Ubah

Assalamualaikum wbt

Sejak saya mula ber-posting di hospital yang terkini ini sejak minggu lepas, setiap kali waktu pulang, saya akan melencong ke satu tempat ini. Saya cuba jadikan rutin harian kerana alang-alang tempat itu cuma 1 stesyen metro saja jaraknya daripada hospital saya. Tambah tolak berjalan kaki, ambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai. Kali pertama ke sana, saya berpuasa pada hari itu. Habit saya, kalau saya berpuasa, saya tidak suka bawa duit dalam tangan banyak-banyak. Ada 50 Ruble pun sudah cukup. Dan kali pertama ke sana untuk semester ini, saya bersama-sama dengan seorang kawan, Shahirah.

Hari-hari saya menyinggah ke sana. Paling kurang, saya habiskan 30 minit di sana bermula dengan menuju ke komnata omoveniya, naik ke ruang utama, duduk bersama beberapa kenalan baru dan jika tidak terkejar-kejar balik, saya sempat membaca uchebnik po relegiye. Apabila turun dari ruang utama untuk balik, saya akan melalui semula sebuah pintu pagar kecil untuk menuju ke metro. Di situlah terdapat beberapa orang makcik-makcik tua berdiri menantikan belas ihsan sedekah daripada mereka yang berkunjung. Mereka ini seagama dengan kita. Saya menghampiri mereka. Saya tahu saya tiada duit untuk diberikan kepada mereka. Saya cuma pergi ke arah mereka, saya cium tangan mereka dan peluk mereka sebagai seorang saudara seagama dan mereka balas dengan doa yang dibacakan khas untuk saya. Saya tidak dapat menyumbangkan apa-apa sebaliknya mereka menghadiahi saya doa yang sangat baik maksudnya.

Untuk kesekian kalinya semalam, saya ke sana lagi seorang diri. Sewaktu sedang menghabiskan dua muka uchebnik po relegiye, seorang makcik datang duduk di samping saya dan menyuruh saya meneruskan apa yang saya lakukan. Dia mendengar saja. Matanya basah sebaik saya berpaling melihatnya. Makcik itu bertanya nama dan umur saya. Jawab saya, zavut menya Sarah, mnye 23. Terus dia panjatkan doa untuk saya juga kerana katanya dia sendiri tidak boleh lakukan dengan lancar lagi apa yang saya lakukan tadi. Tapi setidak-tidaknya dia berusaha ke arah itu. Dan sewaktu hendak pulang, 3 orang makcik yang sama setiap hari itu masih berada di pagar kecil itu. Saya salam mereka, peluk dan kemudian dibalas dengan doa dan sapaan khabar oleh makcik-makcik tua ini. Saya minta maaf kepada mereka kerana saya bertangan kosong saja. Saya tak punya apa-apa untuk kali ini.

Dalam perjalanan menuju ke metro, saya mesej emak saya. Saya katakan apa yang terjadi. Hajat di hati terlalu hendak menghulurkan sesuatu tapi saya sendiri juga kini dalam masalah. Saya menuju ke metro dengan mata yang terkebil-kebil sebagai taktik agar air mata tidak luruh. Sampai di rumah, saya baca apa Adik Kecik saya si Khairul yang comel itu tulis di blog peribadinya:

It’s not about how much money you can make. It’s about how much money you can give.

Kesimpulan cerita ini ialah, saya mahu jadi baik. Kalau selama ini saya asyik ditemukan dengan orang yang hipokrit untuk berjalan bersama, sekarang saya nekad, walau saya seorang, saya boleh memulakan perubahan. Ya Allah, saya mahu jadi muslim yang baik. Walau hidup berseorangan, tapi bila saya berada di atas kebenaran, saya tak risau tentang apapun yang lain sebab saya tahu Allah itu sentiasa bersama. Allah itu sentiasa ada.

Nota: Nadia, awak mesti cekal!

13 Responses to “Ubah”

  1. snm says on :

    salam sarah πŸ™‚
    entri paling berkesan utk hari ini.
    sarah org kedua buat saya buka mata ttg hablumminannas..otw pegi keje td, abah saya dh bcerita pjg lebar hal ni. ilmu jalanraya le..ape lagi πŸ™‚ ur adik is right..tangan yg memberi lbh baik dr yg menerima..

    Reply

  2. chmod says on :

    salam doc sarah..
    betol apa yang awk kata…Allah sentiasa ada bersama kita..yang ptg kita mengingatiNya…satu lagi awk bukan berseorang..remember that..awk ada mak ayah kakak dan adik yang sayangkan awk…pedulikan orang hipokrit..
    “uchebnik po relegiye” apa benda nie ye..zavut menya shamsul,mnye 15..hahah..betol ke speaking Russian sy?

    Reply

  3. Sarah Mohd Shukor says on :

    Falin:
    khairul bukan adik kandung sy. cuma sy gelar dia adik kecik je. kenal di dunia maya ni n penah jumpa sekali. kami tinggal di bandar yg sama.

    Shamsul:
    betul dh tu cara awk sebut nama n umur tu.

    Reply

  4. mfadlimusa says on :

    Hi sarah,

    uchebnik po relegiye tu apa?

    Reply

  5. ahmad says on :

    erm.. menginsafkan.. tp byk gk yg tk paham.. kalu tk .. mungkin lebih berbekas..

    Reply

  6. Nadia Yuna says on :

    Sarah, nadia pun x boleh tau tengok makcik & pakcik2 camni.

    Kalau keluar ke KL tu, nadia tak sampai hati tengok. Pernah sekali tu, ada pakcik tua berzikir, terketar2 dah tangan dia. Ya Allah. Rasa nak nangis tengok. Nadia sedekah mana yang mampu.

    Alangkan kuceng yang miao miao mengendeng pun nadia tak sampai hati tengok, terus belikan ikan sekor. Apatah lagi makcik2 & Pakcik yg dah berumur ni. Kadang2 menangis tengok diorang.

    Kalau kat malaysia ni, nadia sedih bukan apa tau, mana anak2 diorang? takkan takde langsung saudara mara. Kadang2 teringat macammana lah mak ayah kita nanti. Bagi nadia, walau apa pun 'situasi' yang nadia alami, tapi xkan pernah sampai hati buat mereka mcm tu. Tanpa mereka mana ade kite ni. Aduhhh. sedih seungguhla.

    ** Tp nadia x suka pada mereka yang mintak sedekah sedangkan kudrat masih kuat. Masih sihat walafiat. Kan ke kerja kt malaysia ni belambak. bersepah. Mahu tak mahu je. Ibu2 yang mintak sedekah guna anak2 pun nadia kurang berkenan.

    ** kalau kanak2 yang mintak sedekah pulak, nadia takkan kasik duet. Sebab nadia tak percaya. Takut sindiket ke ape kan. Nadia akan suruh diorang makan sekali dengan nadia. Order nak makan ape. Nadia bayar. Sah2 kita bantu dia. Bagi duet kang x yakin kemana perginya.

    ** Di Tanjong malim ni ade sorang pakcik. Nadia kalau tengok dia makan nadia jadi sedih. Dia makan sorang je, tapi cara dia makan tu bersungguh sangat. Sebelum makan pulak die mesti tanya tokei kedai. Ayam seketul berapa? Ikan seketul berapa? Selalunya dia ambik satu lauk je. Nasi pulak kosong. Tapi cara dia makan memang besungguh! Nadia tak tahu kenapa nadia sedih tengok dia. Selalunya kalau nadia terjumpa dia kat kedai, nadia belanja pakcik ni makan, makan sekali dengan dia. Setakat ni baru 2 kali berkesempatan. Itu pun terjumpa. Tapi nadia puas. Dapat belanja pakcik ni makan sedap2. Seronok tengok =). ** sekali lagi terbayang, nadia taknak mak ayah nadia jadi mcm ni =/ Mintak dijauhkan! Amin.

    ** Maaflah ye sarah. Nadia ni kalau sekali komen. Panjangnye mmg mcm esei STPM. Aduhaiii. =p

    ** Ouh. Saya sedang bertahan! =)

    Reply

  7. Ainul Arina says on :

    salam ks

    erm, kenapa terasa uchebnik po relegiye itu macam kitab agama a.k.a alquranul karim.. betul ke? sebabnya perkataan relegiye tu mcm lebih kurang religous.. wallahualam la betul ke tidak..

    bak kata sorang kawan, rasa ‘tertampar’ sendiri baca entry ini.. huhu.. sila bertazkiyatun nafs lagi ya! baru lah dalam sehari kta boleh tambah saham untuk di sana. ^_^

    Reply

  8. kylex says on :

    salam..

    Terharunya dengan KS..Sy kt Msia ni pun xmampu nak wat mcm tu lagi..Kebiasaannya kalo sedih tgk ssrg sy hulurla yg termampu je tapi xdala smpi nak peluk orang tu, terharunya..

    MOga kita semua menjadi insan yg baek dan diberkati ALLAH,AMINN πŸ™‚

    Reply

  9. faridmw says on :

    salam…
    selepas saya baca entry ni saya puji sikap sarah.. bukan semua orang nak macm tu.. doa2 la yang memberi kejayaan kepada kita.. selain doa kita doa orang2 yang rapat ngan kita lah yang dimaqbulkan… klu dkt tempat saya.. ada orang pi kuliah bukn nak belajar sangt tpi nak doa seorang guru yang meminta supaya anak muridnya berjaya, doa itu akan dibaca oleh guru selepas hbis wakti pengajin… semoga apa yang sarah lakukan akan diberkati….

    Reply

  10. Anonymous says on :

    bagusnya sarah (opps, sarah yang saya cakapkan ini tak suka pujian)

    -joe-

    Reply

  11. Dr Amad says on :

    Bila berurusan dengan subjek yang namanya manusia,sering terpacul perkataan rumit dan memenatkan.Ramai yang hipokrit tetapi tidak kurang juga yang bagus akhlaknya dan tsabat di jalannya.Cuma kita belum menjumpainya barangkali,dan itu juga satu ujian…Teruskan mencari kak,sebab pesan nabi “serigala aka memakan kambing yang berseorangan”.. Agak kontras dari kak cuba sampaikan,tetapi jika diteliti,ada titik temu point kita berdua

    Reply

  12. nzuhdi says on :

    antara posting yang terbaek!

    Reply

  13. Khairul says on :

    hikhik. bangga sekejap :p

    Reply

Leave a Reply