Pengembara

Assalamualaikum wbt

Sejak awal pagi semalam, berkali-kali saya menerima ucapan ‘s vesnoi!’ daripada kawan-kawan saya yang berbangsa Rusia. Maksudnya ialah ‘selamat bermusim bunga!’. Nampaknya, memang gembira sungguh mereka dengan keadaan cuaca yang sudah semakin memanas ni.

Suhu hari semalam hanyalah 0’C. Bagi kami di sini, suhu begini sudah sangat nyaman dan tidak memerlukan pakaian yang terlalu tebal. Yang sedang-sedang saja sudah cukup. Jalan sangat lecah sekarang ni. Salji dalam proses hendak cair. Di hujung seluar jeans yang dipakai tak terkata kotornya.

Hendak dijadikan cerita, semalam saya ke hospital seorang diri seperti biasa. Sampai di stesyen metro yang dituju, saya perlu menaiki bas pula untuk ke hospital. Saya sudah lupa nombor bas yang menuju ke sana tapi saya ingat nama jalannya. Jadi, saya pun membeleklah beberapa buah bas yang sudah sampai untuk mengambil penumpang. Saya jumpa sebuah. Nombor 141. Saya terus naik.

Di pertengahan jalan, bas ini membelok ke arah lain. Saya sedikit resah pada mulanya. Tapi disebabkan saya sudah terlalu biasa meredah ke mana-mana seorang diri, saya tidak kisah langsung kemungkinan bas ini akan melalui jalan lain dulu kerana saya yakin akhirnya ia akan melalui jalan berhampiran hospital juga. Sistem bas di sini sangat sistematik. Saya percaya pada laluan perjalanan yang tercatat di dinding bas.

Kalaupun sungguh bas ini akan menyimpang entah ke mana-mana lagi, insya Allah saya boleh survive. Saya bertolak awal dari rumah dan saya masih ada banyak masa waktu itu. Di sepanjang perjalanan melalui kawasan perumahan dan sekolah, mata saya fokus memerhatikan sekitar. Saya hendak cuba mengecam jalan. Saya berkata dalam hati, kalau akhirnya bas ini tidak melalui jalan yang saya tuju, saya akan turun saja di mana-mana nak menaiki teksi saja. Ini niat saya.

Tapi saya tidak terus turun. Suara hati saya kuat mengatakan jalan yang dilalui ini akan menuju ke arah hospital juga. Tidak lama kemudian, saya ternampak simpang empat dan di tepinya ada sebuah kiosk menjual minuman dan biskut. Saya cam tempat itu. Tanpa mendengar suara dari mesin suara automatik yang menyebut nama-nama perhentian bas di situ, saya terus turun.

Tadaaaaaa! Saya terus boleh melihat bangunan hospital yang paling tinggi dari tempat saya turun. Rupa-rupanya, bas itu melalui jalan belakang dan melalui simpang empat yang paling hampir dengan hospital. Biasanya, kami semua melalui jalan utama yang lurus saja dari arah bandar. Dari tepi jalan besar untuk menuju ke hospital pula, kami perlu berjalan kaki dalam 10 ke 15 minit. Tapi hari ini, saya hanya perlu berjalan selama 5 minit saja. Dalam keadaan santai pula tu.

Setiap yang terjadi itu pasti ada hikmahnya. Belajar dari pengalaman adalah pengajaran yang paling baik dalam hidup. Sedangkan Vienna dan Uzbekistan pun saya pernah pergi seorang diri, inikan pula setakat dalam Moscow ni saja. Insya Allah, selagi ada duit dalam tangan dan mulut tidak malu bertanya jika ada apa-apa yang tidak tahu, campaklah ke mana sekalipun, insya Allah, I will survive. Huahuahua. :mrgreen: Oh ya. Ini juga mungkin adalah hikmah di sebalik memulakan perjalanan dengan doa keluar rumah dan langkah kanan. 🙂

Nota 1: Esok dan seterusnya saya akan menaiki bas itu lagi, insya Allah.

Nota 2: Dalam metro menuju ke stesyen yang dituju, dua orang makcik masuk dan duduk di tepi saya. Saya sedang berdiri ketika itu. Menurut mereka, baru saja sebelum itu ada seorang pemuda mati dibunuh di Vakzal Kurskaya (Stesyen Keretapi Kurskaya). Jadi untuk junior yang menggunakan laluan biru tua menuju ke Ismailovkaya mahupun semua pelajar tahun lima dan enam yang menuju ke Semenovskaya atau Pervomaiskaya, semoga kita semua lebih berhati-hati. Geng tu dah mula beroperasi kot. 😡

Nota 3: Hari ini hari pelepasan untuk group saya. Library day. Bukan cuti umum. Tapi hari untuk ke perpustakaan mengambil buku (jika perlu) dan membuat persiapan sendiri (self-study). Kebetulan terdemam pula malam tadi. Jadi hari ini hari untuk berehat saja di Dunia Sarah.

26 Responses to “Pengembara”

  1. inah says on :

    vienna seorang diri?? i wish!! 😛

    lost in our own world..teringin nak pegi ke tempat di mana semua org x kenal kita :)..akan buat lah tahun ni!! hehehee

    Reply

    Sarah Reply:

    Best travel sorang2 ni. Rasa sangat independent dan macho. Hehe.

    Reply

    Akatsuki (ala Ks kenallah) Reply:

    tak meriah lah sorang2 tp still best..hehehehe

    Reply

  2. Yeop says on :

    Salam Sarah,

    Jauh perjalanan luas permandangan…bertambah pengalaman, berdikari di negara orang memang banyak cabarannya…..di moskva tu…sesak dengan lautan manusia (kaya dengan asap rokok)… 😛 Malu bertanya sesat (stranitza) jalan tapi bacalah papan tanda….. Naleba Ili Naprava..

    Hati-hati di negeri orang… U will survive.

    Dha Zhaftra Sarah..

    Reply

    Yeop Reply:

    izvitnithe phzalusta sarah, bukan stranitza,,,,,hahahhha… ulitsa…..
    stranitza tur mukasurat….apa la aku nie..merepek cakap rusia….. moi ruski yazik ochen ploha….. 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Siapa awak ni ye? Macam mana boleh cakap Russian ni ye?

    Reply

    Yeop Reply:

    Biarlah Rahsia..cik Sarah… 😛

    Reply

  3. Yeop says on :

    Tingkatkan imuniti kurangkan Drug….air kasi lebih….hrmmm nak nasihat Dr pulak….. 😛

    Dha Chetvir

    Reply

  4. syazana says on :

    salam k.Sarah 🙂

    Mak slalu pesan, kalau sesat xpe, itulah pengalaman kan? kata mak lagi, selagi minyak kereta ada, sesat x pe..inshAllah bleh jumpa (kalau drive la..hihi). Ayah pulak, kalau sesat katanya saja jalan2..biarpun setengah jam sesat 😀 . Yang penting, jangan lupa berdoa semoga dipermudahkan segala urusan kita setiap hari.

    actually, dlm hidup ni pun kadang2 hati kita sesat entah kemana. Mujur iman dan Islam masih lekat di jiwa. Harapan agar terus subur.

    Hehe,merepek pulak ye kat sini. Lama x menjenguk di sini..sibuk sungguh~ 😀

    ok kS, take good care ya! 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Sesat tu, bila tiba di hujungnya, akan terasa lebih nikmat. 🙂

    Best betul taktik ayah kamu ye. Jalan2 dulu. Hehe.

    Reply

  5. snm says on :

    sarah..hati2 okey 🙂

    gang apa tu? apa mrk buat? ❓

    Reply

  6. snm says on :

    hehehe 😎 lagu I Will Survive tu sangat sukaaaa masa saya dok menapak trekking di hutan (dgr mp3) :p siap melalak dgn manny (bestfriend saya) di tepi laut TNPP, Teluk Bahang. bg semangat utk kami smpi ke Rumah Api dgn hadapi sindir2 dr org2 kelilg kami masa tu. peristiwa sadis ktka itu (doh)

    Reply

    Sarah Reply:

    Kena buli ke awak dengan Manny waktu tu? Hehe. Diorang jaki tengok perempuan bersemangat untuk jungle tracking kot. Hehe.

    p/s: Padahal lagu tu untuk bersemangt lepas putus cinta. Ye dak. Huhu~

    Reply

  7. fuad says on :

    “Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.” (At-Nahl 16:125)

    Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya….dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..tq

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam kenal ye Fuad.

    Reply

  8. wanhidayat says on :

    Assalamualaikum….

    Pertamanya…apa khabar?, harap baek2 hendaknya….

    Kedua…selamat bermusim bunga…semoga kehidupan di sana seindah bunga2 yang mekar dan segar…

    Ketiga…Pandai awak baca sajak…hehehe…menawan bila berjubah…..

    Keempat…Aja2 fighting!!!!

    Reply

    Sarah Reply:

    W’salam Hidayat.

    Pertamanya, saya tengah demam.
    Keduanya, sekarang tengah musim busy ni. Tapi takpe. Tak lama lagi bunga akan blooming. Life will get easier and lighter 😀
    Ketiganya, saya baca biasa2 je tu. Bukan deklamasikan sangat pun.
    Keempat, all the best to you too!

    Reply

  9. nuha says on :

    ks..
    eh eh, kat sana ada library day? waah..

    nak wish jugak, selamat menikmati musim bunga yang lawa! 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Library day is not a public holiday, Nuha.

    Reply

    nuha Reply:

    hehe..Library day hanya ada kat uni, kah? kiranya, hari ni tiada posting atau kelas la..gitu kah? 🙂

    akak, saya teruja tau sebab kat sini tak ada Library day :mrgreen:

    Reply

    djambu Reply:

    library day tu maknenye cikgu xda masa nak mengajar…so. kene a dok kat pustaka…klo sy, dok umah je. hehehe. jgn contohi sy 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya pun duk rumah je Yeop. Library kitorang jauh gila dari tempat saya ni. Duk kat bilik baca sendiri jauh lagi best. Sambil tu boleh mengunyah. Huhu.

    Reply

  10. acai says on :

    Kalau sy jalan sorang2 boleh sarah tapi pastu nangislah,hahahaha *takdelah..baguslah sarah pandai berdikari..nanti senang Ivan Petrovich Mikhaelov jada awk,kikiki..:) sy kalau jalan kat satu2 tempat cepat ingat lokasi dan jalan even pergi 10 tahun lepas pun..:)

    Risau plak baca ttg orang kena bunuh tu,huhu..sila hati2 sahabatku ye..

    *err terkejut,sekian..:P

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya pun macam awak jugak. Saya akan ingat jalan2 yang pernah saya lalu. Sampaikan kalau naik teksi kat sini, saya kena ajar pakcik teksi macam mana nak ke tempat yang saya nak pergi tu. Hehe. Oh. Marilah doakan pasal Ivan Petrovich tu. Sangat macho namanya tu. 😎 Insya Allah Acai. Diri ini akan dijaga dengan baik.

    Reply

  11. djambu says on :

    adoi…tu yg malas tu. bila geng beroperasi…kalo musim sejuk, tau pulak diorang duduk rumah diam2…huhuhu

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la pasal. Time sejuk2 masing2 duk kat rumah je. Dah cuaca molek2 ni, mengada2 la diorang tu. Akhirnya, ada jugak orang yang faham apa yang saya tulis kat atas tu. Hehe.

    Reply

Leave a Reply