Monolog Bersama Iman (x)
Episod lepas: ix
“Loh, gayanya terkejut banget sih kamu ni Sar.” Iman menegur.
“Mestilah. Ingat apa. Macam dengar berita bila exam ke?” Aku berbunyi agak emosi. Sungguh aku masih terkejut Annas ini yang dimaksudkannya. “Tak naklah Man. Orang Arab tu. Tak nak, tak nak.” Sempat aku membuat muka kepada Iman.
“Yang benar, Sar!” Iman kelihatan terkejut. “Ini baik orangnya ni. Yang bisa aku panggil soleh orangnya. Yalah aku ni bukan senang-senang mahu promote segala tapi yang ni aku kerat jari bisa jadi suami. Huh, udah empat hari dia bilang sama aku ni. Tapi aku je yang tak kemari nemu’in kamu.”
“Kenapa pulak saya yang dia tanya pada awak? Tu Imen dengan Ines ada. Tak pun tu budak Morocco tu ada. Siapa hentah tu nama dia. Jesmin ke apa. Maha ke, Noura ke. Tu ramai lagi set-set Arab yang dia boleh tanyakan. Melayu gelap ni je ke yang dia nampak.” Aku tahu aku berbunyi agak garang dan tegas. Aku sengaja itu. Setidak-tidaknya aku memberikan gambaran ketegasanku tentang hal ini.
“Begini Sar. Annas ini nampak kamu sejak kamu duduk di sinilah. Usamah yang alim tu pun setuju kalau kamu yang Annas mahu.”
“Eh, sat. Usamah tu abang ke adik? Saya tak cam sangat”, aku memotong percakapan Iman.
“Usamah tu abangnya. Ibrahim tu adik. Yang lagi kurus tu. Hmm… Gimana ya. Annas nyuruh’in aku tanyakan kalo-kalo kamu ni udah sedia belum untuk nikah kalo udah ada yang mahu. Aku lalu tanyalah sama dia, apa dia sungguh-sungguh atau mahu book dulu. Yalah. Lalu dia kata mahu nikah teruslah. Buat apa mahu book dulu kalo udah ada di sini depan mata. Banyak fitnah hidup di sini. Ada isteri, fitnah terjaga dan separuh daripada agama pun sempurnalah gitu.”
Iman berhenti seketika. Aku pula diam. Sebetulnya aku mendengus kecil. Terasa rimas dan yang paling tepat aku masih rasa seperti diheret ke dalam sebuah situasi yang aku tidak mahu. Tidak mahu terjadi lagi. Belum masanya lagi.
“Sar, aku tahulah kamu ni gimana orangnya. Tapi aku tanya’in juga kok apa yang dia tahu tentang kamu. Apa yang dia pandang pada kamu. Aku pun tak mahulah kalo aku nolong orang yang main-main aja sama kamu, Sar. Aku tak mahulah kok nanti lewat aku juga dapat dosanya.”
Aku cepat-cepat memotong lagi. “Jadi apa dia kata? Yang peliknya, dari mana dia kenal saya, Man? Setahu saya, saya pernah cakap dengan Usamah tu je kot. Tu pun sekali je. Waktu malam raya lepas. Waktu tukar-tukar kuih tu. Tuuuu je.” Aku menegaskan.
“Heh. Kamu salahlah tu. Yang kamu nukar’in kuih tu Annaslah tu! Huh. Mata di lutut apa, Sar.” Iman ketawa besar. Siap menepuk dinding luar rumahku lagi. Aku kepelikan. Terpinga-pinga sekejap.
“Eh, eh. Apa ni? Biar betul, Man?” Aku pula yang terkaget. Aku salah orangkah selama ini? Aku sangka ketika bertukar-tukar kuih raya dengan muslim daripada beberapa buah negara lain pada malam raya yang lalu Usamahlah orangnya. Aku memang tidak memandang sangat orangnya. Aku menyerahkan bekas kuih raya dari kami serumah dan dia menyerahkan sepinggan manisan Arab yang tak kuketahui namanya. Cuma kalau tidak silap aku, Bakhla namanya. Entahkan iya, entahkah tidak.
“Sar, Sar. Tu Annaslah tu. Loh, cinta kuih raya rupanya deh! Kelakar bangat ni. Baru aku tahu kamu tak sedar tu Annas.” Iman kubiarkan gelak dulu. Aku menahan geram saja. Tapi dek kerana aku ingin mendengar cerita seterusnya, aku biarkan saja Iman ketawa percuma di atas kecuaianku mengenal pasti si penerima kuih itu dulu.
“Annas itu udah kenal kamu sejak Ramadhan lepas, Sar. Waktu tu, Usamah nanya’in aku siapa imam Tarawikh untuk perempuan di floor ini. Aku sebutlah nama kamu, Sar. Bila Usamah nanya’in lagi yang mana satu, aku gambarkanlah sih mana yang aku boleh.”
“Yang pakai spect. Yang rendah-rendah. Yang muka comot, serius tu.” Aku memotong dan sekali gus mencebekkan muka.
“Ceh, dasar amat sih kamu ni Sar. Enggaklah. Aku khabar’in kamu yang sekuliah sama Annas itu. Yang pagi-pagi selalu gerak sama-sama ke hospital. Ya itulah. Lagi aku khabar’in yang kamu tak pakailah baju fit-fit macam yang lain. Pakai stokin. Gitulah. Tapi lepas tu Annas kata dia kenal kamu. Kenal banyak. Banyak yang gimana tu aku enggak tahulah, Sar. Tapi lepas solat Tarawikh tu, aku dengar dia ngomong sama Usamah. Aku dengar nama kamu dia sebut-sebut’in. Pasal apa tu, aku tak tahu Sar. Tapi sejak tulah aku tahu Annas ni sudah aim kamu, Sar. Hmm…”, Iman menghela nafas. Aku diam lagi.
“Iman, saya tak sukalah macam ni. Dia tu orang baik-baik. Siapalah saya ni yang dia nak pandang. Lagipun, macam tak logik je nak kahwin time ni. Belajar pun tak habis lagi. Orang Arab pulak tu. Takut saya dengar. Yang lagi tak bestnya, nanti kekok pulak dah kalau terjumpa kat mana-mana. Tak sukanya macam tu, Man. Tapi sungguh ni. Dia tu terlalu baik. Alim. Tak layaknya saya ni, Man.” Aku menjawab jujur. Inilah yang aku rasakan.
“Sar, kamu pernah dengar enggak cerita seorang askar dengan seorang perempuan cantik? Aku banyak kali dah dapat dalam email. Pernah enggak?” Iman bertanya dengan serius.
“Tak pernah pulak. Macam mana tu?” Aku sangat berminat untuk mendengar. Kaki kiriku terasa berdenyut kerana telah lama berdiri di situ. Bertahanlah kaki. Aku tahu ada ilmu yang bakal aku pelajari dari kisah ini.
………………………………………………………………………………………………………….
Bersambung…
Nota: Saya jadi takut untuk terus meng-update cerita ini kerana saya takut dengan harapan/jangkaan yang terlalu tinggi daripada kamu semua tentang penyudahnya. Saya ni tak pandai menulis. Saya dah mula rasa kurang seronok untuk sudahkan kerana saya takut penyudahnya tidak memuaskan hati kamu semua. Tapi tadi saya menelefon rumah. Emak bertanya, bilalah saya hendak habiskan cerita Monolog Bersama Iman ni. Emak lebih berminat hendak mengetahui aktiviti cuti saya di Moscow. Emak kurang berminat dengan benda-benda alah bahasa ni. Jadi nak tak nak, saya kena menghabiskan secepat mungkin cerita ni supaya saya tidak berhutang lagi dan dapat pula saya menceritakan aktiviti cuti saya di sini yang sebenarnya biasa-biasa saja.
Esok emak dan ayah akan menghantar Kaklong ke Kuala Lipis. Kaklong akan menyambung Kursus Perguruan Lepasan Ijazahnya di sana (KPLI). Saya kagum dengan Kaklong. Bukan dia tidak ada kerja yang bagus. Gajinya setiap bulan besar dan dia juga ada ditawarkan bekerja di tempat bagus-bagus yang lain untuk meneruskan kerjaya Chemist/Reseacher-nya itu. Tapi, jiwa Kaklong adalah guru. Dua hari lalu, kami bermesejan. Saya tanya Kaklong apa yang buat dia betul-betul berminat menjadi seorang guru. Balas Kaklong semula:
“Kaklong suka mengajar. Kaklong nak bagi budak-budak pandai Sains. Pandai English. Tak semua orang untung macam kita Ngah. Kaklong nak jadi macam Cikgu Sali (seorang cikgu kami ketika menengah rendah yang sangat berdedikasi) dan macam Cikgu Liza waktu Kaklong di Ihsan yang buat Kaklong jadi minat sangat dengan Kimia. Dan yang paling penting, Kaklong nak jadi macam Emak. Emak idola Kaklong, Ngah. Awak pun tahu macam mana Emak sangat suka mengajar.”
Kaklong, Ngah sayangkan awak. Ngah kagum dengan semangat awak yang tak pernah jemu belajar. Endlessly! Ngah doakan awak terus cemerlang di Kuala Lipis nanti. Terus cemerlang macam awak yang dulu. Ngah doakan sungguh-sungguh. Awak contoh terbaik untuk kami semua.
ah.. apa crita askar dgn pmpn cantik tu? sarah, update plis!
Reply
lekas2 update. dh nak abis je ni kan? (^^,)
Reply
Salam Sarah,
Bagus cerita ni. Lelaki Arab? Better not. Alim macam mana pun, still ada ranjau berduri dalam perkahwinan campur ni. =)
Reply
ayat kak long jadikan aku sgt terharu. hanya cikgu yg faham jiwa cikgu.
Reply
Salam Sarah..Moga baik-baik saja..
Baru beberapa hari tak bukak page Sarah, dah penuh dah segala cerita. Actually tak tau pon kamu nih menulis..nnt nak baca semula dari episod satu lah..
Bagos juga update mase2 kamu coti-coti moscow kamu itu..
Semalam,tertengok cerita ‘Moscow Heat’,tapi tengok permulaan je. Dan terlihat St.Basil,Kremlin..saat itu,teringat kat awk Sarah,huhuhuh..
thanx yer dgn tips kamu tu,insyaALLAH,dijadikan amalan harian.Waa,mesti KakLong awk tuh terer Chemistry,dan insyaALLAH anak murid die akan rase teruja belajar dgn KakLong..
Reply
Salam teman.
sy pun nak jadi cikgu. klu di kpg (Muar), ada port utk ngajar budak2 sana. seronok.
jgn takut utk habiskan cerita. sbb cerita ini kamu yg punya. pandai2 la pembaca nak buat kesimpulan sendiri. kan?
jaga diri baik2.
peace~
Reply
salam kak sarah
kalau rasa tak selesa, abis kan je la citer tu… ^^
waa.. baiknya kaklong. do something for the passion, not for the money. kem salam kat kak long? hehe
*dengar cite org arab panas baran*
*huhu. takut*
Reply
salam sarah,
sis pon kagum dgn kaklong sarah bila baca msg yg kak long sarah beri pada sarah.sbb zaman skang tak semua yg masuk KPLI kerana nak bekerja tetapi kerana desakan tiada kerja.tapi kak long sarah sanggup melepaskan gaji yang tinggi kerana benar-benar ingin mendidik.dan kamisemua akan sentiasa menunggu sambungan…
Reply
wah mau bikin suprise..
sebab tulah saya tak nak jadi cikgu walaupun parents memang pendidik yang disegani.saya takut jadi lumpur yg memalit kesucian profesionalism guru,ehe lagi pun budak2 skang ni bleh wat my blood goes upstairs kalau tak kena gaya
Reply
salam
hmm, citer askar ngn pompuan cantik? xpernah dgr mahupn dpt dlm emel pn…lain la kalu citer fahri ngn maria, aisha dan nurul….hehe
Reply
kem slm ngan kak long yew,ngangah.
ahaks!
respek gak neh. hiks!
cpt2 lew abeskan sarah.
ryn agik bminat ngan sarah mohd shukor ini drpd si sar/sarah dlm monolog bsame iman..hehe!
Reply
Salam buat semua.
Anon 1:
hehe.. sat ye. ni tgh nak mengupdate ni.
Anon 2:
memang dah nak abis dh. ngeehee~ terlepas hutang!
Hawa:
yes i know that (mcm ada pengalaman je sy ni. huhu).
Cikgu Jawe:
sy pun terharu baca msg dia. rasa mcm bergenang je mata. cikgu, sy pun faham jiwa cikgu2 sekelian 🙂
Aiza:
sy takdelah menulis apa sgt pun. menulis utk suka2 diri sendiri bila tgn ni gian. hehhe. kalau rajin, bacalah. takde apa yg menarik pun cerita ni. doa tu kita amalkn sama2 ye. kalau ada kwn tnya, nnti awk boleh kongsi2 dgn diorg jgk kn 🙂 jgn monday blues aiza!
Aiman:
ks penah jd english teacher lepas abis SPM. nak ngajar Math sebenarnya tp guru besar tu suruh buat special tuition utk year 6. dia kata, kalau kita ada ilmu tu, jgn sia2kn kat bidang lain. kita kongsi ilmu tu utk kasi pd yg lain. terima kasih atas semangat tu, teman!
Reply
Khairul:
haah. org arab ni baran sikit. tu sebabnya ks tak mau (akak gelar diri KS la ok. dh biasa dgn nama KS) 🙂 ok. ni tgh nak update ni. nak kasi abis terus. tak larat dh.. huhu~
Sis Honey:
tu sbb dia idola sy. sbb semangat dia tu. satu je yg tak best bila dia dh ke lipis ni nanti. kalau sy balik cuti, takde kereta utk sy guna kat rumah bila mak, ayah dah gi kerja naik keta masing2. uwaaa… patah kaki la sy duk rumah tak ke mana. huk huk. ok. ni sy tgh nak update. sat ye 🙂
TiangPurnama:
oo. mak ayah pun cikgu ke. bagus2. jgn kita pilih nak jd cikgu ni semata-mata sbb dh takde pilihan kerja yg lain. at least, sy respect dgn pendapat awk utk tak merosakkan profesionalism kerjaya ni kan 🙂 blood goes upstairs? my blood prefers the lift. hehhe :p
Anon 3:
ewah~ siap berayat-ayat cinta plak ye 🙂 tau la yg sy letak tu salah satu lagu OST AAC. hihi. sat ye sy updatekn ceritanya.
Ryn Ku-Sayang:
Nanti sy sampaikan. sy kata drpd peminat nan yg melepas.. hahha. ala ryn. sarah mohd shukor ke, sar ni ke, ks ke, sama je. tak sabar nak abiskan hutang sy pd pembaca semua. yahuuu~
Reply
wahhh..buleh terbitkan novel nih
Reply
aduhh..salah plak..baca entri atas dulu baru baca yang ni..rosak feel..hahahaha..
Reply
Selamat belajar semula cik siti fatimah 🙂
Moga kakak Sarah sukses deh! 🙂
Reply
sarah, saya cadangkan awak cuba terbitkan cerita monolog dengan iman ni. baru best baca ~~
Reply
Arsaili:
bro, takde la. ni saje2 je ni.
Kak Inah:
oh yeke? hehe. sian kat akak. sy ni tiba2 je rajin update kerap skit. malas dh nk tangguh2. hehe.
Cik Ati:
sy mewakili cik siti fatimah yg sebaya cik ati mengucapkn terima kasih byk2 atas doanya itu 🙂
Sarah:
huuu.. nak terbitkan plak.. takdenya lah sarah. sy tulis suka2 je ni. huhu
Reply
hehe.. maap lah sarah.. sy bc yg atas dl baru bc yg nih ha..rs pelik plak effect nyer.. sy rs kan srh, btl lah iman ckp.. awak ada lah sket mcm si askar tuh.. hihi.. x kisah lah apa org kata. yg penting awak puas hati n ada org gembira dgn cerita yg awak tulis.. kira ok lah tuh..kalau org ada high expectation.. meaning ur story got whats it takes!its truly a gift tau.but dont let it get to ur head.(but i’m sure iA u wont.)
Reply