Rindu

Assalamualaikum wbt

Setiap kali membaca status Facebook junior-junior di Moscow bercerita tentang kesejukan melampau di sana untuk musim sejuk kali ini, hati saya menjadi sangat rindu pada kehidupan di sana suatu masa dulu.

Antara yang saya rindukan ialah kawan-kawan. Sekarang semuanya sudah tercampak bertugas di seluruh Malaysia. Rindunya pada mereka. Apabila melihat gambar di bawah ini, saya teringat-ingat semula gelagat kami semua selepas menduduki final exam dulu. Dengan mengusung beg dan buku selepas exam, kami singgah makan di Mac Donald di Frunzenskaya sebelum balik berjalan kaki ke hostel. Dan gambar ini diambil ketika kami sedang menghampiri Bangunan Dekan. Waktu ini, kami semua terasa amat lega kerana sudahpun melepasi exam penting itu. Dan exam itulah yang menjadi titik pemisah yang menjadikan kami bukan lagi pelajar.

Rindunya pada Moscow dan seluruh isinya…

we

Nota 1: Yeay! Esok emak, ayah dan adik-adik akan balik dari Sarawak. Rumah akan riuh semula! ^___^

Nota 2: Bengang saya kembali menjelma petang tadi. Sabtu ni saya on call lagi. Kan dah kata. Benganglah. Siapa tak bengang. Asyik kena weekend call je. Bengang ok. Bengang. :evil:

10 Responses to “Rindu”

  1. sir says on :

    askum wbt…

    kalo saya ada kat wad 12 tue, mesti awak dah x bengang kan??? :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam. Sekarang saya bukan di ward tu dah. Saya di periferi. Jarang2 naik ward tu dah.

    Reply

  2. Natasha A.Hadi says on :

    cool nye nampak pic kat atas, cm ahli2 bisnesman dan bisneswomen!

    hehe:)

    bila jadi student ni rasa rindu nak balik msia, tapi saya tau say apun mesti rinduu Bandung nnt! after abes blaja:)

    Reply

    Sarah Reply:

    Sure awak akan rindu bandung dengan teramat sangat nanti.

    p/s: Kenduri Dayah hassan minggu depan. Kitorang konvoi ramai2. ^___^

    Reply

  3. nia says on :

    ks yang baju biru tu kah? 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Iya. Kenapa?

    Reply

  4. Kak Cinta says on :

    Salam Sarah,

    Gambar ini classic, moga sarah baik-baik saja…

    Reply

  5. samanosuke_04 says on :

    Pergh, macho gambar.. hehe, x sabar laa nak abes blajar… :mrgreen:

    Reply

  6. reyan mohmad says on :

    salam dr…

    ape fb dr.sarah yea?

    take care 🙂

    Reply

  7. yan says on :

    kak sarah gambar ni sangat2 macho.! *suka*

    Reply

Leave a Reply