Kronologi Bergambar

Assalamualaikum wbt

Memang malam ni terasa hendak menulis dan menulis lagi. Tadi sebaik saja elok dari pitam (saya tak berapa sihat sebenarnya ni), keterujaan untuk menulis tu datang membuak-buak. Bukan setakat blog yang saya tulis, diari dan buku kecil untuk mengemaskankinikan hal-hal peribadi pun saya tambah macam-macam lagi. Itupun setelah bermacam-macam input diberikan oleh emak pada petang tadi.

Tapi kali ni saya hendak berkongsi gambar-gambar sejak di posting Orthopedic sehingga yang terkini. Cerita sikit-sikit saja. Hehe. Ketika di Orthopedic, ada satu peristiwa pelik berlaku. Petunjuknya ada di entri ini. Hehe. Dan sejak hari itu, saya sentiasa menjadi bahan usikan pakar saya, Miss Nur, bila isu ini berbangkit di kalangan kami. Ketika di posting ini, saya sangat suka dengan team yang ada bersama-sama ketika itu. Mungkin kerana kami sudah saling mengenali sejak dari posting yang sebelumnya dan mempunyai cara kerja yang hampir sekepala. Jadi, team ketika itu sangat best.

Kemudian, saya bertukar ke posting Paediatric. Bersama kanak-kanak dan bayi-bayi memang sangat serasi dengan jiwa saya. Yang tak serasinya ialah beban kerja yang tak sudah-sudah. Saya oncall dengan sangat banyak dalam sebulan. Oncall pula adalah secara selang sehari (every other day -EOD-). Memang rasa hidup tak terurus langsung. Terseksa jiwa rasanya. Tapi di sinilah saya belajar erti bertahan dan bersabar secara maksimum.

Empat bulan berada di jabatan itu, saya mengenali Adam. Sejak dia lahir saya melihatnya di depan mata sehinggalah dia diambil oleh keluarga angkat. Memang sebak tidak terkata ketika hari dia dibawa pulang oleh keluarga angkatnya itu.

Saya juga mengenali Iskhandar yang dijangkiti Kawasaki’s Disease yang melibatkan komplikasi Ventricular Aneurysm di jantungnya. Saya yang mengiringinya ke IJN dan dia kini sudah kembali aktif seperti sebelumnya. Melihatkan perkembangan positif pesakit-pesakit di depan mata terutamanya bayi-bayi dan kanak-kanak yang masih belum masuk ke fasa nakal (=p) adalah sangat membahagiakan.

Ketika ditempatkan di unit SCN dan NICU, ketika oncall dan perlu mengambil darah bayi sekitar jam tiga, empat pagi, saya suka berselawat dengan mereka. Tak kisahlah bangsa apapun bayi itu. Fitrahnya mereka adalah Islam. Saya pun rasa tenang dan tidak tertekan dengan puluhan bayi yang perlu diambil darah mereka pagi-pagi tu. Dan di penghujung posting Paediatric, berat saya hanyalah 46.3 kg sahaja. Huuu… Dan hari terakhir saya di situ, saya pergi ke wad yang paling saya suka, Melor 1. Lama saya bertugas secara solo di situ. Jadi saya agak rapat dengan kakitangan wad itu berbanding wad kanak-kanak yang lain. Sebelum balik, seorang staff nurse bertanya: Doktor, bila nak update blog? Dah lama tertinggal macam tu je. Aduh! Ada staff yang mengikuti blog ini rupanya. Err… Boleh tak taknak update terus kalau macam tu? Hehe :razz:

Dan yang terkini, saya berada di Obstetric and Gynecology (O&G). Di sinilah saya bertemu jiwa saya. Kalau ada rezeki, saya mahu buat O&G lepas ni. Boleh tak, awak? Hehe. Kalau orang lain paling tidak suka oncall di Labour Room, bagi saya, saya paling suka oncall di sini. Kalau boleh saya tak mahu oncall di bahagian antenatal, postnatal atau gynecology. Huhu. Tapi, yang menjadikan keberadaan di bahagian-bahagian tertentu itu seronok atau tidak turut dipengaruhi oleh team pada waktu itu. Hehe.

Tambahan pula, sepupu saya, Nisa, pun berada dalam posting yang sama pada masa ini. Sebelum ini kami sama-sama di Paediatric. Sekarang kami sama-sama di O&G. Bersamanya, saya memang merasakan kelainan. Saya ada sumber semangat dan tempat mengadu. ;-)

Dan, bila saja ada masa terluang, paling kurang sebulan sekali, saya mesti akan meluangkan masa bersama kawan baik saya, Wahida Saedan. Ingat tak dulu kami berdua pernah berdiskusi secara serius tentang masa depan dan memuncakkan harapan dalam doa? Hehe. Itu sesi bulanan kami tu. Bertemu di mana-mana dan menceritakan perkembangan terkini masing-masing secara terperinci. Cewah~ Alhamdulillah. Kerana adanya Wahida, saya masih lagi ada kawan untuk keluar bersama di bandar kecil yang tenang ini. Aktiviti bulanan kami yang wajib juga ialah memenuhi jemputan kahwin kawan-kawan lama dulu bersama-sama. T___T

Nota: Selalu berangan nanti dah kawin boleh keluar jalan-jalan dengan suami pula. :mrgreen:

18 Responses to “Kronologi Bergambar”

  1. ain says on :

    Salam..
    Saya dah lama ikut perkembangan tulisan blog sarah..
    suka dengan tatabahasanya yang bagus! hahaha..

    Ada 1 soalan nak tanya.. (Itu pon kalau Sarah tak keberatan nak menjawab..)
    Sarah di Hospital mana tu sekarang ni?

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Ain.

    Saya di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HoSHAS) =)

    Reply

  2. kak izz says on :

    As salam..

    Teringat jumpa angah di temerloh yg tenang tu.. setenang muka angah! hehe.. k.izz doakan moga hajat angah utk terus ke O&G akan termaqbul, amin.. oh, insyaAllah, lepas kahwin confirm boleh keluar jalanΒ² (dan bergambar sana-sini) dengan suami pula..he hee :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Kak Izz =)

    Tenang ke? Huhu. Padahal waktu tu rushing2 jugak tu =p Anyway, dah kawin nanti of course la kena keluar jalan2 dan bergambar2 kan. Kalau tak, tak guna kawin. =p

    Reply

  3. hawa says on :

    Salam Sarah,

    dah lama tak tinggalkan jejak kat sini. Awak ok ke? Takpe nanti dah kawen mesti sihat selalu (macam saya! hahaha). πŸ˜†

    anyway, kalau ke lembah klang roger2 la. saya kerja kat putrajaya sekarang.

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Hawa.

    As usual, anemia saya worsening la macam dulu2. Huhu. Anyway, Sabtu ni adik saya akad nikah di KL. Ahad tu majlis dia malam. Siang tu jom kita gi kenduri Wani Turiman. Jom la! Jom la! Kat Meru nun. Jom la. Huhu. Saya nak sangat pegi tapi nak cari geng dulu la. =D

    Reply

    wani adnan Reply:

    assalamualaikum wbt.

    kak wani org jawa eh? :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Haah. Macam kamu la jugak. Hehe

    Reply

  4. thia says on :

    kak, tersenyum2 thia baca blog akak yang ni. i’m happy for you kak. jumpa nanti insya Allah di temerloh πŸ˜€

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehe. Happy that my life is getting smoother. You will experience yours one day =) *Actually KS faham je apa Thia maksudkan sebenarnya* Huhuhu =p

    Reply

  5. Nisa Dearie says on :

    Huhuhu, Ngah merasakan kelainan? That is very touching indeed~
    Sya punya Ngangah di setiap tempat baru yang Sya pergi.
    πŸ˜‰

    Reply

    Sarah Reply:

    My next stop, will you be with me? πŸ™„

    Reply

  6. Afiq says on :

    Assalamualaikum,
    menarik bace pasal kisah dr
    sy tgh nk decide nk pilih hospital utk wat housemen
    mk mintak pndapat dr mengenai hosp temerloh,kalo tak keberatan

    wassalam

    Reply

    Sarah Reply:

    W’saam wbt

    Untuk cerita pasal Hosp. Temerloh, I think it’s quite inappropriate to tell you as it will affect your decision. Dapat mana2 pun untuk housemanship sama je. Housemanship is your years of trainingship. It doesn’t matter where you do yours as the 2 years duration will just fairly be the same in which ever hospital you are placed at πŸ™‚

    Reply

  7. NabihahLokman says on :

    muka doc dan bestfriend seiras!

    Saya suka bangat baca blog doc πŸ˜›

    Reply

    Sarah Reply:

    Eh eh. Bie pun baca blog saya?! Alamak. Maluuuu 😳

    Err.. Dengan bestfriend yang mana satu? Yang dalam gambar atas ni ke atau yang mana? πŸ˜€

    Reply

  8. firdee says on :

    macam biasa lihat aje wajah2 doc2 di atas…hihi ^^

    Reply

  9. top 5 packers and movers in delhi says on :

    I like the helpful info you provide in your articles.
    I’ll bookmark your weblog and test again right here regularly.
    I am fairly certain I’ll be told lots of new stuff proper here!

    Good luck for the next!

    Reply

Leave a Reply