan untuk terus menulis ya..;)

  4. MamaMayraa says on :

    Salam Dr. Sarah…

    Jalan kehidupan saya hampir sama dengan dgn Dr….
    Setelah menamatkan housemanship sy bercita-cita utk menjadi pakar psychiatry..
    Akan tetapi semasa mendapat posting ke Serdang sbg MO, sy tidak dpt menjadi sebahagian drpd dept Psy…sgt sedih sbb sy betul2 ingin berada di dept ini..
    Setelah setahun lebih di Serdang, saya telah memohon utk bertukar ke ibu pejabat kerana suami dan anak-anak (terlalu kerap oncall di serdang dahulu) dek kerana tidak mahu mengabaikan keluarga…
    kini kehidupan sy di ibu pejabat kkm pun tidak seindah yg saya fikirkan…
    sy rindukan kerjaya sebenar sbg seorg doktor yg merawat pesakit…sy benar2 ingin kembali ke dunia klinikal ttp pada masa yg sama berasa gusar ttg penerimaan rakan2 di klinik/hospital ttg kebolehan sy yg mungkin sudah agak berkarat..huhu
    sy sedih melihat diri saya yg tidak berkembang dari segi kerjaya sedangkan rakan-rakan lain sudah mara ke peringkat seterusnya iaitu mengambil masters ke bidang2 masing2…then again kita tak boleh nak compare hidup kita dgn org lain…
    I hope someday you will achieve u dreams too just like how i wish my dreams would come into reality…Amiin 🙂

  5. Sarah Shukor says on :

    Salam MamaMayraa.

    Sorry. Saya baru je baca komen ni. How I wish we could meet one day and share our stories. At this point of time pun, saya rasa macam nak nangis kat someone nak luah apa yang terbuku kat hati saya. Sad… Tapi itu la. Sangat mencabar life lately ni. Yang paling mencabar dan tercabar sekali ialah part nak sambung belajar tu. Boss tak nak lepaskan. Hmm… Option yang ada ialah self fund tapi sambung course yang less significant. Hati ni memang menangis sokmo bila tiba part further study ni. How is your condition there? In which division you are now?

  6. Sue says on :

    Dilema wanita bekerja. Antara cita-cita dan family.
    Semoga dipermudahkan segala urusan 🙂

Leave a Reply