Selamat Hari Bapa

Assalamualaikum wbt

Satu

Hari Ahad kedua setiap Jun diraikan khas untu para bapa. Selamat Hari Bapa buat ayah. Allah saja yang dapat membalas segala jasa ayah selama ini. Dulu ayah saya pernah berkata begini: A man has to do what he has to do. Ia membawa maksud yang sangat besar untuk sekelian lelaki. Sama ada yang sudah bergelar suami atau belum. Sama ada sudah mempunyai anak atau belum.

Dua

Kalau ada yang prihatin dengan berita terkini, dunia Islam kehilangan seorang lagi tokoh. Al-Fatihah buat Ustaz Fathi Yakan. Sewaktu tingkatan satu, saya mengenali arwah hanya sebagai penulis buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam (Maza Yakni). Semakin besar, semakin saya memahami susur galur perjuangannya. Semoga perjuangannya untuk memantapkan fikrah Muslim akan diteruskan oleh kita semua pula.

Tiga

Semenjak kebelakangan ini terlalu banyak berita kematian yang kita dengar. Tentang pesawat Air France, pelajar Malaysia yang meninggal di US dan Mesir, kes pembunuhan saudara-saudara kita yang sedang solat di Selatan Thai. Ada banyak cara hidup kita ini disudahkan Allah. Sekarang persoalannya kembali kepada kita. Dalam keadaan yang bagaimana kita hendak pergi menghadapNya nanti. Kalau tidak mahu ‘mati katak’ di akhir garisan, kita kena sentiasa bersiap sedia. Belajar meletakkan kayu ukur mati yang bagaimana yang kita mahukan. Barulah hidup kita ada tujuan.

Saya menulis ini sebagai peringatan buat diri sendiri. Sebab semakin kita punya senggang masa, biasanya semakin kita hanyut dengan dunia. Bila susah datang menjengah, barulah sujud, doa ditadah.

Nota 1: Saya nak mula mengemas kotak. Sumpah saya tidur di sebelah kotak tu je semalam sebab malas nak buka lagi -_-

Nota 2: Hari ni saya nak menulis sajak. Sepanjang hari semalam kepala saya tepu dengan idea tapi saya sibuk di luar rumah dan buku sajak tak dibawa.

Posted on June 14th, 2009 by Sarah  |  16 Comments »

Surat Untuk Emak

Assalamualaikum wbt

Buat emak yang Bunga sayangi,

Emak sihat? Bunga doakan, emak sihat-sihat saja di samping ahli keluarga yang lainnya. Apalah yang emak sedang buat di rumah tu ya? Bunga sedang terbayang-bayang wajah emak sedang melipat pakaian di depan TV.

Seingat Bunga, ini kali keempat Bunga menulis surat untuk emak. Kali pertama dan kedua dulu dalam bentuk kad. Kali ketiga pula dalam bentuk entri di blog lama Bunga. Untuk kali ini, sengaja Bunga memilih untuk menulis surat di blog lagi. Emak Bunga ni kan canggih. Hari-hari memantau aktiviti anak-anak di blog. Habislah Bunga kalau emak tahu banyak rahsia Bunga.

Emak, maaf sangat Bunga pinta. Sudah beberapa hari Bunga tidak menelefon emak dan ayah. Emak pun tahu kenapa, kan. Lagi dua hari, Bunga akan menduduki peperiksaan yang terakhir sekali untuk pengajian Bunga di sini. Terima kasih sebab emak rajin hantar mesej pagi-pagi untuk mengejut Bunga bangun tidur tepat pukul 4 pagi waktu sini. Agaknya, mesti emak sedang menyediakan sarapan untuk adik-adik waktu itu, kan.

Emak, Bunga hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk emak. Bunga doakan emak sihat tubuh badan dan tetap ceria melayan kerenah kami adik beradik yang bermacam-macam ragam ini. Bunga dah tak sabar hendak balik Malaysia. Bunga hendak duduk dekat dengan emak, dengan ayah. Bunga dah jenuh hidup berjauhan dengan emak dan ayah sejak zaman remaja. Bunga hendak jaga emak dan ayah pula. Bunga berdoa semoga Allah memanjangkan umur emak dan merahmati hidup emak di dunia dan akhirat.

Kalaulah emak tahu apa Bunga rasa sekarang ni, mesti emak tergelak. Bunga dah tak sabar hendak makan Mi Basah stail emak. Juga Kari Portugis emak yang istimewa itu. Nanti Bunga balik, kita makan besar ya. Kalau yang lain dah jemu pun, tak apa. Bunga boleh habiskan! Betul ni. Bunga rindukan masakan emak yang sedap-sedap belaka tu.

Emak tunggu Bunga balik ya. Selamat Hari Lahir untuk Emak. Bunga sayang emak!

Bunga Sarah

Nota 1: Lagu Fly Me To The Moon ini untuk emak! Tapi bukan versi Frank Sinatra la. Disebabkan Ngah minat sangat Jason Mraz, kali ni emak dengar yang Jason Mraz nyanyilah ye. Hihik. 😉

Nota 2: Ini entri autopost.

Posted on June 9th, 2009 by Sarah  |  19 Comments »

Hari Untuk Ayah

Assalamualaikum wbt

“He rushed me to doctor
When I was sick
He gave me watercolor
When I was six
He cheered my sport
When I was twelve
He supported my debate
When I was a teen
He said yes
When I said I’m flying
And he prays a lot
For my best doing”

Dulu waktu tadika, ayah saya yang menghantar saya dengan motor Yamaha merah besarnya. Seronok sungguh waktu itu dapat naik motor dengan ayah setiap hari. Waktu sudah berpindah ke tadika berhampiran rumah, ayahlah yang menemankan saya ketika saya meraung tak ingat dunia di muka pintu tadika itu. Buat malu muka emak ayah betul budak ni.

Waktu sekolah rendah, bila ayah ada kelapangan petang-petang, ayah akan bawa kami ronda kebun getah menaiki motor. Ayah tunjuk jalan-jalan kampung yang kami tak pernah sampai. Redah kawasan Kampung Baru. Tengok anak sungai dalam hutan di kawasan menuju ke Kelab Golf Di Raja dekat dengan rumah tu.

Waktu sekolah menengah, ini zaman pemberontakan. Entah sawan mana menghasut, masing-masing hendak ikut kepala sendiri. Degil betul saya waktu itu. Tingkatan dua rasanya waktu tu. Padan muka kena marah dek ayah. Nasib baik ayah sangat penyabar. Tapi ayahlah pemberi semangat nombor satu untuk saya sebagai pembahas sekolah. Ketika saya di KISAS, kalau saya tidak dapat pulang ke rumah di hujung bulan kerana terikat dengan latihan dan pertandingan, emak dan ayah yang akan datang melawat saya. Bila ada pertandingan peringkat akhir di mana-mana, mereka akan datang juga. Yang paling saya ingat, ketika pasukan bahas kami hendak ke Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) di SMS Dungun, ayah saya dan bapa kepada dua orang lagi rakan sepasukan menyumbangkan duit untuk pasukan kami. Oh. Terima kasih yang tak terhingga, ayah.

“I tell him everything
To share my feeling
I keep away worry
So he will be happy
I sketch my dreams
He said just follow your stream
I say him thank you
He laughs and grins too”

Waktu habis SPM, kalau tak kerana ayah, saya takkan masuk ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) (saya sempat matrikulasi selama dua bulan di sana). Dulu saya keras kepala tak mahu isi borang matriks. Hahaha. Akhirnya saya buat perjanjian dengan ayah. Saya kalah dalam perjanjian itu. Maka tercampaklah saya di UM. Dan saya bersyukur kerana sempat berada di UM.

Waktu di sini, suka duka semuanya saya kongsi dengan emak dan ayah. Saya lemah semangat, ayahlah yang beri nasihat. Saya murung, ayahlah yang buatkan lawak. Ayah memang sangat cool. Ayah sentiasa positif ketika saya berhadapan dengan masalah. Satu sifat ayah yang saya suka ialah sentiasa tahu untuk membuat kami ketawa walaupun 1001 masalah sedang melanda. Nasihat ayah memang penenang jiwa.

I told him that he is handsome
He replied he knows that he is warm
I asked why he now has belly
He said because he now is happy
I pointed to his gray hair
He smiled and said I’ll leave you one day”

Atas segala jasa dan pengorbanan ayah, walau janggut ayah dah beruban banyak, walau ayah tak sekacak dulu, walau ayah dah semakin tua, walau ayah dah ada lupa banyak cerita-cerita lama, Ngah tetap sayang ayah banyak sangat! Semoga Allah merahmati ayah selamanya. Selamat hari lahir yang ke-49 daripada kami semua.

“He is my hero
He is my life
I love him so
Very-very much”

Saya hanya ada seorang ayah. Dan ayah saya bernama Mohd Shukor Hj. Mahamud.

ayah

Nota 1: Sedang menulis entri ni untuk didrafkan, ayah menelefon dari Malaysia. Oh. Sweet. Sweet. p/s: Ayah memang beruban di janggut tapi tidak di rambut. Silalah cemburu pakcik-pakcik sekelian. Hehehehe. :mrgreen:

Nota 2: Saya bersifat serius di sini. Ada tak pembaca blog ini yang bernama Hafizan?

Posted on May 14th, 2009 by Sarah  |  19 Comments »

Saya Sayang Emak Saya

Assalamualaikum wbt

Perkara yang paling sensitif dalam hidup saya ialah segala sesuatu yang menyentuh perihal emak dan ayah. Menatap raut wajah mereka yang berubah selepas setahun berpisah pun adalah sesuatu yang sensitif untuk saya. Inikan pula bila mendapat tahu mereka terpaksa bersusah payah untuk saya.

Namun begitu, kadang kala sebagai anak, memang tidak dapat tidak, ada masanya saya ego dan keras hati. Payah hendak menyatakan sayang dan kasih kepada emak ayah. Itu memang satu kesilapan besar. Saya latih diri untuk selalu mengucapkan apa yang saya rasa di dalam hati itu untuk mereka. Tapi tetap akan ada juga masa yang saya terlupa dan terleka. Dalam erti kata lainnya, bukan setiap hari saya dapat menyatakan dengan terang bahawa saya sayangkan mereka. Bagi saya, apa yang ada di dalam hati mesti diluahkan, dizahirkan. Biar mereka tahu, biar mereka senang hati, biar rasa rahmah itu wujud dan dibajai, biar kita diredhai.

Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk emak saya, Hajjah Noor Azimah Kamaruddin, atas kasih sayang, didikan, pengorbanan dan segala susah payah sejak melahirkan saya sehinggalah kini.

Emak, Ngah sayang emak. Emaklah sahabat terbaik dalam hidup Ngah. Yang ketawa bersama Ngah, menangis bersama Ngah, dalam segala suka dan duka. Menemani Ngah untuk mencari makna hidup di dunia, membimbing Ngah untuk menyemai cinta akhirat.

dsc05498

Kalaulah Ngah boleh berlari balik sekarang ni, Ngah hendak peluk emak, salam tangan emak dan cium pipi emak. Supaya emak lebih tahu, Ngah sayang emak!

Nota: Sayang ayah juga!!! Nak nangis dah ni… 😥

Posted on May 10th, 2009 by Sarah  |  5 Comments »

Young Man vs Young Girl

Assalamualaikum wbt

My mother and father went for a blood screening test at Dr. Rama’s clinic in the town. When they were there, Dr. Rama addressed my father as ‘Young Man’ despite of his almost-golden age.

When they came back home, my father started calling my mother as ‘Young Girl’ because of her normal blood pressure despite of her current age. I laughed crazily when they told me the story.

Oh. So sweet of them!

Note: Ayah reminded me this fact: “Now it’s May. Next is June. Only one month plus left for you to survive.” Oh. He’s so sweet. He always does the countdown for me. Muaah!

Posted on April 29th, 2009 by Sarah  |  10 Comments »