Kalau Suamiku Seorang Ustaz
Assalamualaikum wbt
Sejak petang semalam, saya terfikir-fikir tentang satu perkara ini. Ini semua ilusi saja. Yang saya bayang-bayangkan. Bukannya betul-betul terjadi. Apa yang saya fikirkan ini memang tidak berapa munasabah sangat tapi tidak mustahil boleh terjadi.
Saya terfikir, kalaulah saya berkahwin dengan seorang ustaz, satu hari nanti dia melarang saya menulis blog. Kata dia, blog ni banyak yang direpekkan daripada kenyataan. Uish. Mati kutu saya nanti. Kalau selama enam tahun ini bloglah teman baik saya, yang boleh saya kongsikan susah payah suka duka hidup menumpang di bumi orang dulu, tiba-tiba disuruhnya berhenti menulis. Uuuu… Apa saya nak buat masa tu nanti? Pilih blog atau pilih suami? Haha.
Lagi, saya terfikir. Mahukah seorang ustaz menerima cara saya seadanya? Saya ni biasa-biasa saja orangnya. Saya bukannya bertudung labuh bulat. Saya bertudung bawal segitiga biasa ni saja. Saya takut, mula-mula nak kahwin tu mungkin dia tidak kisah. Mungkin katanya, asalkan lengkap berstokin, pandai jaga adab, itu sudah mencukupi. Tapi dibuatnya lepas kahwin nanti disuruh memakai tudung labuh bulat, saya mesti macam terkena renjatan elektrik. Mungkin saya belum bersedia untuk berimej begitu kembali atas tuntutan kerja pada masa ini. Hmm… Entahlah. Pening kepala bila fikirkan hal ini. Huhu.
Lagi, saya terfikir. Bolehkah nanti untuk saya menyesuaikan diri dengan keluarga dia yang baik-baik semuanya. Maksud saya, kebanyakan ustaz mempunyai latar belakang keluarga yang dihormati dan disanjung oleh masyarakat setempat. Dibuatnya saya berkahwin dengan ustaz, di hospital saya dilihat masih memegang pesakit lelaki atau apa-apa sajalah yang berkaitan dengan pesakit lelaki, nanti maruah keluarga suami saya pula yang disebut-sebut. Katanya, apa punya menantulah yang keluarganya miliki. Saya tak mahulah hal itu terjadi. Tak pasal-pasal nama baik keluarga mereka tercemar. Dilema betul bila hal itu terjadi.
Lepas tu, malam tadi saya tidak lelap tidur. Sudah pukul 3 pagi tu, saya terjaga terus. Saya terkebil-kebil saja. Sekali lagi lamunan saya pasal berkahwin dengan ustaz ni kembali menjelma. Kalaulah dibuatnya saya kena berkahwin dengan ustaz, ada banyak kelebihan yang saya akan dapat. Setiap hari dapat mendengar dia mengalunkan Al-Quran dengan bacaan yang merdu. Oh. Memang impian hatiku. Kalaulah dia seorang Haafiz Al-Quran, lagilah banyak kelebihannya. Bila berjemaah bersamanya, dia boleh membaca surah-surah yang lebih panjang dengan alunan ala-ala kebanyakan para Haafiz gunakan. Suka betul saya.
Tapi, orang biasa yang bukan seorang ustaz pun ramai yang boleh mengalunkan Quran dengan merdu. Ramai yang hafal surah-surah panjang untuk dijadikan bacaan dalam solat. Ramai yang baik-baik. Cuma status mereka bukan ustaz saja.
Oklah. Tamat di sini saja repekan di pagi Ahad ini. Mimpi apalah agaknya kalau saya betul-betul bersuamikan seorang ustaz ya?
Selamat hari lahir yang ke-75 untuk Tok Halimah. Tok, kami semua mendoakan Tok sihat dan dapat melihat cucu-cucu Tok ni berumah tangga. Amin!
Nota: Ini entri pertama yang saya letakkan di bawah tag Soulmate. π

Dayah nyanyi lagu “Allah Selamatkan Kamu” dekat tok dia tadi. Out of tune! π
ya allah kakak. comelnya. serius comel.
katalah kalau bakal suami akak tu ustaz, kalau dia suruh pilih blog dgn dia, T__T kami merelakan akak pergi. hahaha.
seronokkan kalau hari2 solat berjemaah sama2? tapi kalau disuruh bertudung labuh sampai tutup bontot, yonna rasa mau bersilat jugak kalau suami yonna ustaz hahaha. T__T
jahil pulak yonna rasa bila tgk akak mengimpikan (mungkin) bakal suami seorg ustaz. sedangkan title ustaz tak pernah yonna letak dlm list. blh pulak yonna berangan nak bakal suami seorg photographer HAHAHHA T__T gila loser kan akak? tarbiah sikit kat yonna ni hahaa.
Dayah tu tak pernahnya nyanyi sedap. Memang selal out of tue pon. π
assalamualaikum….
wah….ada makna ni….
hehe….
Yonna, akak tak impikan pun cuma terfikir kalaulah ditakdirkan jodoh dengan sorang ustaz, apa la jadi agaknya ye. Akak pun suka photographer jugak. Tapi photographer takde yang suka kat akak. Hahahah.
Sebenarnya kan, orang tu ustaz ke, bukan ustaz ke, tu semua bukan isunya kan. Yang paling penting budi pekerti dia tu. Kadang2 tu, kalau dia ustaz sekali pun, tapi dia kurang masuk dengan ramai orang, tu dah jadi satu limitation untuk dia berdakwah. I mean, untuk jadi contoh kepada orang lain kan. Dan kadang tu, yang orang biasa2 ni la yang bagus social skill dia dan pada masa yang sama ada adab dan budi pekerti yang baik atau dalam lain ayatnya yang menyejukkan mata. Yang ni pun dah boleh jadi contoh yang baik untuk kawan2 kan.
Alah… Jodoh tu rahsia Allah. Dia nak takdirkan kita kawin dengan PM pun boleh apa. Tapi confirm bukan isteri nombor 1 la.
W’salam wbt.
Macam ada makna eh? Hehe. Takde la. Memang ni aktiviti masa lapang je semalam tiba2 terfikir pasal ni. π
” Kalaulah isteri ku seorang doktor .” getus hati seorang ustaz barangkali. π
selamat berhujung minggu dr.sarah.
mesti penatkan bila dah berkerja,tak boleh blogging selalu.
dah kahwin nanti, anak2 ramai2, patient beratur memanjang,
blog nanti bagaimana agaknye nasib beliau? π
~doakan saya final exam ye kak~
HAHAHA. Tengah imagine kak yonna bersilat =p
Teringat kuiz FB yg diya buat sblm ni, pasangan yg sesuai utk diya – ustaz. I was like, bluerghhh apa nih? Tak sesuai langsung. Kot la nak bagi juru ukur bangunan ke, juru baiki kereta ke, juru reka pentas ke. Challenging sket bunyinya *err no offence ye para ustaz, ngeh
“Tapi, orang biasa yang bukan seorang ustaz pun ramai yang boleh mengalunkan Quran dengan merdu. Ramai yang hafal surah-surah panjang untuk dijadikan bacaan dalam solat. Ramai yang baik-baik. Cuma status mereka bukan ustaz saja.”
Ha ah. Setuju sangat. π
Salam
Kalau isteri sy seorang ustazah pon, dilemma same jgak rasenye. Hehehe.
– tgh blog hopping, & terjumpa blog ni.
Uh ngangah. Tetiba kak long rasa rendah diri yang teramat sangat.
Apa lagi yg TERBAIK yang awak nak. Mungkin istikharah yang TERBAIK jugak. Kadang2 kita hold on sesuatu tu utk dapat yang terbaik tp yg kita hold on tu sebenarnya yang TERBAIK.
Tapi awak pecaya la ngangah, WE ARE ALWAYS PRAY THE BEST FOR YOU, DEAR!
Nanti awak pon akan rasa apa yg kak long rasa skrg. Mixed feeling…=)
patut den tesedak-sedak tadi weiiiiiiii
soriii seket..t0okk gelak happy cakap sore dayah best!! π
Ngangah apa cita??hehehee
Dayah tak buat pon lagi istikharah semlm..
huhuhuhuhuhuhuhuhuhuhhuhuhuhuhuhuhuhuhu π₯
mlm ni i’allah huhu π
Ngah, awak buat Ngah gelak membayangkan cerita Sya sendiri π
semua yang awak tulis kena batang idung Sya π
hm, in the end, Allah gives me the best person for me.. seorang doktor
dan betul kata kaklong, istikharah yang terbaik~
Allah akan kurniakan orang yang terbaik dan paling sesuai utk kita, and we never know what lies ahead of us, kan?
Love you!
salam sarah
Saya doakan yang awak dapat yang terbaik, ustaz ataupun bukan ustaz yang penting tau nilai Agamanya..Amin.
Doakan saya juga tau sarah(^___^)!
Eleh. Puji diri sendirik! :p
Ngah beli kek je untuk Tok. Ni baru je balik dari bandar. Jap lagi nak gi serbu rumah Tok. Sila jangan jealous ok.
Perghh. Kalau la Diya dengan ustaz, segan KS nak gi buat gempar kat majlis kamu nanti. Hahahahah. Errr… Juru potong rambut nak tak? π
si dia mungkin bukan ustaz pada orang lain, cukuplah kiranya dia ‘ustaz’ buat kita.bisa jadi imam kita setiap masa =)
Haah kan. Entah2 si ustaz pun fikir benda yang sama kan. Mesti dia dah mula fikir sengsara ke tak bila kahwin dengan doktor yang takde masa lapang sangat ni. Kebajikan diri dia pun terabai. Huhu. Kesiannya dia nanti…
Silap2 haribulan kan Naqib, dia yang jaga anak2 nanti. Hihi. Comelnya… Ayah yang jaga anak2 π
Maan najah! Insya Allah kamu boleh buat yang terbaik dalam exam ni.
Kan kan kan! π
p/s: Dah lama tak story mory kat ‘sana’. π
Salam.
Oh. Ye. Betul tu. Kalau untuk lelaki, dilemanya mesti sama. Kalau awak la kan, isteri suruh berhenti blogging, sanggup tak? π
Actually depends on ustaz, ade yg orthodox ade yg slight liberal. Yg slight liberal ni mostly with super educational background. Dah see the world and all. Yg orthodox, itu haram, ini haram.. susah.
hahahaha…….
Err… Apa awak cakap ni Long. Uishhh. Nanti orang fikir bukan2 nanti. Huhuhu.
Err… So far no comment. NO COMMENT. I wish for nothing but I still receive something unexpected in return. Should I be happy or sad? Aaa… Manyak menci oo mau pikir manyak2. Hahaha. Buat bodoh je boleh tak. KAHKAHKAH.
Mixed feeling? Sekarang ni pun dah mixed dah Long oi. Petang ni nak gi rumah Kak Anim. Makde Ani suruh datang. Power tak? Advance gile kan. Hahahaha.
Eh…. Apasal Ngah boleh terlupa pulak ye? Hahahaha. Serius dah terlupa cerita dulu tu. Adoi Sya. Ngah tak niat nak kenakan kat sape2. Ni cuma apa yang Ngah terfikir sorang2 je. Huhuhu.
Err… Kaklong cite apa kat awak? Sila jangan percaya omongan Kaklong okay. Omongan Kaklong penuh dongengan. π
Betul tu Tasha. Ustaz buakn satu jaminan pun kan. π
Saya doa sungguh2 untuk awak tau. Amiiiinnnn π
Sangat setuju dengan awak!
Happy birthday Sarah! Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan ditemukan dengan jodoh yang baik insya Allah. π
Betul tu. Kalau yang slightly liberal and open tu, yang tu saya nak. π
p/s: Forgot to tell you I was in KL on Friday and Saturday.
Oh, kenapakah gelak2? Ini cuma imaginasi saya yang selalu fikir lebih2 tentang masa depan. Huhu π
thank you sarah. doa yang sama untuk hari lahir awak yang tak lama lagi je tu. Allah bless you, dear
Awak apasal sebenarnya ni Dayah? Ada masalah apa ye?
Amin..(^___^) saya pun doa sungguh utk awak tau.
p/s:sarah saya hutang cerita anak muda gigih berusaha pada awak..idea ada skit2 tapi tak reti nak olah..insyaAllah nnt dah dpt ilham yg benar saya publish..hehe
Takpe2. Awak dah tak busy nanti, haa… Sila karang dengan best. Saya setia menunggu nak baca π
Thanks Sarah ^___^
that is a good imagination…thats why i laugh.
kebykkan org memandang org yg beragama ni berfikiran sempit, tp sebenarnya islam itu indah, dan islam itu mudah. u as a doctor, klu u involve dlm surgery operation yg memakan masa berjam-jam hingga boleh terlepas waktu wajib solat, u boleh buat jamak takdim. senangkn. semua soalan agama, dia boleh jawab direct…tak payah tanya en. google.
“kelebihannya itu disyukuri dan kekurangannya itu diredhai” – it is pointed to u.
ustaz? huhu, xkisah la Sarah ustaz or x… yang penting pengamalan agama dan ketaqwaan si dia, hehe. Yang akan jadi imam n pemimpin keluarga nanti. Ape pun Sarah, gud luck!
Agak2 nanti mak ayah memilih2 menantu tak? Huk huk huk
*compared to awk n nan? kih kih kih*
Adoi… Apa la awak ni Long. Awak la menang! Dah terang lagi bersuluh dah kot. Huhuhu.
I wrote based on reality. I do not deny that Islam is easy. That’s one obvious fact. Pasal boleh jama’ semua tu. Sikit pun saya tak deny. Tapi hal tu tak berkaitan dengan apa yang saya bincangkan kat sini. Apa saya imaginekan ni sebenarnya dah jadi pada sorang yang saya kenal. Tu pasal saya wonder would it be the same if one day it happened to be on me. Huhu.
Saya bukan nak memaksudkan yang sorang ustaz ni selalunya berfikiran sempit. Tapi masih ramai lagi lepasan bidang agama yang terlepas pandang sosial kemasyarakatan yang sepatutnya mereka kuasai untuk membolehkan masyarakat senang nak berdamping dengan mereka. Payah saya nak olah panjang tapi macam ni la maksudnya lebih kurang.
Kalau awak pulak macam mana? Huhuhu.
Saya? haha, bukan ustaz kot… hehe, prefer yang profesional tp baik agamanya coz sy ni bukan alim sangat, leh ke bagi alasan nih?
Tp susah gak nak cakap jodoh ni dah tertulis… Tapi x nafikan kalo bersuamikan ustaz ni bonus, tambahan kalau yang haafiz hehe. Ijan, suaminye ustaz (lawyer syariah). π
agreed…that is just my opinion je. don’t take it wrong. anyway kt area makkah tu byk student2 agama yg suka hobi dslr ni…skrg ustaz2 dah moden dah, siap ada blog lagi, takdenyer dia nk suruh u stop blogging…;p
Ngah! Nak tengok rumah yg tengah messy. Update la weh!
ini ada petanda baik nih…
Terkesima…
Bukan kerana sal nikah dengan ustaz..tapi kak jawap semua komen dibawah ni…wah…wah…
Nanti la Ngah amik gambar. Malas nak usung camera kat luar sekarang.
Hehe. Tu termasuk la sorang sepupu saya kat sana. Kaki DSLR π
Jeng jeng jeng. Bunyinya macam dah ada calon je ni. Huhuhu. Bila nak jemput ni Diyna? π Ooo. Suami Ijan tu lawyer eh. Selalu tengok gambar je la tapi tak penah tau suami dia kerja apa. Siapapun jodoh kita, yang penting bukan kerjanya tu tapi agamanya tu π
Aik, yeke? Huhu
Sebab hari ni cuti!
π Uiks terjahan berani mati nih.
Atenye saya ni same je statusnye Sarah(single mingle), baca: bukan promote diri, hehe. Tunggu Dr Sarah dulu kot, ape lagi kalau dah ada yang berkenan. Yup, setuju 100% dengan Sarah, agamanya yang paling penting.
p/s: dok memenuhi undangan walimah sahabat2, ternanti2 juga jemputan dari Temerloh π
kak…bila pulop leh jumpa? rindu pulop nak dgr kak share2…huhuhu.
Awak memang macam tu. Selalu buat2 lupe.
Ada jenis ustaz yg kalau pakai perfume alcohol based pon haram. Bukan buat minum pon. Aduhai..
huhu… suka2…
nanti menteil nak buat pulak “kalau isteriku seorang ustazah…”
salam sarah,
sudah lama sis xsinggah sini.huhuhu.sis pun kije mengalahkan doktor jua :),mcm yonna ckp mmg comel.sungguh comel π sis mendoakan suami yg baik2 untuk sarah xkira la doktor,photoq,ahli musik atau apa shj.aminnnn
Salam, Kak Sarah.
Ha ha ha.
Saya singgah ni nak gelak je. Sebab KS sangat comel hari ini
^_^
blog?? —> ustaz kaki blogging juga takkan ada masalah punyalah!
tudung?? —> ini ikut orang juga kot.. no komen.
pegang pesakit lelaki ?? –> ustaz for sure tahu feqah pesakit.. tak de masalah lah!
ala ks, ramai je doktor dah berjodoh dengan ustaz. contoh yg agak femes doktor muna, isteri ustaz saiful islam tu. OK je.. So, tak yah risau sangat la kot… π
all the best~! Ini first entry untuk soulmate kan? I’ll be waiting for the next entry and seterus-seterusnya nanti in the same tag.. π hehe..
KS, doakan saya sama yer! eh, i mean doa utk final exam saya dulu tau…
y penting…dan pasti..
laki angah tu nnt..adalah laki y sgt bertuah
amin =)
hehe…aih la…
tersnyum sha tgk gelagat akak2 kat sini..
sha doakn yg tebaik utk ks & kak tasha..
siapa shaja utk kalian asalkan Allah itu cinta pertma mereka…
wah wah…byknye komen kat sini..entri ni mcm magnet…
hehe..kena wat tjuk mcm akak jga agknya…
KS dear..
wah2..tak lama dah tu nak makan nasi minyak.. π
senyum simpul sorg2 kite bc blog akak ni..sebab teringt kenangan dulu..hikhik
erm,bagusla akak mengimpikan seorng ustaz sbg teman hidup akak..cume akak prlu bincg betul2 ngn kedua2 family..kalau family akak jenis tak kisah..tak pe je..jgn jd mcm kt ni KS,family mmng tak bg bersuamikan ustaz..takut tak faham dsb..tp soal jodoh ni rahsia Allah n mmng sudah ditetapkan sjk di luh mahfuz lg kan?
KS dh tgk Ketika Cinta Bertasbih 2 (KCB2 )? alhamdulillah,cerita yg byk mmberi pengajaran n teladan kpd sume..ap yg nk ditekankan dlm cite tu ialah soal jodoh ini memang ketetapan Allah n rahsiaNya yang very2 interesting,cuma syaratnya kite sbg hamba ni kene la berusaha utk mendapatkan yg terbaik.
“wanita yang baik utk lelaki yg baik”
insyaAllah KS,i pray for u always..rs sy sgt kat KS,even tak prnah bersua muka,but kt rs KS mcm kakak kt sndiri..
Ganbatte sis!
luv,
Cairo
salam sarah.
is there anything i left behind? heheh. kene update ni sayang!
bila baca entri ni kan sarah. awak buat saya fikir tentang ustaz itu.
& i will meet him end of february. mcm tak percaya
but kene percaya jugak
conclusion die still ‘error’ sebab tak tau lagik
hehe =p
take care sarah =)
salam.
dulu akak mengimpikan bersuamikan seorang ustaz. paling tidak seseorg yg hala tuju agamanya nampak nyata. tapi ketentuan Allah tiada siapa yang dapat meneka. biarpun tidak bersuamikan seorang ustaz, akak terima seadanya suami akak. mmg byk kekurangan dari seorang yang bergelar ustaz. tapi mungkin ada hikmahnya. andai kata bersuamikan seorang ustaz tapi hati tidak dapat menerima sebarang kebaikan yang cuba diketengahkan olehnya pun, tak de juga keberkatan. andai bersuami seorang ustaz tapi dalam masa yang sama ustaz itu ada kekurangan ketara ie. baran, pembengis, ada sifat riak tetap tidak kena pada agamanya. cumanya kalau bersuamikan seorang ustaz, kita dapat berkongsi kelebihan agamanya.. kalau sekarang diberi pilihan mahukan suami ustaz atau orang biasa2, rasanya akak pilih yg biasa2 kerana disebabkan yang biasa2 inilah akak lebih rajin menelaah agama dan mencari ilmu cara sendiri. kalau bersuamikan seorang ustaz, harus akak jadi seorang yang pemalas, hanya menunggu disuap oleh suami!!.. huhuhuhu…
Cerita ini berjaya membuatkan saya tersenyum.
hahahaha! Sya tak terasa pun π
uh, kaklong takde omong apa2 pada Sya, tapi ada bau2 hanyir pada conversation korang di atas. sila jelaskan bila ada masa ok?!
nice post.;) π
“paranoid”nya anda!
π
salam KS.
saya doakan KS berkahwin dengan seorang ustaz hafiz al quran yang sedap bacaannya, seorang penulis blog yang prolifik, faham fikh perubatan, dan mempunyai hobi berfotografi di masa lapang.
amiin. π π π
dear..teruskan berdoa..
kdg2 kita harap itu dan ini.. dan bila kita da jumpa soulmate.. apa yg kita nak tu akan dtg sendiri..teruskan berdoa n berdoa…
k.tikah doakan yg terbaik untuk sarah π
Mana ada apa2pun. Awak tau je la Kaklong tu macam mana. Suka memeriahkan cerita2 kecil yang tak significant. Huhuhu :p
Hehe. Terima kasih Sha π
Untuk Sha pun KS doakan yang sama jugak π
Bukan saje buat2 lupa. Memang terlupa sungguh. Dah on the way nak keluar kereta dari parking nak balik Pahang baru teringat. Huhu.
Kalau tunggu saya, berjanggut la awak nanti Diyana oi π
Kamu bila nak balik Msia ni? Mari la bertandang ke Temerloh ni. Dapat la nak sembang kencang pasal macam2 π
Sila tulis best2 Menteil! Tak sabar nak baca! ^___^
Patutnya kan Sis, saya yang doakan Sis dulu. Mana aci kalau adik potong akak. Ye dak? π
Salam Khairul.
Adeh. Tang mana yang comel tu. Tang kuat berangan tu kot. Huhu. =p
Kalau nak ada lagi entry bawah tag Soulmate ni, tunggu KS dapat ilham dulu nak berangan pasal apa k. Maybe lepas ni kalau suami seorang yang romantik kot. Hahahaha.
All the best in your exam! =)
Ishh. Malang dia nanti tau sebab KS ni kuat berangan sorang2. Huhuhuhu
Diorang ni bukan boleh kalau akak bukak cerita2 pasal kawen ke apa tah ni. Huhuu..
Alamak. Kamu salah faham ni. Bukannya KS impikan nak kawen dengan ustaz pun. Dulu2 tak msuk dalam list pun. Ni terbayang je ni. Apa la akan jadi kalau terpaksa kawen dengan ustaz. Huhuhu.
KS tak tengok lagi KCB tapi novel2nya (1%2
Salam Nadia.
Aiseh. Mana ada apa2 la Nadia. Sungguh ni. Saya berangan terbayang entah apa2 je hari tu. Eh, awak nak gi jumpa ustaz tu? Uishh. Sat lagi lain pulak jadinya nanti. Makin complicated pulak jadinya. hehe. Apapun saya
Fuh. Akak pernah impikan suami seorang ustaz ye? Wow. Saya ni bukan la impikan pun cuma berangan apa akan jadi je kalau saya kawin dengan ustaz. :p
Terima kasih Kak Nonnie. Ada banyak benarnya apa yang akak kata tu π
π
Entry orang kuat berangan π
Yeke?
π―
Salam Hazreen.
Tiap2 tahun, doa dari kamu tak pernah tak buat KS tersenyum dan rasa lapang hati. π
Doa tu pasti. Terima kasih Kak Tikah π
Ameen.. Mga2 doa ks dimakbulkan Allah..
π Selamat menjadi doktor dan muslimah yang cemerlg dunia akhirat
tiada manusia yang perfect, pasti ada kelemahan. apabila berkahwin kenalah terima kelebihan dan juga kekurangannya.
salam ks,
isteri TJ taklah doktor pun, bahagia jugak! tak terpikir pun nak kahwin dgn dr. yg dok pikir2 masa tu nak cikgu je, tapi dpt yg lain profession (still dlm bidang kesihatan). tp okey jugak boleh bertukar pandangan dgn skop yang berbeza walau pun tok berbackground IT.
Pokoknya, sama faham memahami, saling mengerti tentang tugas dan tanggunjawab masing2, sama2 membantu melakukan tanggung jawab dan of course berilmu agama membawa kelebihan yang terbaik. Wallahua’lam.
π
awak harus baca buku JAJA & DIN.. karya kak noor suraya,
ustaz tuhh π
akak baca senyum2 novel tu..
salam.
Betul la one of the commentors said : asal dia ‘ustaz’ pada kita, its good enough. And that is what im searching for
Wani doakan yang terbaik untuk KS π
Salam….
Sy tertarik dengan entri ini. Sarah, awak berfikir tertalu jauh walaupun kemungkinannya ada di situ….
Sy teringat akan pesan ustaz sy dahulu…perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik….awak kena yakin dan percaya dengan janji Allah….
*Moga2 Allah memebrikan jodoh yang baik untuk awak. Yang penyayang, beragama dan dapat menjaga awak dengan baik….
*Bila seorang wanita sudah berani bercerita tentang perkahwinan, maksudnya….hehehehe, awak sudah dewasa bukan lagi remaja… π
anyway, selamat ulang tahun untuk sarah.. camna terlepas pandang yer? rasanya disebabkan sibuk appoinment dengan dietitian ni… semoga usia 25 tahun ini menjadikan sarah lebih cekal dan ikhlas dlm menjalankan tugas sebagai seorang anak, pekerja dan hambaNya. moga ditemukan jodoh dengan orang yang serasi dan menepati ciri2 yang sama macam sarah.. biarpun bukan seorang ustaz!
salam kak sarah…sbnrya seorang “ustaz” x dela rigid mcm tu…heheh diorang pun biasa2 je :)…smoga mndapat jodoh yg baik2.. .cite2 kak sarah mmg cute
Salam Dr Sarah,
mohon maaf terlewat jugak nak ucap
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN 2010
nii.
Semoga Dr sihat walafiat dan dpt
menjalankan tugas dengan sukses!
Dengan pesanan: Jgn ttidur lg dalam tandas!
(Wakakakakaakaka)
kamu sgt tenang dan blog kamu sgt menyenangkan
semoga bertemu jodoh dgn uztaz/lelaki yg diidam kan terbaik dunia akhirat π
Akak, saya dah jumpa novel ni. Tunggu ada masa je nak baca. Thanks for the recommendation π
Hazreen, KS tersenyum sekali lagi bila baca komen kamu untuk entry ni. Entah la nak kata macam mana. But it’s kinda a spell that now has returned back to me =p
Congrats on your graduation.
Be back home fast and serve the ummah as a good Muslim doctor π
[…] sikit-sikit saja. Hehe. Ketika di Orthopedic, ada satu peristiwa pelik berlaku. Petunjuknya ada di entri ini. Hehe. Dan sejak hari itu, saya sentiasa menjadi bahan usikan pakar saya, Miss Nur, bila isu ini […]
hihi π geli hati akak baca blog sarah..
akak pon pernah pasang impian yang sama mcm sarah..
smpai sekarang masih bermimpi..tapi allah lebih tahu bila masa terbaik untuk kita bergelar isteri… π³
salam ziarah- ex kisas batch 2002-2004
sy jugak sering terfikir perkara yang sama
Still reading…………..
kalo mcm tue leh la jd Mr. Mama
Still reading…………
Nice story about past..
Tp Alhamdulillah brjmpa dgn org yg sesuai………. π
Salam kak sarah.. Sy minat dengan sorang ustaz ni.. Die tolong bawa family sy jalan2 waktu family sy melawat sy di oversea ni..sebelum ni sy mmg kalo boleh nak dokto je.. Tp skrg selepas melihat akhlaknya kematangannya pandai bergaul dengan semua org, agamanya xusah ckpla kan sy memang jatuh hati.. Tp sy sedar sy siapa je pada pandangan die memandangkan ramai lagi ustazah2 yg bertidung labuh berpurdah lebih sesuai dengannya.. Sy betul2 buntu.menahan perasaan bukan perkara mudah. Dan dia kalaulah benar minat sy juga sudah tentu dah bgtahu dkat parent sy sewaktu membawa kitorang jalan2 kan.. Dan saya rasa mcm dia layan sy pun sebab memang sikap die baik hati mcmtu dan dia pun xpernah mmbimcangkan tentg perasaan.. Apalah yg sy patut lakukan? Lupakan saja ke? Kerana utk memulakan langkah teramatlah malu utk sy..