Suatu Hari Nanti, Dia Akan Bergelar Abdul Malek!

Assalamualaikum wbt

Sebelum sibuk kembali menjadi rutin saya, baiklah saya menyempatkan diri menulis di sini. Apa yang hendak saya kongsikan kali ini baru saja terjadi minggu lepas. Kisahnya, terjadi di dalam dewan bedah tempat saya bekerja.

Pesakit itu seorang lelaki bernama Malek, berketurunan Orang Asli, berumur 31 tahun. Ketika saya menerima pesakit ini di ruangan Reception, saya sangkakan dia ialah seorang Melayu. Kulitnya cerah dan dia tidak berslanga seperti Orang Asli kebanyakannya. Dia mengalami kecederaan di lengan kirinya akibat terkena sabit. Maka dia perlu menjalani pembedahan kecil untuk membaik pulih lukanya itu.

Disebabkan lukanya di bahagian lengan, maka dia perlu diberikan bius penuh. Dimulakan dengan ubat tidur dan kemudian satu tiub akan dimasukkan di mulutnya dan disambungkan ke mesin ventilator untuk membantu pernafasannya sepanjang pembedahan dijalankan.

Sudah menjadi kebiasaan, saya akan menyuruh pesakit saya berdoa, selawat dan mengucap sebelum ubat bius diberikan. Selain dapat menenangkan pesakit, ini juga sebagai persediaan sekiranya inilah kali terakhir pesakit tersebut dapat melihat dunia ini. Segalanya adalah mungkin apabila sudah berada di atas meja pembedahan. Bukan semua Orang Asli beragama Islam. Ada yang Kristian dan ada yang tiada agama. Memandangkan namanya Malek, jadi, saya pun bertanyakan padanya tentang agamanya sambil-sambil tangan saya laju membuat persiapan untuk pembiusan.

“Awak agama apa, Malek?”

Dia diam seketika. Kemudian saya lihat dia memandang ke arah bahu kirinya yang memang sejak awal tadi lagi saya lihat ada ukiran tatu di situ.

“Keluarga saya semua Islam. Dah lama mereka masuk Islam.” Kemudian dia diam semula. Jadi saya menyampuk kembali.

“Tapi awak belum Islam ye? Kenapa awak tak ikut keluarga awak yang lain masuk Islam?”

“Saya ada tatu ni. Macam mana saya nak masuk Islam?”  Suaranya jelas sayu! Allah. Luluh hati saya mendengarkan hal itu.

“Eh, tak apa tatu tu. Takde hal la tu. Bila awak masuk Islam, tatu semua tu Allah dah tak kira dah. Tu cerita lama awak. Bila masuk Islam, awak dah mula dengan buku baru. Bersih, kosong lagi. Awak tak ada dosa apapun waktu tu. Rugi la kalau awak tak dapat sama-sama dengan keluarga awak di akhirat nanti, kan.”

Tiba-tiba MA saya menyampuk. “Innallaha ma’assobiriin. Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” Haha. Terus semua staff nurse yang berada di dalam bilik itu turut ketawa bersama.

“Jadi sekarang awak tak ada agamalah, ye? Ok ok. Kalau macam tu, awak berdoa dalam hati moga-moga pembedahan ni tak ada apa-apa masalah dan semuanya berjalan lancar ye. Ok. Sekarang tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembus.”

Malek mengangguk-anggukkan kepala mendengar arahan daripada saya kerana saya sudah mula memberikan oksigen untuk memulakan prosedur pembiusan. Seketika kemudian, Malek sudah tidur, di-intubate dan pembedahan pun bermula.

Setelah selesai pembedahan, Malek ditempatkan di ruangan Recovery untuk pantauan sebelum dihantar balik ke wad. Ketika dia terbaring berehat di situ, saya mendekatinya.

“Ok, Malek? Ada sakit kuat tak kat tangan tu? Haa. Awak doa banyak-banyak supaya cepat elok tangan ni, dapat tolong mak tebas hutan semula. Pasal tatu awak ni, jangan risau-risau dah. Walaupun ada tatu, awak tetap boleh masuk Islam. Awak boleh bersama-sama semula dengan semua keluarga awak. Ok, ye?”

Malek mengangguk lagi. Dia tidak tersenyum tapi saya yakin dia sedang berfikir. Saya sendiri juga sedang berfikir. Apabila dia telah kembali ke kampungnya, siapa yang akan membuat follow up atas apa yang saya ceritakan kepadanya tadi? Pandaikah dia untuk mencari Islam itu sendiri? Bolehkah dia dan keluarganya mendapat didikan agama yang sempurna? Sejujurnya, segalanya kabur bagi saya. Saya cuma berdoa dalam hati, moga suatu hari nanti, dia akan bergelar Abdul Malek, hamba kepada Yang Maha Memerintah. Insya Allah.

Saya insaf dengan apa yang berlaku. Dia takut-takut untuk memeluk Islam kerana cetek ilmu. Tapi saya lihat dia ada kemahuan ke arah itu. Sedangkan kita pula mendapat Islam secara warisan, diperkukuhkan dengan ajaran demi ajaran yang kita terima daripada ibu bapa, guru, pendakwah dan sesiapa saja di sekeliling kita. Tapi persoalannya, adakah kita bersyukur dengan nikmat Islam dan iman itu. Dan sudahkah kita menjalankan tanggung jawab kita untuk menyampaikannya kepada orang lain.

Allah… Terasa berat tanggung jawab di bahu ini. Selagi mana ada manusia yang tidak tahu apa itu Islam, kita juga turut mendapat sahamnya. Allah…

Suatu hari nanti, dia akan bergelar Abdul Malek! Aminkanlah doa saya ini, ya kawan-kawan.

13 Responses to “Suatu Hari Nanti, Dia Akan Bergelar Abdul Malek!”

  1. faezah says on :

    Amin..sy bc pn sedih gak coz terharu dr.sarah..jazakillah dr.sara share kisah ni..

    Reply

  2. adaibrahim says on :

    amin..
    insya-ALLAH,
    berlinang juga airmata baca,
    Moga ALLAH kurniakah hidayah untuk Malek..
    (“,)Jom doa sama2 jom

    Reply

  3. FiZ says on :

    Amin. Semoga dia mendapat kekuatan yang sebenarnya.

    Reply

  4. Hafizah says on :

    sedih dengar cerita kak sarah.. turut berdoa moga dia akan bergelar abdul malek satu hari nanti.. 😛 😛

    Reply

  5. hazi says on :

    insyaAllah…..moga malek dpt hidayah n kekuatan..amin 🙂
    bagus sara, bdakwah secara x lansung….gud job! :-)….i lioke

    Reply

  6. ros says on :

    Kak Sarah, saya harap Malek akan menjadi Abdul Malek. Sama-samalah kita doakan. Dakwah tu boleh buat kat mana-mana kan kak walaupun di bilik bedah.

    Reply

  7. Yasir Tamizi says on :

    Saya teringat kisah dakwah Presiden ABIM pertama, kepada seorang wanita Belanda yang minat Islam. Wanita itu nak peluk Islam dan pada masa yang sama ingin terus makan babi. Lalu Dr Razali, mengeluarkan fatwa khusus bahawa wanita itu boleh mengucap syahadah dan boleh makan babi. Sebab? Keutamaan masuk Islam itu tak boleh dilengahkan, lebih penting daripada soal makan babi. 2 minggu selepas wanita itu masuk Islam, wanita tersebut dengan sendiri berasa jijik dan terus berhenti makan babi 😉

    Rujukan: http://abimkelantan.blogspot.com/2011/04/40-tahun-abim-catatan-prof-dr-razali.html

    Reply

  8. vehicle transportation service says on :

    Hi, I do think this is an excellent web site. I stumbledupon it 😉 I will revisit once again since I book marked
    it. Money and freedom is the greatest way to change, may you be rich and
    continue to guide others.

    Reply

  9. polished concrete patio uk says on :

    Hello there! Would yoou mind if I share your blog with my
    mspace group? There’s a lot of people that I think would really enjoy yoour content.
    Please let me know. Thaqnk you

    Reply

  10. Slimming Garcinia Review says on :

    Aw, this was an incredibly nice post. Taking a few minutes and actual effort
    to produce a very good article… but what can I say… I put things off a lot
    and don’t manage to get anything done.

    Reply

  11. www.facebook.com says on :

    Hi there! I know this is kinda off topic however I’d figured I’d ask.
    Would you be interested in exchanging links or maybe guest writing a
    blog post or vice-versa? My website covers a lot of the same topics as yours
    and I believe we could greatly benefit from each other. If you happen to be interested feel free to send me an email.
    I look forward to hearing from you! Wonderful blog by
    the way!

    Reply

  12. pagina web says on :

    It’s truly very complex in this active life to listen news on TV, so
    I simply use the web for that purpose, and take the most recent news.

    Reply

  13. booking buddy says on :

    Hi there to all, how is the whole thing, I think every one is getting more from this website, and your views are pleasant designed for new people.

    Reply

Leave a Reply