Saya Sayang Emak Saya
Assalamualaikum wbt
Perkara yang paling sensitif dalam hidup saya ialah segala sesuatu yang menyentuh perihal emak dan ayah. Menatap raut wajah mereka yang berubah selepas setahun berpisah pun adalah sesuatu yang sensitif untuk saya. Inikan pula bila mendapat tahu mereka terpaksa bersusah payah untuk saya.
Namun begitu, kadang kala sebagai anak, memang tidak dapat tidak, ada masanya saya ego dan keras hati. Payah hendak menyatakan sayang dan kasih kepada emak ayah. Itu memang satu kesilapan besar. Saya latih diri untuk selalu mengucapkan apa yang saya rasa di dalam hati itu untuk mereka. Tapi tetap akan ada juga masa yang saya terlupa dan terleka. Dalam erti kata lainnya, bukan setiap hari saya dapat menyatakan dengan terang bahawa saya sayangkan mereka. Bagi saya, apa yang ada di dalam hati mesti diluahkan, dizahirkan. Biar mereka tahu, biar mereka senang hati, biar rasa rahmah itu wujud dan dibajai, biar kita diredhai.
Jadi, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu untuk emak saya, Hajjah Noor Azimah Kamaruddin, atas kasih sayang, didikan, pengorbanan dan segala susah payah sejak melahirkan saya sehinggalah kini.
Emak, Ngah sayang emak. Emaklah sahabat terbaik dalam hidup Ngah. Yang ketawa bersama Ngah, menangis bersama Ngah, dalam segala suka dan duka. Menemani Ngah untuk mencari makna hidup di dunia, membimbing Ngah untuk menyemai cinta akhirat.
Kalaulah Ngah boleh berlari balik sekarang ni, Ngah hendak peluk emak, salam tangan emak dan cium pipi emak. Supaya emak lebih tahu, Ngah sayang emak!
Nota: Sayang ayah juga!!! Nak nangis dah ni… 😥
nak cadangkan diadakan hari anak anak pulak.pada hari tu emak-ayah boleh luahkan sayang pada anak anak .
“Selamat Hari Anak-anak”
Reply
Sarah Reply:
May 10th, 2009 at 3:10 am
Kenapa sweet sangat emak ayah ku ini. Hehe. Ngah baru je selesai Subuh ni. Baru nak tidur. Nak mimpi mak ayah puas-puas.
p/s: Ayah masak ke untuk lunch hari ni? Jeng jeng jeng.
Reply
sweet smile for a sweet day!
=)
selamat hari ibu buat ibu sarah
& juga kepada semua ibu2
Reply
Saya sayang emak saya juga!
Hari Anak! Comel betul.. 😀
Reply
angah,
rindu la kamu. sunyi juga dah takde kat plurk. 🙁 takut nanti akan ada lagi yg follow jejak angah. 🙄 huhu. ape² pun, smoga kejayaan mengiringi angah. insyaAllah. restu mak & ayah yg kuat jadi pendorong untuk ke puncak kejayaan. treasure your time.
Reply