Anak Muda Yang Gigih

Assalamualaikum wbt

Entri ini ditulis pada 14 Ogos 2008 yang lalu. Baru sekarang saya rasa hendak kongsikan di sini.

Selama ini saya pernah menjadi pembaca sebuah blog yang dimilik oleh seorang lelaki muda yang bekerja sebagai Pereka Hiasan Dalaman. Dia memiliki sebuah syarikat sendiri dan saya boleh mengkategorikannya sebagai anak muda yang sangat berjaya, berkerjaya, kaya-raya dan bermotivasi tinggi. Saya sendiri kagum dan kadang-kadang mendapat semangat apabila melihat betapa dia bersungguh-sungguh mengusahakan perniagaannya itu. Sayangnya hanya satu yang saya kurang suka tentangnya. Dia terlalu bermewah dengan hidupnya yang semamangnya berasal dari sebuah keluarga yang kaya-raya. Cuba bayangkan, untuk hujung minggu yang tiba-tiba dia rasakan bosan, dia terus terbang ke Dubai semata-mata untuk membeli-belah.

Dan yang sebetulnya, kenapa saya mula membaca blognya suatu masa dulu kerana saya dapat tahu yang dia tinggal dan bekerja di bandar yang sama dengan saya. Mulanya saya ingatkan dia anak jati tempat kami. Tapi tak pernah sekali pun dia menyebutkan nama tempat dia berada itu kerana hendak menjaga status kononnya. Tapi bagaimana saya tahu itu adalah Temerloh berdasarkan gambar-gambar yang banyak di blognya. Ada gambar Esplanade yang cantik di tepi Sungai Pahang tu dan macam-macam lagi termasuklah lokasi kawasan rumah rakit yang menjadi lambang Sungai Pahang di Lurah Semantan itu. Dan disebabkan gambar itu, saya pernah meninggalkan komen padanya. Peristiwa ni hampir setahun setengah yang sudah. Dan waktu itu saya tidak tahu bahawa dia jenis yang agak dingin orangnya. Terutamanya dengan orang yang biasa-biasa seperti saya ni. Dahlah tak berkerjaya lagi, ‘orang tempatan’ pula tu.

Tapi selepas saya tinggalkan komen itu, komen itu telah dinyahkan buat selama-lamanya olehnya. Saya rasa, ini mesti sebab dia tak mahu ada yang tahu lokasi dia berada itu ialah Temerloh (dia tinggal sendirian di Temerloh, keluarganya pula menetap di KL). Tapi satu hari saya mendapat email (saya masih belum membuang email saya dari blogger’s profile waktu tu). Email itu daripanya. Bertanyakan begini: You from Temerloh? Which part of it? How do you know it is your hometown by looking at those pics?

Saya kata dalam hati: Aiseh. Berbahasa orang putih pulak mamat ni ye. Padahal dah tahu je yang saya ni Melayu jugak. Saya balas begini: I was born n bred in Temerloh. So of course I knew it. Every single place in Temerloh is in my hands. But if you are about to hide it from people from letting them know you are exactly in that small town, why should I tell you where exactly I live in Temerloh. You give me the bread, I give u the butter. We’re even.

Dan dengan tidak disangka-sangka, secepat kilat saya mendapat email balasan berbunyi: Stubborn! Heh. Saya pun balas balik macam ni: Arrogant!

Sehari selepas itu, balik saja dari menghantar Tok ke hospital, saya tengok ada email daripada anak muda tu lagi. Emailnya berbunyi: There’s no less to have you as my friend. Can we?

Saya sengaja menyombong diri dengan membalas: And there’s no less not to have you as my friend. Garang betul saya membalas begitu.

Kenapa saya balas begitu sebab ada entri terbaru di blognya menulis tentang saya (saya dapat rasakan yang dimaksudkan itu ialah saya. Antara lain entri itu berbunyi begini:

“….would bring me no benefit neither any harm to have someone you never know before to be your friend but it would be dangerous if he/she could tell your secrets to others. Especially concerning where you’re living and what a bad thing to have such a no-standard place to be at….”

Hushhhh… Berlagak habis bunyi entri tu. Saya faham dia maksudkan Temerloh tu bandar yang tiada apa-apa. Malah, wayang pun tiada. Apatah lagi kompleks membeli belah yang besar gedabak. Tapi saya tahu, dengan balasan email saya itu boleh membuatkan dia melabel saya sebagai seorang yang sangat sombong. Hah, dia itu pun sombong juga. Dahlah dia ramai pembaca. Sesuka hati dia hendak tulis entri berlagak macam tu. Tapi tanpa disangka-sangka, keesokannya, entri itu sudah dibuang. Ada entri lain yang berbunyi:

“Terlajak perahu boleh diundur, terlajak tulis boleh dipadam. And for that, I’m sorry.

Dan saya pun tergelak besar! Lucu bangat deh mamat tu! Saya hantar email (sebab saya rasa kalau saya hantar komen, nanti tak pasal-pasal orang lain yang membaca komen akan tahu siapa yang dimaksudkan dalam entri itu). Email itu berbunyi: Terlajak email pun boleh dipadam jugak.

Secepat kilat dia membalas email tu (saya yakin dia masih di pejabat pada waktu tu): Hah. After 11 hours working with graphics which can tell no words nor jokes at all, finally someone had really made me laugh! I’m arrogant, I admit. Hey Sarah, friends, can we?

Saya balas: I didn’t tell any jokes, did I? I give you one condition. Use Bahasa Melayu, please. Sometimes we should try to appreciate our mother tongue more than what we used to. Because using Bahasa, I can call u in a funnier name which is ‘Budak Sombong’. Huhu.

Bermula dari situ, dia menjadi rakan email saya. Setiap hari akan ada email pendek daripadanya. Sama ada saya akan balas pada hari tu juga atau tidak, itu terpulang pada kesibukan saya. Email dari anak muda yang gigih itu biasanya tentang kerjanya dan kehidupannya yang sangat rutin dan tiada perubahan. Sampailah suatu hari, saya mencadangkannya membuat kerja gila, yang sejak dari itu dia mula merasakan hidup di Temerloh itu ada banyak lagi yang menarik (bandar kecil dan ketinggalan zaman tu tolak tepi jauh-jauh) untuk dilakukannya. Saya mencadangkannya ke Pizza Hut (PH) Temerloh dan mencari Manager di situ (berbaju kelabu biasanya untuk para Manager kan?). Saya memberi diskripsi seorang perempuan yang saya kenal, berjawatan Manager, berambut pendek dan saya suruh dia menyapa budak itu. Dan saya berikan sedikit latar belakangnya. Perempuan itu adalah rakan sekelas saya dari darjah satu sehingga tamat darjah enam sebenarnya.

Satu hari saya dapat email daripadanya berbunyi: Weh, tadi lunch hour I pegi PH. I cari budak yang you cakap tu. Well, terkejut badak muka dia bila I tanya dia dulu Sekolah Al-Mukmin ke. Tak sangka eh budak sekolah agama pun boleh free hair macam tu je sekarang ni. I would expect more from them. Eh, next time you bagilah lagi orang yang I boleh terjah lagi. Seronok pulak rasanya. Haha.

Saya balas begini: Kalau saya bagi nama suruh awak terjah pun, saya akan cari kes-kes yang macam ni la. Haha. At least, dapat jugak awak berdakwah indirectly kan. Hehe.

Dia balas: Please call me ustaz starting from today! Haha.

Macam nilah kisah bengong-bengong yang tak berapa dewasa sangat antara saya dengan anak muda gigih itu. Saya rasa dia pun sudah jauh berubah daripada dia yang dulu. Sangat lain. Cuma bab-bab membeli-belah dan kerap berjalan ke luar negara itu, saya rasa itu sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya. Kadang-kadang tu, saya boleh menegurnya secara terus saja kalau saya rasa kurang setuju dengan apa yang dia buat. Tapi tiada masalah. Dia semakin terbuka menerima teguran. Dan saya pun tak kurang juga dimarah dan ditegurnya tentang beberapa perkara. Yang paling saya ingat, dia ingatkan saya tentang jangan mudah percaya orang dan jangan lembap sangat. Huhu. Kan saya ni lambat sikit nak tangkap kadang-kadang tu.

Tapi, sejak musim exam lepas (pertengahan Mei 2008), saya tidak beremailan lagi dengannya. Saya betul-betul fokus dengan exam saya. Jadi sengaja saya biarkan beberapa emailnya tidak berbalas. Dia ada membaca blog lama saya tu untuk mendapatkan perkembangan saya tapi kebetulan saya jarang update waktu itu. Jadi dia pun mendiamkan diri juga. Kira-kiranya, sudah 3 bulan tidak mendengar khabar berita.

Ok. Kisahnya hari ini (14/08/2008), selepas Asar tadi, saya keluar ke bank dan kemudian hendak mencari hadiah untuk Kak Anisa yang akan berkahwin pada Sabtu ni. Mula-mula saya berhajat hendak ke Bazar Temerloh. Untuk mencari Al-Quran dan rehal berukir yang cantik. Tapi dah pukul 6.15 petang waktu itu. Bazar dah tutup. Saya dah pun berada dalam kereta pada waktu itu. Tapi saya tersedar yang ada orang memandang dari luar kereta, berhadapan dengan PH. Orang tu tenung saja saya. Saya pandang dia, cuba untuk memastikan kebenaran. Selang seketika, orang itu berlalu, dan saya pun keluar semula dari kereta menuju ke arah The Store saja untuk mencari hadiah di sana. Dalam hati saya berkobar-kobar untuk balik sebab hendak memeriksa email.

Sampai di rumah, azan Maghrib sedang berkumandang. Sebaik lepas solat, saya terus online untuk memeriksa email. Yeay! Ada satu email daripada anak muda itu.

Pendek saja emailnya: Noticing u noticing me. Ahha!

Dan saya membalas: Knowing u knowing me. Ahha!

Dan sebenarnya, bila saya hendak masuk kereta semula selepas membeli barang, saya lihat kereta Cefiro hitam berplat W terletak betul-betul di sebelah kereta saya. Waktu itu lagi saya sudah teramat yakin memang tadi adalah anak muda itu. Kecilnya dunia… πŸ™‚

“Manusia itu boleh berubah kalau ada sesuatu yang boleh memberikan motivasi kepadanya dan manusia juga boleh belajar bekerja keras kalau dia tahu apa yang dia mahu dan untuk apa dia perlu buat begitu.” – Anak Muda Yang Gigih (Mac 2008)

Saya hendak menjadi seperti anak muda ini. Sungguh. Dia sangat fokus dan gigih dalam apa yang dia usahakan! Dan dia juga seorang anak yang sangat memuliakan ibunya.

Kami hanya beremailan saja. Tiada YM dan metod lain. Dan dia memang boleh dijadikan sumber motivasi yang cukup baik. Dan tadi saya menerjah blognya, saya baca entri-entri lama yang saya ketinggalan sejak balik cuti. Rupa-rupanya dia baru balik dari umrah. Patutlah gaya hidupnya sedikit berubah dalam tiga minggu selepas balik dari umrah ini.

Apa yang berubah, dia tidak lagi mengamalkan tabiat membeli-belah setiap kali hujung minggu. Sebaliknya dia berprogram dengan Rumah Bakti Sunshine KFC di sini. Dia mengecat bersama mereka dan membelikan mereka kelengkapan sekolah yang lebih baik. Sungguh. Ini bukan dia yang dulu. Sesungguhnya, setiap manusia itu boleh berubah, kan?

Terkesan tak membaca kisah anak muda yang gigih ini? Jujurnya, saya banyak belajar tentang erti kegigihan daripadanya.

Nota 1: Dia tahu tak saya sudah bertukar blog? Sengaja saya tidak memberitahunya tentang blog baru ni. Harap-harap dia tak google macam ramai di antara kamu ni buat.

Nota 2: Kenapa tiba-tiba saya letak entri lama ni? Hehe. Sebenarnya, saya mendapat email daripadanya tengah malam tadi. Katanya, insya Allah, jika tiada aral dia akan berada di Moscow di penghujung Jun nanti. Ada urusan kerja di sini. Wah. Masa itu nanti saya dah nak konvo!

Nota 3: Jawapan kuiz untuk entri lepas ialah C. Nampaknya ramai bebenor yang reti loghat Temerloh tu ye. Keknya kata tak tau amat. Pedo’oh je rupanya ye. Ate lepeh ni ce kite cakap macam ni dengan Najib. Paham ke dok dia yek. Ke dia tercengang je? Dia paham orang puteh je kot. :mrgreen:

106 Responses to “Anak Muda Yang Gigih”

  1. Diya says on :

    wahah! kak sarah! very the interesting story lah! diya baca dari perkataan pertama non stop sampai habis. leka terus!

    hehehe. amat teringin nak tahu link blog anak muda gigih tu. πŸ˜†

    p/s-agaknya dia saje je bagi alasan keje nak pegi moscow tu. padahal mmg dah lama teringin nak jumpa KS. hak hak hak. joking aja =p

    Reply

    Sarah Reply:

    Huish. Jangan gitu Diya. Debar KS membacanya. Hahaha. KS rasa memang dia ada kerja kat sini. Dulu ada dia tulis kat blog dia pasal dia ada kerja dengan consultant dari St. Petersburg di Rusia ni. Sambil tu dia makan angin la sekali kan. Hikhik.

    Oh. Blognya adalah RAHSIA. πŸ˜€

    Reply

  2. Diya says on :

    eh jap. tiba2 ting tong satu nama. erk, rasa mcm tahu lah pulak sape anak mudah gigih tersebut 😎

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak mungkin Diya tau kot. πŸ˜†

    Reply

  3. Diya says on :

    yeah. memang tak salah lagi. hak hak hak. sila mengaku anak muda tersebut. sila sila. πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Aaa…. Diya buat KS tergamam sat. Tapi dia dah tukar URL dah. Adakah Diya betul2 kenal dia? Sekarang ni KS tengok yang jadi reader dia semuanya kawan2 zaman sekolah menengah dulu dan sepupu dia. Tu je. Blog dia macam private jugak dah sekarang ni.

    Reply

    Diya Reply:

    huish. lajunya KS reply. sepantas pokemon!

    diya acah jelah. hak hak hak. KS mesti dah dup dap tak sangga. wihihi πŸ˜†

    Reply

    Sarah Reply:

    Mesti la berdebar. Wihii!

    Oh. Apa la jadi bila dia kat sini nanti. Ahaks. πŸ˜‰

    Reply

  4. maa izz says on :

    angah,

    hehe, lama dia simpan hajat nak ke moscow tu!
    nampak gayenye cam berbungaΒ² je perasaan angah skang ni! (bleh nampak ok!)
    hehehehe.. alhamdulillah..turut tumpang seronok.. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Alamak maa. Nampak macam berbunga ke maa?
    Oh tidak, tidak. Saya neutral. Sangat sangat sangat sangat neutral πŸ˜†
    Dia memang ada urusan kerja la maa. Sumpah tak tipu. Saya dah tau dah tentatif dia sepanjang dia di Rusia nanti. Main place dia kena pergi is St. Petersburg. Nak balik tu baru dia sunggah Moscow semula πŸ™‚

    Tapi kalau dapat jumpa dia lagi sekali mesti seronok. At least, ada la jugak official meeting daripada pandang-pandang tembus cermin kereta. Sorang kat luar, sorang kat dalam pulak tu. Huhu.

    Reply

  5. NoktahHitam says on :

    wOOt! Igtkan nak mintak link tadi, but since you said die dah privatize, whats the point of asking.

    It always starts with leg pulling, forgiveness and showing compassion. Trust me, its text book material. πŸ˜›

    ps: Pergi Dubai semate mate nak shopping? Wow! Sungguh Hebat!

    Reply

    Sarah Reply:

    Dia tak la private kan sepenuhnya. Tapi dia dah tukar URL ke yang baru sebab taknak ramai sangat orang terjah blog dia. Hihi. So, yang tau blog tu cuma kawan2 rapat dan cousins dia je. Ha. Jangan cuba mintak2. Saya takkan bagi. πŸ˜›

    Eceh. Pandai je dia nak ngajar orang ye. Go find yourself one. Then come here and tell me those rules again. πŸ˜†

    p/s: Dia sangat kaya tau Eddie. Tak sanggup nak dekat. Haha.

    Reply

    NoktahHitam Reply:

    Aduh, makan dalam. Well, I have my reasons to not engage in a relationship (at least for now, you know, the bleeding inside belum sembuh lagi).

    Seriously he sounds amazing. Consultation for St Petersburg is way beyond my imagination. For a Malaysian to close that deal, he deserves many many many hats off.

    I can’t help but notice your bunga-bungaan when writing this. You can never hide from a mind reader you know.

    ps: Pangkat, harta, darjat, keturunan itu semua ketentuan Tuhan yg penting iman (I’m saying this with enviousness! LOL!)

    Reply

    Sarah Reply:

    Then, all the reasons apply on me too. At least, not for now. It’s not that the wound is hurting still. But I found myself happier having a total freedom to treasure my life as single. Sounds like so self centric, isn’t it? πŸ˜†

    He’s not the consultant for the St. Pete. But he’s gonna meet them there. Kerja punya urusan la. Tapi tak pasti berkaitan dengan projek apa.

    Mana ada bunga-bunga. The main parts of the story:
    1) When we noticed each other at the town but never came by to approach each other though. Instead, we prefer emailing. Haha.
    2) He’s coming to Moscow. WoW!

    p/s: Nak envy pasal tu? Huhu. Aishh awak ni Eddie. πŸ˜› Like I said earlier, you have you own standard/ranking and deserve a special place of yours (in hearts of many). Ngehehe. 😎

    Reply

    NoktahHitam Reply:

    Alaa standard human being (or a guy’s ego). Just to make sure, you know the difference between envy and jealous kan? (I’m sure you do).

    Yeah, like someone would really look up to a wicked mind who’s self centric and self loathing? I know my place πŸ˜‰

    ps: WoW means world of warcraft. Wow baru betul. (geek sungguh!)

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Don’t get me wrong. I do get what you mean. Of course it’s not jealous. But the enviousness towards his achievements. And there I stated. You have something else that he doesn’t have. And for that, you are special in your own way. Being who you are at the moment is enough to make you being loved by many. πŸ™‚

    You know what, self centric people are more focus in life. They have aims. They have goals. They know what they want. Isn’t that good? Hehe. I found myself as a self centric type too. But not persistently. Only sometimes. Hahha.

    Amboi. Geek tak habis2 yek. πŸ˜›

    Reply

  6. orangmuda says on :

    wah! kaksarah…seronok saya baca entri kali ni.
    Aisyyy…kamu jadi insipirasi saye pun sudah cukup baik kak. πŸ™‚

    natijah lepas pulang umrah…biasanya positif. πŸ˜€
    moga2 juga…ada pertemuan kamu dengan dia di sana.

    Salam~

    πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Agak-agaknya, dia doa di Mekah dulu nak jumpa secara rasmi kat Moscow kot.

    Oh. KS melawak je. πŸ˜€

    Reply

    orangmuda Reply:

    Yeahhh…dan saya meng’ ameen’ kan juga du’anya.

    Boleh? πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Aduhai… πŸ˜‰

    Reply

    Amin Ahmad Reply:

    Saya tambah minyak – why not? :p

    Reply

    Sarah Reply:

    Amin ni saja je nak menambah perisa dalam cerita yek! πŸ˜†

    Reply

  7. Miji says on :

    haa,,

    Sarah2, monyet kat atas tu sungguh comel jer..gelenyar..
    hihikk..jgn marah..

    Reply

    Sarah Reply:

    Hahaha. Monyet tu je la yang gelenyar nya! πŸ˜†

    Reply

  8. orangmuda says on :

    Ahaaa…tertinggal sesuatu.
    Akak pernah dengar lagu yang liriknya ada Knowing u knowing me?
    πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Of course I do. Knowing You knowing me by Alba. 😎

    Mula-mula tadi, ada 4 nota KS tulis kat bawah tu. Tapi KS dah buang satu. Yang dah dibuang tu KS tulis macam ni: Nota 4: Knowing u knowing me – lagu lama Alba.

    πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Eh, typo.

    By Abba. :mrgreen:

    Reply

  9. orangmuda says on :

    Hahaha…ayah saya dengar lagu2 tu.
    Mestila kena tempias pada saya. πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi tu lagu diorang break up. Hehe. Kurang kena sikit la.

    Adeh. Dah merepek meraban dah ni :mrgreen:

    Reply

  10. thia says on :

    Ks,mahu tahu juga siapa anak muda gigih ni. Pasti sangat menarik orangnya.
    beritahu la thia alamat blognya kak.. 😎

    -thiasikembarAfgan-
    ramai sgt dah org kata thia mcm afgan.ni yang nk perasan ni..hihi

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. No way, Thia. I won’t tell people about his blog. That’s his request longggg time ago. πŸ˜‰

    Reply

  11. Amin Ahmad says on :

    I feel happy to read this entry. Cewah, berbahasa inggeris pula! :p

    Sarah,

    Kadangkala ia memerlukan orang yang betul untuk merubah seseorang.

    Pengalaman mengajar saya menolak ‘hikmah’ itu mesti berlembut. Tapi tidaklah saya mengatakan mesti berkeras.

    Dinamika karakter manusia sebenarnya sangat unik dan itu buat saya suka dalam susah dan senang.

    Karakter dia jelas menunjukkan karakter yang sesuai sebagai seorang usahawan – sebab dia utamakan internal locus of control berbanding external locus of control. Dan yang penting di sana, saya suka sebab lelaki sering dikaitkan dengan ego walhal lelaki tidak ada masalah untuk berubah.

    Macam selalu saya tulis – ego lelaki pada rasionalnya, ego wanita pada emosinya. Berlaku adil – letak sesuatu pada tempatnya – akan jadikan semuanya baik-baik saja πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Amin, terima kasih kongsi pendapat bernas ni. Cuma saya kurang faham apa maksud teori internal locus-external locus tu. Mungkin ada pencirian yang lebih mudah untuk difahami?

    Lelaki memang ego. Tapi bukan semua. Perempuan memang emo. Tapi juga bukan semua. Secara total, lelaki juga emo. Dan perempuan juga ego.

    Saya akan ingat nasihat awak ni. Berlaku adil. That’s the keyword for today. πŸ˜‰

    Reply

    snm Reply:

    yep yep 😎

    mksud amin itu saya faham. dlu dia pnh quote pd saya, sarah..

    Adil & Jujur πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Awak mesti dah praktikkan dah nasihat dia ni kan;)

    Reply

  12. kak tikah says on :

    owh.. tak sangka ada usahawan muda yg gigh kat temerloh?? mula2 baca geram gak.. suka2 je dia kata temerloh is nothing.. for me temerloh is everything.. hehe.. bila lama study uia, jarang balik temerloh.. kalau balik, turun je dari bas ekspress rasa macam berbunga-bunga di hati dapat jejak temerloh,dapat hidu aroma sungai Pahang..macam nak jerit.. weh,temeloh,koi dah balek ni!! πŸ˜›
    sekarang tepi sungai tu lagi cantik tau.. ALhamdulillah sekarang kak tikah dapat balik Temerloh (guru sandaran kat wosto).. really love to live in a very kampung area.. sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan ini..

    we awok gamoknya kat mekoh ni dia doa nak berodong ngan awok tak? tu yang laju jer nok nyinggoh moscow? heheh

    Reply

    Sarah Reply:

    Kak Tikah! 1st sekali saya nak cakap, petang semalam saya baru je mimpikan Kak Tikah, Kak Nawwar dan Kak Haida. Tiba2 malam tadi dapat komen dari Kak Tikah ni. Macam ajaib!

    Betul amat tu.Temerloh is everything for me. Ye. Saya tau pasal perkembangan Kak Tikah, mengajar di Wosto semua tu. Saya subscribe blog Kak Tikah. Tapi jarang pulak tinggal jejak kat sana.

    Gamaknye la, dia doa bukan la nak berodong ke mende. Keknya mungkin dia doa nak … erm.. amende yek? Tak reti nak kabo gone. Malu dah kome we. 😳

    Reply

    khairul asraf Reply:

    alamak ks dah malu2 lak…hmmm….kalau baik apa salahnya kan ks? πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Eceh. Pandai2 pulak kamu ye. Huhu πŸ˜†

    Reply

  13. puding caramel says on :

    salam!

    sangat-sangat suka post ini.. πŸ™‚

    buat terasa nak komen kat sini..

    betullah orang kata, jangan pandang seseorang dengan apa yang dia ada sekarang. mana tahu satu hari nanti dia berubah. ^^

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Liyana.

    Suka sebab ada unsur-unsur yang macam mana tu ye? Hihi. :mrgreen:

    Dan kita sebagai kawan kalau mampu menegur, kita tolong dia mana yang patut kan πŸ™‚

    Reply

    puding caramel Reply:

    betul3~ kawan yang baik akan menegur mana yang patut..

    suka part yang seseorang itu boleh berubah. ^^ tak tahu kenapa terharu pula. bukan senang untuk seseorang berubah kalau satu cara hidup itu dah sebati dengan dirinya. uish~ besar effort itu.

    Reply

    Sarah Reply:

    Tu la. Terharu pulak bila tengok dia dah lain. Hehe. πŸ˜‰

    Reply

  14. inah says on :

    waah..sarah my idola..boleh tak? :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Mana boleh. Kak Inah la idola saya!!! 😎

    Reply

  15. Khairul says on :

    Cait, sungguh berani dia memperlekehkan bandat Temerloh! Arr!

    Hm, saya tatau sangat pasal bandar Temerloh. Yang saya nak bagitau ni adalah pasal subset bandar Temerloh – Mentakab. Walaupun kecil je, Mentakab ni ada segala-galanya. Pejabat pos, stesen bas, kedai TNB untuk bayar bil,Cyber Cafe, The Store / Tong Fatt – semuanya dekat. Saya suka Mentakab! πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Mantap la Khairul! Tu kamu tak sebut lagi pasal Pasar Malam Mentakab yang happening penuh makanan macam2. Durian longgok2 murah Ya Rabbi. Hospital Mentakab yang di puncak bukit yang tenang dan aman. Oh. Banyak lagi benda best kat Mentakab tu. Ha! Termasuklah Sek. Men. Keb. Mentakab (SMKM)!! Dulu mak KS ngajar kat situ :mrgreen:

    Reply

  16. haritz says on :

    anak monyet kat Note:2 menari2 kegembiraan bila tahu lelaki email mahu ke Moscow. 😳
    ps: tumpang gembira

    Reply

    Sarah Reply:

    Monyet tu simbolik suasana di sini bila dapat tahu dia akan datang. Haha :mrgreen:

    Reply

  17. yonna says on :

    kakak!
    from perkataan yang pertama,yonna stick sampai last!!
    serius sgt2 interesting story akak nI!
    betapa manusia boleh berubah.
    mesti sikit tu disebabkan nasihat2 akak πŸ™‚
    well done sis hehe..
    laki ni slalu keras kepala hahaha

    ada benda pada dia yang tak berapa kita patut contohi (as u mentioned shopping kat dubai-itu sgt melampau hahha),
    still ada jugak benda yang baik dekat dia..
    dia kerja keras utk majukan syarikat dia πŸ˜€
    ish mcm dlm drama tv lak haha

    and korg boleh jugak terserempak kat bandar temerloh tu :p
    dunia sgt kecik.. and Allah dah tetapkan pertemuan sesaat korg tu πŸ˜€

    akak bg la link br akak ni kt dia :p

    Reply

    Sarah Reply:

    Yonna, kamu dengan Diya sama je. Bila baca komen kamu dengan Diya, nak tergelak pulak KS. Huhu.

    Memang tak sangka jugak dia dah lain dari yang lain. Bulan 8 lepas, bila KS bukak balik blog dia, baca entri2 dia yang KS tertinggal, tengok dia baru balik dari umrah, berprogram dengan anak yatim/susah, rasa terharu je hati ni. Sampaikan terdetik dalam hati: Eh, petanda dia nak pergi dah ke apa ni?

    Tapi memang terasa seronok la bila tahu dia dah tak macam dulu. Serius dia rajin tau Yonna. Kagum gila KS tengok dia. Very focus in life. Tapi sejak raya lepas, KS tak beremail pun dah dengan dia. Tup2 kelmarin dapat email dia. Tu yang terkejut amat tu. Panjang lebar dia terang. Ngehehe. :mrgreen:

    Oh. KS taknak bagitau pasal blog ni. Malu seh kalau tetiba dia jumpa entri ni. Hahaha. Tapi entah2 dia memang dah tau. Saja je dia pura2 tak tahu.

    Aaa….. Malu la kalau dia tau! 😳

    Reply

    khairul asraf Reply:

    hmmm…kalau ks yg super rajin ni kagum dengan si ‘DIA’ yg rajin….’DIA’ memang gempak la…
    mak aih….envynya….sekarang ni saya tengah musim malas haih bila nak rajin balik huhuhu

    hehe saya rasa dia dah tahula ks…sebab tue tup tup dia bagi email sebab dia dah baca hahahaha

    bestnya! πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    Memang dia WOW super rajin. Tak salah kan KS jadikan dia sumber motivasi. πŸ˜‰

    KS doa dia tak tau pasal blog yang ni. Hahahaha πŸ˜†

    Reply

  18. sishoney says on :

    salam sarah,

    wah.sukanya sis baca kisah ni.sok sis ada final.so ini leh jadik salah satu motivasi disaat genting nie.ehem2.suma org tertanya2 siapakah anak muda itu.ehem2.kalau dah bertemu di moscow nnt.jgn lupa yea letakkan pixnya disini *senyum*

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Sis. Oh. All the best Sis! Banyak pahala kawan saya ni dapat. Menjadi sumber motivasi untuk ramai orang. Oh. Insya Allah kalau dia bagi, ada la gambarnya nanti. Kalau takde, simpan sendiri2 je sudey. πŸ˜†

    Reply

  19. inah says on :

    cop sarah..ni entry tahun lepas?? baru nak publish yea πŸ˜›

    Reply

    Sarah Reply:

    Saja je perap. Oh. Sebenarnya kan, ehehehe, saya ada private blog. Hehehe. Dulu kan saya stop blogging sekejap. So, kisah ni jadi waktu dalam tempoh saya stop kejap tu. :mrgreen:

    Reply

  20. Cinta says on :

    Salam Dik Sarah,

    Semoga lebih fokus dengan study, tapi jangan sampai abaikan kesihatan diri…entri Sarah ini, memang mengesankan…sungguh akak tertarik dan amat memberikan kesedaran…alhamdulillah…

    Kadang-kadang bila terlalu leka, kita akan terlupa kita berpijak di bumi nyata..bumi milik Tuhan..Syukur kerana ada yang membantu menyedarkan, menghapuskan keresahan dan “kelupaan” itu….

    *nota : mcm cerita novel pun ada tau..jangam marah nnt kena jual πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak.

    Saya pun seronok kenal dia. Sebab sebagai timbal balas, saya dapat banyak nasihat dan inspirasi untuk jadi yang terbaik dalam apa yang saya buat.

    Aishh. Mana ada macam novelnya. Huhu~ πŸ™‚

    Reply

  21. saffa says on :

    KS! Ewah! Seriously macam cerita dalam novel plak! Dia umur berapa?
    Tak sangka ada cerita yang macam ni.. Hahaa.. Boleh buat drama ni! Hehe.. πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Haha. Ramai pulak la yang kata macam novel. Kelakar pulak KS rasa. Umur dia 27. Hehe. Buat drama? Takde orang suka kot. Kisah tipikal ajo! πŸ˜†

    Reply

  22. Hazreen Rashid says on :

    Salam.

    wow KS, ni cerita boleh buat skrip filem nie…

    saya ingatkan dalam movie jer ada citer2 camnie… haha, kalau berjumpa dgn dia tolong habaq junior KS plg hensem kirim salam…. ekekeke…. menarik kisah gigih dia, bleh dijadikan contoh…

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Hazreen.

    Adeh. Ni lagi sorang. Skrip filem la pulak ye. Huhu. KS dah email je kata ada kawan kat sini kirim salam. Dia macam curios. Kelakar la pulak. Kesian dia tak tahu pasal blog ni. :mrgreen:

    Reply

  23. keSatria says on :

    cerita ini boleh dikembangkan lagi. utk menjadikan ia semakin menarik, dia kamu berdua boleh la ber cintan cintun.

    nak jadi lebih menarik? haaa, kene lepasi kembar kamu ni dulu. hahaha! xder kaitan. saja je. hahaha! =P

    terima kasih sbb call dari russia jauh jauh tanya saya ok atau tak. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Salman, cintan cintun apanya. Tak kuasa saya. Haha. Tapi tu la. Nanti kena bawak untuk ditapis oleh kembar la pulak. Adeh. Banyak kriteria tak lepas kot. πŸ˜†

    Jangan la sedih sangat ye pasal accident tu. Ada hikmah kot Allah nak bagi. πŸ™‚

    Reply

    keSatria Reply:

    apa yg kriteria tak lepas?

    dia blanja saya makan pizza pun dah cukup saya kasi lepas! hahaha! =P

    Reply

  24. famie says on :

    πŸ˜›
    best2 cite nih…
    saye ske la bace kisah idup harian ks…
    cam kisah2 novel plak…

    Reply

    Sarah Reply:

    Alamak! Kamu baca blog KS ke? Malunya KS….. 😳
    Huhu. Lucu betul ni. Ramai pulak la yang kata ni ala-ala novel. Adeh.

    Reply

  25. rehe says on :

    Salam akak..
    Sy baca 2x entri ni..huhu
    Besh, besh sgt.. πŸ˜†
    setuju dgn famie, cam kisah novel..hee

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Rehe.
    Oh, best ke? Huhu. Tapi takde la macam novel pulak kan. Lainlah kalau lepas dah jumpa nanti. Time tu baru boleh dioleh jadi novel kot. :mrgreen:

    Reply

    rehe Reply:

    eeei.. akak cam ade hati dgn dia jek πŸ˜›

    p/s: xsabar sgt nak dgr cite ble dia pegi moscow. nnt akak cpt2 tulis tau.
    err adakah tahap kegembiraan saya mejangkaui tahap akak.hehe

    Reply

    Sarah Reply:

    Ada hati? Oh, tidak. Tidak.

    Lagi tepatnya, mungkin belum lagi. Hahaha. :mrgreen:

    Reply

    khairul asraf Reply:

    hahhhh tu yg kita nak dengar tue….lepas jumpa nanti apa perkembangan nya hehehe

    tp serious macam kisah novel
    siap2 boleh gaduh2 lagi
    sweetnya! :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Lepas jumpa nanti, erm, KS bet kitorang jadi kekok kot. Hahaha.

    Aishh. Sudah2. Tutup cerita. LOL.

    Reply

  26. Active Blogger says on :

    cerita nie mmg best…aku boleh baca sampai habis walaupun panjang…dapat pergi Moscow…seronoknya dpt g jalan2 negeri orang ni kan. πŸ™‚

    Reply

    Sarah Reply:

    Best ke? Huhu. Macam cerita budak tak matang. Hehe. Sebest-best hidup/jalan-jalan di negara orang, oh, negara sendiri jugak yang sangat sangat sangat sangat sangat best! 😎

    Reply

  27. Dunia Sarah » Blog Archive » Hujung Minggu Yang Padat says on :

    […] saya terasa agak lucu ni. Ramai pula yang berpendapat kisah dalam entri lepas seperti dalam novel. Luculah kamu semua ni. Kamu buat saya berangan menjadi Arisa dalam cerita Dari […]

  28. najlaa says on :

    nice story la sarah…a bit like a novel..xbosan baca..hehe~ kalau ada jodoh dgn dia, tak salah kan? =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Macam novel sikit ye? Adeh. Haha. Jodoh2 ni jangan la sebut lagi. Macam lucu je. 😳

    Reply

  29. epel says on :

    Salam Sarah…
    Hmm…terbaca blog Inah..kes email juga… πŸ’‘
    Mana tahu..lepas title Dr., awak dapat title Puan pula…hahahah…(sama mcm kak epel komen di blog Inah…) :mrgreen: :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Epel.

    Uhuuu. Takde maknanya kak. Ada banyak benda dalam waiting list ni. πŸ˜€

    Reply

  30. emperor sara says on :

    “wow..wah..emm..emm”..i really love this entry..
    perhaps, its quite late to respond to this entry..but i just feel that you deserve to know how i love it..simply sweet!!

    p/s: don’t hate me. i’m making a rule for myself to use english to write in internet; blog, ym etc etc to test a theory that i learnt. For your info, i’m taking Tesl. not that i hate my mother tongue..i’m truly malay..(except when i’m rushing-i write in malay.)

    hehe =)wasalam

    Reply

    Sarah Reply:

    Sweet ke? Saya tak tau kenapa, waktu saya tulis ni dulu, saya tak rasa apa2 sangat pun. Tapi pelik. Dapat banyak sangat respon kata ada unsur sweet yang tinggi dalam cerita ni. Hehe. :mrgreen:

    Ooo. TESL ke. Oh. Takpe2. It’s up to you how would you like to respond to people around you. That condition only applies when it comes to me and him. Hehe.

    Reply

  31. nihas says on :

    salam ya ukhti…
    nice story … so sweet…
    seriously macam novel.
    doa yang terbaik buat ukhti.

    jgn lupa update dalam web tau…tak sabar nak tahu update story….

    hihihihi…dah mula menunjukkan ciri2 bizi body.

    salam ukhuwah…
    -nihas

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Nihas.

    Oh. Ramainya yang kata sweet. Ni yang buat saya makin pelik ni. Jujurnya, waktu saya menulis ni dulu, takde la rasa sweet ke apa. Hehe.

    Bila dah jumpa nanti, tengok la dulu ada masa nak cerita ke tak. Kalau takde, jeng jeng jeng. Simpan sendiri je sudah la. :mrgreen:

    Reply

  32. k.mas says on :

    akak tau mesti sarah tersenyum2 time tulis entri ni kan…i’m happy for you sis.. πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Alamak Kak Mas. Mana ada senyum2 pun masa tulis tu. Tapi lepas dapat komen macam2 ni, baru la rasa nak tersenyum. Reader di sini adalah sangat comel. Hihik.

    Reply

  33. feq cun, alex..... says on :

    :mrgreen: haha…….
    xoxoxo…
    klakar btol story neh…..
    mst anak muda uh minat kat KS gler2x….
    ntah2x akak pown mint dy kowt…
    wakaka….
    noticing u noticing me….
    knowing u knowing me…
    nnt,if jmp dy kim slm kt dy ea…. πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Aishh kamu ni. Mana ada saling meminati pun. We are a complete stranger to each other. Ewah. Insya Allah salam akan disampaikan. Hehe.

    Reply

  34. Dunia Sarah » Blog Archive » Pada Hari Ini says on :

    […] dilupakan, pastilah saya hendak meng-ehem-ehem-kan diri saya bertapa menatap berita kawan saya, si anak muda yang gigih itu. Mahu tahu blog dia? Oh. Hukumnya haram. Halal untuk saya saja. […]

  35. Dunia Sarah » Blog Archive » Kami Bertemu Di Tanah Tsar says on :

    […] boleh senyum. Hendak menyapa semula, tak terkeluar suara. Orang itu tidak lain tidak bukan ialah anak muda yang gigih, yang pernah saya ceritakan suatu masa […]

  36. MIMI ZUZU says on :

    penulisan..eh penaipan yg sonok utk dibaca..
    aku suka =)

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih πŸ™‚

    Tapi agak skema, kan. Tehehe.

    Reply

  37. muaz says on :

    oh, x terbaca semua komen2 di atas. tapi cerita ini sangat menarik.
    ada jugak macam2 kisah dalam drama. macam dalam novel sesegar nailofar ada gak cumanya this time watak tu expose diri dia lebih awal. :mrgreen:
    semoga happy2 selalu K Sarah…

    Reply

    Sarah Reply:

    Muaz, kalau macam tu, apa kata kamu tolong novelkan. Otak KS dah berkarat :mrgreen:

    Kamu juga. Semoga happy selalu πŸ˜‰

    Reply

  38. Zaim says on :

    am i that hardworking?
    u make me confuse.
    anyway…
    that day in front of ph,
    what made me noticed u was the pink scarf u wore.
    it reminds me to ur profile pic.
    thats why i stood there for a while.
    i never expected it was really u.
    heaven was on earth for once.
    it was on that very day.
    and angels must have been paid handsomely that day for doing good job to us.
    =]

    Reply

    Sarah Reply:

    Yes, you are. Ok ok. Just admit it, Zaim (erkkk… it’s weird to call you with such name. Hehe) When I read your comment a moment ago, I just realized that I put on the pink scarf that day. Oh my. Was that the reason? What would have happened if I used another color. Would you still recognize me?

    Errr… Don’t be too sweet in words. But I love the way you described it anyway. Lalalala. :mrgreen:

    p/s: Silalah balas email. Hari tu dia jugak yang beria nak tau banyak pasal Rubles. Adeh.

    Reply

  39. Dunia Sarah » Blog Archive » “I’m kinda out of proper pace” says on :

    […] Anak Muda Yang Gigih. […]

  40. Dunia Sarah » Blog Archive » Walimah Lagi Dan Lagi Dan Lagi! says on :

    […] 1: Sehari sebelum Kaklong berkahwin, saya bertembung dengan Anak Muda Yang Gigih. Hanya melihat dia dari jauh. Nanti saya ceritakan kalau ada […]

  41. kak zn says on :

    kak zn dah ulangkaji tulisan drsarah mengenai Orang Muda Yang Gigih buat kali kedua. It make me smile a lot. Thanks for sharing your experience.you write/express it well. May Allah bless both of you with happiness.

    Reply

  42. Dunia Sarah » Blog Archive » Namanya Uzair says on :

    […] yang saya berhutang dengan kamu semua. Yang paling saya ingat, kisah saya terserempak dengan Anak Muda Yang Gigih sehari sebelum Kaklong mendirikan rumah tangga. Wah! Lamanya dah cerita ni! Bulan Mei dulu kot. […]

  43. Muhammad Aiman says on :

    NIce story…

    Still reading from front to back……………………………………..excited πŸ˜€

    Reply

  44. free website hosting google app engine says on :

    It’s a pity you don’t have a donate button! I’d without a doubt donate to this fantastic
    blog! I guess for now i’ll settle for bookmarking and adding your RSS feed to my Google account.
    I look forward to new updates and will talk about this blog with
    my Facebook group. Talk soon!

    Reply

  45. home decor fabric stores chicago says on :

    For most recent information you have to visit the web and on internet I found
    this website as a best website for most up-to-date
    updates.

    Reply

  46. Rochester Business Services says on :

    Thank you, I have just been looking for information approximately this topic for ages and yours is the best I’ve came upon till now.
    But, what in regards to the bottom line? Are you positive about the supply?

    Reply

  47. interesting things says on :

    Hi my loved one! I wish to say that this post is awesome, nice written and come with
    almost all vital infos. I would like to look
    more posts like this .

    Reply

Leave a Reply