Mesej Lamaran
Assalamualaikum wbt
Kebetulan, beberapa hari yang lalu seorang kawan saya di Malaysia menyambut ulang tahun kelahirannya. Maka semalam saya pun menghubunginya melalui SMS sebagai tanda ingatan sempena hari lahirnya itu. Saya sudah terlewat sebenarnya tapi memandangkan ini kawan lama, saya tetap menghubunginya juga. Hari lahir saya tak pernah dilupanya, takkanlah saya hendak buat tidak tahu pula kan.
Saya: Salam. Saya tau dah lambat dua hari dah ni. Tapi tak kira. Nak ucap jugak. Happy birthday!
Dia: Thanks Sarah. Ni lambat ni, bolehlah nak request something ni.
Saya: Disebabkan saya dah final year ni, maka diizinkanlah nak request apa-apapun. Cepatlah nyatakan hajatnya tu.
Dia: Haah kan. Awak dah final year final sem. Erm. Come back as single and marry me.
Saya sedang makan nasi waktu tu. Terberhenti sekejap. Saya mencongak-congak. Budak ni melawak apa tengah malam waktu Malaysia ni. Tapi mengenalinya sudah hampir lapan tahun, saya tahu dia sekadar melawak. Dia sentiasa penuh dengan lawak.
Saya: Eceh. Set-set arkitek ni bukan ke suka kahwin lambat. Ini lain pulak tiba-tiba ni. Kot ye pun nak melawak, tunggulah Kaklong saya lepas dulu. Tapi kalau tadi nak pesan matryoshka ke, stamp set ke, takde hal langsung tu. Huhu.
Dia: Alamak. Saya silap cakap ke tadi? Ni macam dah jadi SM Salim ni. Kalau ku tahu…
Saya tak terus membalas. Dalam hati saya berkata, Kalau Ku Tahu tu tajuk lagu SM Salim tu ke? Saya kan sedang makan nasi, tidaklah pula saya terus nak mencari dan menghayati bait-baitnya. Kebetulan selepas itu saya ada usrah dengan group usrah saya, jadi saya pun abaikan saja dulu mesej kawan saya tu.
Usrah malam tadi berlanjutan selama 2 jam lebih. Punyalah luas topik kupasan kami malam tadi. Selesai usrah, saya sudah mula tidak sedap badan semula. Demam saya ni masih belum sihat sepenuhnya. Jadi, saya terus tidur. Maka, tertangguh lagilah misi hendak mendengar lagu itu (nampak sangat kesungguhan tu tak berapa nak ada sangat).
Selesai Subuh tadi, barulah saya membuka Youtube. Saya cuba menghayati liriknya. Aduh. Adakah semalam saya sudah secara nyata membuat seseorang kecewa? Yang dia pun satu. Melawak tak kena masa. Saya tengah makan nasi waktu tu. Fikir tak panjang. Taip mesej pun menggunakan tangan kiri. Tak berkat langsung. Huhu.
Tapi nak buat macam mana, kan. Memang ada benda dalam hidup ini yang kita tidak perlu lanjutkan ke bab seterusnya. Setuju? Pengajaran untuk diri sendiri:
1) Jangan buka mesej waktu tengah makan nasi. Otak pendek waktu tu. 😆
2) Jangan balas menggunakan tangan kiri. Kurang berkatnya nanti. Kalau balas dengan tangan kanan, manalah tahu nanti ada perkara baik yang nak jadi, kan.
3) Erm. Jangan letak harapan pada kawan sendiri. Kena ingat sampai mati.
Nota 1: Arm, ampun. Kawan selamanya eh? <—- Ayat budak-budaklah pulak, kan?
Nota 2: Kaklong balik rumah hari ni! Kirim salam peluk rindu untuk katil kita, Long. Haha. Nampak sangat Ngah rindu kat katil. 😛
Nota 3: Nota 1 tu macam tak berguna langsung. Dia bukannya baca blog ni. 😆
Nota 4: Ha! Jangan komen lebih-lebih. Ni amaran ni. 😆