Haiku For You

For the air you spray into me
Lessen the tightness
You set me free.

Selfless, I return to you
One I, and only one you.
No word could you doubt me
The heart is no empty.

Haiku, in all I shall tell you
You rhyme in my pace
setting me into peace.
Haiku for you.
Mysara, the lovely you.

-a-

Note: You I thank. So very much. I’ve just learned what Haiku is. I’ll try to compose one.

Posted on April 17th, 2009 by Sarah  |  3 Comments »

Aiman’s Story

Assalamualaikum wbt

I won’t let melancholic story head up my day. So, here is a story I heard from my little brother. One day, he asked me this question:

Ngah, one day strawberry and blueberry met. They fell in love. What did the blueberry tell the strawberry?

I paused a while to think logically. Well, my brain is not up to simple things like what kiddos nowadays are up to. I said: It must be I love you.

My brother laughed. He said: Wrong! He said ‘I love you berry-berry much’.

Aishh. That kid pranked me. So I told him: But the meaning is still the same. I love you. Huhu.

Next, I came out with this question: Aiman, kenapa orang gali kubur tak pakai seluar dalam? He was shocked. He asked me back: Eh, yeke? Aiman rasa diorang pakai je.

A few days before that, I asked the same question to my cousin. He was shocked too. Somehow, he managed to come out with this answer which tickled me to death! He said: They simply don’t want anything get stuck in the middle while hoeing the soil. I laughed. He himself also thought it was a stupid answer.

Back to the story with Aiman. I cut the line. I said to Aiman: Iye. Cuba Aiman pergi tanya orang yang pernah gali kubur. Mananya diorang semua tu pakai seluar dalam. Diorang tak pakai.

Aiman replied: I know you’re lying. I never see one. I replied: Of course you never see any. Unless you ask them to show it up. You dare?

Aiman: Huh. Takde kerja nak suruh diorang tunjuk. Abis tu apa jawapannya tadi? He’s surrendered.

Before I gave him the answer, I laughed out loud evilly: Muahaha. Memanglah orang gali kubur tak pakai seluar dalam. Diorang pakai cangkul. Muahaha.

Aiman threw all the tudung orens he was playing with to me. Adui. Haha. Serve him right. 😆 I love you berry-berry much with me! :mrgreen: You gave me the bread, I gave you the butter la, bro!

Note: Credit to fellow friends during Homestay Program last year who came out with this question. I was the last one to understand the meaning. They laughed at me jemaah-ly! Sabar banyak-banyak, Sarah. 😆

Posted on April 17th, 2009 by Sarah  |  5 Comments »

Persoalan

Assalamualaikum wbt

Dalam minggu ini, saya mendapat undangan perkahwinan daripada empat orang kawan ketika sekolah menengah rendah dulu. Semua majlisnya dalam masa terdekat ini. Tahniah untuk mereka semua. Nampaknya, memang saya melepas lagilah untuk menghadiri majlis mereka.

Kadang-kadang saya terfikir juga. Apabila seseorang itu sudah berkahwin, apakah mereka akan cenderung untuk terputus hubungan dengan kawan-kawan lama? Apakah kehidupan berumah tangga memustahilkan itu semua? Tidak, kan?

Saya bukan membuat satu penyataan. Itu cuma persoalan yang saya fikirkan. Bukan saya sengaja hendak membiarkan persoalan seperti itu menjadi satu kesimpulan yang saya iyakan. Saya bercakap atas dasar pengalaman.

Teori ini bunyinya sedikit cacat. Jadi, silalah jangan berfikir seperti mana saya berfikir. :mrgreen:

Nota 1: Saya bercuti sehingga Rabu depan. Ada hari khas untuk kami di Rusia. Hari apa? Huh. Tak ingin saya cerita sebab saya tidak suka. Hari cuti ini bukanlah holi-day. Sebaliknya horrid-day. Siapa yang tahu, diam-diam sudey

Nota 2: Khamis depan saya exam! Oral sajalah tapinya. Kena viva untuk case history yang sudah disediakan. Oral exam ini sebahagian daripada Final Exam nanti. Selepas exam, yosssshhh, saya akan bertolak ke karnival sukan tahun ini bersama kontinjen universiti saya.

Posted on April 17th, 2009 by Sarah  |  11 Comments »

Dilema Seorang Anak

Assalamualaikum wbt

Setiap kali balik bercuti ke Malaysia, saya hanya akan terperap di rumah saja. Patah kaki ibaratnya. Pertamanya kerana di kawasan rumah saya, tiada kawan-kawan yang sebaya saya. Jika ada pun, hanya seorang. Lelaki pula tu. Sudah besar panjang ni, kuranglah kami berkomunikasi. Terserempak waktu kenduri pun tunduk-tunduk. Tapi di YM, rancaklah pula boleh bercerita perkembangan masing-masing.

Jika saya ada aktiviti di tempat lain, sebolehnya saya hendak pergi sendiri. Tidak mahu menyusahkan ayah untuk menghantar saya. Tapi, ayah pula sebaliknya. Sebolehnya dia hendak menghantar saya ke tempat yang saya perlu pergi. Sampai boleh merajuk dengan ayah sebab tidak mahu dihantar. Haha.

11

Contohnya ketika saya hendak ke Sungai Siput, Perak, untuk program Homestay di Perkampungan Orang Asli anjuran PPIM. Disebabkan saya AJK program, saya perlu bertolak awal ke sana. Saya sudah meninjau tiket bas ke Perak. Tapi majoriti bas malam akan sampai di sana pada pukul 3 pagi. Kalau bas siang, saya akan terlambat daripada masa yang dijanjikan bersama AJK yang lain. Ayah kata, buat apa cari tiket bas. Ayah akan hantarkan. Aduh. Menyusahkan ayah betullah saya ni. Maka, mengembaralah kami dua beranak. Kebetulan ayah ada kerja di sepanjang perjalanan ke sana. Kami singgah di banyak tempat. Ayah menggunakan laluan Kuala Lipis-Gua Musang-Cameron Highland untuk ke sana. Sempat saya dan ayah ke Cameron Highland dulu. Untuk balik dari Ipoh, saya terus mengambil bas pada malam tamatnya program itu. Saya tidak bertangguh. Terus balik rumah. Sampai di terminal bas, ayah juga yang datang menjemput.

Read the rest of this entry »

Posted on April 15th, 2009 by Sarah  |  24 Comments »

Hujung Minggu Yang Padat

Assalamualaikum wbt

Saya memang tidak faham betul. Setiap kali hujung minggu tiba, saya akan sibuk mengalahkan pengetua sekolah menengah. Pengetua sekolah menengah pun setidak-tidaknya dapat berehat di rumah pada hujung minggu. Saya bukan setakat tidak melekat di bilik. Siap pergi mencari nahas menyakitkan badan dengan latihan pingpong.

Minggu ini jadual latihan saya sedikit berubah. Latihan diadakan pada hari Sabtu. Selesai saja solat Zohor, saya bersama tiga orang lagi ahli pasukan saya bertolak bersama-sama. Latihan masih lagi seperti minggu lepas. Intensif separuh mati yang tidak diberikan sebarang insentif atas inisiatif kami menghadiri latihan yang berbentuk elektif atas pilihan hati kami yang ikhlas. Oh ayatku. Orang muda zaman ini kata: Tak boleh blah betul! Tapi tidak elok berbahasa begitu. Rosak bahasa. Mari cintai bahasa kita semaksimumnya.

Alhamdulillah, prestasi saya kembali pulih. Mungkin minggu lepas saya tertekan dengan pelbagai perkara. Jadi prestasi saya amat mengecewakan diri saya sendiri. Minggu ini pula mungkin baru mendapat semangat baru yang disuntik melalui email, maka diterjemahkan melalui peningkatan dalam setiap smash yang dilakukan. Eceh. Melawak saja. Email itu tiada kaitannya.

Sekembalinya daripada latihan, saya dan Wanie menghadiri usrah pula. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, dulu, dan juga dulu-dulu, dalam masa seminggu kehidupan, saat yang paling menggembirakan ialah ketika menghadiri usrah bersama tujuh orang yang lain. Minggu ini kupasan tafsir Surah Ad-Dukhan. Cantik sungguh Allah bercerita dengan kita dalam surah itu. Dari kisah jerebu sebagai tanda Allah murka, ke babak seterusnya tentang kisah Nabi Musa dan pengikutnya. Dan disertakan peringatan untuk orang yang berlagak seperti tuhan dan bangga dengan kekuasaan.  Siap ada sindiran sinikal daripada Allah buat manusia jenis ini dalam ayat  ke-49. Dan seperti biasa, Allah sudahi penceritaan-Nya dengan menyejukkan hati kita. Allah memberikan gambaran indah tentang nikmat yang menanti di syurga. Hati yang rawan mesti akan terpujuk dengan ayat terakhir surah ini: Maka tunggulah. Sungguh, mereka itu juga sedang menunggu. Hai kamu semua. Allah dan penghuni langit yang lain sedang menunggu kita di sana!

Read the rest of this entry »

Posted on April 13th, 2009 by Sarah  |  33 Comments »