Lima Tahun Yang Mendewasakan
Assalamualaikum wbt
Tiba-tiba terasa nak menulis. Sebenarnya setiap malam pun terasa nak update blog. Tetapi memang flat. Penat. Totally exhausted. Jadi, hasrat memang tinggal hasrat sajalah. Kenapa penat?
Sebab saban hari memang penat berulang-alik ke KL atau lokasi-lokasi tapak projek yang saya kendalikan. Macam sekarang ni. Saya menjaga dua buah negeri. Selangor dan Melaka. Kalau mesyuarat atau interaction bersama pihak JKR dan para konsultan projek dijalankan di sebelah pagi, memang bergegaslah saya meredah jam di pagi hari untuk ke Ibu Pejabat JKR di Jalan Sultan Salahuddin. Jika mesyuarat hanya separuh hari, saya akan balik pula ke pejabat di sebelah tengahari untuk menyudahkan kerja-kerja lain di pejabat. Kalau sepanjang hari mesyuaratnya, jadi sebelah petang saya akan meredah jam lagi untuk pulang ke rumah. Ulang-alik antara KKM Putrajaya atau rumah ke JKR adalah sejauh 80 km okay.
Dan cara saya, kalau ada memo atau surat yang perlu saya selesaikan tindakannya, saya tak akan bertangguh. Hari tu dapat surat, hari tu juga saya selesaikan. Paling-paling pun esoknya tu mesti dah keluar semula maklumbalas atau tindakan dari saya. No way saya akan simpan berkepam untuk tindakan kemudian.
Tapi walau seserius-serius saya dengan kerja saya ni, saya masih ada balanced life di sini. Huhu. Ni kalau kawan-kawan ofis baca entri ni mesti ada yang gelak. Haha. Maklumlah. Sekarang ni ada blog reader saya bekerja satu pejabat dengan saya. Hahaha. Kecil je dunia. Chill chill. Saya ni orang biasa je. Bukan artis pun. Hahaha. Saya ni mak-mak sikit. Kalau bercerita dengan kawan-kawan ofis, tak lekang mesti ada kisah anak-anak. Ye la. Nak cerita pasal handphone baru ke, barang kemas ke, saya not into benda-benda tu. Ha gitu. Jadi ceritalah pasal anak, takpun pasal bekal makanan apa dan yang seangkatan dengannya. Membosankan, kan? Mak-mak sangat. Huhuhu.
Berbalik tentang kerja tadi. Kenapa penat tu macam teramat sangat gayanya tu? Ya. Penat sebab bukan setakat hectic life sebagai seorang doctor on the go ni. Tapi kerana hampir sebahagian besar masa saya yang uruskan anak-anak dan keluarga. Sebab suami saya banyak outstation ke sekitar Asia Tenggara ni. Tinggallah daku sendirian, terkapai-kapai di awanan. Ewah. Jadi disebabkan itu, hari saya memang penuh dari awal pagi sehinggalah ke tengah malam.
Bangun pukul 5.30 pagi. Terus ke dapur untuk menyiapkan bekal untuk hari itu. Lauk atau makanan yang dimasak itu cukup untuk saya anak beranak makan tengahari dan juga malam. Sambil-sambil masak, saya mengemas dapur dan basuh botol-botol anak. Dapur memang kena tiptop. Sebab di situ titik tengah tenaga saya. Kalau saya masuk dapur dan keadaan tak kemas, saya boleh bad mood. Huhu. Nak tak nak, dapur memang sentiasa kemas dan teratur. Ha gitu. Dan saya syaratkan diri saya bahawa saya tidak akan berada lebih daripada 40 minit di dapur. Ini termasuk dari memulakan persiapan memasak sehinggalah siap dapur dikemas dan bekal makanan disiapkan. Sebab saya ada benda lain yang nak dibuat. Biasanya setengah jam je di dapur. Lepas tu boleh siapkan baju untuk kerja. Kalau suami ada, dia yang tolong gosok baju. Saya akan kemas rumah dan pastikan rumah pun kena tiptop di saat ditinggalkan dan bila balik nanti, buka saja pintu rumah, teratur dan wangi je bau rumah. Ha. Itulah saya dan kepala otak saya yang susah nak terima keserabutan. Nak reset balik otak ni dah susah dah. Nak dapatkan keadaan yang perfect ni memang boleh. Tapi sendirilah yang akan penat sebab nakkan yang paling sempurna. Tak apa. Saya sanggup. Saya suka.
Ada sebab kenapa saya sangat menitikberatkan tentang kebersihan dan kekemasan ni. Pertamanya saya nak wujudkan suasana yang kondusif untuk kami sekeluarga. Saya tahu betapa serabutnya kepala terutama suami kita kalau balik-balik saja tengok rumah tunggang-langgang ke apa kan. Keduanya kerana Izz ada eczema. Mild sahaja. Tapi habuklah yang boleh trigger flare eczema itu. Jadi saya memang tak bagi rumah berhabuk. Memang tak suka dan tak benarkan ianya terjadi. Haha. Ketiganya kerana, err, bukankah hidup kita juga lebih tenang kalau keadaan sekeliling kita bersih dan teratur? Dah macam karangan tentang “Kebersihan Itu Sebahagian Daripada Iman” je dah. Kekekeke.
Lagi, kenapa saya penat? Sebab selepas jemput saja anak-anak, jadual saya penuh dengan mereka sahaja. Dari bermain dan beraktiviti dengan mereka, sehinggalah menyuap makan, memandikan, memantau mereka solat, mengajar mengaji, tasmi’ surah hafazan, mengajar membaca dan membuat Matematik, membacakan buku cerita sehinggalah menidurkan mereka. Kalau orang kata stay at home mother boleh buat macam-macam dengan anak-anak mereka, saya yang bekerja ini buat juga semua itu dengan anak-anak saya. Tak ada alasan. Jadi don’t you ever dare membuat perbandingan tentang ibu yang bekerja dengan SAHM depan saya sebab saya akan pangkah sampai kau kalah. Faham apa tu pangkah? Sebab definisi seorang ibu itu, bagi saya, tak kiralah kau bekerja atau tak, memang kau ada never ending list yang perlu kau lakukan sebagai seorang ibu. Kalau kita surirumah sekalipun tapi tak buat pun segala aktiviti yang boleh dimanfaatkan oleh seorang SAHM, apa yang nak didabikkan sangat. Dan tak bermakna ibu yang bekerja tak boleh laksanakan kesemua tanggungjawabnya walaupun dia bekerja. Ingat. Jangan banding-bandingkan. Rezeki orang yang memang dapat duduk di rumah dah ditakdirkan sebegitu. Rezeki saya dan ramai ibu lain belum lagi tiba. Ha gitu. Ya saya garang dengan prinsip saya. Jadi jangan nak banding sangatlah ya. Reserve your comments, please. Haha.
Kembali ke pangkal jalan. Ok kenapa lagi penat? Sebab lepas saja anak-anak ditidurkan, saya akan bangun menguruskan baju-baju pula. Saya akan kemas beg taska dan tadika anak-anak. Basuh dan lipat baju (kalau sempat) dan juga mengaji. Kenapa saya memilih untuk mengaji di tengah malam? Sebab kalau saya nak menangis dengan Allah sampai berhingus sekalipun, tak ada siapa yang kisah……. Hanya saya dan Allah.
Tetapi rutin ini semua akan berubah jika suami saya ada di rumah. Dulu saya stress, tertekan jiwa raga jika dia outstation. Sebab kerap sangat dan lama. Cross habis semua hari bekerja. Jadi penat saya adalah double daripada zaman oncall dulu-dulu kerana kerja saya bukan statik di hospital, tapi saya perlu travel, kerja di pejabat dan juga menguruskan segalanya di rumah. Bagi pasangan yang duduk berjauhan antara suami isteri mesti faham apa yang saya ceritakan ini.
Akan tetapi, semakin lama kami berkahwin, semakin saya menjadi selfless. Simply selfless. Saya meletakkan orang lain lebih dahulu dari diri saya. Suami dan anak-anak saya. Walau penat macam mana sekalipun, saya paksa diri saya untuk buat juga, untuk siapkan juga apa yang perlu saya buat, untuk lengkapkan jadual harian saya sebagaimana yang perlu saya lakukan untuk anak-anak. Dulu-dulu kalau suami outstation dan bila dia menelefon, saya mudah untuk bercerita tentang kepenatan. Tapi dengan berbuat begitu, saya hanya menyebabkan suami saya bersedih hati di sana kerana memikirkan saya yang kepenatan seorang diri. Sampai berjaga malam untuk buat kerja perancangan yang ada due for submission pula. Jadi, saya tahu ia tidak baik untuk hubungan kami. Ia menimbulkan rasa serba salah antara satu sama lain. Dia serba salah kerana terpaksa berjauhan atas tuntutan kerja. Saya pun serba salah sebab membebankan benak suami saya yang pastinya juga kepenatan di sana.
Jadi saya ubah perangai saya. Apabila suami saya menelefon, saya tak akan mengungkit lagi tentang penat. Saya simpan. Saya ceritakan perkembangan anak-anak kepadanya. Saya ceritakan insiden-insiden melucukan yang terjadi di rumah. Saya ceritakan kisah gelabah airbag warning saya menyala selepas menekan hon kereta dengan kuat sebab orang kereta depan tak gerakkan kereta kerana sibuk nak ambil gambar gerhana, saya ceritakan berapa bintang Izz dan Zayd dapat untuk hari itu untuk Star Chart for Good Deeds dia dan Zayd. Saya ceritakan tentang pokok bunga di luar rumah. Kami bercerita tentang apa sahaja tetapi tidak tentang kepenatan. We treasure each others’ presences on the phone by telling our happiness and achievements of the day. Sebab saya rasa, kami rasa, itu lebih membahagiakan.
After all, bila suami saya sudah balik, dia layan saya macam puteri. Cewaaaaah~ Sabtu Ahad boleh tutup dapur. Sakit-sakit badan, memang dia akan urut selalu. In fact, untuk setiap malam yang dia ada di rumah, dia akan megurut kaki saya sebelum tidur.
How can I not love him more and more?
Dan atas sebab-sebab ini jugalah, malam tadi, sewaktu menunggu suami tiba dari airport, saya terasa berdebar menanti dia sampai. Dan debarannya sama seperti menunggu hari nikah dahulu. Aura anniversary yang bakal tiba agaknya. Hihi.
Esok 12 Mac. Duhai suami, selamat ulangtahun ke-5 untuk kita. Terima kasih atas segala pengalaman yang mendewasakan sepanjang kita bersama. Terima kasih kerana sentiasa sabar dengan kerenah dan fe’el pelik-pelik isterimu ini. Dan terima kasih kerana sentiasa berbuat baik kepada ibu anak-anakmu ini. Semoga kita tidak pernah lokek untuk saling memahami dan bertoleransi dalam hidup ini. Juga tidak kedekut untuk terus mencintai.