Hujung Minggu Yang Padat

Assalamualaikum wbt

Saya memang tidak faham betul. Setiap kali hujung minggu tiba, saya akan sibuk mengalahkan pengetua sekolah menengah. Pengetua sekolah menengah pun setidak-tidaknya dapat berehat di rumah pada hujung minggu. Saya bukan setakat tidak melekat di bilik. Siap pergi mencari nahas menyakitkan badan dengan latihan pingpong.

Minggu ini jadual latihan saya sedikit berubah. Latihan diadakan pada hari Sabtu. Selesai saja solat Zohor, saya bersama tiga orang lagi ahli pasukan saya bertolak bersama-sama. Latihan masih lagi seperti minggu lepas. Intensif separuh mati yang tidak diberikan sebarang insentif atas inisiatif kami menghadiri latihan yang berbentuk elektif atas pilihan hati kami yang ikhlas. Oh ayatku. Orang muda zaman ini kata: Tak boleh blah betul! Tapi tidak elok berbahasa begitu. Rosak bahasa. Mari cintai bahasa kita semaksimumnya.

Alhamdulillah, prestasi saya kembali pulih. Mungkin minggu lepas saya tertekan dengan pelbagai perkara. Jadi prestasi saya amat mengecewakan diri saya sendiri. Minggu ini pula mungkin baru mendapat semangat baru yang disuntik melalui email, maka diterjemahkan melalui peningkatan dalam setiap smash yang dilakukan. Eceh. Melawak saja. Email itu tiada kaitannya.

Sekembalinya daripada latihan, saya dan Wanie menghadiri usrah pula. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, dulu, dan juga dulu-dulu, dalam masa seminggu kehidupan, saat yang paling menggembirakan ialah ketika menghadiri usrah bersama tujuh orang yang lain. Minggu ini kupasan tafsir Surah Ad-Dukhan. Cantik sungguh Allah bercerita dengan kita dalam surah itu. Dari kisah jerebu sebagai tanda Allah murka, ke babak seterusnya tentang kisah Nabi Musa dan pengikutnya. Dan disertakan peringatan untuk orang yang berlagak seperti tuhan dan bangga dengan kekuasaan.Β  Siap ada sindiran sinikal daripada Allah buat manusia jenis ini dalam ayatΒ  ke-49. Dan seperti biasa, Allah sudahi penceritaan-Nya dengan menyejukkan hati kita. Allah memberikan gambaran indah tentang nikmat yang menanti di syurga. Hati yang rawan mesti akan terpujuk dengan ayat terakhir surah ini: Maka tunggulah. Sungguh, mereka itu juga sedang menunggu. Hai kamu semua. Allah dan penghuni langit yang lain sedang menunggu kita di sana!

Pagi Ahad pula, saya terlibat dengan program Basic Life Support Workshop bersama rakan-rakan RMT saya. Serius penuh ilmu. Dr. George pula sangat banyak memberikan inspirasi. Perkongsiannya pada hari ini meliputi aspek ilmu perubatan, kehidupan dan kemanusiaan. Yang menjadikan saya penat ialah tidak cukup tidur, berlari turun naik dari bilik saya ke bilik studi, mengemop lantai berulang kali untuk membolehkan kami semua duduk dan beraktiviti di atas lantai saja dan mengangkut bermacam-macam benda. Selesai Asar, dummm. Saya tidur. Qadha’ tidur. Bangun dari tidur, sengal-sengal badan kerana pingpong dan kepenatan pagi tadi terasa sangat menyeksa badan.

Apa-apapun, saya terasa agak lucu ni. Ramai pula yang berpendapat kisah dalam entri lepas seperti dalam novel. Luculah kamu semua ni. Kamu buat saya berangan menjadi Arisa dalam cerita Dari Mata Arisa (DMA) pula. Bertemu Akif. Mula-mula gaduh-gaduh. Benci-benci meluat. Geram-geram. Tapi akhirnya bercinta. Cerita saya tu bukan tahap novel lagilah. Dan mustahil untuk jadi seperti itu. Saya ni tinggi egonya. Biar saya faham sendiri sudahlah. Jadi tak payahlah membayangkan yang bukan-bukan, ya. Kalaulah tanpa saya tahu kawan saya tu membaca blog saya, naya saya. Malu tujuh keturunan kot!

Seperkara lagi, dalam dua hari ini, saya lihat, trafik keluar masuk blog ini adalah melalui carian yang pelik-pelik. Tersenyum juga saya membacanya. Ada yang hendak mencari tentang orang lain, boleh sesat ke sini pula ya. Habis satu blog saya dibacanya. Apapun, selamat datang saya ucapkan. Jangan risau. Walaupun namanya wujud di dunia saya ini, kekasih hati cik tidak saya curi. Dia selamat bermastautin dalam hati cik. πŸ˜‰

Ada sedikit gambar untuk kali ini. Oh ya. Musim bunga sudah muncul. Musim bunga terakhir untuk persinggahan saya di Bumi Tsar ini. Ada sedikit sayu dalam gembira yang saya rasa.

1

2

3

Nota 1: Ini kali kedua saya akan mengeluarkan kenyataan ini. Musim bunga adalah musim orang menjadi. Tak faham? Musim orang bercintalah maksudnya tu. Kita lihat bagaimana ya. Hehehe.

Nota 2: 2 bulan lagi untuk final exam. Cuak sangat ni.

33 Responses to “Hujung Minggu Yang Padat”

  1. kak izzah says on :

    wahwah..
    siap ade jersi lagi.. bestnye.. musti bersemangat kan!
    bagus angah, goodluck ok! terasure your time there..
    for where your treasure is, there you heart will be also..
    😎

    Reply

    Sarah Reply:

    Jersi yang saya pakai ni yang peribadi. Bukan yang team lagi. πŸ˜€

    Reply

  2. kak izzah says on :

    laaaa byk la pulak typo error tu angah..sorry.. πŸ™„
    retype balik la yek.. hehehe..

    wahwah..
    siap ade jersi lagi.. bestnye.. musti bersemangat kan!
    bagus angah, goodluck ok! treasure your time there..
    for where your treasure is, there your heart will be also..
    😎

    Reply

  3. Kasawari says on :

    ermm pasni leh lawan ping pong dengan Kasawari.. kita tengok smash siapa yang boleh diamik.. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Wow. Bunyinya macam bro sangat jaguh ni. πŸ™„

    Reply

  4. Nad says on :

    Hehe. Ayat terakhir KS kat perenggan kedua buatkan Nad tergelak. Boleh jadi jurucakap untuk Kempen CIntai Bahasa πŸ˜†

    Few steps more. Go KS go! πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la. Kena bertahan ni. Sikit je lagi tinggal. Tapi malam2 mesti kecut perut bila teringat yang esoknya tu dah sehari semakin dekat nak exam. Hehe. Thanks Nad! πŸ˜‰

    Reply

  5. Wanie says on :

    salam.

    Musim bunga adalah musim orang menjadi.

    Kelakarlah. Tahun lepas pun wani tulis macam ini juga. huhu :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la. Dulu pun ks tulis macam tu jgk. LOL. πŸ˜›

    Reply

  6. snm says on :

    Musim Bunga = Musim Hati Berbunga-bunga πŸ˜†

    mcm saya cakap kt awak kan, awak sibuk skrg, x mengapa..nnt di saat awak lapang, ms tu mesti awak teringat semua kenangan ktka awak di saat2 sibuk kan? πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Realitinya, saya tak nak ingat sangat pun kehidupan kat Moscow ni.

    Reply

  7. Cinta says on :

    Salam..
    Terima kasih di atas kiriman emel sarah :)…btw, gambar sarah yg paling akak suka gambar sarah pakai jersey ping pong membelakang dengan tangan sarah pointing to ayat ” Sarah Ms”(dlm entry sarah yg lepas2)..rasa mcm indah pula gambar tuh…

    btw,
    semestinya musim bunga di kaitkan dengan musim org menjadi..sarah bila nak menjadi?hahaha gurau-gurau saja…tunggu saja Fahri ya :), cakap dengan wanie juga πŸ™‚

    Reply

    Wanie Reply:

    cakap dgn wanie juga ye ks. jgn lupa tuh 😎

    Reply

    Sarah Reply:

    KS tak nak cakap. Tapi KS hantar kad. Boleh? πŸ˜†

    Reply

    Sarah Reply:

    Ooo. Gambar dalam beberapa entri lepas eh? Hehe. Tapi tu la kak. Fahrinya tak muncul2 lagi. Setialah saya ni menanti. Ewah. πŸ˜†

    Reply

    Cinta Reply:

    sarah…

    kalau hantar kat wanie, sila letak nama pengirim “fahri”..hehehe..kalau wanie baca nie…jangan marah yer akak gurau jer..

    Tentang Fahri, susah kot dia nak mengharungi ribut pasir…tuh yang lambat sampai, setia jangan tak setia…tup..tup…Mas Fahri muncul depan mata…siapa tau esok lusa kan?

    Reply

  8. sishoney says on :

    salam sarah,

    wah siap ada jersi lagik.nak lawan dgn sis pingpong sure sis kalah.jom kita lawan badminton la *smile*

    Reply

    Sarah Reply:

    Alamak. Kalau main badminton, saya la yang kalah. Sebab saya pendek. Pukul shuttlecock, tak lepas2. Asyik sangkut kat net je la agaknya. :mrgreen:

    Reply

  9. siti noor syazwana says on :

    “Ada yang hendak mencari tentang orang lain, boleh sesat ke sini pula ya. Habis satu blog saya dibacanya. Apapun, selamat datang saya ucapkan. Jangan risau. Walaupun namanya wujud di dunia saya ini, kekasih hati cik tidak saya curi. Dia selamat bermastautin dalam hati cik.”

    salam ks.. em, tah nape la mcm sama pulak.. my last post d blog pon terselit pasal seseorg yang menyelidik fs n blog saya pasal seorg lelaki.. pelikss.. padahal tiada ape perasaan pon. rase menyampah pulak. sekali 2 xpe..nih kerap.. toin.toin. pening je!

    Reply

    Sarah Reply:

    Syazwana, yang KS tulis ni lain kisahnya. KS tak rasa rimas ke apa. KS wonder je siapa. Hehe. Harap2 dia dapat la cari info yang diperlukan πŸ˜‰

    Reply

  10. Khairul says on :

    Jadi… apa signifikannya Kak Sarah dengan nombor satu?

    Reply

    Sarah Reply:

    Satu?

    S =
    A =
    T =
    U =

    :mrgreen:

    Reply

    Khairul Reply:

    Mmm…?

    S untuk Sarah. Entah apa lagi tiga huruf tu. Haha.

    Reply

  11. haritz says on :

    Musin bunga yang saya tunggu hanyalah satu, di kampung saya, iaitu musim berbunga durian, yahoo… Sarah mesti dah lama tak makan durian, jom!!

    Reply

    Sarah Reply:

    Pokok durian sebelah rumah saya dah lebat dah berbunga. Tahun lepas saya makan jugak apa. Takde la lama sangat dah. Orang lain pun musim durian tahun lepas jugak last makan durian kot. πŸ˜†

    Reply

  12. errick says on :

    wah blognya ramai sangat… bagaimana caranya?
    πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Bagaimana caranya untuk apa ya? πŸ˜‰

    Reply

    errick Reply:

    caranya supaya ramai… supaya pengunjungnya katsirun jiddan dan comment-nya katsirun jiddan pula…

    (dalam bahasa malay ada istilah ramai tak?)

    Reply

    Sarah Reply:

    Jujurnya, saya tak ada cara yang khas untuk menarik ramai orang datang ke blog saya. Saya cuma menulis apa yang saya lalui dan rasa. Dan kebetulan ada yang datang melawat saya di blog ini.

    Tapi mungkin saya boleh cadangkan sesuatu untuk awak. Setiap kali awak melawat ke blog kawan-kawan, tinggalkan URL blog awak untuk mereka lawati. Insya Allah, bila mereka ada masa, mesti mereka melawat ke blog awak pula. πŸ˜‰

    Jadi, akan kasirun jiddan jiddan la pengunjung dan komennya nanti. πŸ™‚

    p/s: Ye. Bahasa Melayu Malaysia pun ada perkataan ramai. Maksudnya banyak πŸ˜‰

    Reply

  13. Fisol says on :

    salam…

    sarah ni memang sibuk mengalahkan pengetua sekolah menengah…sek men. berasrama penuh pulak tu…sek kluster lagi…hehe…

    Reply

    Sarah Reply:

    Huhu. Iye iye je bro ni πŸ˜†

    Reply

  14. Hawa says on :

    Wah, bila la dapat menjejakkan kaki kat bumi tsar ye.. πŸ™„

    Reply

    Sarah Reply:

    Bulan madu ke sini? :mrgreen:

    Reply

Leave a Reply