Menikmati Cuti

Assalamualaikum wbt

Cuti tinggal seminggu lagi. Saya macam merapu saja dua, tiga hari ini. Maksud saya, saya merapu saja bila berada di bilik. Selesai Maghrib di awal waktu yang amat sangat (yang jarang dilakukan bila hari bukan cuti), terus saya tidur. Sebab apa tidur, sebab sudah tidak tahu hendak buat apa.

Bila terjaga di waktu Isyak, selepas itu terus menekun di Youtube. Saya buat marathon filem-filem Inggeris lama. Ala. Yang zaman gown kembang, bertopi, lelakinya menunggang kuda, ada majlis tari menari yang penuh protokol tu. Namakan saja semua filem hasil karya Jane Austen. Semuanya saya dah ulang tonton untuk kali kedua. Pride And Prejudice, Sense And Sensibility, Becoming Jane, Mansfield Park, Persuasion, Northanger Abbey dan kemudian beberapa filem sebegini yang disiarkan oleh BBC TV. Contohnya Wives And Daughters dan Dr. Quinn Medicine Woman The Movie.

Apa nak jadilah dengan saya ni. Budak-budak ni pun pelik dengan selera saya yang sukakan filem-filem sebegini. Saya bukan apa. Saya rasa wanita zaman itu sungguh bersopan kalau nak dibandingkan dengan yang dapat dilihat dalam filem-filem terkini. Kalau yang lelakinya pula, sangatlah berhemah dan beradab (beradab tu gentleman). Bahasa pun elok-elok. Saya selalu saja terbayang, sewaktu zaman yang sekian-sekian tu, di dunia sebelah Arab sana, masih adakah Nabi ketika itu? Kenapa di dunia sebelah barat ini Islam masih belum tiba ya waktu tu? Lagi, saya terfikir, bagaimana murninya mereka menjaga hubungan lelaki dan perempuan. Dan kalau yang bercita tu, nak berhubung pun hanya melalui surat. Mana ada SMS, telefon, YM, Gtalk, MSN semua ni. Jauh sungguh saya fikir waktu tu. Nasib baik tengok seorang diri. Kalau tengok dengan orang, mesti saya bertanya itu ini. Orang pun bengang nanti.

Lagi satu, apa nak jadilah dengan saya ni. Saya tak buka pun buku-buku saya sejak mula bercuti minggu lepas. Ada saya susun buku-buku mengikut kepentingan di atas meja tapi saya tak baca pun lagi. Bukan cutilah kalau saya asyik sibukkan diri dengan hal ini kan. Tapi saya rasa bersalah pada diri sendiri. Isnin ni lah baru akan buka buku semula. Harapnya. Hidup penuh kesibukan akan bermula semula.

Selamat hari lahir Azizi! Dah 14 tahun dah awak kan. Ngah doakan awak selamat semuanya. Selamat dunia, selamat akhirat. Selamat Hari Wilayah juga. Hahaha. Oh ya! Jangan selalu lupa mana cermin mata awak ok, Encik Kura-kura!

Nota 1: Rasa bersalah tu hilang bila Makde saya SMS dan suruh saya enjoy cuti saya ini. Inilah cuti terakhir saya sebab selepas ini saya akan berada dalam semester akhir yang terakhir-akhirnya! Lepas tu dah nak kerja, nak itu, nak ini. Tiada erti bercuti dah, katanya.

Nota 2: Wives And Daughters adalah yang terbaik yang telah saya tonton. Filem itu menonjolkan bagaimana Eropah mula menerima sains dan mengiktrafnya sebagai satu bidang yang penting. Penuh nasihat dan adab yang boleh dipelajari (daripada menonton filem-filem baru yang entah apa-apa). πŸ˜›

18 Responses to “Menikmati Cuti”

  1. diya says on :

    oh my. suka cerita inggeris lama rupanya. ada jugak tengok cerita gitu. tapi, tak pernah terfikir lah pulak tentang pakaian, sosial, agama bagai. memang la pemikir sungguh KS ni =D tapi, betul jugak kan. pakaian mereka lebih sopan. tak menyakitkan mata. dan bila berkomunikasi, tak cakap benda mengarut2. huhu. kecik2 dulu, suka tengok cerita fantaghiro [entah apa nama cerita nya] =)

    selamat hari lahir untuk adik KS πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    KS paling suka bahasa dan usha gown yang cantik2 tu. Huhu. Rasa nak buat cadar je bila tengok. Mesti empuk bila tidur πŸ˜€ Dan cerita2 zaman Inggeris lama ni sopan. Takde aksi2 kotor. Paling habis pun kissing la kot but in a good way (ada good and bad eh?). I was about to reply u the title of the story: The Cave Of The Golder Roses. Tapi tiba2 Kaklong KS dah jawabkan kat bawah ni. πŸ˜‰

    p/s: Dulu2 KS sanggup berlari balik dari solat Terawikh sebab tak nak terlepas lama sangat cerita tu πŸ˜€

    Reply

  2. kaklong says on :

    fantaghiro = The Cave of The Golden Roses… if i not mistaken la… sori kalo salah…=)

    Reply

    Sarah Reply:

    Yup Kaklong! That’s it.
    I wanna call u today. It has been a month since our last conversation, kan kan? Tunggu bila sini dah cerah dulu la k.

    Reply

    kaklong Reply:

    satu lagi cier best Little House On the Prairie… ayooo btol ke ejaan tu. tatau laaa… sgt best citer tu.. Syerif Lobo pun ye jugak…=)

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh my God Kaklong!!! U still remember the story eh? Oh my God!! That’s the only series we followed back then right. I just browsed the Youtube. I found it! I found it! I found it! Rather than watching Pride And Prejudice for the 3rd time (nampak sangat gila boring ni), I think I should start watching Little House on the Prairie again! Thanks Kaklong!

    Reply

    akak Reply:

    Akak suka sangatΒ² cerita nie. Baru nak tanya kenapa tak tengok cerita nie..sekali kak long Sarah dah tulis kan..hihi. Akak suka tengok adik dia yg kecik tu..

    Reply

    Sarah Reply:

    Betul Akak! Adik dia yang peling kecik comel sangat! Nampak sangat Akak, Cikgu Jawe, Kaklong dan saya sendiri dah boleh memahami dunia dah waktu zaman tu πŸ˜€

    Reply

  3. cikgu jawe says on :

    cerita lama2 tu bkn stkt klasik je kan sarah. tp ciri2 berpakaian pelakonnya kira masih ada le gak sopannya. selamat sikit mata tengoknya. LHOTP sgt best. aku minat sgt cerita tu dulu. sherif lobo yg buncit. haha!

    Reply

    Sarah Reply:

    Waa!! Cikgu pun tengok cerita tu! Best kan! Dulu berkejar balik sekolah tengok cerita tu. Susah senang keluarga diorang, diorang adik beradik tetap bersama. Sherif Lobo saya macam ingat2 lupa tapi dulu2 memang tak miss. Malam Rabu, TV2! :-p

    Reply

  4. ainul arina says on :

    Kalau ks sakan dengan cerita-cerita lama inggeris, sekarang Ainul tengah seronok tengok cerita-cerita Jepun dan Inggeris yang kompleks dan penyelesaian masalah secara sains dan matematik. Contohnya Numbers dan Galileo. Haaa, seronoknya tengok setiap misteri supernatural terlerai.. Dah bosan tengok cerita cintan-cintun semua bangsa, sekarang addict cerita sains pula.. @_@

    p/s: kak diya, cerita fantaghiro tu sangat best sebab merapu lebih sangat siap semua benda boleh cakap-cakap. Habis ainul berangan ada pokok cendawan comel macam dalam tu.. (^_^)Y

    Reply

    Sarah Reply:

    Tadi KS baca entri kamu, review pasal Galileo tu macam best tapi nampak macam panjang je. Kalau ada masa, KS nak tengok la nanti. Tambah pulak Chiaki Sempai yang berlakon. Huha! Suka dia! πŸ˜‰ Ainul, kalau terbayang ada bantal boleh bercakap ala-ala macam dalam Fantaghiro tu ok tak? Hehe.

    Reply

    ainul arina Reply:

    Galileo tu 10 episod KS. Panjang gak la tapi best! Dia punya kes yang berlainan untuk setiap episod. Jadinya kalau tengok satu episod dulu pun best je.. Hehe.. Tapikan takde pun chiaki sensei dalam galileo nih.. Ks minat dia eh? Oooo…

    Bantal bercakap? Erk, ermm.. kalau dia tolong nyanyi lagu dodoi time tidur, ainul layan je. Jangan sampai dia buat bunyi pelik2 yang seram2 time tidur dah la… Karang ada plak yang kena sepak masuk bawah katil.. Ainul dah la ‘berani’.. Huhu..

    Reply

  5. kaklong says on :

    huhuhuhu *kembang idung jap*…bangga seh…. i minat lagu2 lama la… tu yg bleh igt citer2 gitu… jom layan Lite Fm 105.7

    Reply

    Sarah Reply:

    Kawan baik Ngah semua tau awak layan oldies Kaklong. Hey hey. Kat sini takde Lite.FM tapi ada Avtoradio untuk oldies lovers jugak πŸ˜€

    Reply

    kaklong Reply:

    bile layan Lite Fm sure ingat kat bantal saye ituuuuuuuu….. huhuhuhu

    Reply

    Sarah Reply:

    Gatal! Huhuhu~

    Reply

  6. acai says on :

    waahh awak ni ada cira2 klasik macam sy juga sarah..samelah sarah..suka tengok suasana masa kita belum lahir dulu..kalau sy tak kisahlah cerita luar ataupun dalam negara,hehe..sy kekadang suka tengok latar belakang set cerita tu dan bayangkan hidup kat zaman tu..:)

    Reply

Leave a Reply