“I’m kinda out of proper pace”
Assalamualaikum wbt
Habis saja kerja sekitar 6.15 petang tadi, saya keluar bersama Michele untuk menemaninya mencari baju kurung. Selepas itu, kami terus menuju ke sebuah restoran. Hari hujan. Kebetulan, memang sejak pagi saya tidak makan apa-apa. Memang berbunyi-bunyi perut saya. Michele pun sedang lapar. Kalau boleh, secepat mungkin kami mahu memasuki restoran itu.
Baru saja kami duduk di situ, pelayan baru saja datang menghantar menu, saya rasa ada orang berdiri di sisi kanan saya. Dalam hati saya berkata, kenapalah pelayan ini tidak mahu beredar dulu sementara menanti kami membelek-belek menu. Saya agak kurang selesa pula dengan pelayan yang begitu. Dari ekor mata, jelas saya nampak ada susuk berbaju biru nila berdiri di sebelah kanan saya. Saya berfikir seketika. Unifom pekerja restoran itu berwarna merah. Mana pula datangnya baju biru ini. Saya berpaling.
Ya Allah.
Dia. Berdiri. Di. Situ.
Saya bermuka terkejut. Dia bermuka tersenyum. Aaaaaaaa… Mana datangnya dia ni? Saya yakin sangat mata saya memang bulat mencerlang waktu itu. Saya tidak menyangka langsung dia yang berdiri di situ tadi.
Dia menyapa, bertanya khabar. Dia tidak duduk. Dia menghormati privasi yang saya dan Michele mahukan agaknya. Saya bertanya kenapa dia boleh berada di Temerloh pada hari ini. Katanya, dia saja datang menjenguk pejabatnya di sini. Kebetulan dia singgah di Public Bank untuk mengeluarkan duit dan tiba-tiba ternampak saya keluar dari kereta Michele tadi. Memang kebetulan Michele meletakkan keretanya di hadapan Public Bank tadi. Ah. Semuanya penuh dengan kebetulan.
Tidak lama dia di situ tadi. Selepas menerangkan bagaimana dia ternampak saya, dia pun meminta diri. Tidak sampai lima minit pun. Sedang saya menunggu pesanan tiba, saya menerima mesej daripadanya.
“It’s good to see you again. Unexpected. I’m kinda out of proper pace. May Allah bless you and us.”
Saya terdiam sekejap membaca mesej itu. Sekali baca macam biasa-biasa saja. Dua kali baca macam terharu pula. Tapi mesej itu saya biarkan tidak berbalas. Saya rasa dia faham. Saya memang bukan seorang pembalas mesej yang baik.
Dan Michele pula, kerjanya mengejek tak sudah-sudah. Sudah jadi macam budak sekolah rendah saja gayanya. Nasib baiklah saya memang kenal awak macam mana, Michele. Kalau tak, siaplah saya tak nak tolong waktu awak on call nanti. Huhu.
Anak Muda Yang Gigih, saya yakin awak mesti terasa lucu dengan ekspresi muka saya tadi. Jujur, saya sangat sangat sangat terkejut. Lain kali sila jangan berdiri macam pelayan di tepi meja saya dah ya.
Nota 1: Setiap kali terserempak dengannya, mesti hari sedang hujan renyai.
Nota 2: Saya suka akan ayat yang dituliskannya itu.
salam
alololo..sweetnyeee…
ape lg sarah..blehle sy makan ns minyak awk..lgpn lm xjupe awk ni
heeee..
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:42 pm
Salam Ain.
Mana adanya Ain. Pandai je awak tembak2 ye. Hehe.
Awak kat mana sekarang? Jom gi kenduri Dayah Hassan next week. Jom la! Kalau jadi, awak contact saya k. π
Reply
ain Reply:
December 19th, 2009 at 6:15 pm
salam sarah..
xpela..doa dr sy tuh..hehe
brp hb bulan eh wedding dayah?kat perak eh?sy kat rumah Chenor je skang
Reply
Aslm’alaikm Sarah. Mak Lang rasa suka sngt bila Sarah cerita pasal Anak Muda Yang Gigih. Tak tahu kenapa.Tapi macam dapat rasa ada sesuatu antara dia dgn Sarah. π³
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:41 pm
Salam Mak Lang.
Ermm. Macam ada sesuatu? Tak tahu la Mak Lang. Macam takde apa2 pun.
*Kan AMYG kan?*
Reply
sweet..how was life sarah?? hope u’re coping fine as always π
bila nak jumpe sarah ni..huhuhu..sure lots to catch up
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:39 pm
Bila Kak Inah balik Msia ye? Teringin nak jumpa lagi. Teringin sangat2!
Reply
Suspen-suspen.
π Azra suka cerita-cerita macam ini, seperi baca novel.
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:39 pm
Ecece… Macam novel la pulak ye. π
Reply
As salam..
kami kekadang singgah untuk tahu cerita sarah selepas bekerja sekarang ni.semoga sihat selalu & berbahagia selalu.. π
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:38 pm
Salam Abg Fisol, Kak Mai.
Opsss oo… Saya ni dipantau eh? Hehehe
Semoga keluarga di Jitra sihat2 aje semuanya ye =)
Reply
tolong@please jangan buat apa2 spekulasi pasal org muda yg gigih and miss sarah kalau tak nak tengok cik sarah tulis entry BENGANG version III… π π π π πΏ πΏ pesanan aku.. lepas baca sila diam dan sengeh la seorang2.. jangan cakap nasi minyak la cinta la…okey! π π
Reply
Sarah Reply:
December 17th, 2009 at 6:23 pm
Yang awak pulak emo tak memasal ni apehalnya?
Reply
aaaauuwwww!! tersengih sendirian bile bace entri neh… π suke bile sarah bercrite ttg anak muda yg gigih neh…da rase mcm novel da, terserempak2 pulak..well, nmpak nye sarah pon ala2 bertemu jodoh mcm dlm novel… besh nyee..
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:38 pm
Hehe. Awak bila nak cerita pasal ‘him’ tu? Hahaha. Kantoi! π ‘
Tapi, ni bukan cerita bertemu jodoh la Tin. Ni cerita pasal kebetulan2 saya dengan kawan saya ni. Tu je π
Reply
salam sarah..
Lame dh follow blog sarah ni…
Tapi Kisah Anak Muda yg Gigih ni mmg buat saya tersenyum sorg2, dh btl2 mcm cite novel plak…heheehe…
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:36 pm
Salam Shiraz. Terima kasih sudi jenguk2 saya di blog ni. Macam novel ke? Hehe. Saya pulak ada la duk usha2 blog a few young ladies ni. Cerita2 diorang jauh lagi best. Saya sampai terberangan2 pulak bila baca cerita diorang. Huhu. π
Reply
Michelle!
(Saje, sebab saya pun ada kawan nama Michelle ^^)
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:35 pm
Michelle kawan KS comel orangnya. Michelle kawan kamu comel tak?
Reply
Khairul Reply:
December 19th, 2009 at 1:45 pm
Saangat comel tau! (If you notice, she’s the girl on my Facebook profile pic ^^)
Reply
Ini sangat sweet. Scene2 KS ngan dia selalu unexpected.
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:34 pm
Itu la pasal. Memang selalu unexpected. Dia pun akui. Hehe.
Reply
Salam Sarah…
kak epel dah tak ingatlah teka teki tu..hehehe…nanti pk balik…yg awal tu ingat….yg kedua tu kena bertapa dulu ni nak ingat balik ye…
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:34 pm
Salam Kak Epel. Nanti kalau akak dah ingat, bagitau k. Teringin jugak nak tau π
Reply
aiceh…mcm crita novel plak hehehhe
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:33 pm
Eceh. Dan dan la pulak kan. π
Reply
sarah
sweet occay! kalo blk penang, emel akak..kalo x keberatan, nk jumpa sarah π
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:33 pm
Oh. Akak orang Penang ye? Insya Allah tapi entah bilalah saya dapat cuti panjang nak balik kampung lagi. π
Selamat bercuti di hujung minggu kak!
Reply
π Always pray or your happiness my dear sarah
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:32 pm
Thanks! π
Reply
ahaha…
baru perasan..
salah 1 sebab follow blog KS ni mgkin gaya nya cam novel…
sy th mesti ramai gler2 silent reader cm sy ni kat duniasarah ni…
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:32 pm
Ada unsur2 ayat novel eh? Huhu.
Reply
Sarah!
saya pegi bace entry Anak Muda yang gigih!
sangat sukaa org yg gigih bekerja dan fokus…
salam maal hijrah sarah.
p/s:smlm cikgu jamaliah tanye psl awak dah abeh ke belum kat FB,saya kata awk dah keje.
βManusia itu boleh berubah kalau ada sesuatu yang boleh memberikan motivasi kepadanya dan manusia juga boleh belajar bekerja keras kalau dia tahu apa yang dia mahu dan untuk apa dia perlu buat begitu.β β Anak Muda Yang Gigih (Mac 2008)
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 4:31 pm
Awak suka eh? Saya pun suka jugak. Opss. Huhu.
Lumrah la kan. Siapa tak suka tengok orang gigih gitu. Tambah-tambah pulak sekarang ni. Saya tengok dia jauh lebih fokus dari dulu. Respect betul.
Yup. Saya dah add cikgu. Dah berpuluh-puluh kali saya try call cikgu tapi tak dapat. Cikgu tukar nombor ke apa entah. Minggu depan Dayah Hassan kawen. Saya pergi insya Allah. Bilalah kita nak jumpa lagi kan Tasha kan.
Semoga awak bertemu dengan orang yang gigih juga =)
Reply
Natasha A.Hadi Reply:
December 18th, 2009 at 6:05 pm
ayat yang last tu saya nak amin kan byk2..hehe π
tulaa..
one day we should meet!
p/s:saya nak buat entri psl tajuk: Anak Muda Gigih..tapi versi saya, pinjam tajuk eh sarah?hehe:)
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 8:01 pm
Tulis Tasha tulis. Saya nak baca! ^____^
Reply
salam KS,
saya ‘silent reader’ KS. π hehe. sori ye saya letak KS dalam bloglist saya π ops, baru nak minta izin ni. hehe..
btw, salam perkenalan π cerita KS yang ini buat saya senyum sorang2. heeee π
Reply
Sarah Reply:
December 18th, 2009 at 8:02 pm
Salam Leen. Terima kasih sudi singgah sini.
Senyum sorang2 ye? Jaga2. Jangan sampai orang nampak =D
Reply
miszleen Reply:
December 18th, 2009 at 11:14 pm
senyum sorang2 sebab macam teringat sesuatu yang mungkin sama dengan apa yg KS lalu ni. Terserempak, terkejut dan hilang kata. hehe.
kalau tak busy, update la entry selalu ya! π
Reply
baca tulisan drsarah memang membuat orang tersenyum. reminds me of buku romance barbara cartland tahun 80an tapi version malaysia. thanks for sharing.I wish it has happy ending as always in that book. amin.
Reply
x sabar menunggu kesudahan cerita anak muda yang gigih ni.
sy doakan semoga semuanya dimudahkan π
Reply
Kak Sarah hehehehe ..
mereka kate, klu terserempak time snow, boleh jatuh chenta. tp tatau lah klu hujan renyai hehe ..
anyway, salute pd beliau. muda2 dh berjaye. tabik spring toing toing
Reply
comel la cerita awak π
Reply