Kronologi Bergambar
Assalamualaikum wbt
Memang malam ni terasa hendak menulis dan menulis lagi. Tadi sebaik saja elok dari pitam (saya tak berapa sihat sebenarnya ni), keterujaan untuk menulis tu datang membuak-buak. Bukan setakat blog yang saya tulis, diari dan buku kecil untuk mengemaskankinikan hal-hal peribadi pun saya tambah macam-macam lagi. Itupun setelah bermacam-macam input diberikan oleh emak pada petang tadi.
Tapi kali ni saya hendak berkongsi gambar-gambar sejak di posting Orthopedic sehingga yang terkini. Cerita sikit-sikit saja. Hehe. Ketika di Orthopedic, ada satu peristiwa pelik berlaku. Petunjuknya ada di entri ini. Hehe. Dan sejak hari itu, saya sentiasa menjadi bahan usikan pakar saya, Miss Nur, bila isu ini berbangkit di kalangan kami. Ketika di posting ini, saya sangat suka dengan team yang ada bersama-sama ketika itu. Mungkin kerana kami sudah saling mengenali sejak dari posting yang sebelumnya dan mempunyai cara kerja yang hampir sekepala. Jadi, team ketika itu sangat best.
Kemudian, saya bertukar ke posting Paediatric. Bersama kanak-kanak dan bayi-bayi memang sangat serasi dengan jiwa saya. Yang tak serasinya ialah beban kerja yang tak sudah-sudah. Saya oncall dengan sangat banyak dalam sebulan. Oncall pula adalah secara selang sehari (every other day -EOD-). Memang rasa hidup tak terurus langsung. Terseksa jiwa rasanya. Tapi di sinilah saya belajar erti bertahan dan bersabar secara maksimum.
Empat bulan berada di jabatan itu, saya mengenali Adam. Sejak dia lahir saya melihatnya di depan mata sehinggalah dia diambil oleh keluarga angkat. Memang sebak tidak terkata ketika hari dia dibawa pulang oleh keluarga angkatnya itu.
Saya juga mengenali Iskhandar yang dijangkiti Kawasaki’s Disease yang melibatkan komplikasi Ventricular Aneurysm di jantungnya. Saya yang mengiringinya ke IJN dan dia kini sudah kembali aktif seperti sebelumnya. Melihatkan perkembangan positif pesakit-pesakit di depan mata terutamanya bayi-bayi dan kanak-kanak yang masih belum masuk ke fasa nakal (=p) adalah sangat membahagiakan.
Ketika ditempatkan di unit SCN dan NICU, ketika oncall dan perlu mengambil darah bayi sekitar jam tiga, empat pagi, saya suka berselawat dengan mereka. Tak kisahlah bangsa apapun bayi itu. Fitrahnya mereka adalah Islam. Saya pun rasa tenang dan tidak tertekan dengan puluhan bayi yang perlu diambil darah mereka pagi-pagi tu. Dan di penghujung posting Paediatric, berat saya hanyalah 46.3 kg sahaja. Huuu… Dan hari terakhir saya di situ, saya pergi ke wad yang paling saya suka, Melor 1. Lama saya bertugas secara solo di situ. Jadi saya agak rapat dengan kakitangan wad itu berbanding wad kanak-kanak yang lain. Sebelum balik, seorang staff nurse bertanya: Doktor, bila nak update blog? Dah lama tertinggal macam tu je. Aduh! Ada staff yang mengikuti blog ini rupanya. Err… Boleh tak taknak update terus kalau macam tu? Hehe ![]()
Dan yang terkini, saya berada di Obstetric and Gynecology (O&G). Di sinilah saya bertemu jiwa saya. Kalau ada rezeki, saya mahu buat O&G lepas ni. Boleh tak, awak? Hehe. Kalau orang lain paling tidak suka oncall di Labour Room, bagi saya, saya paling suka oncall di sini. Kalau boleh saya tak mahu oncall di bahagian antenatal, postnatal atau gynecology. Huhu. Tapi, yang menjadikan keberadaan di bahagian-bahagian tertentu itu seronok atau tidak turut dipengaruhi oleh team pada waktu itu. Hehe.
Tambahan pula, sepupu saya, Nisa, pun berada dalam posting yang sama pada masa ini. Sebelum ini kami sama-sama di Paediatric. Sekarang kami sama-sama di O&G. Bersamanya, saya memang merasakan kelainan. Saya ada sumber semangat dan tempat mengadu. ![]()
Dan, bila saja ada masa terluang, paling kurang sebulan sekali, saya mesti akan meluangkan masa bersama kawan baik saya, Wahida Saedan. Ingat tak dulu kami berdua pernah berdiskusi secara serius tentang masa depan dan memuncakkan harapan dalam doa? Hehe. Itu sesi bulanan kami tu. Bertemu di mana-mana dan menceritakan perkembangan terkini masing-masing secara terperinci. Cewah~ Alhamdulillah. Kerana adanya Wahida, saya masih lagi ada kawan untuk keluar bersama di bandar kecil yang tenang ini. Aktiviti bulanan kami yang wajib juga ialah memenuhi jemputan kahwin kawan-kawan lama dulu bersama-sama. T___T
Nota: Selalu berangan nanti dah kawin boleh keluar jalan-jalan dengan suami pula. ![]()







