Kembali Kepada Fitrah
Bangun Subuh pagi tadi sangat awal. Maklum sajalah. Subuh jam 4. Selesai solat, tidur semula. Kelas pagi tadi jauh hospitalnya. Selewat-lewatnya 7.45 memang sudah bertolak. Biasanya 7.30 sudah hilang dari rumah.
Pagi tadi hendak mencetak nota di mesin cetak. Dakwat pula habis. Geram betul saya. Pagi-pagi lagi sudah hitam tangan terpaksa menyuntik dakwat isian. Selesai satu kerja, basuh tangan dan hendak menggosok tudung pula. Rupa-rupanya ada kesan dakwat hitam di jari yang belum betul-betul tanggal dan apabila memegang tudung yang dikeluarkan dari almari, dakwat terkena tudung pula. Sedang menggosok, baru tersedar hal ini. Bergegas ke bilik air mencuci segera supaya dakwat tidak kekal. Alhamdulillah. Selesai. Tapi sudah macam agak terlambat pula hari ini.
7.45 selesai calow bete dan menghantar sms pada sepupu, saya kabut terus. Baru 10 tapak keluar dari pintu utama bangunan, saya berlari laju mendaki tangga balik semula ke rumah. Kena kejar anjing? Eh bukan. Sejuk sangat. Tak tercapai akal yang pagi ini terlalu sejuk. Saya lihat suhu pagi tadi 3’C. Jadi saya kira pakai jaket biasa seperti 3-4 hari sudah tidak ada masalah. Tapi silap. Jadi saya balik untuk menukar jaket. Saya capai kot labuh hitam ala-ala The Matrix. Macho? Ye kot.
Bila jalan-jalan menuju ke metro, terasa nyaman amat sebab suhu sejuk tapi saya ada kot yang macho ini. Saya kata dalam hati, nanti petang bila hendak balik hari sudah panas, pegang sajalah kot ini. Tak jadi masalah pun. Masuk metro, saya kena berdiri. Oh, tak dapat tempat duduk pun tak mengapa. Malam tadi tidur cukup. Jadi tak perlu tidur lagi. Saya baca buku di sepanjang perjalanan. Sebaik melihat bumi semula setelah hampir 45 minit berada di bawah tanah, saya terkejut. Sudah mula bersalji pula. Sedangkan seminggu yang sudah, suhu sudahpun mencecah 18’C. Ajaib kan aturan Allah. Bila Dia mahu matahari itu disorokkan, bila-bila masa saja boleh ditarikNya. Bila-bila masa saja Dia mahu titik-titik hujan digantikan dengan keping-keping salji yang seperti kapas, tiba-tiba saja langit nampak gelap berkumuluskan salji. Bumi pun kemudiannya putih.
Sambil jalan-jalan kaki kurang lebih 15 minit menuju ke hospital, saya bernasyid Keluarga Bahagia versi Saujana wanita. Seorang-seorang. Siapa kisah kan. Sebenarnya tersangat rindukan ayah dan emak. Terus saja terbayangkan nasyid ini. Layan sajalah. Blues pagi Khamis. Sekerat jalan, saya tunduk betulkan tali kasut tercabut. Bila saya dongak hendak mulakan perjalanan, saya nampak 2 orang gadis berlari-lari anak dari arah depan. Skirt pendek separas lutut, jaket nipis separas pinggang, kasut 2 inci lebih tingginya kot. Lari, lari dan lari. Kedek-kedek saja sebenarnya. Laju manalah sangat kalau dah kasutnya tinggi yang amat. Dan di hadapan saya kemudiannya ada 3-4 orang lagi yang sebegitu. Berskirt pendek. Lari-lari kecil menuju arah bertentangan.
Saya tahu kenapa mereka lari begitu. Mereka sejuk sebenarnya. Cuaca pagi tadi memang tidak disangkakan. Tiba-tiba lari dari jangkaan. Ramai yang berjaket nipis saja. Berskirt pendek saja. Berbaju pendek pula memang normal rasanya. Tiba-tiba daripada dendangan suara perasan seorang diri tadi, saya bertukar kepada gelak-gelak seorang pula.
“Ha… Padan muka. Pakai lagi pendek-pendek. Pakai lagi singkat-singkat. Dah sejuk. Kasut pulak tak boleh tak bertumit rumah 2 tingkat. Nak lari pun kena beringat. Kalau jatuh golek-golek, nanti malu muka yang tebal warna-warni tu.”
Lepas itu saya beringatlah untuk berhenti gelak-gelak. Tak baik kan. Nanti saya pula yang jatuh atau apa, padan muka sendiri. Pagi tadi, Allah kurniakan akal yang waras dan sihat. Supaya lari balik menyalin kot yang sedikit tebal. Alhamdulillah juga saya hanya berkasut Sketchers dark brown-pink berbatu 3 kecil berkilat. Tapaknya leper. Pastilah boleh lari ligat-ligat balik ke rumah. Jatuh tiada masalah. Saya tak malu sebab muka saya memang tak lawa pun. Tiada warna-warni. Orang pun tak mahu pandang lama-lama.
Saya hanya berminat dengan promosi seorang kawan saya. Katanya siapa pakai ketat-ketat, tak ikut yang sepatutnya, segan berkopiah, bertudung dan sebagainya, orang tu ketinggalan zaman. Sekarang ini trendnya bertemakan kembali kepada fitrah. Siapa tak mahu rasa kuno, jom kita sama-sama buat. Kembali kepada fitrah.
Nota:
Mula hari Jumaat sehingga Selasa depan, kami semua di Moscow bercuti 5 hari. Jika dirujuk dalam takwim kerajaan Persekutuan Rusia, tiada cuti pun yang tercatat untuk tempoh ini. Jadi kami di sini bercuti apa? Huh. Saya malas hendak cerita. Sebenarnya saya benci duduk di sini kerana adanya isu ini. Dan inilah salah satu sebab kenapa saya tidak suka bulan April. Kenapalah kolot, sempit fikiran dan bodoh sombong sangat mereka ini? Ok. Saya emo pula. Tinggal dulu. Perechek….~
ar…
nie yg tak bez nie…
gtau la kes yg last tu…
kami org msia nak tau..
hehe…
Reply
Menteil:
huhu… dh agak dh. misti ada yg akan peras ugut sy utk tau pasal ni. terus gelak. haha.
Reply
kan best kalau besday saya pun orang jadikan cuti. hehehe.
Reply
Salam,
Saya pun lari2 anak,kesejukan dan kepanasan,kerana kehujanan
lalu saya pun malas jugaklah
Reply
Slm sarah,
bagus bagus..bertindak dengan cepat sebelum kesejukan,heheh..:) moscow mmg sangat sejuklah sarah, sy bacapun bleh rase sejuknye,hehehehe..bila tengok game spartak moscow main tu siap turun salji lagi..bola kena tukar kepada warna kuning sbb tak nampak,heheh..:)
kalau sylah, agaknye dah duduk dalam selimut je,hehehehhehee
Reply
Salam
Bro dulu ada jaket labuh ala2 the matrix tu & berambut panjang melepasi bahu lagi…memang macho sekali..huhu..tp itu zaman lalalala..sekarang lepas belajar dah kembali kepada fitrah…lagi macho..keh2..
Oh!..biasanya cuti memang semua suka, tapi yg sarah bagitau ni pelik sikit bunyinya..mesti ada sesuatu menarik disebaliknya..ceritalah lagi..
Reply
Salam Sarah,
Geram kan bila dakwat abis, lagi2 masa kita hendak cepat :D.. suhu di sana 3’C..oh pasti amat sejuk, haha tergelak sbb tengah membayangkan sarah memakai kot hitam ala-ala the matrix?
sarah saya SuKa ayat ini..ayat yang sangat sedap..
Ajaib kan aturan Allah. Bila Dia mahu matahari itu disorokkan, bila-bila masa saja boleh ditarikNya. Bila-bila masa saja Dia mahu titik-titik hujan digantikan dengan keping-keping salji yang seperti kapas, tiba-tiba saja langit nampak gelap berkumuluskan salji. Bumi pun kemudiannya putih.
cuti apa eks..betul cakap bro myfisol, mcm ade sesuatu disebalik cuti ini..
Reply
salam buat semua:
Syam:
alahai.. nak ke cuti jgk? eh, tag tu ks buat lepas ni ye đ
Oneib:
silalah lari2. bukan msia panas ke.
Faisal:
sy dh agak dh. awk akn duduk bawah selimut punya la. sebenarnya 3’C dh x sejuk mana dh. sbb bape hari lepas suhunya 4’C je, boleh je pakai jaket biasa je dh. tp smlm lain. wind chill cecah -2’C. sbb teringatkn tu la sy lari balik tukar kot.
Reply
Bro Fisol:
sy sua kot labuh paras lutut. sy x suka yg pendek paras peha sbb klu yg labuh (trench coat), smart je kan. hehe. eh sy macho. jd bila pakai akan macho jgk la. hehe. pasal cuti tu, sy x rasa nak cerita. nnti org tanya byk sgt benda. sbb pelik. n nnti org fikir belajar kt russia ni dianaktirikan. n sy x suka org fikir mcm tu. tgk la mcm mana nanti. klu rajin, sy cerita.
Fizz:
hehe. kot labuh ala2 matrix tu trench coat la tu. yg paras lutut. tp sbb kot sy hitam. dh lama dh kot ni tp elok lg. huhu. psl cuti tu, tgk la mcm mana nnti. kalau sy rajin, sy cerita ok.
Reply
hihik!
ape kene sampai cuti 5 ari neh.
mst sambutan yg sgt besar2an.
something yg buat sarah x suke yg amat. da la sarah x suke,cuti panjang lak tuh. hihik!
taem besdei ryn,ryn kene jage gerai+malam kebudayaan đ x enjoy đ
Reply
wohoho..Salam
Penceritaan yg menarik & kelakar. Tapi yg dok jadi seharian tu la penyeri kehidupan kan? Termasukla dgn membaca blog org..
Long coat? boleh buat topic tu. igt laie, memule smpai dulu, took me 2 weeks to find de one suit me very well.satisfaction tu penting,aite?tp skang neh, long coat tu jarang dh pakai,mgkn sbb rambut dh pendek,tak macho la mcm bro fisol..skang nmpk skema adela.
sketchers brownish pinkish? dasar insan bernama wanita,pinky all de time.no offense, sis!
p/s:im not a gud blogger,not active neither
just lemme ur mail so bleh invite later
Reply
ehemm sarah cumell..akak dah letak gambo kat blog..hehehehe..
sarah ade jaket gitu ek..akak pun ade..nantile nak pakai masa kat adelaide..kalo pakai kat malaysia kang org kata ape plak..
well..mcm benda yang kita penah bincangkan..biarla org nak kata kita kuno..biarla org nak kata kita konservatif..
asalkan kita balik pd fitrah đ
Reply
hehe…caya la jaket ks ala2 matrix…skang jaket fare yg smpai pras ltut tu dh x pkai dh.bla pkai jer,lbih2 lgi wktu shoppng,msti bkak pnya..pnas r!nmpknya bdan dh bole than sjuk dh nih.skng bla nk gi shopping,pkai hoodies jer sbgai jaket.sdap skit.x sjuk,x pnas.
mnggu dpan skolh! XD (science project x siap lgi.)
Reply
masa study dulu akak selalu failed bila nak refil ink printer. biasanya akak punyer roomate yang akan jadi bidan terjun…
betul kata sarah, kita perlu selalu kembali kepada fitrah. which is akak pon kdg2 lupe akan benda tu. thanks sebab mengingatkan…
Reply
ceh!!
dia bleh gelak jer..
Reply
salam wrt, sy bru browse entry, ternampak nota kaki, terus rasa nak tggl komen, tak aci, kami x cuti..
*tsk* *tsk*
.:syuqaira:.
Reply
salam…
hehehe
ckap psal b’lri ank2 ni kn, yna pnah ad kisah jtuh time lari ats tgga..jtuh dpan klas lak tu..ye la time tu nk kejar mse…aduih…nsib bdan la yek…
ăăȘăăăăȘă㊅
Reply
Ryn:
huhu.. sambutan besar2an apa kebendanya. ni sume sbb salah org lain, org lain yg tanggung kesannya. ni la clue utk cuti ntah apa2 yg kitorg lalui ni. bosan! sbb tak leh keluar. erm.. kalau kena jaga gerai time tu, glemer oo.. sbb sume yg dtg n tau tu bday awk, diorg akn wish. possibility jumpa dgn ramai org membolehkan possibility mendapat byk hadiah pun meningkat jgk. haha.
Aizuddeen:
trench coat klu pmpuan pakai nmpak cantik. kot. hehe. nmpak sopan lg la nk banding dgn bubble type atau tight jacket. am i right? tp lain org lain citarasa kan. sy ada byk sgt kot, jaket. ikut suka je nak pkai yg mana. kasut tu dark brown sebenarnya. pink is only for the stripes. nothing more đ i dont like shoes with girlish look.
here’s my email: sarahmohdshukor@gmail.com
thank u aizu.
Kak Inah:
kak inah sweeeeeeeet đ jgn dilayan dh kome2 tu. buat perabih ayor liur je. huhu. nnti dh pakai kot tu, letak gmbr byk2 lg ye đ
Reply
Faresya:
ks pun sbnarnya tukar2 ikut suka hati nak pakai kot mana. hoodie sesuai pakai bila suhu dh cecah 8’C n above. ks pn pakai hoodie jgk kadang2. itu pun bila dh petang, ks akn tanggal n x pakai dh jaket2 hoodie2 ni. panas. hehe
Kak Anim:
wah. thanks sudi singgah lg đ tak sangka plak akak ada blog jgk ye. klu tak rushing, sy rajin je nk refill tp klu dh saat2 penting nk guna, time tu la yg x de nya, geram jgk la rasanya tu. pagi2 buta plak tu. hehe
Menteil:
lalalalala~
hahha
Sikin:
ooo.. elok la pun x cuti. bukan ada benda pun kn sebenarnya kn. ks geram sbnarnya ni. x suka amat isu2 mcm ni.
Yana:
laa.. awak ada 2 blog ke yana. baru ni ngah sedar. misti malu waktu jatuh tu kan. sbb kelas awk campur putera kan. kalau ngah dulu2 x kuasa nak malu sbb kelas puteri sume. huhu. apa mksud anataga inakutemo?
Reply