Mimpi
Assalamualaikum wbt
Malam tadi saya bermimpi. Siap ada Wanie dan seorang kawan semasa sekolah rendah dulu yang turut muncul dalam mimpi kali ini. Saya cuba mengingati plot mimpi saya. Yang saya ingat, kami ada bergaduh untuk membacakan ayat Quran yang mana satukah untuk memberi peringatan kepada seorang kawan kami.
Sudahnya, ayat pilihan kami adalah daripada Surah Al-Fatir ayat ke-19. Satu lagi ayat yang kami balahkan untuk dibacakan ialah daripada surah ke-109. Ayat yang terakhir. Pada mulanya saya tidak ingat surah apakah itu.
Jadi, selepas Subuh pagi tadi, saya terus membuka Quran Tafsir berwarna biru yang saya letakkan di atas meja. Saya terus membuka surah Al-Fatir ayat ke-19.
“Dan tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang melihat.”
Untuk memehami maksud ayat ini, saya merujuk beberapa ayat sebelum ayat ini. Dalam ayat ke-18, telah menceritakan segalanya. Kalau kita berbuasa dosa, kita akan menanggung sendiri dosa kita dan kita tidak boleh mempertanggungjawabkan dosa kita ke atas orang lain. Untuk memahami dengan lebih lanjut, rajin-rajinlah rujuk Quran Tafsir masing-masing ya. Ada jalan cerita yang menarik selepas ayat ke-19 tu.
Seterusnya, saya mencari apakah pula surah ke-109. Kalau pandai mencongak susunan surah dalam Al-Quran, semua tahu kedudukan Surah Al-Kafirun di kedudukan yang teratas di muka kedua sebelum surah terakhir. Satu muka surat ada tiga surah. Jadi, Al-Kafirun merupakan surah ke-6 yang terakhir. Laju saya membuka Surah Al-Kafirun dan ternyata Al-Kafirun adalah surah yang ke-109. Ayat terakhir surah ini menyempurnakan penyudah mimpi saya malam tadi:
“Untukmu agamamu dan untukku agamaku.”
Kesimpulannya, mahukah kita memimpin hidup kita mengikut jalan selain daripada jalan agama kita? Dan sekiranya tersalah, adakah kita hendak mempersalahkan orang lain dan mempertanggungjawabkan kesalahan kita itu kepada mereka?
Allah sudahpun memberi peringatan dan pilihan. Tinggal kita saja untuk memilih: jalan agama-Nya atau jalan selainnya.
Nota 1: Kisah setahun dulu berulang lagi. Kredit untuk ayah saya kerana genetiknya yang ekspresif pada saya ni. ๐
Nota 2: Nota 2 untuk entri lepas tu skrip dalam drama Cinta Buat Ain lah. Takde maknanya saya nak menjiwang dengan ayat macam tu dengan kawan-kawan. Tak ke kembang tekak dibuatnya? Hahaha. ๐
cis! tertipu!
Reply
Sarah Reply:
March 13th, 2009 at 10:12 am
Sape suruh cepat sangat buat kesimpulan. Haha. Tapi komen awakn tu sangat sweet eh. Kena dapat permission kembar dulu ye. Ok. Kalau dah ada nanti saya kenalkan. Awak pun sama. Deal? ๐
Reply
keSatria Reply:
March 13th, 2009 at 1:21 pm
xnak deal leh tak. hahaha. lalalala. ๐
๐
Reply
Sarah Reply:
March 13th, 2009 at 4:24 pm
Tak aci sungguh ni ๐ก
Reply
keSatria Reply:
March 14th, 2009 at 10:57 am
hahaha. dunia ni tak semuanya adil.
yeye! dpt mentensikan sarah. ๐
Reply
sarahhh niiiii…. tu namanya sambil gelak2 tgn mencubit bahu. ๐
drama utk ain aku tk tgk. geli gelemen dgn drama cinta juga. spt aku geli dgn novel2 cinta. kekekeke
Reply
Sarah Reply:
March 13th, 2009 at 4:25 pm
Daripada English series yang lagi entah apa2, elok lagi la tengok drama tu. Ye dak.
Reply
Salam sarah…
Malam tadi aku tidak bermimpi……. ๐
Demam berjangkit dengan sarah la nie….!! ๐
Reply
Sarah Reply:
March 13th, 2009 at 4:25 pm
Tengah demam ke?
Reply
saya faham benar maksud โUntukmu agamamu dan untukku agamaku.โ bukan setakat untuk bukan Islam bahkan utk org Islam sekali yg berbagai fahaman.
Reply
Dah sihat ker?
Saffa pun duk pelik.. tiba2 kena ragut.. hati pulak tu.. rupanya dari drama.. ๐
Saffa suka baca blog KS.. banyak mberi ingatan pada Saffa.. ๐
Terima Kasih!
Reply
Sarah Reply:
March 13th, 2009 at 4:27 pm
Tak sihat sepenuhnya lagi. Kamu tengok ke drama tu Saffa? KS ni rembat je drama mana yang sempat. Cerita tu ada ala2 novel Ombak Rindu. Tu yang terasa nak tengok. Hehe. Erm. KS ni banyak je merapu tau Saffa. Jangan ikut semua. Hehehehee ๐
Reply
tgk sekali je crita cinta utk ain tu.. geli jugak
Reply
x nengok langsung cerita tu.
tv siaran mana?..
by episode ke?..
sure time pi kelas .. tu pasai x pernah tserempak kt tv.
๐
Reply