Matawang Russia

Assalamualaikum wbt

Nilai matawang Russia, Ruble, masih rendah. Nilai yang terendah dicatatkan  ialah pada 30 dan 31 Januari. Dikatakan, nilai ini akan kekal beberapa hari lagi. Cepat keluarkan duit. Simpan sendiri baik-baik. Untung besar jika duit dikeluarkan sekarang!

USD1 = 35.07 Rubles

RM1   = 9.8 Rubles

Jika dulu saya mengeluarkan 7000 Rubles untuk cukup-cukup saja perbelanjaan sebulan, maknanya saya telah mengeluarkan RM1000 (termasuk caj pengeluaran antarabangsa oleh pihak bank). Tapi kini dengan RM1000, saya mendapat 9800 Rubles. Jumlah ini berlebihan untuk perbelanjaan bulanan yang bersederhana.

Masalahnya, harga barang dan servis mencanak naik dalam masa sebulan ini. Jika dulu harga top up bulanan untuk kad metro ialah 180 Rubles, kini harganya ialah 255 Rubles. Memang kami sudah jangka harganya akan naik setiap kali tibanya tahun baru. Tapi biasanya harga akan bertambah sekitar 20 ke 30 Rubles saja. Kali ini harga naik sehingga 75 Rubles bersamaan hampir mencecah RM10. Ini belum lagi harga barang dapur terutamanya beras, ayam, sayur-sayuran dan makanan laut. Sehinggakan kami hendak membeli ayam pun akan berkira-kira mahu saiz yang bagaimana supaya tidak terkejut dengan harganya setelah ditimbang.

Pernah rasa berikat perut tak ada duit dan berada jauh beribu batu dari keluarga? Saya pernah. Tapi apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan keadaan di Gaza, Darfur dan 1001 kisah kesusahan yang lain.

Nota 1: Saya ke Belaya Dacha (kawasan pusat membeli belah terbesar di Moscow) bersama Diba dan Wanie. Luasnya hampir 3 kali ganda saiz Midvalley.

Nota 2: Saya asyik teringat lagu Jalan Cahaya nyanyian Ada Band saja hari ini. Balik tadi, saya meninjau video-videonya di Youtube. Makin saya kenal setiap ahlinya, makin saya mengakui muka vokalisnya seperti kawan lama saya ketika sekolah rendah dan sempat seketika sewaktu saya tingkatan 3 dulu.

4 Responses to “Matawang Russia”

  1. nadiah says on :

    Salam sarah.

    huhu. cepat keluarkan duit cepat! simpan banyak-banyak. hehehe. Seronok sakan naa membeli belah tingkap semalam? ada yang berkenan tak?

    ** uit? teringat teman lama? sejarah menggamit jiwakah sarah? heheh. by the way nadia sangat suka lagu ada band tajuknya NADIA. sangatlah bertepatan dengan kisah hidup saya sarah. Sila cari cepat!. hehehe.

    ** di kamar beradu pun sempat publish entri eah sarah? power rangers betul. pi tidoq balik. cepat. haip. rotan mana rotan? biasaaaaa tu! hoho (berlatih) =p

    Reply

  2. nadiah says on :

    banyak betul perkataan ‘cepat’ dalam komen di atas. apa-apa je saya ni. =p

    Reply

  3. rattrapt11 says on :

    salam..dh pndah sini rupanya…br tau dr makndak blog…ada org rusia nk mai mesir ni…ada paper hajat ke dr sini??

    Reply

  4. Wanie says on :

    salam.

    * Wanie tak tahu lah kalau rakyat malaysia duduk kat sini. Cuba bayangkan kalau kita kat malaysia, harga minyak naik RM2 pun, dah masuk newspaper, sampai kadang2 ada perhimpunan bantahan kenaikan harga minyak. Kalau la mereka duduk di rusia, entah apa yang dibuat. lol.

    * Wanie pernah ikat perut gile2 masa 1st and 2nd yr dulu. wanie balik msia, mak terkejut sbb turun mendadak. sampai mak kata : Tak makan ke kat sana? tapi setuju dgn ks, masih tak dpt bandingkan dgn kebuluran di darfur dan penderitaan di gaza.

    Reply

Leave a Reply