Hari Untuk Ayah

Assalamualaikum wbt

“He rushed me to doctor
When I was sick
He gave me watercolor
When I was six
He cheered my sport
When I was twelve
He supported my debate
When I was a teen
He said yes
When I said I’m flying
And he prays a lot
For my best doing”

Dulu waktu tadika, ayah saya yang menghantar saya dengan motor Yamaha merah besarnya. Seronok sungguh waktu itu dapat naik motor dengan ayah setiap hari. Waktu sudah berpindah ke tadika berhampiran rumah, ayahlah yang menemankan saya ketika saya meraung tak ingat dunia di muka pintu tadika itu. Buat malu muka emak ayah betul budak ni.

Waktu sekolah rendah, bila ayah ada kelapangan petang-petang, ayah akan bawa kami ronda kebun getah menaiki motor. Ayah tunjuk jalan-jalan kampung yang kami tak pernah sampai. Redah kawasan Kampung Baru. Tengok anak sungai dalam hutan di kawasan menuju ke Kelab Golf Di Raja dekat dengan rumah tu.

Waktu sekolah menengah, ini zaman pemberontakan. Entah sawan mana menghasut, masing-masing hendak ikut kepala sendiri. Degil betul saya waktu itu. Tingkatan dua rasanya waktu tu. Padan muka kena marah dek ayah. Nasib baik ayah sangat penyabar. Tapi ayahlah pemberi semangat nombor satu untuk saya sebagai pembahas sekolah. Ketika saya di KISAS, kalau saya tidak dapat pulang ke rumah di hujung bulan kerana terikat dengan latihan dan pertandingan, emak dan ayah yang akan datang melawat saya. Bila ada pertandingan peringkat akhir di mana-mana, mereka akan datang juga. Yang paling saya ingat, ketika pasukan bahas kami hendak ke Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) di SMS Dungun, ayah saya dan bapa kepada dua orang lagi rakan sepasukan menyumbangkan duit untuk pasukan kami. Oh. Terima kasih yang tak terhingga, ayah.

“I tell him everything
To share my feeling
I keep away worry
So he will be happy
I sketch my dreams
He said just follow your stream
I say him thank you
He laughs and grins too”

Waktu habis SPM, kalau tak kerana ayah, saya takkan masuk ke Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) (saya sempat matrikulasi selama dua bulan di sana). Dulu saya keras kepala tak mahu isi borang matriks. Hahaha. Akhirnya saya buat perjanjian dengan ayah. Saya kalah dalam perjanjian itu. Maka tercampaklah saya di UM. Dan saya bersyukur kerana sempat berada di UM.

Waktu di sini, suka duka semuanya saya kongsi dengan emak dan ayah. Saya lemah semangat, ayahlah yang beri nasihat. Saya murung, ayahlah yang buatkan lawak. Ayah memang sangat cool. Ayah sentiasa positif ketika saya berhadapan dengan masalah. Satu sifat ayah yang saya suka ialah sentiasa tahu untuk membuat kami ketawa walaupun 1001 masalah sedang melanda. Nasihat ayah memang penenang jiwa.

I told him that he is handsome
He replied he knows that he is warm
I asked why he now has belly
He said because he now is happy
I pointed to his gray hair
He smiled and said I’ll leave you one day”

Atas segala jasa dan pengorbanan ayah, walau janggut ayah dah beruban banyak, walau ayah tak sekacak dulu, walau ayah dah semakin tua, walau ayah dah ada lupa banyak cerita-cerita lama, Ngah tetap sayang ayah banyak sangat! Semoga Allah merahmati ayah selamanya. Selamat hari lahir yang ke-49 daripada kami semua.

“He is my hero
He is my life
I love him so
Very-very much”

Saya hanya ada seorang ayah. Dan ayah saya bernama Mohd Shukor Hj. Mahamud.

ayah

Nota 1: Sedang menulis entri ni untuk didrafkan, ayah menelefon dari Malaysia. Oh. Sweet. Sweet. p/s: Ayah memang beruban di janggut tapi tidak di rambut. Silalah cemburu pakcik-pakcik sekelian. Hehehehe. :mrgreen:

Nota 2: Saya bersifat serius di sini. Ada tak pembaca blog ini yang bernama Hafizan?

19 Responses to “Hari Untuk Ayah”

  1. yusma says on :

    Happy Birthday pakcik.. 😀

    Reply

  2. hanisah says on :

    sanah helwah~

    p/s: ni yusma mana ni…musykil… 🙄

    Reply

  3. Nad says on :

    Selamat hari lahir untuk ayah KS. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu.
    Pakcik, selamat hari lahir! 🙂

    Reply

  4. epel says on :

    Selamat hari lahir buat ayahanda Sarah. May many happy returns dan diberkati Allah.

    Reply

  5. kak izzah says on :

    Angah,

    Selamat hari lahir buat ayah angah.. (pakcik Shukor).. mude lagi ayah eh.. patut la blom beruban.. hehe.. yang bestnya, pakcik shukor pasti akan baca blog ni kan.. mesti terasa sejuk di hati & jiwanya kan.. alhamdulillah.. semoga ditambahkan lagi nikmat umur & rezeki yang berpanjangan.. insyaAllah.. 😉

    Reply

  6. kak k.a says on :

    sarah,touching btol ayat2 awak..
    tersentuh kak k.a baca..huhu
    smat hari lahir buat ayah sarah..

    Reply

  7. hafiq says on :

    😛
    asslmkm…pakcik cutez

    Reply

  8. Diya says on :

    heeeee. hafizan :mrgreen:

    selamat hari lahir untuk pakcik shukor. kalau pakcik nak tahu, saya admire pakcik. sebab pakcik ada sikit persamaan dengan ayah saya. hihi, cuma ayah saya muda setahun dari pakcik 😀

    Reply

  9. sufi says on :

    salam buatmu Sarah.

    SELAMAT HARI LAHIR BUAT AYAH MU. (Umur ayah kita tak jauh beza.)

    Semoga dikurniakan kebahagiaan buat dirinya…dan juga untuk kamu semoga berjaya menjadi muslimah anggun. Ayah oh bapa…sangat rindu saat ini.

    wish u luck Sarah.

    Reply

  10. saffa says on :

    Selamat Ulang Tahun buat Pak Cik Shukor yang sangat ‘cool’ 😀

    Reply

  11. truemax says on :

    Salam Sarah dan ayahnya,

    Selamat Hari Lahir untuk ayah Sarah, En. Shukor, dan tahniah kerana berjaya membimbing dan menghasilkan keluarga yang begitu cemerlang.

    Semoga kebahagiaan kita di dunia diteruskan dan dilebihkan lagi di akhirat nanti.

    I’m catching up – the “uban” part. 🙂

    Wassalam.

    Reply

  12. Wanie says on :

    salam

    pakcik, saya ni wanie. wanie roomate kak sarah. hari ni birthday pakcik ye? Selamat hari lahir. Pakcik ni macam Abah saya la. Cuma Aba saya ada uban kat rambut. hehe

    Semoga pakcik, makcik, kak long, ngangah (hehe) dan semua adik beradiknya dan satu keluarga pakcik bahagia macam keluarga saya. semoga semuanya sihat selalu dan semoga kita semua diberkati hidupnya di dunia dan di akhirat.

    **HAFIZAN? hohoho 😆

    Reply

  13. Fisol says on :

    salam..

    selamat hari lahir buat ayah sarah En.Shukor dari kami sekeluarga..semoga panjang umur dah dimurahkan rezeki selalu..

    kena belajar camna nak didik anak jadi mcm sarah nie.. :mrgreen:

    Reply

  14. haritz says on :

    abah aku rindu padamu..sob..sob.. 🙁
    ps:al fatihah

    Reply

    shukor Reply:

    alhamdulillah,
    sempat bacakan al fatihah pada ayah en haritz.moga sampai kepadanya.

    Reply

  15. nfarhana says on :

    quite appealing~ sweet.
    I love my abah too….

    Reply

  16. Sarah says on :

    Saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan dan doa daripada semua untuk ayah saya. Semoga kamu semua pun dirahmati Allah dunia dan akhirat juga.

    😉

    Reply

  17. snm says on :

    salam sarah 🙂
    sdkt terlewat, but better late than never :mrgreen:

    Selamat Hari Lahir Ayah Sarah, yg ke-49.
    Semoga sentiasa dalam lindunganNYA selalu 🙂

    Reply

  18. mummy aidad says on :

    huhu
    selamat hari jadi uncle

    ada gak nama sekolah akak tu…
    sekolah menengah sains dungun:)

    Reply

Leave a Reply