Mesej Lamaran
Assalamualaikum wbt
Kebetulan, beberapa hari yang lalu seorang kawan saya di Malaysia menyambut ulang tahun kelahirannya. Maka semalam saya pun menghubunginya melalui SMS sebagai tanda ingatan sempena hari lahirnya itu. Saya sudah terlewat sebenarnya tapi memandangkan ini kawan lama, saya tetap menghubunginya juga. Hari lahir saya tak pernah dilupanya, takkanlah saya hendak buat tidak tahu pula kan.
Saya: Salam. Saya tau dah lambat dua hari dah ni. Tapi tak kira. Nak ucap jugak. Happy birthday!
Dia: Thanks Sarah. Ni lambat ni, bolehlah nak request something ni.
Saya: Disebabkan saya dah final year ni, maka diizinkanlah nak request apa-apapun. Cepatlah nyatakan hajatnya tu.
Dia: Haah kan. Awak dah final year final sem. Erm. Come back as single and marry me.
Saya sedang makan nasi waktu tu. Terberhenti sekejap. Saya mencongak-congak. Budak ni melawak apa tengah malam waktu Malaysia ni. Tapi mengenalinya sudah hampir lapan tahun, saya tahu dia sekadar melawak. Dia sentiasa penuh dengan lawak.
Saya: Eceh. Set-set arkitek ni bukan ke suka kahwin lambat. Ini lain pulak tiba-tiba ni. Kot ye pun nak melawak, tunggulah Kaklong saya lepas dulu. Tapi kalau tadi nak pesan matryoshka ke, stamp set ke, takde hal langsung tu. Huhu.
Dia: Alamak. Saya silap cakap ke tadi? Ni macam dah jadi SM Salim ni. Kalau ku tahu…
Saya tak terus membalas. Dalam hati saya berkata, Kalau Ku Tahu tu tajuk lagu SM Salim tu ke? Saya kan sedang makan nasi, tidaklah pula saya terus nak mencari dan menghayati bait-baitnya. Kebetulan selepas itu saya ada usrah dengan group usrah saya, jadi saya pun abaikan saja dulu mesej kawan saya tu.
Usrah malam tadi berlanjutan selama 2 jam lebih. Punyalah luas topik kupasan kami malam tadi. Selesai usrah, saya sudah mula tidak sedap badan semula. Demam saya ni masih belum sihat sepenuhnya. Jadi, saya terus tidur. Maka, tertangguh lagilah misi hendak mendengar lagu itu (nampak sangat kesungguhan tu tak berapa nak ada sangat).
Selesai Subuh tadi, barulah saya membuka Youtube. Saya cuba menghayati liriknya. Aduh. Adakah semalam saya sudah secara nyata membuat seseorang kecewa? Yang dia pun satu. Melawak tak kena masa. Saya tengah makan nasi waktu tu. Fikir tak panjang. Taip mesej pun menggunakan tangan kiri. Tak berkat langsung. Huhu.
Tapi nak buat macam mana, kan. Memang ada benda dalam hidup ini yang kita tidak perlu lanjutkan ke bab seterusnya. Setuju? Pengajaran untuk diri sendiri:
1) Jangan buka mesej waktu tengah makan nasi. Otak pendek waktu tu. 😆
2) Jangan balas menggunakan tangan kiri. Kurang berkatnya nanti. Kalau balas dengan tangan kanan, manalah tahu nanti ada perkara baik yang nak jadi, kan.
3) Erm. Jangan letak harapan pada kawan sendiri. Kena ingat sampai mati.
Nota 1: Arm, ampun. Kawan selamanya eh? <—- Ayat budak-budaklah pulak, kan?
Nota 2: Kaklong balik rumah hari ni! Kirim salam peluk rindu untuk katil kita, Long. Haha. Nampak sangat Ngah rindu kat katil. 😛
Nota 3: Nota 1 tu macam tak berguna langsung. Dia bukannya baca blog ni. 😆
Nota 4: Ha! Jangan komen lebih-lebih. Ni amaran ni. 😆
owh, arkitek.. tehehe.. thats y la ye angah.. 😛
(jgn mara aaaa)
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 10:59 am
That’s why apa ye? Yang pasal adik ma tu ke? Saya blur ni.
Reply
Haha.. Saffa tergelak besar masa baca Nota 4! 😀
Reply
miji Reply:
March 14th, 2009 at 1:52 pm
betul..betul..betulllll.. 😆
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:00 am
Saffa, dah bagi amaran pun still dapat komen entah apa2, kalau tak warning lagi la. Huhu.
Reply
alaa..baru nak komen lebih2..hahahaha
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:00 am
Ngeh~ Kak Inah memang! 😛
Reply
KS,saya datang kembali…hik3. 😮
Reply
bila seorg kwn propose kat kwn dia; tapi kene reject, perasaan dia umpama kucing kesayangan kita da mati tp mak kita ckp “takper, boleh bela yg lain”.
it will nvr be the same as before. 😉 hahaha!
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:01 am
Yup. Kekok. Oh. Layankan je la, labu. Hehe.
Reply
Dari kaca mata XY:
Lamaran itu benar sebabnya Sarah sudah kenal benar hati sidia, itu namanya rezeki sambil makan dapat proposal…hrmm kalau berdepan mata ke mata tentu kelu lidah tidak terkata…………… 😛
Moga misi Sarah tercapai nanti…..Gud luck……takkan nak tunggu K.Long…..melompat bendul pun tiada kesalahannya…
Semoga berbahagia selalu Sarah..
Reply
miji Reply:
March 14th, 2009 at 1:54 pm
skrg rumah batu dah xde bendul..
sape2 dulu pun bolehlah yerk..hihi 😛
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:02 am
Setuju. Tu adat je tu kan.
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:02 am
Sumpah saya bukannya kenal dia sangat.
Dan saya tak kata pun melangkah bendul tu salah.
Reply
“3) Erm. Jangan letak harapan pada kawan sendiri. Kena ingat sampai mati.”
Tak faham, KS?
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:03 am
Bagi KS, kawan adalah kawan. Tak boleh lebih dari tu. Sebab once kawan letak harapan pada kawan dia, lepas tu kena reject la pulak, the friendship won’t be the same anymore. Ni bagi KS la. Tu sebab KS kata pengajaran tu untuk diri sendiri. Hehe.
Reply
salam
setuju sangat.
yay!sekolah cuti!
ha ha ha{mereng}
Reply
hehe kS, buat2 xbaca nota 4 tu boleh?
waa~ni betul2 ni, takkan die main2 kot?hihi. tapi, kalau betul, dia kena tanya betul2 lah kan, mesti ada kesanggupan untuk sms or email terangkan. atau terus pada parents (ni pesan mak saya! 😀 )
apa pun kS, semoga dipermudahkan andai benar mesej lamaran ini 😉
Jangan lupa jemput! ^__^
p/s : lebih2 tak? ampun yaa 😀
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:04 am
Takkan la KS nak cerita in details pulak apa lagi dia buat/cakap lepas tu. Cukup la yang tu je.
No wedding in near future that belongs to me. Sekian. Haha.
Reply
🙂 😀 😉
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:05 am
😕
Reply
nuha Reply:
March 16th, 2009 at 4:31 pm
saja je mahu kasi senyuman untuk ks..hehe 🙂
Reply
salam…
oleh sebab tak bleh komen lebih2… maka
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:05 am
Aishh kamu ni. Baik KS pulangkan semua ni kat kamu jugak. Apa ingat KS tak tau ke apa yg jadi sekarang ni. Muahaha.
Reply
Hazreen Rashid Reply:
March 15th, 2009 at 12:09 pm
salam KS…
wuishh apa yg telah terjadi KS? nak tau gak… boleh saya sahkan betol atau tidak.. huhu..
so ni kisahnye lamaran diterima ke, ditolak, KIV ke camner? huhu.
Reply
🙂 pom! pom!. stesyen seterusnya. hehe.
Reply
😆
“Disebabkan saya dah final year ni, maka diizinkanlah nak request apa-apapun.”
KS, ha. Betul ni? Nad buat wishlist panjang2, emel kat KS. Hehe
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:06 am
*KS menjeling duit dalam beg*
Hehehe. 😆
Reply
Adui Kak Ngah. Nasib tak tersembur makanan.
Ayat dia best.
“Erm. Come back as single and marry me.”
Awww, sweet.
Tetapi macam tak betul-betul beriya sbb lepas kak ngah patahkan kata-kata dia, terus senyap saja. Hihi, sibuk pula Azra menyampuk yer Kak Ngah.
Baru tau Russian doll tu namanya Matryoshka.Stamp set di sana gempak-gempak tak?
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:08 am
Kak Ngah rasa Kak Ngah ni hati batu. Sikit pun tak rasa apa2, Azra. Apa nak buat dengan Kak Ngah ni eh? Actually, dia takde la senyap terus lepas tu. Ada la susulan penerangan daripada dia. Cerita ni version yang dah dipendekkan. Takkan nak cerita semua kan. Hehe.
Kamu nak matryoshka? Nanti Kak Ngah carikan yang comel2 eh 😉
Reply
azra Reply:
March 15th, 2009 at 7:14 pm
Mungkin hati belum terbuka lagi untuk menerima. Ish, tak perlu susah-susah. Matryoshka tu mesti ada cerita dia kan? Nanti hendak google-lah.
Reply
Kawan baik pun boleh per hehe, lebih kenal hati budi kalau dah kawan baik.Banyak org kawin ngan kawan baik sendiri. Kadang2 kawan baik tak tau na purpose camner, sbb kita tak niat ngan dia.Selalunya dia sampai sambil bergurau je. Dalam kes u tak tau la camner. 😉
ps:cerita ni saya ambil dari teman yang pernah mengalaminya.
Wallahulam
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:08 am
Dia bukan kawan baik saya. Dia cuma kawan lama.
Reply
Nak komen tp….ks tak kasi……hummmm…….camne ek…..komen je lah..nie topik best nie…..
KKKKsssss!!!!! kesian. tengah makan nasi dapat message cam tu eh…ish3x…kesian kat nasi tu bukan kat Ks..hehehe..dak eh…Kalu saye kan Ks, saye akan buat ujian susulan kat si DIA tu nak tau same ade die melawak atau betul2. kdg2 lelaki nie kan Ks leceh gak KS nak handle die punye mastermind plan. maybe selame nie die mmg kuat melawak tp maybe hari tu die mmg dah made up his mind about it (mane lah tau..neurotranmitter die kat temporal lob malam tu super excited ) . mungkin die dah pk mende nie selame berminggu2 n pk macam mane die nak nyatakan mende Allah tu kat Ks. tp tak tau lah kalu Ks udah berpunye…hhehee..tp selalunye message kalu die melawak pattern die mesti Ks dapat tangkap kan.
kdg2 kan Ks, otak kite akan bersikap denial. sbab nye kite ade mende yang belum dapat capai n later kan bile kite dah capai mende tu, ape yang kite nak capai tu tak lah sehebat mane…ape yang Ks nak capai??? tu Ks kene jawab sendirilah ek…
tp Ks la nie susah nak dapat org camtu tau. die brani nak cakap terang2. n ratio skarang 2 women 1 men…hahaha…so kalu dah berumur..hummmm…..pk2lah sendiri mcam mane saham Malaysia eh..hahaha..
by the way Ks…hope you get the right one eh….hehehehehehe
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:11 am
Salam Saufee. Lamanya tak dengar cerita kamu. Cerita ni version yang dah dipendekkan. Lepas tu ada la dia jelaskan itu ini begitu begini. Memang dia tak melawak la. Kalau KS dah found out dia melawak, takde la KS tulis kat sini. Huhu.
Uish. Malas la ulas banyak. KS tak suka topik2 gini sebenarnya. Merimaskan hidup aje. Hahahaha. 😆
Harap kamu sihat ye sekarang. Jaga kesihatan ok.
Reply
opsss lupee…kalu jadi jangan lupe calling2 org kat sini untuk nasi minyak or briyani ke or ape2 nasi lah ek..hehehhehe
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:12 am
No wedding that belongs to me in near future. Confirmed.
Reply
sarah, moga jodoh awk dgn dia. ye! dia lah. sapa lagi. haha!
menghantar sms kpd seseorang terutama sdg makan, tandanya dia itu sgt istimewa. 🙂
Reply
Sarah Reply:
March 15th, 2009 at 11:14 am
Tak nak saya.
Bagi saya takde simbolik langsung antara hantar sms waktu makan dengan priority keistimewaan. Kalau dah teringat pada waktu2 tertentu tu, hantar je la bila2 masa pun. Kebetulan je tengah makan waktu tu.
Reply
Salam Bahagia Sarah,
😆
Saya percaya awk bijak buat keputusan utk diri awk.
Sesungguhnya amat bertuah sekali jika si dia itu diterima.
Selamat berjuang! Ada lagi 3 bulan lagi.
Reply
Dhrasvuthe sarah?
Kak Dela?
Reply
‘kalau ku tahu orang tak sudi, tidaklah aku masuk meminang…’
tralalalala~~
‘dah nasib orang tak sudi…’
Reply
Sarah, awak dah final year. Apa salahnya bukak hati untuk . . ehem.
Reply
Menarik .. Anyway, I don’t think kawan yang dah kenal camtu mudah terasa hati. Tanya la betol2 kalau Sarah dah bersedia. 😎 Tapi jgn tunggu lama2. I know how’s a doctor work in Malaysia especially during housemanship, nanti dah start houseman mmg tak sempat pk dah. Just my 2 cents. 😯
Reply
Apa??? arkitek??!! pantang datuk nenek…ceewaahh…:) alaa, awkkan nak computer geek sarah..alaa sarah, benda tu akan datang juga nanti kalau sampai masanya..tapi kan kalau awk cari sekarangpun tak salah..bleh confirm awal2 ngan sy tarikhnya..:) sy boleh block tarikh utk sahabat sy sorang ni,kekek
Reply