Menikmati Cuti
Assalamualaikum wbt
Cuti tinggal seminggu lagi. Saya macam merapu saja dua, tiga hari ini. Maksud saya, saya merapu saja bila berada di bilik. Selesai Maghrib di awal waktu yang amat sangat (yang jarang dilakukan bila hari bukan cuti), terus saya tidur. Sebab apa tidur, sebab sudah tidak tahu hendak buat apa.
Bila terjaga di waktu Isyak, selepas itu terus menekun di Youtube. Saya buat marathon filem-filem Inggeris lama. Ala. Yang zaman gown kembang, bertopi, lelakinya menunggang kuda, ada majlis tari menari yang penuh protokol tu. Namakan saja semua filem hasil karya Jane Austen. Semuanya saya dah ulang tonton untuk kali kedua. Pride And Prejudice, Sense And Sensibility, Becoming Jane, Mansfield Park, Persuasion, Northanger Abbey dan kemudian beberapa filem sebegini yang disiarkan oleh BBC TV. Contohnya Wives And Daughters dan Dr. Quinn Medicine Woman The Movie.
Apa nak jadilah dengan saya ni. Budak-budak ni pun pelik dengan selera saya yang sukakan filem-filem sebegini. Saya bukan apa. Saya rasa wanita zaman itu sungguh bersopan kalau nak dibandingkan dengan yang dapat dilihat dalam filem-filem terkini. Kalau yang lelakinya pula, sangatlah berhemah dan beradab (beradab tu gentleman). Bahasa pun elok-elok. Saya selalu saja terbayang, sewaktu zaman yang sekian-sekian tu, di dunia sebelah Arab sana, masih adakah Nabi ketika itu? Kenapa di dunia sebelah barat ini Islam masih belum tiba ya waktu tu? Lagi, saya terfikir, bagaimana murninya mereka menjaga hubungan lelaki dan perempuan. Dan kalau yang bercita tu, nak berhubung pun hanya melalui surat. Mana ada SMS, telefon, YM, Gtalk, MSN semua ni. Jauh sungguh saya fikir waktu tu. Nasib baik tengok seorang diri. Kalau tengok dengan orang, mesti saya bertanya itu ini. Orang pun bengang nanti.
Lagi satu, apa nak jadilah dengan saya ni. Saya tak buka pun buku-buku saya sejak mula bercuti minggu lepas. Ada saya susun buku-buku mengikut kepentingan di atas meja tapi saya tak baca pun lagi. Bukan cutilah kalau saya asyik sibukkan diri dengan hal ini kan. Tapi saya rasa bersalah pada diri sendiri. Isnin ni lah baru akan buka buku semula. Harapnya. Hidup penuh kesibukan akan bermula semula.
Selamat hari lahir Azizi! Dah 14 tahun dah awak kan. Ngah doakan awak selamat semuanya. Selamat dunia, selamat akhirat. Selamat Hari Wilayah juga. Hahaha. Oh ya! Jangan selalu lupa mana cermin mata awak ok, Encik Kura-kura!
Nota 1: Rasa bersalah tu hilang bila Makde saya SMS dan suruh saya enjoy cuti saya ini. Inilah cuti terakhir saya sebab selepas ini saya akan berada dalam semester akhir yang terakhir-akhirnya! Lepas tu dah nak kerja, nak itu, nak ini. Tiada erti bercuti dah, katanya.
Nota 2: Wives And Daughters adalah yang terbaik yang telah saya tonton. Filem itu menonjolkan bagaimana Eropah mula menerima sains dan mengiktrafnya sebagai satu bidang yang penting. Penuh nasihat dan adab yang boleh dipelajari (daripada menonton filem-filem baru yang entah apa-apa). 😛

