Gambar

Assalamualaikum wbt

Hari ini kita tengok gambar sikit-sikit. Semalam kami ke Belaya Dacha (The White Cottage). Itu adalah tapak pusat membeli belah terbesar di Moscow. Ia menggabungkan empat buah pusat membeli belah tersohor iaitu Mega Shopping Complex, Ashan, Ikea dan Obi. Keluasan gabungan Mega, Ikea dan Ashan saja sudah seluas tiga kali ganda Mid Valley Shopping Mall di Malaysia. Akhirnya, saya, Diba dan Wanie terduduk kepenatan sehingga rasa hendak tidur saja di situ sebab tak larat hendak balik.

ff

Dalam nota entri yang lalu, saya katakan muka penyanyi Ada Band seperti kawan saya, kan. Ini buktinya. Tapi saya tak jumpa gambar penyanyi itu secara solo yang betul-betul jelas. Kalau tengok video klip Jalan Cahaya, aduhai, sejibik! Tapi kawan saya ni pun dah ala-ala penyanyi gayanya. Dia berupalah juga dan ada gaya. Tapi jangan main-main. Ini Tuan Peguam ok. Hafiz Quran lagi tu. Sebenarnya dia bukanlah sebaya saya. Ini kawan sekelas kakak saya. Tapi kira satu sekolahlah kan. Rapat sejak kecil-kecil dulu sehinggakan dah besar ni pun masih berhubung bila berkesempatan. Cuba teka, mana satu kawan saya, mana satu vokalis Ada Band. Tapi hadiah tidak disediakan bagi yang berjaya. Hahaha.

(gambar dibuang)

Nota: Dah lama tak dengar cerita Mukminin (ex-schoolmates di Pusat Pengajian Al-Mukmin, Temerloh). Inilah sekolah yang telah membentuk saya menjadi saya yang sekarang.

9 Responses to “Gambar”

  1. loque says on :

    Ada Band tak bestt….
    layan band local lagi baguss…
    haha

    Reply

    zieyn Reply:

    Haha,,sokong lah industri muzik tanah air kita..

    Reply

  2. Sweet Thinker says on :

    penat tak ukur keluasan mid valley :p

    Reply

  3. diya says on :

    uhu. memang ada iras. cuma erry, agak panjang rambutnya. =D

    ya Allah. 3 kali ganda Mid Valley? waseh. puas gile ber-shopping neh.

    Reply

  4. miji says on :

    atoyai..

    ape la nak teka..dah kamu bg jawapan di situ.. tentulah doni vokalis ada band..ahhaha.. lagi tu, erry tu pakai kot kemain gaya sorg peguam..

    kenapa lagu jalan cahaya? best ke?

    ~apesal xde emoticon cni..buatlaaaa..

    Reply

    Sarah Reply:

    Tapi tak semua orang tau Doni tu nama vokalis Ada Band. Huhu. Sebab saya kena google berkali2 semata-mata nak cari nama dia je. Huhu. Lagu jalan cahaya ada mesej dakwah 🙂

    Reply

  5. snm says on :

    adusss..3 kali ganda besar dr MV? blerghh!! mau saya bw haversack, mobile camp dlm tu. agak2 penat, saya buka khemah saya :p

    Reply

  6. mimie says on :

    ****..ermm..teringat sy kisah nasihin nubli..ader masa kak sarah citer la kisah kak sarah n nasihin nubli zaman kite skolah rendah dulu..:)

    Reply

    Sarah Reply:

    Wahahhaaa. Kamu ingat lagi ye Mimie! Tak sangka sungguh dia jealous waktu tu. tumbuk2 dinding library ke apa tah kan. Aduhai. Kelakarnya!

    p/s: Akak edit sikit komen kamu. Nama orang tu takleh disebut2 :p

    Reply

Leave a Reply