Homestay PPIM 2008

Assalamualaikum wbt

Seperti yang telah dirancang sejak 3 bulan yang lalu, maka pada 25-28 Julai lepas, telah berlangsungnya Program Homestay Dan Kemasyarakatan PPIM 2008 Di Perkampungan Orang Asli (Homestay PPIM 2008). Pada mulanya, tapak POS yang dicadangkan ialah Pos Sungai Pelatok di Sungai Siput menjadi pilihan tetapi di saat akhir, tapak program ditukarkan ke POS Raya di Simpang Pulai, jalan menuju ke Cameron Highland. Pertukaran berlaku atas sebab-sebab teknikal yang penting untuk keselesaan semua pihak yang terlibat.

Jika pada program Sunathon 2007 anjuran PPIM-RSC saya telah memandu ke sana, kini saya dihantar oleh ayah saya pula. Kami bertolak ke Ipoh pada hari Khamis lepas melalui jalan Kuala Lipis-Gua Musang-Ipoh. Kami singgah di Cameron Highland ketika menuju ke sana. Ayah ada kerja yang hendak dibuat di sepanjang perjalanan di Kuala Lipis dan Gua Musang. Perlu memeriksa network Celcom di sana. Jadi, saya bertindak sebagai setiausahanya di sepanjang perjalanan. Sebaik tiba di Ipoh, saya dijemput oleh Zaid, Pengarah Program Homestay PPIM 2008, dan dibawa terus ke rumahnya. Di sana, kesemua AJK lain telah siap berkumpul dan telah tiba beberapa jam lebih awal. Sebelah malamnya, selesai solat Isyak, kami bermesyuarat untuk pengemaskinian yang terakhir dan selepas itu kami semua berjaga sehingga jam 3 pagi membuat kerja-kerja membalut hadiah, hamper dan lain-lain. Keesokannya, semuanya bermula.

Hari Pertama
Jam 11 pagi, Zaid, Jamzuri, Haneem dan saya bergerak menuju ke POS Raya. Kami melawat pentadbiran Sekolah Kebangsaan POS Raya yang telah memberikan kerjasama penuh sebagai tuan rumah untuk program ini. Sekitar jam 2.30 petang, beberapa orang AJK ditugaskan di Medan Gopeng, Ipoh untuk menyambut ketibaan peserta-peserta yang dijadualkan berkumpul di situ sebelum berangkat beramai-ramai ke POS Raya. 3 buah trak dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli datang menjemput kami semua. Trak terakhir yang membawa hadiah dan AJK-AJK tiba di POS Raya pada jam 6.30 pm. Selesai solat Maghrib dan Isyak berjemaah, kami makan malam dan seterusnya mendengar sesi taklimat daripada Ustaz Fattar, Pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) yang bertugas di POS tersebut. Seterusnya mendengar taklimat penuh program daripada Zaid dan kemudian para peserta dilepaskan untuk berehat. Peserta perempuan yang seramai 45 orang tidur di kuaters guru di perkarangan sekolah dan peserta lelaki yang seramai 15 orang menggunakan surau sebagai tempat tidur mereka. Pada malam itu, AJK berjaga sehingga jam 1.30 pagi untuk menguruskan beberapa perkara. Saya, Haneem, Ainul, Anis dan Nasuha tidur di ruang tamu rumah guru itu. Ada 2 buah rumah diperuntukkan untuk peserta perempuan. Malam itu, kami terpaksa berstokin, tidur dengan 2 lapis baju dan menggunakan segala jenis kain batik dan selendang Pashmina yang kami ada untuk menepis kesejukan. Teramat sejuk! Saya terbangun pada jam 4 pagi kerana terlalu sejuk dan sudah tidak boleh tidur selepas itu.

Hari Kedua
Dimulakan dengan jemaah Subuh, pengisian, senaman pagi (yang menguji tahap pernafasan sungguh!) oleh Encik Azhar, wakil daripada JHEOA Pusat dan seterusnya sarapan pagi. Kemudian kami mengikuti pengisian ringkas oleh Ustaz Hafizuddin, wakil dari JAKIM yang menerangkan pantang larang masyarakat Orang Asli dan juga pengalamannya berhadapan dengan pelbagai kerenah mereka. Selepas itu, slot Ziarah 1 bermula. Kami bergerak mengikut kumpulan masing-masing menuju ke rumah keluarga angkat masing-masing dengan membawa hamper hadiah. Pada mulanya, semuanya masih tiada idea apakah penerimaan mereka terhadapan kunjungan kami. Namun selepas kami (kumpulan saya) selesai di rumah yang pertama, kami mulai kenal bagaimanakah mereka ini. Secara umum, kami boleh katakan bahawa mereka ini sangat pemalu. Mereka hanya bercakap bila perlu saja.

Sebenarnya, cabaran terbesar kami ialah agama. Jika sebelum ini kami telah bersiap sedia dengan masyarakat yang kesemuanya Islam (di POS Sungai Pelatok seperti yang dirancang) tapi setelah lokasi ditukar ke POS Raya, kami berhadapan dengan masyarakat Islam yang minoriti. Jadi, ketika sesi Ziarah 1, kami perlu menjaga sentimen agama dan berbual dengan mereka secara permukaan saja. Bagi keluarga yang telah sedia Islam, kami dapat melihat betapa sebenarnya mereka ini hanya Islam pada nama. Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan oleh pihak JAIP untuk memberikan pendidikan agama kepada mereka. Di POS ini, gerakan mubaligh Kristian adalah sangat aktif. Dalam diam, terdapat sebuah gereja yang didirikan di celah-celah semak untuk digunakan oleh mereka. Bagi yang Kristian, mereka menerima pelbagai kemudahan dari segi material yang mana ini dijadikan daya penarik untuk memikat hati masyarakat di sini. Saya teringat kata-kata Ustaz Fattar. Beliau pernah ditanya oleh masyarakat di sini yang cuba didekatinya. Tanya mereka: Apakah yang boleh mereka daat jika mereka memeluk Islam. Menurut Ustaz, jika sekiranga Islam dapat menawarkan kesenangan yang jauh lebih baik daripada agama Kristian, baru mereka bersedia untuk memeluk Islam. Inilah juga yang saya sendiri saksikan ketika sesi Ziarah 1 itu. Ketika mengunjungi keluarga Kak Alang yang beragama Kristian. Keluarganya susah tapi menerima banyak pertolongan daripada pihak mubaligh Kristian di sana. Jadi mereka sekeluarga berasa terhutang budi dengan keluhuran yang ditunjukkan oleh pihak Kristian.

Jadi, satu lagi kesimpulan yang boleh saya katakan tentang mereka ini ialah manja. Masyarakat Orang Asli bersifat ‘bergantung’. Mereka selalu mengharapkan ada sesuatu yang diberikan terlebih dahulu sebelum mereka perlu membuat sesuatu. Tapi 1 lagi yang boleh saya pelajari daripada mereka ialah sifat kesederhanaan dan menerima hidup mereka seadanya. Tapi, jangan tak tahu ya. Mereka ini kuat melawa bagi yang perempuannya. Alat solek adalah antara bahan umpan yang diberikan jika ada program yang dibuat untuk mengajak mereka terlibat sama. Bagi kelas dewasa (belajar membaca), setiap kehadiran akan diberikan RM19. Fuh. Sampai begitu sekali daya tarikan yang perlu dibuat.

Selesai Ziarah 1, kami semua mengikuti slot Eksplorasi Alam. Kami masuk hutan, mendaki bukit dan belajar membuat atap atau tikar mengguakan daun rumbia. Ini memang pengalaman yang berharga buat kami. Sebelah petangnya, ada aktiviti Sepetang Bersama Kanak-kanak Orang Asli. Walaupun hari hujan yang sangat lebat, namun aktiviti ini teramat berjaya. Saya terharu dan sebak melihat suntikan semangat yang berjaya kami berikan kepada adik-adik ini. Apa yang boleh saya simpulkan, sebenarnya adik-adik ini dahagakan aktiviti-aktiviti motivasi yang lain dari yang lain. Mereka ini berpotensi besar sebenarnya. Ramai yang pandai-pandai, petah berkata-kata dan pelbagai lagi bakat mereka. Pada petang itu, kami berikan peluang mereka menggunakan mikrofon untuk bercakap, kami melukis bersama mereka, bersoal jawab tentang pelajaran dan pelbagai lagi. Banyak hadiah disediakan jika mereka dapat menjawab dengan betul. Sungguh. Ini adalah aktiviti yang paling menyentuh hati kami semua. Ketika Nasuha mengacarai slot ini, dia mengajak adik-adik ini berjanji untuk tidak ponteng sekolah dan meletakkan pelajaran sebagai perkara yang penting untuk masa depan. Jika sebelum program ini mereka tidak tahu apa cita-cita mereka, tetapi sehari selepas slot ini, saya bertanya kepada beberapa orang pelajar. Ada yang jawab: Nak jadi macam kakak. Nak jadi doktor. Saya terharu mendengarnya. Kerana sebelum itu, adik yang sama itu, saya tanyakan tentang cita-cita, dia jawab dia tidak pernah tahu nak jadi apa apabila besar nanti. Pada masa yang sama dengan slot bersama kanak-kanak ini, sekumpulan peserta ditugaskan untuk bergotong-royong mengecat sekolah dan ada juga yang bertugas memasak. Hari itu memang badan saya berbau asap sehingga ke malam.

Sebelah malamnya, selesai Maghrib, kami dipersembahkan dengan tarian Sewang oleh penduduk kampung sebagai tanda penerimaan atas lawatan yang kami buat. Selepas itu, kami mendengar pengisian tentang Cabaran Dakwah oleh Ustaz Ridhuan Md. Nor yang sangat istimewa. Padat dengan ilmu. Saya bagai disuntik dengan semangat baru selepas mendengar segala sirah nabi yang Ustaz sampaikan pada malam itu. Seperti biasa, kami AJK berkumpul lagi pada malam itu untuk persiapan bazar pada keesokannya. Kami hanya naik ke rumah apabila hari telah menunjukkan jam 2 pagi dan cuaca pada malam itu teramatlah sejuk kerana hujan lebat pada sebelah petangnya.

Hari Ketiga
Selesai Subuh dan tazkirah, kesemua peserta turun menjamu sarapan dan seterusnya membuat persiapan Grand Sukaneka. Hari itu saya bertugas di Bazar Jumbo Sale. Kami menjual pakaian terpakai yang kami bawa dengan harga yang sangat murah (semurah 50 sen saja!) untuk mengutip derma buat tabung sekolah. Bukan kami sengaja hendak neyusahkan mereka kerana menjual baju-baju itu tetapi sekiranya kami memberi secara percuma, pasti tidak adil kerana ada keluarga yang tidak hadir ke tapak bazar. Dan siapa kata mereka tidak berduit. Menurut pihak kantin, anak-anak mereka sentiasa banyak wang untuk berbelanja di kantin. Tambahan pula, sekarang ini musim petai dan durian menjadi-jadi. Maka, bertambahlah pendapatan mereka. Menjelang tengahari, kami hanya memberikan pakaian-pakaian tersebut secara percuma dan agihan dibuat seadil yang boleh.

Sekitar jam 11.30 pagi, padang mula dikosongkan untuk memberi laluan kepada slot Medical Check Up. Kami mendapat kerjasama penuh daripada pihak Jabatan Kesihatan. Untuk slot itu, 2 orang peserta yang telah grad, Kak Murni dan Kak Im, bertindak sebagai doktor yang memberi konsultasi kepada mereka yang datang untuk mendapatkan rawatan. Bagi pelajar tahun akhir seperti saya dan beberapa orang yang lain juga, kami juga bertugas sebagai doktor yang memberi konsultasi kepada mereka yang hadir. Saya masih ingat peristiwa ketika berada di meja kempen kesihatan. Ada pamplet tentang kempen penghapusan nyamuk, lalat dan tikus diletakkan di situ. Sekumpulan pelajar datang mendekati saya setelah mereka diberi makan vitamin C dan ubat cacing. Salah seorang daripada mereka memegang pamplet itu. Saya mengambil peluang untuk berborak dengan mereka. Saya bertanya secara rawak di mana boleh ditemui nyamuk, lalat dan tikus. Jawab mereka: Di rumah. Ok. Yang ini masih boleh diterima akal. Saya sedang mencari idea untuk mengaitkan tentang penyakit yang dibawa oleh haiwan-haiwan ini. Lalu saya bertanya: Apa yang kamu buat kalau jumpa tikus? Jawab mereka: Makan. Ok. Yang ini buat saya tersentak sekejap kerana saya membayangkan jawapan yang lain, tapi yang sangat lain pula saya dengari. Tapi saya teruskan juga soalan-soalan saya sehingga saya dapat sampai kepada motifnya. Ada juga penerangan daripada mereka mengatakan tikus itu digoreng untuk dimakan. Kosong sekejap otak saya untuk meneruskan penerangan. Tapi saya kena berhati-hati menerangkan ini semua kerana ia berkaitan dengan sentimen gaya hidup. Jamzuri dan Hafiz yang ada di situ juga tergelak selepas saya ceritakan semula tentang hal ini.

Oh ya. Saya tak puas hati dengan alat ukur ketinggian yang disediakan. Macam manalah pula saya hanya 152 cm saja. Ini tak boleh jadi. Memang tak aci. Hafiz, KS tahulah KS ni 30 cm kurang dari kamu. Tapi yang renek-renek tu comel tau. Bila jalan sebelah kamu, nanti orang ingat KS jauh lebih muda dari kamu. Huhu. Dan untuk Al, awak kata saya boleh pilih berapa ketinggian yang saya nak, kan? Haa… Saya nak 181 cm. Nak lawan Hafiz. Huhu. Terima kasih buat semua terutamanya Kak Murni dan Kak Im yang telah bertugas dengan baik pada hari itu. Juga Shirah dan Dalila yang bertungkus-lumus menjadi doktor yang berjaya pada hari itu. Sungguh saya katakan. Serak suara saya terpaksa bercakap banyak pada hari itu. Sebelah petangnya, kami ke air terjun di kawasan belakang POS tersebut. Pak Lang yang membawa kami. Di sana, kami ditunjukkan dengan cara memasak nasi di dalam buluh dan membuat perangkap. Banyak ilmu yang kami perolehi. Pada mulanya saya tak berhajat untuk mandi. Tapi ketika saya cuba berjalan di dalam air menuju ke arah Gmex, Aishah dan Nasuha, saya tergelincir dan sudahnya saya basah kuyup juga. Aishh… Apalah nasib. Bila hendak balik, saya disimbah air oleh Pak Lang. Katanya, saya banyak termenung. Huhu. Oh ya. Encik Idris, Pegawai JHEOA negeri yang mengiringi kami di sepanjang program juga turut turun bermain air dengan pelajar lelaki yang lain. Encik Idris ni cool dan diam saja orangnya. Jadi, kami segan dan tertanya-tanya apakah agaknya komen beliau tentang program ini secara keseluruhannya. Ok. Cerita ini kita akan tahu di hujung entri nanti.

Sebelah malamnya, kami mendengar forum santai yang dipaneli oleh Dr. Latif dan Dr. Awisol. Sangat best! Slot ini memang ditunggu-tunggu oleh kesemua peserta. Banyak pengalaman yang kami dapat jadikan sebagai pengajaran. Seperti biasa, AJK tidur lewat pada malam itu untuk memastikan kelancaran program pada keesokannya.

Hari Keempat
Selesai sarapan, kami ber-LDK. Saya menangis mendengarkan kesimpulan yang diberikan oleh wakil dari kumpulan saya. Bagi semua peserta, saya yakin tiada yang tidak tersentuh dengan apa yang dikatakan oleh Saliha. Diharapkan kita semua dapat berubah dan menyiapkan diri untuk menjadi lebih baik lagi selepas ini. Tidak kiralah dalam apa perkara sekalipun.

Selepas itu, kami menjalankan slot Ziarah Wida’ sebagai tanda perpisahan dengan penduduk POS tersebut. Kami melawat semula keluarga angkat kami. Saya terharu. Mereka sebetulnya sedih dengan keberangkatan pulang kami. Katika di rumah Kak Sarini, saya terharu kerana telatah anaknya Franky yang comel membuatkan saya sedih untuk melangkah pergi. Uzair, nanti KS nak gambar tu tau. Agagaga yang comel, kan =)

Sebaik berkumpul semula, kami bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah dan membuat persiapan untuk majlis penutup. Tengahari itu ada kenduri disediakan untuk peserta dan penduduk POS. Sebetulnya, setiap kali makan pun, kami akan makan bersama penduduk kampung yang datang ke khemah makan kami. Waktu ini juga kami guna pakai untuk berinteraksi lebih dengan mereka.

Sebelum majlis penutup bermula, ada sesuatu telah terjadi. Mekna, Wani, Kak Mawaddah, Roy, Al, Luqman dan Haneem, sila jaga rahsia. Hehe. Ketika mendengar sesi ucapan, kami semua tertunggu-tunggu ucapan dan komen daripada Encik Idris yang kami semua hormati itu. Dan alangkah terharunya kami semua apabila beliau menyatakan betapa program kali ini sangat berjaya, lain dari yang lain dan membawa kesan yang tersendiri kepada masyarakat di situ. Saya masih ingat peristiwa ketika saya mengiringi Encik Idris untuk turun ke padang pada petang hari ketiga. Saya bertanyakan pendapatnya tentang perjalanan program setakat ini. Encik Idris tersenyum dan mengatakan: Sangat Ok. Saya suka. And I wonder apa akan jadi tahun depan. Saya cuak sekejap dengan apa yang dibayangkannya tentang tahun hadapan. Kemudian Encik Idris menyambung: Akan ada tak lagi program yang macam ni pada tahun depan. Oh. Waktu tu hanya Allah yang tahu betapa terharunya saya dengan respon yang saya dengar daripanya. Terima kaish Encik Idris kerana bersama-sama dengan kami di sepanjang program dan di setiap aktiviti. Kami masuk kampung, Encik ikut serta, kena kejar anjing bersama-sama, kami masuk hutan panjat bukit, Encik ikut sama, kami terjun sungai, Encik pun terjun juga. Encik Idris memang best! (Psssttt… Bukan macam orang tu kan. Liplap liplap aje. AJK-AJK, kamu semua tahu siapa tu kan. Haha).

Selepas itu sesi fotografi dan perpisahan. Kami bersiap mengemaskan rumah masing-masing sebelum menaiki trak pada pukul 5 pm. Ketika hendak meninggalkan perkarangan POS Raya, adik-adik sekolah itu berkumpul di tepi jalan untuk memberikan lambaian terakhir buat kami semua. Aaa… Rasa sebak. Macam nak nangis. Tapi memandangkan ramai lagi yang ada di atas trak itu, saya tahan-tahankan.

Kesimpulannya, Program Homestay PPIM 2008 ini memang sangat berjaya dan menggembirakan. Saya telah ikut serta dalam semua aktiviti cuti musim panas anjuran PPIM-RSC dan sejujurnya, inilah aktiviti yang paling best, membuka mata saya tentang 1 dunia yang belum pernah saya terokai, saya belajar bermacam-macam perkara daripada masyarakat di sini dan aktiviti ini meliputi aspek fizikal, rohani dan yang lebih utama, kami semua turun padang untuk berdakwah yang belum pernah kami lakukan secara terus dan langsung seperti kali ini. Dan sejujurnya saya belum pernah bekerja dengan komiti yang sangat bagus seperti kali ini. Walaupun pelbagai masalah yang kami hadapai di peringkat awal persiapan dan perancangan, namun kami masih tetap kekal bersatu untuk menjayakan program kali ini. Buat semua AJK Homestay PPIM 2008, Zaid, Uzair, Husni, Hafiz, Al, Syazwan, Peja, Tuan, Jamz, Kak Mawaddah, Haneem, Nasuha, Gmex dan Ainul, saya/KS ucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas kerjasama yang tak berbelah bagi daripada kalian. Kamu semua telah banyak menjadi tulang belakang saya/KS sepanjang program ini berlangsung.

Juga buat peserta-peserta program Homestay PPIM 2008, terima kasih tak terhingga atas kerjasama dan komitmen yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sangat baik yang telah diberikan! Saya/KS terharu kerana program ini tidak akan berjaya dengan gilang-gemilangnya tanpa kerjasama dari semua. Dan saya/KS rasa gembira dapat mengenali wakil-wakil daripada Mesir (Sharifah dan Farhana), Indonesia (Fahmi dan Husna) dan wakil dari negara-negara lain. Buat Solhaa, saya terkejut rupanya awaklah blogger yang pernah menegur saya suatu ketika dahulu. Malu pula saya. Hihi. Dan buat Roy, kalau ada lagi teka-teki, simpan-simpan dulu ok. Nanti ada masa, ada rezeki, silalah beri teka-teki lagi. Insya Allah saya dah tak lampi dan slow dah. Huhu. Juga Muzafar, Ismail, Luqman, Kak Hir, Af’idah, Zahid, Yaqin, Syakirah serta kesemua peserta perempuan yang lain, TAHNIAH! Program ini berjaya kerana kalian semua! Semoga kita bertemu lagi di program yang akan datang Insya Allah. Dan semoga semangat kita akan tetap tinggi untuk meneruskan tarbiah, dakwah dan membawa misi pendidikan buat semua!

Nota 1: Saya balik ke Temerloh pada malam itu juga dengan menaiki bas dan tiba ke rumah pada jam 3 pagi.

Nota 2: Saya/KS tak banyak koleksi gambar. Sibuk kehulu-kehilir, jadi tak sempat nak ambil gambar. Nanti saya/KS akan kutip dari kamu semua ye. Hehe. Terutamanya daripada Haneem, Hafiz, Jamz dan Uzair :p

Nota 3: T-shirt program kali ini sangat cantik. Masih ada baki 10 helai untuk t-shirt perempuan. Labuh dan berlengan panjang (boleh klik di sini untuk lihat). Yang tinggal cuma size S dan M. Bagi yang berminat untuk membeli, sila buzz saya ye =) Siapa cepat dia dapat tau.

29 Responses to “Homestay PPIM 2008”

  1. fattnieniey says on :

    salam.
    best nye dieee!!

    saya ngan emy dh officially abih attachmnt. suke ati je memendekkan.haha!

    apa pulak plan lepas ni?:P

    Reply

  2. hantu_siang says on :

    salam doc sarah…
    waaaaa…im da first drop comment… :)-hantu siang-

    Reply

  3. hantu_siang says on :

    alamakk…terlambat….dah da org lain drop coment lu… :(-hantu siang-

    Reply

  4. Ejalz says on :

    ala sarah… kita tak jadi ler nih nak jumpa kat sungai siput.. aiiseehh… frust la gini… hehe…
    so camne nak berjumpa kita ni? sarah fly balik bila ekk?

    Reply

  5. hantu_siang says on :

    doc sarah….
    saya tertarik dengan apa yang awk kata pasal gerakan mubaligh Kristian tu..memang dia orang ini offer macam2 kepada org yang sanggup nak masuk kristian..ada kes kat klang dia orang ajak masuk kristian dan faedahnya setiap hari, setiap orang dalam family akan dapat rm50 sehari selain itu bekalan makanan setiap bulan..macam2 lagi tawaran mereka ini..maka tidak hairan la kenapa orang asli itu bertanya apa yang awk semua boleh bagi kalau mereka masuk islam?..lagi satu pasal tikus itu..doc sarah tak da rasa ke tkus goreng tu?:p hehehe..goreng pun sedop!!! -hantu siang-

    Reply

  6. kylex says on :

    salam..

    welcome 2 perak..:)..

    Dah lame sy xjoin program homestay ni,under peraknya prsatuan..Tmpt sy pon byk prkmpgn org asli, mmg btl ckp sarah, dieorg ni pmalu n kalo mane2 yg bg keselesaan n ksngn kt dieorg,yg itula dieorg akan ikt..k..

    so, all da bes tu PPIM-RSC..Kot2 nnt leh combine prog ngan kteorg student prk lak,k..

    Reply

  7. dhiyauqalbii says on :

    o.. patutla menyepi.. dah masuk kg rupanya..
    tu dia, dah kena penangan ‘cekoi’ (tikus dalam bahasa kaum Semai)..

    By the way, bergaul dengan mereka banyak pengalaman yang akan dipelajari.. n akak masih setia masuk kg, setelah 4 taun bergelumang dgn mereka..

    kalau minat pad grad leh apply jadi ‘flying doctor’.. leh masuk kg2 yg lebih pedalaman lagi, naik helikopter..

    Rasanya kaum kat belah sana Kaum Semai kan?? Mereka tak semalu kaum Bateq..

    Apapun tahniah dik.. tahniah juga pada kawan2 semua.. kami selalu doa lebih ramai pelajar IPT akan turun prog macam ni coz bila pelajar U yang masuk kg selalunya pendekatan mereka lain dan penerimaan OA juga lebih baik..

    m.. En Azhar JHEOA tu, Abg Zahar ke? pemandu trak yang berkaca mata tu eh?

    pepun, ,medan dakwah bersama org asli ni amat luas.. tahniah kerana membantu menjayakannya..
    Kalau tak kita, siapa lagi? kalau tak sekarang bila lagi?..

    Reply

  8. Anonymous says on :

    salam..
    sarah, akak silent reader kat dunia sarah ni..akak suka t-shirt tu..cantikk.. n akak nak beli 1 helai..camner nak beli ni?
    -kak ct-

    Reply

  9. cikgu jawe says on :

    baca n3 sarah nih, teringat aku masa ekspedisi dakwah kami kpd orang asli kt jerantut dulu. Kg Sg Berjuang nama kampung tuh.

    syukur, dgn hidayah Allah, kami berjaya Islamkan semua penduduk kampung orang asli tu. 🙂

    baru cadang nak cerita pengalaman ekspedisi tuh kt n3 terbaru.. hehe

    Reply

  10. dr muthiah says on :

    salam KS
    miss you thr..
    erm..saya sebak bace karangan UPSR akak nie..hihi
    malu pula dgn abg kat cc nie..

    sy setuju jg dgn KS..
    ini program paling best anjuran PPIM RSC pernah saya join..

    alhamdulillah..moga allah kuatkan hati ini utk terus berada dlm medan dakwah tinggalan RasulNya..

    berimanlah kepada Allah dan istiqamahlah..

    Reply

  11. ahmad says on :

    salam.. tahniah.. tak ramai yg sanggup turun medan cam korang.. aha.. satu lg.. saya tak de la sampai sebak baca karangan UPSR ni.. eh.. UPSR ke PMR..

    Reply

  12. hanny says on :

    best baca cerita sarah kali nih. tak pernah dapat peluang masuk kampung orang asli camnih.

    Reply

  13. Faisal Admar says on :

    menarik betol pengalaman awak… bukan senang nak berkomunikasi dgn dorang kan? disamping berdakwah 🙂

    tahniah…

    Reply

  14. Fairulhisham says on :

    Salam Sarah..taniah kerana berjaya akhirnya program homestay yang dirancang dan berjalan dengan jayanya..Fairul cuma nak comen pasal masalah masyarakat OA yg menganut agama lain dari Islam ni..walaupun Fairul x lama bertugas sebagai penggerak masyarakat OA (JAKIM) namun bagi pendapat Fairul berdasarkan pengamatan dan pengalaman(kajian x sempat buat)bersama mereka.OA ini sebenarnya peramah…dan diaorg x kisah siapa sahaja yg ke perkampungan mereka..jika ada sebarang aktiviti or program jika disajikan dgn makan dan ada pemberian kebendaan mereka pasti akan datang..Sebab mereka dari dulu mmg sudah diajar mcm tu..klu xde makan free pasti mereka x akan datang ke program tersebut..siapa yang beri tawaran lebih besar..maka mereka akan pilih agama tersebut sebagai agama mereka..namun cuma sekadar mengaku menganut agama tersebut sahaja (bukan semua mcm tu, ada juga yg bagus..tapi kebanyakan mcm tu)..kerana amalan yg diajar oleh agama tersebut mereka tidak amal, semata2 utk mendapatkan habuan sahaja…pernah saya interview seorang pakcik yg dah 15 tahun menganut islam..tapi al fatihahpun dia tak tahu baca..hatta 2 kalimah syahadahpun dia x tahu..Semua yg berlaku semua ini bukan salah OA tapi pihak yg bertanggung jawab..contohnya dalam dakwah masyarakat OA itu sendiri agensi yg terlibat tidak bersama2. JAKIM, JHEOA dgn cara mereka sendiri..JAIN dgn cara mereka..agensi NGO pun sama..maksud Fairul mereka tidak bersatu hati..masing2 nak salahkan pihak tertentu sahaja..masing2 nak tunjuk pandai dan mahu ambil kesempatan..seperti anugerah apabila berjaya mengislamkan OA tersebut..masing2 mengaku merekalah yg mengislamkan OA tersebut.. tidak seperti lawan kita yg bersatu dalam hal mcm ni..harap Sarah fahamla..kadang2 kita para penggerakpun (yg ikhlas menjalankan tugas sahaja) dalam delema..kerana kami ditugaskan menjaga mereka setiap masa dan ketika dari semua aspek..Fairul rasa x perlulah Fairul komen panjang lebar kat sini..sebab perkara ni dah lama berlarutan..Fairulpun dah 5 tahun meninggalkan tugas ini..Fairul sangat berharap lebih ramai org awam mcm Sarah ini berminat dan dapat membantu OA ini..perbanyakkanlah prgram diperkampungan mereka..jika ada peruntukan bawalah mereka keluar supaya mereka dapat lihat dunia luar..agar mereka lebih maju..jika Sarah ada program dimasa akan datang Fairul syorkan Sarah adakan di KOA Tuel..tak jauh dari tempat Sarah pergi tu..tapi agak perdalaman sikit.hampir 2 jam dari jalan raya..dulu Fairul bertugas kat sana..pasti Sarah akan terkejut melihat kehidupan masyakat kat sana.(org pempuan pakai tudung labuh).KOA tersebut merupakan anak angkat ABIM..itu 5 tahun lepas..sekarang wallahualam.. p/s..Fairul berminat nak dapatkan baju tu..saiz M..mcm mana nak beli Sarah ya?Sarah bg tahula ya..email fairul box01my@yahoo.com

    Reply

  15. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua =)

    Fatt:
    amboi. dh abis attchment ye. next plan, jom pi perak makan nasik minyak 😀

    Hantu Siang:
    hehe. rebut2 plak ye. hikss 😉

    Kak Ejalz:
    sorry kak. kalau kita plan jumpa hri tu pun, sy rasa tak sempat kot. sbb sy mmg sibuk sgt sepanjang kt sana. insya Allah minggu depan sy ke teluk intan. sy akan contct akak secepat mungkin. sy balik 27 ogos. ada msa lg insya Allah 😀 sy akan contct akak bila sy dh confirm akan ke teluk intan naik apa. mula2 ayah sy bg sy drive. tp lepas tu dia risau plak. huhu. tgk dulu mcm mana. sy akan contct akak 😉

    Hantu Siang:
    ye. mcm tu la realitinya dlm hidup kita skrg. pihak kristian umpan org guna kebendaan. amboi la. goreng pun sodap ye. kalau diorg cerita psl babi goreng, babi panggang, sup biawak, awk lalu tak nak dengar? heheh :p

    Reply

  16. nadia yuna says on :

    salam sarah.
    seronoknya dia berprogram =)

    nadia selalu jugak buat program-program cenggini, memang da jadi program wajib, dah amek pendidikan bimbingan dan kaunseling ni, program je lah kerjanya =)

    handle program dengan attend program mmg sgt different rite? sgt penat handle program, tp puas! kalau attend program, ia akan sia-sia bila kita balik tanpa sebarang input =)

    minggu depan nadia ada program kat batang kali. Libatkan pelajar sekolah rendah. mesti kiut miut je depa ni. tak sabaq nak maen2 sambil jadik fasi yg best =p

    have a nice day sarah!

    (^.~)

    Reply

  17. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kylex:
    insya Allah klu nnti nk buat program susulan, sy mmg nak cadangkn buat gabungan dgn persatuan pelajar d msia. tgk la nnti mcm mana ye. sbb thn depan sy dh final year. yg akan handle adik2 la plak kot.

    Kak Tikah:
    ada 1 ptg dulu sy ada dpt msg dr kak tikah. tp sy terpadam msg tu lps tu sbb inbox penuh. sy x amik plak no dr kaklong lepas tu. program dgn OA mmg best. sy byk belajar drpd diorg n program ni sndiri. tntg flying doc, insya Allah klu ada kelapangan n dpt attcht dgn program mcm ni, sy mmg nak join. setidak2nya sy masih x tercicir drpd terus terlibat dgn dakwah. encik azhar tu la yg sy maksudkn. pakai spect, bawak trak tu. dr HQ. dia kelakar orgnya n sgt best. dia la komanden kawat kami. penat gelak je. hehe. kak tikah, terima kasih banyak2 atas semua tunjuk ajar utk jayakan program ni!! terima kasih yg tak terhingga!!!

    Kak CT:
    1stly, terima kasih sbb sudi baca blog sy ni. psl tshirt tu, akak emailkn pd sy secepatnya saiz apa yg akak nak ye. S atau M dan alamat akak sekali. harga Tshirt tu RM30. utk kos penghantaran, anggap la sy belanja 😉 ni email sy: sarahmohdshukor@gmail.com. insya Allah isnin depan sy akan poskn pd akak. esk n sabtu x dpt sbb sy x de di sini. merantau lg. hihi. sy tunggu email akak ye 😉

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Cikgu Jawe:
    Kg. Sg. Berjuang?? aik. mcm familiar je. cikgu, tulis jgn x tulis. sy nk kutip[ ilmu lg psl ni. insya Allah nnti klu ada peluang, sy mmg nak join lg. sy rasa serasi dgn program dgn program mcm ni 🙂

    Gmex:
    karangan UPSR yek. hehe. gmex, doakan ks istiqamah. sungguh ni. ks butuh da dr kamu! thanks for evrythg gmex 🙂

    Ahmad:
    Allahu Akbar. ni lg sorg ye. karangan USR ke, PMR ke, SPM ke, tak kesah la kan 😀 apa2pun terima kasih. klu ada peluang n sihat tubuh badan, jgn rasa teragak2 utk join program mcm ni ye 🙂

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Kak Hanny:
    sungguh smpai hri ni [n sy masih rasa syujur sbb sy dipilih Allah utk dpt join program tu 🙂

    Faisal Admar:
    mcm tu la kiranya. mmg bykkkkk sgt benda yg sy belajar drd program ni n masy. OA tu sendiri 🙂 thanks ye sudi singgah sini 🙂 bertambah-tambah la kwn2 sy yg nama faisal. hehe.

    Fairul:
    salam fairul. sy tau psl POS tuel. penah hri tu dpt taklimat psl POS tuel. cuma tak dihantar ke sana sbb kat sana bru je sudah abis program. n di POS yg kami pegi ni, dh 6 thn takde apa2 pogram yg dibuat dgn masy kampung tu. psl tshirt, tshirt yg ada pd sy ni sume tshirt perempuan je tau. yg laki dh abis. awk nak yg laki ke yg perempuan? cepat email pd sy keputusan awk sama ada nak ke tak sebelum isnin ye. sbb isnin ni sy dh nak gi pos. harganya RM30. kos penghantaran anggap la sy tanggung sbb sy just nak habiskn stok tshirt je. hehe. ni email sy: sarahmohdshukor@gmail.com. klu x jd beli pun takpe. emailkan jugak alamat awk sbb sy nak kasi hadiah sbb dulu wk dh jd pelawat yg ke 100ribu 😀

    Nadia:
    oh. maksudnya awk pn dh selalu la masuk kampung org asli ye? ni pengalaman ke2 sy masuk kg. OA. dulu wkt form3 dh penah dh tp wkt tu sy x buat mcm yg sy buat skrg ni. lg pun duylu tu kejap sgt2. yg kali ni sy terlibat secara total n disebabkn dh matang, sy belajar byk sgt benda drpd program ni. sy harap klu ada peluang lg, sy nk join lg. sy tak serik kena masuk hutan mcm ni. tak la namanya berjuang klu x bersusah payah…

    Reply

  20. nadia yuna says on :

    sarah,

    ohoh.
    macam2 tempat saya dah pi sarah
    orang aslinya, anak2 yatimnya, pusat2 juvana, serenti, rumah perlindungan & macam-macam jenis program lagi.

    mula2 dulu tension jugak, asyik buat program je. buat pun sebab wajib untuk course yang saya ambil di uni ni, setiap subject ade paper worknya, tapi lama-kelamaan minat dah ada, seronok pulak bila dapat bantu mereka2 ni, especially bila buat sesi kaunseling @ kelompok, so far inilah perkongsian yang paling bermakna. Pada masa tu rasa kecil sangat. Kita selalu merungut atas benda-benda simple. denga isu depa, rasa bersyukur sebab apa yang mereka alami kesannya sepanjang hayat. Insaf. =)

    Sejak detik itu, takdelah lagi nama program paksa rela. Semua program jadi program sukarela, biarpun tak dapat selesaikan masalah diorang, dapat releasekan their feelings pon dah happy sangat. Satiesfied bila tengok 'da smile' =)

    ** kecil molek cik sarah ni ya. 152cm =) – Nadia tambah lagi 11cm. 152+11=? mesti comel cik sarah ni kan. huhuh =)

    Reply

  21. dhiyauqalbii says on :

    dear sarah.. oho.. abg zahar tu ker?? hehe.. tu la pemandu kami setiap akak n kawan2 comrade tiap kali masuk kg.. byk pengalaman dia.. dah tahu camne korang kena ngn dia waktu sesi kawad.. kami pun selalu kena..

    hmm.. selain program COMRADE akak skang selalu join ngn ABIM.. skang kami gilir2 masuk kg seminggu sekali.. termasuk Pos Tuel macam yang kwn Sarah (Fairul) komen kat atas tu..

    Pepun, tahniah dik,, ada masa jalanla Tmn Saga..

    kirim salam kak long, mak n ayah serta adik2 lain ok 😉

    Reply

  22. Fairulhisham says on :

    Salam..Sarah saya dah email

    Reply

  23. sinar_islami says on :

    salam kak sarah
    its me sharifah
    nice to know you guys mmg best..
    sambil rapatkan ukhwah..
    selama ni kita byk ngan teori ttg dakwah..so ana rasa platform inilah antara wasilah utk dekati masyarakat..syukran byk2..

    ps:visit my simple blog..ade la skit gambar kalau rindu..hehe ^-^

    Reply

  24. dr muthiah says on :

    ish..sha pun ade?
    hihi

    jap.chop! ahmad nih siape? =P

    Reply

  25. ytmz says on :

    oh ni la teman-teman orang asli, dekat gombak pun ada orang asli, jemput datang, saya orang asli gombak jugak, asalnya sini, kalo kita perasan biasanya omputeh, contoh terbaru Rambo4, doktor2 nya datang negara susah tolong bagi perubatan sambil berdakyah Kristian, macam mana dengan bakal doktor-doktor Islam sekalian di sini, ada rencana untuk itu di masa akan datang?

    Reply

  26. fathiyyah says on :

    salam..seronoknyaa tgk akak join prog2 mcm ni..sy sudh kebosanan duduk rumah ni kak..akak ada cdgn nk ke prog apa2 tak? kalau bley sblm bulan puasa nii..

    Reply

  27. Ejalz says on :

    salam sarah, just to inform you that i’ll be away from this friday (8/8) until tuesday (12/8). will be going to singapore.. kalau boleh jgn ler pegi tk intan masa tu.. kalau tak, tak boleh jumpa lagi kita.. hehe..

    Reply

  28. dr-malaysia says on :

    Sarah;
    tumpang tanya. dlm pic hari ke-2 bertudung hitam dan berbunga putih tompok2..tu Dr Fatimah ke..
    best aktiviti cuti awak.
    can join???

    Reply

  29. *~dEWiSoULhAa~* says on :

    salam sarah….
    wah,tak sangka ada juga nama saya dinyatakan dalam banyak2 senarai nama yang sarah listkan tuh..tak sangka sarah ni pemalu jugak orangnye…hihi.
    saya rasa bertuah sangat sebenarnya dapat join prog homestay OA haritu.
    Betul-betul berjaya membuka mata saya mengenai keadaan sebenar masyarakat OA nih.Kalau ada prog susulannya, harap dapatlah dikhabarkan buat kami di sini yek..

    p/s-sabar menanti tibanya sijil penyertaan yang dijanjikan…

    Reply

Leave a Reply