Hidup Yang Penuh Fitrah
Assalamualaikum wbt
Sepanjang berada di jabatan ini (O&G), ada banyak insiden lucu telah terjadi. Tapi bila dikenang semula, saya rasa ini asam garam yang perlu diterima untuk men’tarbiah’ pesakit dan juga diri sendiri.
Insiden 1
Saya ditempatkan di dewan bersalin (selepas ini akan ditulis sebagai labor room) bersama empat orang HO yang lain. Ditakdirkan Allah, pada suatu hari, ada seorang pesakit dihantar turun daripada antenatal ward (wad sebelum bersalin) untuk dipecahkan air ketuban (artificial rupture of membrane) (ARM) dan augmentation menggunakan pitocin. Pesakit ini seorang berketurunan India, 23 tahun, mengandung anak pertama dan mempunyai Gestational Diabetes Mellitus on diet control (GDM). Sehari sebelum itu pesakit ini telah dimasukkan ke wad untuk menjalani induction of labor (IOL) dengan belon. Saya difahamkan, ketika di wad pun, tiada siapapun yang dapat memujuknya untuk memberikan kerjasama untuk memasukkan belon untuk IOL. Sehinggalah MO yang ada ketika itu terpaksa memasukkan belon ke saluran peranakan dalam keadaan kakinya tidak diangkat! Owh. Sangat susah. Saya pun tak dapat nak membayangkan betapa keras hati dan degilnya pesakit ini.
Ketika di labor room, pada mulanya ada seorang doktor lain yang melihat pesakit ini untuk di ARM-kan. Tapi doktor itu sudah tidak dapat bersabar lagi kerana terpaksa menunggu sehingga 40 minit untuk mendapatkan kerjasama daripadanya. Sedangkan ada ramai pesakit lain yang perlu diselesaikan di labor room pada hari itu. Sudahnya, saya pergi melihat pesakit tersebut dan selepas memujuknya seketika, dia bersetuju untuk memberikan kerjasama untuk di ARM -kan.
Kusangka panas sehingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Cewah =p Tiba-tiba pesakit ini meronta-meronta dan tidak mahu prosedur itu dibuat. Alasannya ialah takut dan tidak mahu sakit. Aduhai. Nak bersalin nanti jauh lebih sakit dik oi. T______________T Kami semua meninggalkannya bersama suami seketika di bilik itu dan beredar menyelesaikan perkara-perkara lain. Selepas sejam lebih berlalu, akhirnya ada seorang HO lelaki berbangsa India berjaya memujuknya. Pesakit itu diberikan peluang untuk memilih doktor mana satukah yang diinginkan untuk meng-ARM-kan dirinya. Dia memilih saya! Adeh =p Maka saya pun memakai sterile gloves dan berdiri di sisi kanannya. Ramai staff nurse berada bersama saya untuk membantu saya memegang pesakit itu sekiranya dia meronta lagi.
Baru saja saya memegang hook yang digunakan untuk ARM, tiba-tiba dia meronta-ronta dengan kuatnya dan kakinya telah menendang perut saya sehingga terperosok saya kebelakang. Senak saya dibuatnya. Dan pada waktu itu jugalah seorang staff nurse yang sudah sangat senior berkhidmat di labor room ini memarahi pesakit itu:
“Awak ni, kita nak tolong bagi permudahkan bersalin, awak pergi sepak-sepak, tendang-tendang orang lain pulak. Tu awak tendang doktor tu. Dia pun mengandung jugak. Kalau apa-apa jadi pada baby dia, awak nak tanggung kat mahkamah?”
Begitulah bunyi bebelan daripada staff tersebut. Err… Yang digaris dan ditebalkan itu adalah penting ya. Huhuhu~ Pesakit itu terdiam. Dia memandang saya dengan muka sedih. Saya pun buat muka sedih juga. Tangan saya mengusap perut. Bukannya sebab saya risaukan kandungan palsu tu. Tapi memang saya sedang kesenakan! Rasa macam pecah usus dibuatnya. Suasana di bilik itu pun agak hening seketika melihatkan pesakit itu yang tiba-tiba saja diam. Mungkin dia takut kerana telah menendang perut saya dengan sekuat hati. Lalu, saya pun memecah keheningan itu.
“Bukan awak sorang yang nak bersalin. Ramai lagi yang dah pernah bersalin. Yang kami dah tolong pecahkan air ketuban untuk percepatkan proses bersalin. Tapi kalau awak tak bagi kerjasama, macam mana baby nak keluar. Kalau sekarang awak kata sakit, baby dah nak keluar nanti jauh lagi sakit. Saya dulu pun pernah bersalin jugak. Saya ni jauh berganda-ganda kecik dari awak. Kalau nak ikutkan, saya lagi takut sebab mungkin baby saya tak boleh keluar. Tapi Tuhan tak cipta kita jadi perempuan kalau kita ni takdeΒ power nak tahan sakit waktu bersalin. Ok. Awak tolong saya, saya tolong awak. Kesian kat baby saya dah kena tendang tadi. Jom cepat.”
Selepas saya memberikan syarahan percuma kepadanya, pesakit itupun memberikan kerjasama untuk ARM walaupun kakinya dikeraskan sehingga tersepit saya di situ. Hehe. Sebaik saja saya keluar dari bilik itu, terkekek-kekek saya bersama-sama staff nurse yang menyaksikan drama itu tadi menahan ketawa di kaunter tengah di labor room. Tak pasa-pasal saja pada hari itu saya sudah bergelar ibu beranak satu yang sedang mengandungkan anak kedua!
Insiden 2
Seorang perempuan Melayu, 28 tahun, mengandung anak kedua yang mana anak pertamanya lahir melalui Emergency Lower Segment Caesarean Section (EMLSCS) kerana anak sudah lemas (fetal distress). Kali ini dia dimasukkan ke wad untuk di IOL pada usia kandungan 38 minggu kerana mempunyai GDM on insulin. Selepas dimasukkan prostin dos yang pertama, dia menangis kerana katanya dia rasa tidak mampu untuk bersalin secara normal. Katanya, dia tidak ada kekuatan untuk itu. Pada malam itu, dia merayu kepada MO supaya dibenarkan untuk menjalani LSCS sekali lagi. MO itu memberi peluang padanya berbincang dulu dengan suami dan menunggu kata putus pakar pada keesokan paginya.
Pagi tadi ketika saya membuat morning review, saya mengkaunselingnya sekali lagi berkenaan permintaannya dan risiko serta komplikasi yang boleh dihadapinya. Selepas seketika, pesakit itu mula berdialog dengan saya sambil saya menulis review saya pagi tadi.
Pesakit: Doktor dah kawin?
Saya: (Terdiam sekejap) Dah.
Pesakit: Doktor ada anak?
Saya: Ada. Sorang. Baru 6 bulan.
Pesakit: Doktor bersalin secara normal ke?
Saya: Haah. Normal. Kenapa, puan?
Pesakit: Badan doktor jauh lagi kecik dari saya. Mana doktor dapat confident nak pushing, nak tahan sakit lagi?
Saya: Puan, sakit nak bersalin tu fitrah. Sampaikan Nabi kata kita ni berjihad waktu nak bersalin tu. Kalau ditakdirkan kita mati, kita mati syahid time tu tau. Kalaulah perempuan ni diciptakan tak tahan sakit nak bersalin, dari awal dulu lagi Allah cipta biar lelaki yang lahirkan anak. Betul tak? Kita ada doa dan selawat nak permudahkan bersalin. Doa Nabi Yunus tu boleh kata ada kat mana-mana je di labor room tu. Kita usaha, tawakkal. Kalau tak boleh jugak bersalin normal, baru kita operation. Rugi puan tak rasa lagi macam mana bersalin secara normal tu sedangkan puan takde apa-apa masalah pun untuk tak cuba bersalin biasa dulu kali ni.
Pesakit: (Dia tenung saja saya dengan air muka yang cukup sayu)
Selepas melihat pesakit tersebut diam dan memandang saya sebegitu sekali, saya berkata: “Elok je lepas bersalin dan puan dapat dengar baby puan menangis dan diletakkan atas badan puan, hanya Allah je yang tahu betapa bahagianya rasa hati. Segala rasa sakit pun hilang, puan.” Saya senyum dan kemudian berlalu ke katil pesakit seterusnya.
Ketika pakar membuat ward round, selepas dikaunseling semula oleh pakar, pesakit itu meminta masa untuk memikirkan semula permintaannya tadi. Setakat sehingga jam 6 petang tadi, dia masih lagi di wad dan tidak meneruskan permintaannya untuk menjalan LSCS. Esok pagi baru saya akan tahu apakah perkembangan kes itu.
Sebenarnya ada sedikit pengajaran yang hendak saya kongsikan di sini. Setiap kali berdepan dengan insiden-insiden sebegini, saya dapat bezakan pendekatan yang saya berikan kepada pesakit. Untuk yang bukan Islam, cara untuk saya memujuk dan memberikan nasihat kepada mereka agak terhad. Saya tidak dapat menyuruhnya mengamalkan doa itu dan ini. Saya tidak dapat menyuruhnya memperbanyakkan selawat untuk mengurangkan rasa gemuruhnya. Juga tidak dapat mengingatkannya supaya melafazkan syahadah jika sakit sudah semakin kuat dan jika sekiranya perlu untuk dibedah. Ini semua sebahagian daripada tanggungjawab doktor muslim untuk pesakit muslim. Untuk pesakit muslim, selain berikhtiar, saya dapat mengingatkan mereka supaya memperbanyakkan doa dan selawat. Ini tawakkal kita kepada Allah. Bukti pergantungan kita kepada Allah dan bukannya kerana kudrat kitalah hingga kita mampu melahirkan anak. Tanpa kasih sayang Allah, mungkin kita tidak mempunyai kekuatan langsung untuk selamat bersalin.
Kita hanya merancang, tetapi Allah adalah sebaik-baik perancang. Tak salah kan kita berusaha dulu sebelum terus menyerah kalah untuk dibedah (selagi tiada indikasi yang memerlukan pembedahan kecemasan diteruskan). Wallahu a’lam =)
Nota 1: Dah dua kali saya ‘jadi’ wanita beranak satu.
Nota 2: Cuba tengok dua gambar di atas ni. Tak sejuk ke rasa hati dapat pegang tangan si kecil dan tatap mata mereka yang bersinar tu?
Nota 3: Photos credit to Mr. Photographer pujaan.
Sian cik doktor…hehe cepat-cepat ye jd ibu pulak π
Reply
Sarah Reply:
December 29th, 2010 at 12:03 am
Kena tunggu turn lepas Kaklong dan Farah la kot =p
Reply
Mmmm kisah yang sangat menarik dan menjadi panduan…
Reply
Sarah Reply:
December 29th, 2010 at 12:15 am
Nanti awak nak bersalin banyak2kan berdoa, selawat dan lafaz syahadah ye Diyana π
Reply
salam sarah,
nice sharing ^^…ape2 kerja kita pon kita x leh lari dari mendidik org…teruskan mencurah bakti dan ilmu =)…
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 8:56 pm
Nanti isteri nak bersalin meh bawak jumpa saya ye π
Reply
seronoknya baca ni angah.. tapi.. bila sampai part :
βElok je lepas bersalin dan puan dapat dengar baby puan menangis dan diletakkan atas badan puan, hanya Allah je yang tahu betapa bahagianya rasa hati. Segala rasa sakit pun hilang, puan.β
sebak & pilu rasanya.. ingat suatu ketika dulu.. mengalir airmata di pagi yg hening ni.. hurmm..
ok ok takpe. dah biasa la macam ni kan. eh nanti sambung cerita lagi ye! π
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 8:57 pm
Kak Izz, saya mintak maaf kalau entri ni buat Kak Izz sedih. Saya faham perasaan akak. Saya doakan akak akan dimurahkan rezeki lagi nanti ye. Insya Allah! =)
Reply
rasanya tak salah sarah ckp kt pesakit bukan muslim ckp begini: kami sebagai orang islam diajar kalau sakit ada bacaan tertentu utk dtgkan konfident… terpulang pada puan baca ikut kepercayaan puan..”
at least ada satu dakwah kt situ. mana tau lps bersalin dia teringat balik lalu terbuka hati suami isteri dpt hidayah kan. π
btw.. andai bersalin itu satu peperangan (sbb dpt ganjaran mati syahid), tk salah berhelah seketika berlakon jd mak ada 1 setengah anak utk mendapatkan keyakinan semua orang. hehe
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 8:58 pm
CJ, sebenarnya yang tu pun saya buat jugak CJ. Saya cakap terpulang diorang nak baca yang macam mana pun ikut agama diorang sebab kita orang Islam ada doa2 yang boleh diamalkan =)
Reply
salam..
waa sampai kene tendang2 lagi..”bertuah” btul la patient2 ni… huhu
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 8:58 pm
Aimi comel, bersiap sedia untuk kena tendang jugak ye
Reply
Salam Sarah. alhamdulillah. kami dikurniakan anak perempuan yg sihat InsyaAllah.. π
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 8:59 pm
Salam Am! Oh! Saya tahu dah. Saya ikuti blog awak cuma tak tinggal jejak. TAHNIAH! Anak awak kira berat la jugak ye nak banding size isteri awak yang kecik je. Comel sungguh anak awak! Tahniah!
Reply
hehe..tetiba ja termengandung…
kerja kat O&G mmg sgt mencabar kekuatan fizikal & mental seorg doktor..kesabaran pun sgt senang hilang…org selalu cakap kita garang but then they’ve never seen what we’ve seen..FSB,birth asphyxia,neonatal death,perinatal death,PPH,eclampsia,maternal death….an so on…semua ni sgt menakutkan bg doktor O&G..
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 9:00 pm
Betul sangat cakap akak. Kita kadang2 tu terpaksa garang untuk encourage patient kan. Kalau tak, manjalitis sungguh diorang ni. π
Reply
Sarah,
sharing 1 of my xp kat sini… during my previous delivery last Feb ’10. my third was on LSCS. so, masa bersiap untuk ditolak ke OT, kepala dah bersarung dgn cap hijau tu.. tunggu katil ditolak jek… tiba-tiba masa nak kelaur dari pintu bilik, the nurse tarik selimut dari kaki terus cover smpi kepala – macam mayat!! terkejut gila babas… dup..dap..dup..dap…terus masa tu… rupanya it’ s a matter of tutup aurat sbb nak ke OT akan melalui kawasan public… I thought cover with cap tu dah cukup.. hehehe….
what an interesting experience… π
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 9:02 pm
Waa.. Diorang nak jaga aurat sampai macam tu ye. Merasa la jadi macam mayat kejap ye. Hehe. Kat Msia biasanya ada laluan belakang atau jalan dalam untuk ke dewan bedah yang tak lalui kawasan public. So agak terjaga jugak la. Tapi kakitangan dewan bedah ada je lelaki. So tak ter cover mana la jugak sebenarnya.
Reply
ejalz Reply:
January 1st, 2011 at 4:09 pm
memang pun… gynae lelaki, Bius lelaki, staf2 OT tu pun lelaki…
so that’s why agaknya I was given GA (no option given) sblm my gynae masuk OT. Pengsan sebelum sempat sedar sapa yang ada dalam OT tu… hehe… kita tak sedar apa yang doktor buat, doktor pun tak segan kot… probably for saudi ladies, they don’t want to see what male doctors are doing to them.. kekeke…
Reply
Salam,
Tak tau kenapa akak bergenang airmata lak bila baca cerita Sarah kali ni…
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 9:02 pm
Salam Kak Zura. Kenapa ye akak bergenang air mata? Maaf kalau apa saya tulis tu ada menyentuh memori lama akak..
Reply
π
Wah wah. Umi Sarah!
Memang kalo stress lihat muka baby terus hilang. Ni nak kena cepat ada baby sendiri ni. Oppsss!
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 9:04 pm
Upsss~ Tasha nak ada baby sendiri cepat2 ke? π Umi Tasha. Waaa~
Reply
1. sian- sian KS kne sepak..
2. hepy- best tol cte KS
3. tergelak sampai senak perut.. senak cam KS kne sepak kot..
4. thought- sweet tol la doktor sarah ni…
5. get new word- “tipu manis”…KS bkn tipu sunat..
6. xsabar nk baca lg cte2 manis KS..
gutlak DS (Doctor Sarah) doing ur job n responsibility..
oh ya…baby 6 bln DS tu pe nama???
baby dlm kandungan y kne sepak tu lak..laki or gurl??
hehehe
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 9:05 pm
Baby 6 bulan tu nama dia Izzah Hannah.
Baby dalam perut tu nama dia Ahmad Wafiq.
Hahahahahahahaha~ Kamu buat KS berangan je la Alang oi π
Reply
Pelakon handalan π
Reply
Sarah Reply:
December 31st, 2010 at 9:05 pm
Errr… Mana trophy? Kekeke π
Reply
Salam “Dr Sarah”,
Salam tahun baru 2011.
“Tangan saya mengusap perut. Bukannya sebab saya risaukan kandungan palsu tu” bust saya tersenyum lebar!
emm… apa kah yang akan berlaku kepada Dr yang mengandung anak kedua itu? Ada sambungan dalam siri yang lain tak? he he
Wassalam.
::truemax
26 Muharam 1432H – Sabtu
Reply
Adakalanya oleh kelaziman rutin berhadapan dengan kegetiran dan kesakitan pesakit, wujud juga perawat-perawat dan jururawat yang memiliki sedikit rasa simpati dan keperihatinan terhadap pesakit dan keluarganya.
Adakalanya sikap ‘garang dan bengis malah sesekali keterlaluan ceria’ juga dimiliki oleh sesetengah perawat dan pembantu mereka seperti mana kerjaya yang lainnya.
Lain sedikit pengalaman saya :
Dengan salah seorang perawat :
Yang sakit ialah perut ditariknya kain saya sehingga ke peha.
Nasib baik saya berseluar dalam.
Ramai perawat-perawat muda tersenyum-senyum tanpa sebarang emosi.
Kasihan saya kena tegur pula dari jururawat.
Dengan salah seorang jururawat :
Emak saya telag dijanjikan temunya untuk pembedahan kecil di lutut yang hampir dua bulan sudah diaturkan.
Saat emak saya dengan pakaian seorang pesakit yang perlu dibedah, seorang jururawat muda yang bertugas di kaunter wad pembedahan bertanya :
“Mak Cik ke sini untuk buat apa?”
Saya faham maksud pertanyaannya. “Apakah rawatan yang emak saya perlukan di wad itu.
Bayangkan jika emak saya yang ketika berusia 74/75 tahun bersendirian tanpa ditemani (saat anaknya mungkin sedang meletakkan kenderaan/ menyelesaikan hal-hal berkaitan) boleh terpotong kaki atau emak saya menukar baju bila dirasakannya tidak ada rawatan untuknya di situ, jika emak saya salah menginformasi.
Tidak pasal-pasal jururawat dengan doktor dan hospitalnya saya saman.
π
Fitrah manusia sentiasa ada kelemahan.
Tidakkah begitu Cik Doktor?
Reply
π salam..
apa khabar doc?? seronok baca post ni. tertarik pada bab “Juga tidak dapat mengingatkannya supaya melafazkan syahadah jika sakit sudah semakin kuat dan jika sekiranya perlu untuk dibedah.” sebenarnya medical stuff la yang paling bertuah dapat peluang yang cukup hebat dari Allah.. Ganjaran yang cukup besar jika dapat mengislamkan mereka yang bukan islam. Ingat tak.. yang dikira oleh Allah ialah akhir kalam seseorg itu.. Andai dapat di ajarkan syahadah dan si pesakit tadi dapat mengikutinya dan akhirnya dia meninggal.. saham yang cukup besar buat kita tu..
Tentang cara pengkebumian itu cara mereka.. yang penting pesakit tadi dah melafazkan syahadah.. Beruntunglah mereka yang bekera sebagai medical stuff ni. Kalau nak penjelasan yang lebih lanjut lagi tentang hal ni boleh email kan pada ustazalias@yahoo.com. insyaallah.. segala persoalan akan terungkai.. tak pun cuba usulkan topik ni pada naqib or naqibah kamu ya sis..
Take care.. Kerja dan jihad hanya keranaNYa.. Ameen.
Reply
terbaik!!.. giler kelakar citer.. pecah perut π π
Reply
salam, k.sarah. now, sy dah 38weeks ++…bila baca post akak, rasa berdebar2 pulak nak masuk LR nnt. tiba2 terlintas, malu jugak nnt nak buka kaki dan mcm mne nk push segala bagai.
harapnya dptlah doktor perempuan nnt.
p/s : sy terjumpa link blog akk kat blog sape ntah (dah lupa).baru tahu, rupanya akak senior ex-KI. saya batch 2003-2004. salam perkenalan.
http://nuiryani.blogspot.com
Reply
I’m amazed, I must say. Rarely do I come across a blog that’s both educative and entertaining, and let me tell you, you’ve hit the nail on the head.
The issue is something which not enough folks are speaking intelligently about.
Now i’m very happy I came across this in my search for something regarding this.
Reply
Hello, every time i used to check webpage posts
here early in the morning, because i like to find
out more and more.
Reply