Kazoku
Mata belum mengantuk. Saya teringatkan tag dari Fathiyyah. Usrah Lazat Berkrim. Thia, KS dengan sesuka hatinya hendak menukar tajuknya kepada Kazoku. Kenapa Kazoku? Maksud Kazoku juga adalah keluarga. Ini Bahasa Jepun. Sewaktu sempat 2 bulan di PASUM, kami hendak memulakan sistem usrah di kolej. Memandangkan sistem AUKU yang entah apa-apa itu, segala program yang berbentuk agama adalah dilarang keras waktu itu dan sabit kesalahan akan membolehkan kami dibuang kolej. Di kolej juga ada pelajar-pelajar Ambang Asuhan Jepun yang sedang membuat persediaan untuk ke Jepun. Jadi, kami mengambil idea daripada mereka tentang perkataan Kazoku ini untuk mengaburi pihak pentadbiran. Saya masih ingat saya ada menyediakan kertas kerja ringkas yang menyatakan kononnya Kazoku ini adalah projek belajar secara berkumpulan yang digerakkan mengikut blok kolej. Untuk hidup, pandai-pandailah menipu kan. Tapi saya tidak rasa ini adalah penipuan kerana dalam setiap usrah yang dijalankan itu, ada perkongsian ilmu. Jadi, ini juga adalah salah satu daripada sistem belajar berkumpulan. Ok. Mari terus kepada tag.
Berapa lama telah sertai usrah
Saya mula tahu apa itu usrah sejak darjah 6 (1997). Jadi sudah 11 tahun lah lebih kurangnya.
Bagaimana boleh sertai usrah
Saya bersekolah agama swasta dari darjah 1 hingga 6 (Pusat Pengajian Al-Mukmin). Saya merupakan kumpulan kedua sekolah tersebut. Sewaktu saya darjah 6, kami semua mempunyai jadual Usrah yang dijalankan setiap hari Jumaat, selepas waktu rehat. Daripada sebuah program wajib sekolah untuk pelajar-pelajar tahun 6, saya mula memahami kepentingan mengikuti usrah dan kelebihan-kelebihan yang dapat daripadanya.
Ketika masuk tingkatan 1 di SMA Al-Khairiah, saya berulang dari rumah. Bukan budak asrama. Sewaktu itu, tiada program usrah yang boleh diikuti oleh pelajar yang berulang seperti saya. bagi yang tinggal di asrama, mereka ada program mereka sendiri. Sebaik naik ke tingkatan 2, saya masih lagi di sidang petang. Waktu itu saya menjadi Penolong Ketua Pengawas Petang. Saya dipanggil oleh Penyelia Petang waktu itu bertanyakan pendapat saya sebagai pelajar luar, apakah cara yang boleh dibuat untuk mengelakkan pelajar tidak datang lewat ke sekolah untuk sesi petang. Maklum sajalah. Ramai yang suka berlengah bagi pelajar asrama dan pelajar luar pula suka melepak di tembok bawah bukit sekolah dan hanya akan naik apabila pelajar sesi pagi mulai berduyum-duyun turun untuk pulang. Maka saya terlintas satu idea dan mencadangkan supaya dibuat satu sesi usrah atau tazkirah sebelum solat Zohor dan kemudian solat Zohor berjemaah terlebih dahulu sebelum kelas bermula. Idea saya diterima dan saya bersama-sama 3 orang kawan baik saya mengelolakan program itu. Mereka bertiga merupakan pelajar asrama. Fauzana (Jana), Wahida (Wida) dan Rabi’ul (Bi’ul). Yang dari luar pula ialah Zaiti dan Rushdiah (kedua-duanya adalah rakan saya sejak darjah 1 di Al-Mukmin). Sejak dari itulah masalah pelajar lewat untuk sesi petang dapat diatasi dan dapat memperkenalkan usrah kepada kawan-kawan yang langsung tidak pernah berusrah (sebab hampir 97% daripada mereka berasal daripada sekolah kebangsaan). Dan sejujurnya, di sinilah saya mula belajar menjadi Imamah untuk solat jemaah. Maklum sajalah. Saya bukannya budak asrama. Jadi tidak pernah ada kesempatan belajar menjadi Imam solat. Apabila naik ke sidang pagi pada tahun berikutnya, jika berkesempatan, saya akan menyertai sesi usrah adik-adik sidang petang di surau sekolah sebelum pulang ke rumah. Biasanya saya ada kelas tambahan. Jadi memang di surau itulah tempat saya berehat-rehat dengan beberapa orang pelajar luar yang lain selepas tamat kelas pagi.
Di KISAS pula, segalanya telah sedia ada. KISAS itu sebuah bumi yang suci dan menenangkan. Usrah yang ada di sana sangat mantap. Tapi sewaktu di tingkatan 4, perkataan ‘wajib’ selalu digunakan kepada kami. Sehinggakan menghadiri usrah itu juga disertai dengan ‘wajib’. Kadang-kala datang rasa tidak ikhlas mengikuti usrah kerana terasa seperti dipaksa-paksa. Tambahan pula waktu itu perasaan hendak balik ke rumah terlalu tinggi. Dengan desakan yang macam-macam ini membuatkan saya rasa sebal hati. Jadual usrah saya waktu tingkatan 4 juga kurang kena dengan diri saya. Itu juga membuatkan saya rasa terbeban. Saya jadi marah dengan diri saya kerana tidak ikhlas dengan perkara yang baik begini. Bagi anak-anak Pahang di KISAS, sebulan sekali kami ada usrah bersama pelajar putera pula. Usrah ini best kerana ada bekas pelajar dari generasi-generasi sebelumnya yang datang memberikan pengisian. Semakin lama, saya semakin dapat menyesuaikan diri dengan usrah saya. Sebenarnya, punca permasalahan saya ialah ketidakserasian dengan ahli usrah saya kerana ada yang hipokrit. Saya ini benci dengan orang yang hipokrit. Yang depan naqibah (kakak usrah) kami, dialah yang paling alim, tahu banyak, pijak semut pun tak mati. Tapi di belakang, dia membawa walkman, membawa handphone dan berhubung dengan pelajar putera dan selalu bercerita tentang pelajar putera. Kurang gemar sungguh saya dengan orang hipokrit seperti ini. Tapi kita ni hidup kena belajar menerima orang lain seadanya. Akhirnya saya abaikan saja orang itu dan sangat gembira setiap kali tiba masa usrah. Sewaktu tingkatan 5 pula, saya seorang naqibah dan memimpin usrah pelajar tingkatan 4. Juga mempunyai usrah yang dipimpin oleh kakak tingkatan 6 atas. Juga mempunyai usrah ‘kami’ sendiri di kalangan ahli Tanzim Jabatan Nuqaba’. Padat sungguh jadual usrah waktu itu. Erm. Ada peristiwa pahit. Tapi tak mengapa. Sudah malas nak ingat.
Dan di Moscow, pada mulanya usrah hanyalah secara kelompok kecik pelajar batch saya yang berminat. Tidak lama kemudian, saya gerakkan usrah untuk pelajar perempuan batch saya saja. Dan kemudian, dengan adanya Amnah, kami berbincang merangka sistem usrah yang lebih tersusun dan sistematis. Amnah adalah junior saya di KISAS. Kami selalu sejiwa. Sentiasa serasi dalam bab-bab ini. Saya mendapatkan bantuan adik saudara di KISAS untuk menghantarkan buku silibus usrah KISAS kepada saya. Bermula dari situ, usrah jauh lebih tersusun rapi dan terancang sehinggalah sekarang. Termasuklah usrah naqibat. Saya gembira setiap kali dapat berusrah dengan adik-adik usrah saya dan juga ketika berkumpul bersama pada naqibah yang lain. Erm. Ada usrah yang pernah saya sertai yang saya tidak berkenan dengan caranya. Tanpa saya mengatakan sudah tidak mahu ikut, rupanya diam-diam saya memang sudah ditolak tepi. Saya tidak lagi dimaklumkan tentang waktu dan tempat usrah. Kelakar. Tapi inilah contoh ‘menolak perbezaan’ yang pernah saya ceritakan dulu. Ok. Abaikan. Dan jangan tanya saya apa-apa ya =) Nanti jadi isu lagi. Mati saya kena terjah dengan macam-macam soalan :p
Kenapa menyertai usrah
Pada mulanya kerana itu program wajib sekolah (waktu di Al-Mukmin). Kemudian, saya mengikuti usrah kerana bagi saya melalui usrah, saya dapat belajar sesuatu yang tidak disediakan di kelas. Ilmu yang didapati dalam usrah adalah ilmu untuk hidup sebagai Muslim dan menjadikan Islam itu sebagai cara hidup. Bukan diterima sebahagian yang kita mahu saja. Dan lama-kelamaan, bagi saya usrah ini adalah satu kewajipan yang boleh mendidik kita membuat persiapan rohani dan memantapkan mana-mana bahagian yang kurang. Wallahu a’lam.
5 perkara yang didapati daripada usrah
Saya tidak mahu menyenaraikan dalam bentuk nombor. Bagi saya, apa yang saya perolehi daripada usrah adalah terlalu besar dan banyak. Tapi yang utama ialah saya dapat menambah ilmu agama untuk lebih mengenali dan memahami kenapa dan bagaimana untuk menghidupkan diri dan hidup saya sebagai seorang Muslim. Kompleks tapi inilah rangkuman ilmu yang saya perolehi dengan berusrah. Dengan usrah juga membuatkan saya lebih memahami orang lain. Tidak semuanya sekepala dengan kita. Tidak semuanya faham macam yang kita faham. Tidak semuanya boleh menerima apa yang dibincangkan. Di sini kita belajar bertolak ansur, untuk menyuarakan pendapat dan cara untuk tetap memenangkan mana-mana hukum yang perlu dimenangkan (jika sedang ada pendapat yang berbeza) dengan cara yang penuh hikmah. Dan juga saya kira penting, saya belajar untuk bertoleransi dengan orang yang hipokrit. Saya belajar menjadi diri saya yang tak pura-pura. Saya jadi seperti apa yang saya cakapkan. Tak berlakon. Sebab saya tahu, saya benci dengan yang hipokrit seperti yang selalu saya jumpa dalam usrah-usrah sepanjang saya mengikuti usrah, jadi saya belajar untuk tidak menjadi begitu.
Saya yakin, kamu semua pastinya ada pengalaman yang tersendiri dalam mengikuti usrah (bagi yang pernah), kan =) Dan dalam banyak-banyak kumpulan usrah yang pernah saya sertai, saya paling terkesan dan rindu dengan rakan-rakan usrah ketika tingkatan 2 dahulu (Jana, Wida, Bi’ul, Zaiti dan Rushdiah) dan juga rakan-rakan usrah naqibah di Moscow. Kenapa? Kerana mereka semua inilah yang telah bersama saya dalam jatuh bangun ‘membina’ mata rantai usrah di SMA Al-Khairiah dan juga di Moscow Medical Academy (Spartivnaya). Terima kasih sahabat!
Ok. Saya tak mahu tag sesiapa. Saya kan baik hati. Huhu =) Tapi sesiapa yang ada masa dan rasa mahu berkongsi, silalah tulis dan maklumkan pada saya nanti ya.
panjangnyer…
“Saya belajar untuk bertoleransi dengan orang yang hipokrit. Saya belajar menjadi diri saya yang tak pura-pura”
sangat suka.. hehe..
macam mane ek nak mengendalikan org hipokrit..
errmm??
Reply
lagi disuruh tido..lagi dijaga..lagi disuruh puase..lagi dimelantakan
Reply
bgus pandangan peribadi terhadap sistem tarbiyah di kisas. tapi bagi ana segala2nya itu satu perjalanan hidup yang mengajar kita supaya lebih matang. barangkali sistem tarbiyah yang ada di kisas sudah begitu tinggi jika dibandingkan dengan generasi sekarang yang masuk f4. harap faham kot pandangan ni. hehe.. salam ukhuwwah.
zukhairi
spm/2001,stpm/2003
Reply
salam…
statement emas:”saya suka org yang bukan hipokrit..dan kita perlu jauhi org hipokrit” -hantu siang-
Reply
salam..
ade ke org yg suka pd org yg hipokrit? tak penah gi usrah (maksud usrah pn masih x jelas) sbb x penah sekolah asrama. qiamulail tu adalah. siok jg ye bdk asrama sbb ada xtvt mcm2.. kalu dpt diulang zaman sekolah, nk lh rsnya kenal usrah tu camna. bertuah ks dr kecik dh mendalami agama.
Reply
salam kak sarah..
saya dah lama mengikuti blog kak sarah ni. dulu saya pernah terjumpa doa sebelum belajar yang menurut kak sarah, kak sarah dah lama amalkan.tapi pd waktu tu, saya x sempat nak salin.smlm saya cari2 balik di blog akak x jumpa pula. sudi x akak berkongsi sekali lagi? saya nak menduduki peperiksaan akhir nanti.ia amatlah membantu.
lagi satu, saya juga pernah tbaca di blog KS yang kadang2 ada suara2 yang ‘teman’ KS belaja. saya pernah tjadi juga. camane akak elakkn menjadi takut. teketar ketar saya time tu.
Reply
salam sarah.
wah, beruntungnya sarah dari kecil dah didedahkan dengan aktiviti2 usrah penenang jiwa macam ni. Alhamdulillah. Syukurlah, usrah ni dapat diteruskan walau dimana sarah berada berada.
Nadia ni dah mengalami pelbagai fasa hidup tao sarah. Kalau ditulis boleh jadi novel. Laris ke tidak. Tak tahulah saya. Tapi kisah hidup nadia memang macam pentas di layarlara. Cuma dua tiga orang sahabat rapat yang benar-benar tahu dan faham dengan nadia. humm abaikanlah, nnti termenangis pula sambil menaip =p
Nadia baru sahaja ikut Ta’lim di UPSI. Itupun macam underground. senyap2. maklumlah. IPTA kan. =) Tapi niat kita nak menambah ilmu yang tak pernah cukup. Digagahkan jugalah. Biaq pi lah orang nak kata apa. Actually dah lama kawan baik nadia ajak, tapi masa tu nadia belum bersedia sebab nadia di satu fasa kehidupan yang mana terselindung bawah kawalan orang yang kononnya kita CINTA. 5 tahun nadia menjadi orang lain bila bersama dia. Masa tu nadia tak punya cukup kekuatan untuk menjadi asertif dan berdiri dengan sendiri. Nadia banyak bergantung. Mungkin sebab nadia punya satu lagi fasa kehidupan yang sering buat nadia menangis. Fasa itu sgt sakit. humm.. Alhamdulillah, nadia tak tau mana nadia dapat kekuatan, akhirnya nadia nekad putuskan ‘hubungan’ tu. Demi mencari kebahagiaan abadi. Tenang sangat sarah! dapat jadi diri sendiri. Tak ada siapa bising kita berjubah, berbaju kurung.
Lepas dah akhirkan semua perkara ni. Barulah nadia betul2 ikhlas ikut Ta’lim. Cuma sayang, di KL tak ada sis yang boleh buat ta’lim. Tak dapatlah nak teruskan ta’lim sepanjang cuti ni. Insyaallah balik ni sambung Ta’lim di sana. Ni pun nadia mao cari tafsir quran yg kecil nak bawak balik. Kat sana nadia guna Tafsir quran yang besar tu. Agak lambat nadia respon bila disuruh baca tafsir. Lama nak cari muka suratnya. =p
hah. kisah hidup disini cuma 0.5/100 ni. mmg boleh buat cerita kalau nak cerita semua =p
** ahli Ta’lim nadia ikut 70% dah kawen. Ada yang lagi muda dari nadia. Nadia respect juga lah. =) nadia ngn kawan nadia je single mingle kat situ. bila diorang bawak anak, seronok je tengok. comel. Terasa nak kawen juga tao =p
Reply
Alahai sarah. maafla ye.
panjangnye lah komen nadia kat atas ni =)
** humm, bg mengelakkan kekeliruan, org jauh skrg adalah ‘dia’ yg saya temui semasa ‘hubungan’ 5 tahun itu. Cuma masa tu sebagai kawan2 dalam tenet je lah kan. Sebab itu jugalah nadia selesa PJJ. senang. Tak ada datingnya. Tak ada makan2nya. Tak perlu jadi orang lain. Jadi diri kita sepenuhnya.
boleh berjimat juga dari membazir wang ringgit dan menambah dosa2 =)
** Sarah, sis ta’lim nadia pernah minta nadia fikir-fikirkan untuk berniqab. Katanya nadia mampu mengundang beberapa hal. Urm, nadia agak musykil kenapa. Mao ditanya lebih lanjut. mukanya serius. takut pulak masa tu.
Reply
salam sarah,
majlis ilmu seperti ini adalah sesuatu yang dituntut agama..teruslah mengikutinya
setuju jgk dengan pendapat sarah yang dengan usrah dapat menambahkan ilmu didada, lebih2 lagi ilmu agama. Kalau sarah perasan dalam salah satu entri bro ada menyebut tentang teori India kuno..(tp kata alkindi x kisah dari bangsa apa asalkan ianya membawa kebaikan)
We can only get 1/4 of knowledge from the Guru or lecturer……
Other 1/4 is from reading books and doing research…..
Other 1/4 is from interaction with others…+ group discussions
And the last 1/4 we might never get it…unless we experienced.
kalau ikut teori tu rasanya dengan usrah kita boleh dapat 1/4 dari ilmu agama..1/4 dari interaction with others..
Reply
salam ks,
seronok kan bila dah join usrah ni.. ainul pun dah didedahkan dengan benda ni sejak form 1. Tapi dulu kita ikut sebab ia ‘diwajibkan’.. dah besar-besar je baru tau apa tanggungjawab kita yang sebenar.. bila dah kat oversea ni lagi la mata terbukak pada matlamat sebenar.. tapi tu la..alhamdulillah sagt2.. rasa beruntung sangat.. tambah-tambah bila perasaan ‘nak membawa’ pun dah naik.. harap-harap semua matlamat tercapai.. cumanya rasa terkilan sebab benda ini macam dikambingihtamkan oleh sesetengah pihak.. Ntah apa yang salah pada usrah pun tak tau. Alasan terrorist tu sangatla tak masuk dek akal.. Semuanya denial statement.. Ntah apa-apa.. Hish.. Apa2pun, smoga semuanya dapat keberkatan dan rahmat Allah..
p/s : tak sabar tunggu ‘anak baru’ persatuan. Huhu. saspen!!
Reply
Sebut pasal usrah ni..terkenang zaman belajar dulu..mmg byk faedahnya mengikuti usrah ni..selain dapat mengupas isu semasa dan melatih ahli supaya berani bercakap dan memberi pendapat banyak lagi faedahnya..Terkenang ana kepada arwah utaz Amrillah yg selalu mengajak ana pergi usrah..Semoga adik2 kita teruskan amalan usrah ini dimana sahaja mereka berada..
Reply
salam kak sarah…
hmm dla pun ada peristiwa jugak pasal usrah ni.dla dah tulis kat blog dla. terima kasih kak sarah sebab trigger dla nak tulis pasal hal ni. (“,)
Reply
Slm cik sarah..:)
Bestnye dengar cite sarah ni..teringat dulu2 masa duduk asrama usrah2 ni..:) bagi yg sekolah agama cam kita ni mmg tak lepas dari usrah ni..kekadang even dulu terpaksa je pergi usrah(sbb degil) tapi dah besar ni mmg byk bantu kita jadi insan yg kuat asas agama..
Dulu kat UTM pun ada gak join usrah masa tahun pertama kat kolej..slalu tukar2 bilik untuk jadi lokasi usrah pada setip hujung minggu..tapi tau2 jela UTM, kalau benda2 camtu mmg susah skit dulu sbb AUKU tu..masa join tu tak pernah ckp sy dr sekolah agama sbb nnti disuruh jadi nakib,hahaha..awk rambut panjang dan sampai bahu masa tu,segan plak,hihi..
Ttg geng usrah tu setuju ngan sarah, ada masanya kita tak sekepala ngan member usrah..dan mmg tak bleh terima teguran or perbezaan pendapat..hipokrit jarang sbb diaorg kalau tak suka mmg langsung tak pandang geng2 usrah ni tegur or bagi salam,hehe..
pas kuar kolej terus tak join usrah..:) kekadang je join geng2 tabligh luar..mmg best gak dapat join diaorg sbnrnya..cuma ada beberapa perkara yg tak bleh ikut 100%..*smile..
Smoga sarah dapat teruskan benda baik seperti itu..sy suka kalau ia tak berbaur politik..err, kalaupun berbincang dibuat secara matang..bukan mcm org tak berpelajaran yg keluarkan kata2 dan gelaran tak elok utk manusia lain..
Reply
Salam Sarah..
Suka baca ayat yang bab orang hipokrit tu. Dikelilingi mereka yang hipokrit nie, kadang² bimbang jugak Sarah,takut akak yang tak kuat ni tak boleh nak bertolak ansur ngan mereka nie. Akak pun nak ‘belajar menjadi diri sendiri yang tak berpura-pura’. Kene masuk kelas usrah Sarah nie..Akak jarang sangat² terlibat dengan usrah, bila baca apa Sarah tulis nie kan, kadang² terasa pulak ruginya tak dapat pendedahan macam nie kan… 🙁
Reply
salam.kak sarah..
balik malaysia ke skarang????-ani
Reply
Salam buat semua. sy reply nanti ye. bizi n penat skit ni =) selamat berhujung minggu buat semua.
Reply
kak,terima kasih banyak2 sbb sempurnakan tag ni..hehe…
bermakna sgt kak..bermakna danmelekat di hati..
take care kak
Reply
salam KS
Bi’ul yang KS mention tu Rabi’ul Fadhilah ke?
dia skrg kat UIA, jurusan ilmu wahyu.
Kalau ye,keciknye dunia.
Kalau bukan, abaikan.
Hehe
Reply
Salam buat semua. sorry reply lambat. byk benda nak buat kt rmh. hehe =)
Menteil:
sy mmg x suka dgn org yg hipokrit. tp ntah la. klu ada org2 yg mcm ni sekeliling sy, biasanya sy kurang respon la pd apa yg diorg cakapkn. mcm tu la kot :p
Izu:
camtu la manusia. n sy pun manusia. dh x leh nak lelap nk buat camne kan 🙁
Bro Zukhairi:
terima kasih sudi singgah di sini. yg di kisas tu dh sempurna. tp mungkin sy n segolongan yg tak penah duduk asrama rasa tertekan n kurang senang dgn ayat ‘perhatian kpd pelajar2 ting 4, anda DIWAJIBKAN turun ke dewan makan untuk mengikuti usrah seperti biasa’. tertekan dgr perkataan diwajibkan tu. gotong royong wajib. sukan petang sabtu wajib. itu wajib. ini wajib. mcm takde masa yg kita boleh tentukan utk diri sndiri. hehe. nampak sgt yg sy ni tak betah duduk di hostel kan. tp lama2 tu dh ok. n waktu usrah la waktu yg paling ditunggu2 setiap minggu =)
Hantu Siang:
sy bukan nak jauhi. tp klu ada org2 yg mcm tu kt keliling sy, sy biasanya diam je n kurang/takkan respon pd apa yg diorg usulkan. sbb hipokrit amat. huhu.
Kak Nonnie:
skrg pn masih belum terlambat. biasanya di setiap taman perumahan (setakat yg sy tau) misti ada yg conduct. klu kita mencari, insya Allah kita akn jumpa 🙂
Ina:
terima kasih ina sbb sudi baca blog ks ni. yg pasal doa tu, ina cari semula di archive december 2006. tajuknya Doa Sebelum Belajar. yg pasal suara2 tu, ks amalkan 6 doa sebelum mula study sbb ks mmg dgr mcm2 ni bila tgh study tgh2 mlm je. hehe.
1) Fatihah
2) dua dua penerang hati yg biasa tu
3) doa sebelum belajar
4) doa minta kejayaan
5) surah al-insyirah
6) ayat kursi
ini je la yg ks baca. n selepas isya’, baca surah al-mulk =)
harap ini dpt membantu ina sikit sebanyak ye.
Reply
Nadia:
sy terharu baca kisah awk, nadia. setiap drpd kita ni tak penah terlambat utk belajar mulakan sesuatu yg baru mcm ni. klu pun awk kata awk baru je ikuti, tak bermaksud sy yg dh lama ni lebih baik dr awk. pokok pangkalnya hati kita ni. nak atau tak. ikhlas atau tak. yg psl saranan berniqab tu, sy rasa sy faham kenapa =) awk sgt cantik n tak mustahil setiap yg memandang awk akn suka/jatuh cinta/paling kurang pn akan menoleh dua kali utk tgk awk =) tp apa2pun terpulang pd awk. mungkin awk ada cara yg tersendiri utk jaga diri n elakkan drpd fitnah kan =)
Bro Fisol:
wah bro! thanks for sharing the ilm. tu la kna. dgn berusrah dh dpt 1/2 drpd keseluruhannya insya Allah =)
Ainul:
oo ni mesti naqibah jgk kan =) bagus ainul. keep it up. jgn kerana kita terputusnya mata rantai perjuangan Rasulullah =)
Anon:
awk pn x-kisas ke? ustaz amrillah tu di kisas ke? ke sy tersilap? apa2pun, sy setuju dgn apa awk kata. mmg kita dpt asah byk skill kita wkt dlm usrah kan =)
Reply
Dila:
ks dh baca dh kisah dila. terharu ks. semoga kita diteguhkan hati utk sentiasa ikhlas mengikuti majlis ilmu yg boleh memantapkan lg rohani kita insya Allah =)
Acai yg comei (kononnya): (hehehe)
kalaulah awk jd abg naqib walaupun dgn rambut yg panjang ala2 rock kapak sekerat tu, sy rasa awk la abg naqib yg paling macho di UTM tu, hehe. tentang ikut usrah atau tak skrg ni, sy rasa walaupun awk dh tak ikut secara total, tp disebbkn penglibatan awk dgn masjid, golongan tabligh yg selalu ada di masjoid kmpung awk n aktiviti2 di pusat zakat sendiri misti memberi input yg mcm2 pd awk kn. sy yakin awk tak kurang dr segi imlu insya Allah =)
Akak:
sy akui sy bertuah sbb sejak muda2 lg sy berpeluang mengenal usrah tu apa. bg yg tak pernah sertai usrah, sy rasa klu akak punya masa, cuba la bertanya pd kwn2 di ofis atau sekitar rmh. sbb sy yakin usrah berjalan di mana2 jua. ada byk sumber utk kita sertai usrah. kalau pn masih tak jumpa, akak tak kurang. akak boleh perbanyakkan dgr kuliyyah dr CD, kaset, youtube n lain2 utk tambah ilmu kan =)
Ani:
laaa… ani ada tinggal komen kt sni ke. akak tak sedar. hri tu tak sempat baca pun komen2 kt sini. thanks for calling td eh =)
Thia:
=) thanks sbb tag akak. hehehe.
Leon:
ye. itulah Bi’ul. Rabi’ul Fadhilah Shahabuddin. mcm pakistan2 org nya kan. ks tau mmg dia di UIA, ilmu wahyu. kalau jumpa dia, sampaikan salam ks pd dia ye =)
Reply
haish ks nih… ayat saya ada gaya naqibah ke? hoho.. mana layak kat sini lagi.. muda sangat.. hehe.. insyallah, semoga ‘rantai’ perjuangan rasulullah akan terus bersambung… amin..
Reply
Terima kasih atas posting ini. Satu yang menarik untuk direnungi!
qs team,
Reply
Thank you for ѕhaгing уour thoughts.
I гeally apρгесiatе youг еfforts anԁ I am waiting for your further pοst thanκ you once аgаin.
Reply
I’m not sure why but this weblog is loading extremely slow for
me. Is anyone else having this issue or is it a issue
on my end? I’ll check back later and see if the problem still exists.
Reply