My Little Caliph

Assalamualaikum wbt

Ehem ehem. Alhamdulillah. Saya kini bergelar ibu hamil 22 minggu. Sudah melepasi separuh perjalanan untuk kembara my little caliph. Alhamdulillah yang boleh saya ucapkan.

Sewaktu disahkan mengandung, waktu itu jugalah saya masih dalam tempoh sakit-sakit tengkuk akibat patah tulang tengkuk ketika kemalangan. Tidak lama selepas itu, saya mengalami komplikasi threatened abortion pula (Ugutan keguguran? Hahaha. Serius, serius. Amaran tanda-tanda hampir keguguran) disebabkan terlalu sibuk dan aktif ketika oncall. Saya mengalami pendarahan yang agak lama. Dalam hati, hampir-hampir saya berputus asa bahawa saya dan suami mungkin akan kehilangan anak ini. Waktu itu, hampir semua rakan sekerja mengatakan bahawa saya sudah keguguran. Remuk redam rasanya ketika itu.

Tapi, saya nekad dalam hati. Selagi tiada sakit yang teruk dan saya tidak nampak apa-apa ketulan yang keluar, saya yakin my little caliph masih ada lagi. Saya meneruskan ubat hormon (Duphaston) yang saya ambil selama dua minggu dan selepas di scan semula, Alhamdulillah, my little caliph masih berdenyut jantungnya! :lol:

Bermula pada usia kandungan mencecah 7 minggu, sebaik saya dan suami dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang menziarahi saudara-mara di sana, maka bermulalah episod kisah lembik seorang ibu mengandung. Tragisnya. Saya mengalami hyperemesis gravidarum (mabuk akibat perubahan hormon ketika mengandung) yang maha dahsyat. Saya mengalami muntah-muntah yang terlalu teruk sehingga mencecah lebih 20 kali sehari.

Saya bukan setakat muntah biasa yang keluar habis semua makanan dan air yang masuk ke perut. Lebih teruk daripada itu, saya turut muntah darah akibat mengalami muntah-muntah secara berterusan (Mallory-Weiss Tear). Keadaan saya memang sangat lembik. Tapi disebabkan sekarang saya sudah pun berkerja secara sistem syif di hospital, saya tidak dapat mengambil cuti. Saya hanya pernah MC selama 3 hari saja. Lagi wow (ini ayat suami saya ya), saya juga tidak pernah dimasukkan ke wad. Saya hanya setakat menerima drip (masuk air) di kecemasan sekali dan selebihnya hanya memasang branula di tangan sendiri dan masuk drip di dewan bedah (OT) selepas tamat kerja.

Selama hampir 3 bulan saya begitu. Sudahlah berjauhan dengan suami, kena bekerja tanpa cuti, badan lembik tak terkata, jadi, emak dan ayahlah yang menjaga saya. Di awal episod kelembikan bermula, setiap kali hujung minggu tiba dan sebelum suami saya pulang semula ke Putrajaya, saya akan menangis sebab sedih ditinggalkan. Di awal pagi setiap hari Isnin, akan kelihatanlah drama saya di luar rumah. Huhu. Saya jadi seorang yang cengeng. Asyik nak nangis saja. Sampaikan suami pun berat hati hendak meninggalkan saya di Temerloh. :cry:

Di awal kehamilan itu, disebabkan tidak boleh makan dan minum langsung, kadang-kadang apabila sudah tersangat lapar, saya akan meminta suami saya membelikan air oren Mirinda dan maggi dalam cawan perisa tomyam. Tak nak yang dalam bungkus. Nak yang dalam cawan saja. Tank nak perisa lain. Nak tomyam saja. Kalau stok air oren Mirinda habis, saya sanggup untuk tidak minum apa-apa yang lain sehinggalah stok air seterusnya tiba. Jika suami saya tiada, adik saya Adi yang belajar di Shah Alam kebetulan sedang bercuti ketika itu. Jadi, dialah yang menolong saya memberlikan stok air oren Mirinda, menghantar dan menjemput saya di hospital, membelikan apa-apa saja keperluan saya termasuklah mengeluarkan duit gaji, bayarkan kereta dan segala bil saya.

Jika di rumah pula, bagi hari-hari yang saya bekerja malam, emak akan menyapukan minyak di badan saya dan mengurut-ngurut tengkuk saya. Ayah pula, setiap kali dia melihat saya sudah muntah-muntah dengan teruknya selepas balik kerja terutamanya di tengah malam, dia akan bertanyakan apa yang saya teringin makan. Semestinya hanya satu permintaan saya pada ayah. Maggi ayah. Huhu. Ayah memang pandai masak maggi dengan caranya sendiri. Tak guna perencah segala bagai tu. Maggi ayah penuh dengan sayuran dan kuahnya pekat. Tapi sebaik sudah makan 3 ke 4 sudu, saya pasti akan muntah juga. Tapi setidak-tidaknya, saya rasa puas sebab dapat makan sesuatu yang tekak saya mahu. Paling mengada, saya pernah meminta maggi sup. Huhu. Apa punya resepi entah. Tapi ayah buatkan juga. Iya. Ayah memang turutkan saja apa yang saya minta itu. :lol:

Jika saya rasa sedikit segar dan terasa hendak makan nasi, satu-satunya yang boleh diterima oleh tekak saya ialah nasi goreng ikan bilis dan udang kering yang emak masak. Iya. Saya boleh makan semangkuk kalau mahu. Tapi lepas itu akan muntah semulalah. Tapi setidak-tidaknya, saya rasa puas sebab dapat makan nasi. Ada pada suatu hujung minggu itu, emak dan ayah pulang ke Penang dengan adik-adik. Tinggallah suami saya saja. Disebabkan sehari sebelum itu saya muntah darah yang terlalu teruk sehingga selepas itu langsung tidak boleh menelan hatta air masak sekali pun, dia telah memasakkan saya nasi goreng ikan bilis. Bertungkus lumus dia di dapur untuk menyediakan hidangan itu. Sebaik selesai, haaa, sampai 3 pinggan saya makan! Tapi pada sebelah malamnya, saya muntah kembali semua yang saya makan tadi dan tersadai kelembikan semula.

Yang lebih dahsyat, dalam tempoh ini juga, saya tidak boleh tidur di dalam bilik saya. Jadi, di mana saya tidur? Hehe. Saya bentangkan tilam dan merempat di depan TV di dapur rumah saya. Kawasan dapur tu luas. Bukanlah di sebelah dapur tempat tungtang-tungtang memasak tu. Kadang-kadang, apabila balik kerja, saya hanya menyuruh adik saya yang membawa masuk labcoat, tudung dan barang-barang lain ke dalam bilik. Saya pula akan terus terbaring di tilam saya. Jika suami saya balik, dengan dia-dia sekali turut kena tidur di luar. Dia pun pasrah saja mengikut saja kehendak saya. Tapi nak buat macam mana. Kalau saya masuk ke bilik, tak sampai 30 saat, saya sudah berlari ke bilik air. Memang saya tidak boleh berada dalam ruangan yang tertutup. :lol:

Begitu juga ketika di hospital. Jika berada di dalam OT, ruangan bilik untuk satu pembedahan dilakukan itu tidaklah besar mana. Jadi, hampir setiap setengah jam saya akan ke tandas untuk muntah. Allah saja yang tahu betapa sengsaranya ketika itu. Dan apabila menimbang berat, secara total berat saya turun sebanyak 6 kg! Muka saya juga mengalami perubahan teruk. Saya mengalami alahan sehingga habis merah-merah muka saya terutama di bahagian hidung dan pipi. Kalau baru lepas muntah, sampai ada keluar bintik-bintik pecah darah di muka. Semua orang pun tanya. Saya sampai dah tak larat nak jawab kenapa. Hehe.

Tetapi, pada malam Anis Tasnim dilahirkan, itulah detik transformasi untuk diri saya. Alhamdulillah. Sejak dari itu, saya sudah boleh makan, minum dan agak bertenaga untuk bekerja. Dan sebaik masuk ke bulan Ramadhan, Alhamdulillah, saya sangat berselera ketika bersahur dan berbuka. Boleh kata, sayalah orang terakhir yang akan meninggalkan meja makan setiap kali berbuka. Haha. Dan sejak sudah boleh makan dan minum ini, saya hanya boleh minum air susu saja.

Setiap minggu saya akan memastikan saya ada makan hati, kerang atau daging untuk menambah darah. Dan setiap kali bersahur, saya akan makan sayur dengan banyaknya. Entahlah. Bukannya saya paksa-paksa. Tapi memang jadi tersangat suka akan susu rendah lemak Dutch Lady, makan sayur dan hati atau kerang. Walaupun saya tidak makan ubat tambah darah langsung (saya muntah jika menelan Obimin), Alhamdulillah, hemoglobin saya tetap kekal tinggi disebabkan nutrisi saya seimbang. Terima kasih kepada emak yang rajin memasakkan sayur-sayur segar untuk saya dan terima kasih kepada suami dan ayah yang rajin membelikan stok susu saya. Jangan tak percaya ya. Sehari habis 1 liter susu saya minum tau. Dan ketika balik berpuasa di Putrajaya pula, umi memasakkan sayur-sayur untuk saya dan baba pula membelikan stok Vitagen untuk saya. Memang bertuah betul saya rasakan.

Tentang mengidam, setakat ini saya belum pernah mengidam apa-apa. Setakat teringin makan itu-ini ketika bulan puasa ni adalah. Tapi ada satu insiden, ketika itu saya di hospital. Saya seperti teringin makan biskut coklat. Balik dari kerja itu, saya singgah membeli susu di kedai. Di tepi kaunter itu saya lihat dia ada menjual biskut raya coklat yang rangup-rangup tu. Sampai ke rumah, saya teringat-ingat akan biskut itu. Bila suami saya balik, saya ada katakan padanya saya teringin nak makan biskut coklat yang rangup-rangup. Tapi pada hari itu kami tidak pergi beli pun sebab ada hal lain yang kami uruskan. Pada hari Isnin selepas suami saya pulang semula ke Putrajaya, pulang dari kerja, saya beli terus 2 bungkus biskut coklat sebab teringin nak makan punya pasal. Ikutkan hati saya nak Famous Amous. Tapi mana nak jumpa di Temerloh ni. Jadi tak bolehlah berkira sangat. Beli sajalah yang lebih kurang. Tapi bila berbuka, hanya 2 keping yang saya jamah. Aduhai. Tekak oh tekak! :mrgreen:

Kini, walaupun kandungan saya sudah mencecah 22 minggu lebih, perut saya masih sangat kecil. Sampaikan ada yang tidak sangka bahawa saya sebenarnya mengandung. Saya masih boleh memakai baju kurung saiz XS saya. Saya boleh memakai seluar jeans dengan jayanya, semua t-shirt saya masih longgar dan ditambah pula dengan tudung labuh yang saya pakai, lagilah orang tidak nampak akan perut saya ni. Hihi. Terasa diri agak comel pula. :lol:

Baiklah. Di kesempatan ini, saya dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat semua rakan pembaca di sini. Semoga kemenangan sebulan berpuasa di bulan Ramadhan kali ini diraikan dengan penuh makna oleh semua. Elakkan pembaziran. Jaga aurat walaupun hendak bergaya di hari raya nanti ya. Dan jaga muamalah sesama saudara-mara dan tetamu yang berkunjung nanti. Jangan pakai hentam salam saja semuanya. Rugi saja kita menerima latihan sebulan di bulan Ramadhan tapi tidak betul-betul diamati.

Salam sayang buat semua. Nanti kita sambung cerita-cerita raya pula ya. Oh ya. Dan cerita-cerita patient saya yang tertangguh banyak sangat! Tak sabar nak berkongsi cerita lagi.

Nota 1: Saya puasa penuh tahun ni!Hihi. Ni adalah salah satu daripada azam tahun baru saya sebenarnya. Hihihi.Β  :mrgreen:

Nota 2: Tahun ni saya akan beraya di Temerloh dahulu dan kemudian pulang ke kampung suami di Batu Pahat. Tak sabar nak makan sambal goreng! :grin:

Nota 3: Sangat tak sabar nak habiskan housemanship saya. Insya Allah, 9 September ini adalah hari terakhir saya bekerja dan selepas itu akan bercuti sebelum memulakan perjalanan hidup sebagai Medical Officer (MO). ;-)

41 Responses to “My Little Caliph”

  1. gfarhah says on :

    alhamdulillah, tahniah buat dr. sarah dan famili :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Farhah πŸ™‚

    Reply

  2. marinahunny says on :

    dr sarah,

    akak pernah baca pasal buah delima utk tambah darah. akak syorkan baik dr sarah makan buah delima, sbb kerang tu kadang2 boleh tercemar.. dan hati pulak organ dalaman.

    ini pendapat akan yg tak seberapa ilmunya dgn doktor.

    Reply

    Sarah Reply:

    Haaa! Betul tu Kak Marina. Saya pernah dengar dan baca. Kakak saya dulu pun makan. Saya dah pernah try time saya duk loya2 hari tu. Memang muntah balik la sebab time tu saya tak berapa boleh makan buah yang basah2 berair2 ni. Tapi insya Allah lepas ni saya akan try lagi. Terima kasih sebab ingatkan saya pasal ni. πŸ™‚

    Reply

  3. k.tikah says on :

    Akhirnya, keluar entry tentangg little caliph..

    Akak takde sickness apa2 tapi Allah Maha Adil, kan.. akak duk sorang2 kat rumah guru, jumpa suami weekend je.. memang duduk sorang2.. so mungkin Allah hilangkan alahan sebab tu.. Sarah berjauhan dengan suami, masih tinggal dengan Mak & Ayah, ada orang masakkan.. akak pulak everyhing kena masak sendiri kalau nak apa2 tapi Alhamdulillah, alahan takde sangat..muntah cuma sekali sepanjang 1st trimester..

    Eh, samalah kita mengidam biskut FA..akak paksa mimi beli..hihihi.. pas seminggu dapatla πŸ˜‰

    Sarah, jumpa raya nanti k.. tak sabar nak beraya dengan mum to be..

    Reply

    Sarah Reply:

    Betul tu kan Kak Tikah. Allah tu Maha Adil untuk kita. πŸ™‚

    Saya takde la megidam mana pun dengan FA tu tapi memang jadi suka dengan benda2 coklat2 ni sekarang. Hihi.

    Oh ye. Saya hanya ada di Temerloh pagi raya tu je. Insya Allah tengahari tu terus bertolak balik Batu Pahat. Esoknya tu baru balik Temerloh semula sebab 1 Sept saya dah kerja. Tapi insya Allah kalau ada rezeki misti dapat jumpa. Kaklong je la yang ada kat rumah tu. Hehe.

    Sorry tak balas sms hari tu. Time tu tengah busy la Kak Tikah. Sampai ke hari ni saya simpan lagi mesej Kak Tikah tu. Huu.. Rasa bersalah tak sempat jawab.

    Reply

  4. Cidak says on :

    salam.
    moga kak sarah dan kandungan sehat2 aje.

    payah gak jadi doctor ketika tengah mengandung.
    kesian plak baca. moga tabah kak..

    selamat hari raya aidilfitri.
    moga dapat grad dengan jayanya dalam universiti ramadhan kali ini

    Reply

  5. Saffa says on :

    Strong litlle caliph! Tahniah Kak Sarah! (:

    KS suka buat orang terkejut. =.= Tapi elok jugak KS buat macam ni, satu entry habiskan satu cerita terus, tak adalah orang bimbang or asyik tertanya-tanya.

    Alhamdulillah KS dah okay sekarang, kalau tak, tak dapat beraya. πŸ˜› Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance untuk KS & family.

    Reply

  6. Nurul Nadiah says on :

    Nangis saya baca entri ni.. dan saya bahagia melihat awak bahagia.. doakan saya pulak ya. =)

    Reply

  7. hazen says on :

    tahniah!

    sentiasa mengikuti perkembangan blog ini.

    atau sebenarnya, kisah hidup anda.

    πŸ˜‰

    Reply

  8. NurLuLu says on :

    Salam Sarah,

    Selamat Hari Raya Aidilfitri jugak! Kita pun akan pulang beraya di Batu Pahat tahun ni πŸ™‚

    Reply

  9. muaz says on :

    wah…pengalaman mengandung yang penuh berliku. Semoga Allah memudahkan urusan kak sarah.
    nak makan megi saja tu tak kira sbg mengidam ka kak sarah? :mrgreen:
    Selamat hari raya dari perantauan untuk Kak Sarah dan Abg Tariq

    Reply

  10. Ejalz says on :

    Sarah… Tahniah… Baru jek tanya in previous entry, dah dapat jawapan dlm entei baru. Hehehe…
    Sian sarah teruk alah mengandung, kena keje teruk pula tu. Tapi insyaAllah nanti little caliph keluar mudah untuk dijaga. Kata orang tua-tua la kan.. πŸ™‚ Anyway, jaga kesihatan dan jaga kandungan elok-elok. Tak sabar nak tunggu si kecil keluar. Bila ya EDD?

    Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin utk Sarah & family

    P/s nikmat kan mengandung di bln ramadhan, puasa kita penuh. Saya dapat 2 kali out of 3 pregnancy.

    Reply

  11. farahadila says on :

    tahniah kak sarah. selamat hari raya. πŸ™‚

    Reply

  12. SYAMIL says on :

    salam kak
    tahniah buat akak n family
    semoga kehadiran cahayamata ini membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat akak sekeluarga

    p/s: sudah lama membaca blog ini secara diam-diam. baru sekarang berkesempatan untuk meletakkan komen

    salam lebaran minal aidil wal faizin

    Reply

  13. dhiya says on :

    salam kak,

    tahniah! seronok baca kisah di blog akak ni. saya pernah intern di hoshas, teringin nak jejak kenal akak. tapi malangnya masa tak mengizinkan.

    apa pun, tahniah dan selamat hari raya!

    Reply

  14. Nadhirah says on :

    Salam. Antra pglmn mngdung yg plg mcbr yg prnh sy dgr. Uniknya, perempuan msih juga nk mndung Dan mlhrkn ank wlpun dugaan mcm2. Pengorbanan seorg wnita…

    Kak sarah, nk try tak ifood. Minuman mcm susu juga tapi ada lagi additional nutrients dan sgt bgus utk ibu mndung/ibu mnyusu. Mmbri nutrient utk ibu sckupnya dan juga bby. Dan insyaallah kulit bby pun tak bermaslh nnti. ( biasa bby mdh kna ruam etc).

    Slmt hri rya!

    Reply

  15. rohani Hashim says on :

    TAHNIAH

    Reply

  16. ainshams says on :

    salam kak sarah, mabrook atas kandungan. smg diberi kekuatan & kesihatan buat akak. Selamat hari raya kak πŸ™‚

    9 september? huhu. insya Allah tu tarikh nikah ain. waa..best nyer da nk abes H.O. tahniah & slmt bercuti. kak sarah, jemputla dtg yea 10sept 2011, kenduri di gombak.(jika akak berkelapangan)
    http://www.ainandaizat.co.cc

    Reply

  17. inasazlan says on :

    happy nye bace entry ni.alhmdulillah,tahniah kak sarah!!:))

    Reply

  18. Izu says on :

    huh…seriau pon ade bace entry awak ni sarah..
    hopefully bertambah sihatlah awak yer..
    salam aidilfitri jugak dr kami di sini.

    Reply

  19. Faiz Ezanee says on :

    Selamat Hari Raya Dr Sarah! Dah nak jadi MO dah…cepatnya masa berlalu

    Reply

  20. Nadiah Sidek says on :

    tahniah sarah! semoga sarah dan little caliph sihat2 aje hendaknya..

    selamat hari raya! πŸ™‚

    Reply

  21. Ksu says on :

    Tahniah Sarah dan suami. Semoga semuanya selamat dan berjalan lancar. Teringat dulu2 masa mengandungkan Dania, pun sama macam sarah, cuma tk muntahkan darah sajer. Aper sahaja yg masuk, keluar semula walaupun air masak!

    Reply

  22. MrArchitect says on :

    Tahniah! Wah. dah lama saya tak follow Blog Dr Sarah. Saya tak tahu pun Dr Sarah dah kahwin tetiba dah pregnant. Tahniah.

    Reply

  23. ieda says on :

    salam aidilfitri…
    tahniah buat kamu berdua…
    jadi HO mmg macam tulah..takde istilah cuti @ rehat….sabar jelah..
    tak berapa hari dah nak tukar status ke MO kan…tapi trust me….bila dah jadi MO nanti once in a while sarah akan rasa…”bestnya kalau jadi HO”…..thats what I felt before sebab jadi MO tanggungjawab lebih berat esp kalau kat district hospital.masa HO ada problem boleh cari MO tapi bila dah jadi MO nak cari bos kena fikir2 jugak… πŸ˜†

    p/s:…bestnya berbuai tepi sawah….

    Reply

  24. wani adnan says on :

    assalamualaikum wbt.

    lama benar wani tak tinggalkan jejak kat blog ks ni. bukan apa, terasa macam ramai lagi orang yang lebih rajin hantar komen2 di sini. jadi rasa macam inferior pula nak tinggalkan komen.

    tapi bila ks dah mula tulis tentang pregnancy ks ni, rasa macam gembira pula. semoga dengan kehadiran satu lagi nyawa baru dalam family ks, akan bertambah lagi kebahagiaan dan memohon ditambah rahmat dan berkat di dalam keluarga ks.

    wallahu a’lam.

    Reply

  25. samanosuke_04 says on :

    hehe, byk dugaan tue… apsal takleh cuti ek? memang tanak ambik ke hospital tanak bagi? kejamnyeee diorang.. huhu, takpe, pasnie baby yang kuar tue mesti tough.. sebab mak dia pun keje byk.. haha

    Reply

  26. Yasir Tamizi says on :

    Ibu mengandung slim yang pertama dalam dunia(exaggerate). Hehe tahniah utk Kalifah Kecil & setel HO. Jihad-jihad πŸ˜‰

    Reply

  27. anis tasnim says on :

    sama la nama kita anis tasnim….hehe

    Reply

  28. Husna says on :

    Salam,
    Saya tahu post ini dah lama, tapi saya baru terasa nak bertanya dan ternampak post ini. Saya ingin bertanya, jika kita bersalin sewaktu tahun pertama houseman adakah ia akan affect tempoh houseman kita i.e. kena ulang balik semua attachment for houseman?
    Saya sedang menuntut di luar negara, dan polisi di negara ini ialah houseman di sini perlu diulang semula jika ambil cuti bersalin. Saya kurang pasti sistem di malaysia kerana saya belum pulang lagi ke tanahair. Boleh share pendapat?

    Jzkk.

    Reply

  29. wifi hack says on :

    Hi! Quick question that’s completely offf topic. Do you know
    how to make your site mobile friendly? My web site looks weird when viewingg from
    my iphone. I’m trying to find a theme or plugin that might be ahle
    to resolve this problem. If yoou have any suggestions,
    please share. Many thanks!

    Reply

  30. telecharger minecraft gratuit says on :

    With havin so much written content do you ever run into any issues of plagorism or copyright
    infringement? My blog has a lot of completely
    unique content I’ve either authored myself or outsourced but
    it appears a lott of it is popping it up all over the internet without
    my permission. Do you know any techniques to help prevent content from
    being stolen? I’d truly appreciate it.

    Reply

  31. abortion procedures says on :

    Hi, its pleasant paragraph concerning media print,
    we all understand media is a impressive source of facts.

    Reply

  32. packers and movers rohini delhi says on :

    Greetings from Idaho! I’m bored to death at work so I decided to
    check out your blog on my iphone during lunch break.
    I love the knowledge you present here and can’t wait to take a look when I get home.
    I’m surprised at how quick your blog loaded on my cell phone ..

    I’m not even using WIFI, just 3G .. Anyhow, fantastic
    blog!

    Reply

  33. Managing Arthritis says on :

    Managing Arthritis

    My Little Caliph | Dunia Sarah

  34. sheep placenta chia seeds and diabetes says on :

    sheep placenta chia seeds and diabetes

    My Little Caliph | Dunia Sarah

  35. hack facebook says on :

    However, removing your details from My – Life might be a litgtle more
    difficult than you thought. I thik you might have thee wrong person,” I answer. Regardless of what kind of phone people use identity theft criminals have a scam ready and waiting.

    Reply

  36. expendables 3 tΓ©lΓ©charger says on :

    Glen Powell, Victor Ortiz, Ronda Rousey and Kellan Lutz
    all came on board as the young members of the squad but only Lutz and Rousey got positioned to be the break out stars
    as both played strong, key roles as they interacted with Sly’s character who was in full on sage leader mode.

    The hatchet man who willingly becomes a tool of those who misuse power is actually committing psychological, moral,
    and ethical suicide. The couple enjoyed some weeks in the Caribbean before coming to the Island of
    Anguilla.

    Reply

  37. hacker compte facebook says on :

    Thank you, I have recently een looking for info approximately this topic for a while annd yours is the best I’ve
    discovered till now. However, what in regards to the botyom line?
    Are you certaikn about the source?

    Reply

  38. IzZati says on :

    Salam dr. Sy kandungan baru 6wks. Tapi dah start alahan and i cannot take any sort of rice and milk. Apa yang saya boleh telan sekarang just anything yang ada tomyam dan maggi tomyam dalam cawan la yang saya lalu. Nak tanya ada efek tak benda2 macam tu sebab stakat ni yang bagi saya tenaga maggi tu je. Milo saya minum and buah saya ambil. Obimin saya dpt makan sebab takleh telan zincofer.

    Reply

Leave a Reply