Surat Untuk Emak
Assalamualaikum wbt
Buat emak yang Bunga sayangi,
Emak sihat? Bunga doakan, emak sihat-sihat saja di samping ahli keluarga yang lainnya. Apalah yang emak sedang buat di rumah tu ya? Bunga sedang terbayang-bayang wajah emak sedang melipat pakaian di depan TV.
Seingat Bunga, ini kali keempat Bunga menulis surat untuk emak. Kali pertama dan kedua dulu dalam bentuk kad. Kali ketiga pula dalam bentuk entri di blog lama Bunga. Untuk kali ini, sengaja Bunga memilih untuk menulis surat di blog lagi. Emak Bunga ni kan canggih. Hari-hari memantau aktiviti anak-anak di blog. Habislah Bunga kalau emak tahu banyak rahsia Bunga.
Emak, maaf sangat Bunga pinta. Sudah beberapa hari Bunga tidak menelefon emak dan ayah. Emak pun tahu kenapa, kan. Lagi dua hari, Bunga akan menduduki peperiksaan yang terakhir sekali untuk pengajian Bunga di sini. Terima kasih sebab emak rajin hantar mesej pagi-pagi untuk mengejut Bunga bangun tidur tepat pukul 4 pagi waktu sini. Agaknya, mesti emak sedang menyediakan sarapan untuk adik-adik waktu itu, kan.
Emak, Bunga hendak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk emak. Bunga doakan emak sihat tubuh badan dan tetap ceria melayan kerenah kami adik beradik yang bermacam-macam ragam ini. Bunga dah tak sabar hendak balik Malaysia. Bunga hendak duduk dekat dengan emak, dengan ayah. Bunga dah jenuh hidup berjauhan dengan emak dan ayah sejak zaman remaja. Bunga hendak jaga emak dan ayah pula. Bunga berdoa semoga Allah memanjangkan umur emak dan merahmati hidup emak di dunia dan akhirat.
Kalaulah emak tahu apa Bunga rasa sekarang ni, mesti emak tergelak. Bunga dah tak sabar hendak makan Mi Basah stail emak. Juga Kari Portugis emak yang istimewa itu. Nanti Bunga balik, kita makan besar ya. Kalau yang lain dah jemu pun, tak apa. Bunga boleh habiskan! Betul ni. Bunga rindukan masakan emak yang sedap-sedap belaka tu.
Emak tunggu Bunga balik ya. Selamat Hari Lahir untuk Emak. Bunga sayang emak!
Bunga Sarah
Nota 1: Lagu Fly Me To The Moon ini untuk emak! Tapi bukan versi Frank Sinatra la. Disebabkan Ngah minat sangat Jason Mraz, kali ni emak dengar yang Jason Mraz nyanyilah ye. Hihik. 😉
Nota 2: Ini entri autopost.
Ehhh! Jason Mraz ade version die jugak? Try cari Olivia Ong (kot). My favorite version of fly me to the moon.
Oh yess.. AAUUUUUUUWWWWWWW SWEET!
Reply
Selamat Hari Lahir buat mak angah jugak ye!
mesti dia x sabar tunggu anaknye yg seorang ni balik kan!
goodluck ok angah! 😉
Reply
Salam wahai bunga yang saya rindui…
~SELAMAT HARI LAHIR BUAT EMAK BUNGA…semestinya saya takkan lupakan tarikh lahir emak awak. 🙂 -kami sama-
~Semoga awak CEMERLANG dalam perang last awak di bumi Moscow.
~saya tahu awak KUAT. (Oh ya, SELAMAT HARI BAPA juga buat AYAH BUNGA ye.)
Reply
sELAmAT hARI lAhir buat ibunya Sarah!!!!
Reply
Selamat hari lahir to your your mom, because everuy single mum is everybody mum, am I right?
ps:pernah nyanyi kat karaoke lagu ni tapi versi Frank Sinatra 😀
Reply
Selamat Hari Lahir Emak Sarah 😀
Semoga Dalam Rahmat Ilahi Sentiasa 😎
Reply
Alala coomel. Selamat hari lahir untuk emak KS. Semoga sihat selalu.
Tambah Orked sikit. Bunga Orked Sarah. ^-^
Reply
selamat hari lahir buat mak sarah. tahniah kerna memiliki Sarah yang ini. banyak manisnya.
Reply
Selamat hari lahir buat Emak Bunga 🙂
Reply
Selamat hari lahir buat ibu KS.. semoga panjang umur, dimurahkan rezki, sihat sentiasa dan dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat… Aminnn..
Reply
selamat hari lahir untuk emak sarah..
may Allah always shower her with His Bless.. n sabar menanti sarah pulang 😉
Reply
Selamat Hari Lahir buat emak KS (angah orked sarah ek, kak falin? )
moga sentiasa di bawah rahmatNya selalu.. ameen..
dan, selamat berjuang juga untuk KS.. chayyok, chayyok!
lepas ni, boleh balik Malaysia dah la.. 😉
Reply
Salam Angah,
Selamat hari lahir (belated) untuk Emak Angah. Semoga gembira selalu dan dirahmati Allah senantiasa.
Juga, semoga tenang dan dapat lakukan yang terbaik dalam final-finale exam esok.
Take care.
Wassalam
::truemax
ps – saya suka no 13 🙂
Reply
salam ziarah dik..semoga menjawab dengan tenang.. buat sarah yang bakal pulang..baca entry di link bawah ini 😉
😐
http://saifulislam.com/?p=5817
Reply
Selamat hari lahir makcik..
Smoga sihat sentiasa sepanjang masa ye..smoga apa yang diimpikan dalam hidup akan jadi kenyataan,amin. Makcik, jgn bagi si bunga ni makan byk2 masa dia balik tau..nanti dia gemuk,hihi..
Reply
saya suka lagu fly me to the moon.
Reply
sarah @ bunga???
bunga ape tu? huhuhu
btw, dah siap kemas brg nk balik dah ke? 😉
Reply
Assalamualaikum sarah…
Gembira saya, awak kembali =)
Mungkin saya sedikit terlambat mengetahui berita baik ini, namun saya ttp gmbira.
Selamat Kembali =)
Dan untuk emak Sarah, selamat hari lahir puan 🙂
http://11-6-9.blogspot.com/2009/06/dari-bumi-aalensarah.html
Reply
jemputlah singgah ke teratak saya ^_^
Reply