Monolog Bersama Iman (Finale)
Episod lepas: i-viii
Episod lepas: ix
Episod lepas: x
“Ni cerita betul ke Man?” Aku mencelah.
“Betul ke tak, itu lain kira, Sar. Dengar’in dulu sampai sudahnya.” Iman menyuruhku bersabar dahulu. Aku kembali membuat muka tekun.
“Sebelum pergi ke medan perang, laki ni janji dengan diri sendiri, habis perang, dia akan melamar perempuan ni. Dia tak mahu terlepas lagi dah. Dia dah lama tunggu. Jadi habis perang, itulah niatnya.” Aku terangguk-angguk mendengar dan membayangkan.
“Takdir Allah, dalam perang tu, laki ni terkena periuk api. Dia terselamat tapi kaki dia kena potong sebelah sebab hancur. Yalah. Periuk api. Dahsyatlah kan. Dia kena hantar balik ke kampung dia semula dan khidmat dia dengan tentera hapus sudahlah. Udah cacat kan. Sudah terkecuali daripada peranglah.” Iman berhenti seketika.
“Sejak dia duduk di kampung semula, dia dengar cerita perempuan yang tadi udah habis belajarnya di sekolah tinggi. Dia lagi amat gembiralah bila tahu tapi jadi sedih sebab dia sudah cacat. Dia rasa, budak perempuan ni mesti enggak mahu sama orang cacat gaya dia. Udahlah cacat, apa mahu dikasi makan pakai nanti, kan. Dia lagi rendah dirilah dengan diri dia yang kurang tu. Jadi, dia solat-solat minta petunjuk. Petunjuknya baik tapi dia tetap enggak mahu terus’in niat dia tu.”
“Alahai, pulak dah.” Aku menyampuk mengekspresikan rasa terkilanku.
“Sampailah satu sore, adiknya pulang dan khabar’in dia yang perempuan ni akan menikah esoknya tu. Keluarga laki ni dijemput ke walimah kecil-kecil tu. Ya, luluhlah hati laki ni. Tapi dia kuatkan semangat. Dia khabar’in hatinya, ni hikmah dia tidak melamar tempoh hari. Kerana barangkali perempuan ni udah ada calonnya. Ya, itulah laki ni fikir’in.”
“Esoknya, laki ni dan keluarga dia kunjunglah sebentar ke walimah tu. Laki ni dah redha yang memang perempuan itu bukan jodoh untuk dia. Tapi bila dia lihat siapa si suaminya, laki tu jadi sangat terkejut dan menyesal banget enggak ikut’in petunjuk yang dia dapat. Dia nyesal, Sar. Nyesal banget! Dia lalu nangis di bahu adik dia, Sar.” Iman berhenti di situ.
“Kenapa? Kenapa dia nangis? Dia sayang lagi ke pada perempuan tu?” Aku tertanya-tanya dengan sangat. Aku tahu pasti ada sesuatu yang diluar jangkaan akal lelaki itu.
“Sar, calon suami perempuan ni kudung dua-dua kakinya, Sar. Dua-dua belah! Dia duduk atas kerusi roda, Sar. Dia parah dalam accident mobil, Sar. Dan waktu perempuan ni nampak laki ni tadi datang ke walimah dia dan dia nampak laki ni merah matanya, perempuan tu pun tunduk dan menangis. Kamu tahu, Sar. Sebenarnya, perempuan ni memang hajat’in laki ni jugak. Cuma dia tunggu udah terlalu lama dan laki ni pulak udah give up sebab dia cacat. Udahnya, bapaknya terima aja pinangan orang yang baik agamanya untuk anaknya tu, Sar.” Lirih Iman menyudahkan ceritanya itu.
Aku diam saja. Aku agak terkejut dengan kesudahannya. Dan yang lebih penting, aku tidak dapat mengelaskan pada kedudukan siapakah Iman mahu meletakkan aku dalam cerita ini. Tapi yang pasti, aku tidak sedikitpun memberikan komen. Aku diam saja. Aku berfikir dengan dalam. Selepas seketika, aku bersuara.
“Man, saya yang mana satu awak maksudkan? Si askar ke, perempuannya ke, atau suami yang kudung tu?” Aku diam sekejap. “Kalau saya ada dalam tempat perempuan tu, saya akan bagitahu ayah saya terus terang saya tunggu orang lain. Bukannya seorang perempuan tak boleh menyatakan hajat. Tapi kena betul caranya kan.” Aku melepaskan keluhan di hujung ayat. Aku sedang kuat berimaginasi, cuba meletakkan diriku dalam ketiga-tiga watak.
“Kamu si askar kudung sebelah tulah, Sar. Cepat sangat deh kamu rasa kurang. Sedangkan kurangnya sikit aja. Kalo laki tu fikir’in dalam-dalam, ikut petunjuk solatnya tu, cuba dulu sebelum terus give up walau dia tu kudung, perempuan tu udah jadi isteri dia dah. Tapi yalah. Cepat sangat rasa diri tak cukup itu ini.”
“Kamu Sar, janganlah rasa kurang itu ini dari si Annas. Janganlah banding’in dia alim, warak, beriman semua tu. Dia lihat kamu perfect untuk dia. Dia tak pandang yang lain. Di mata dia, abang dia, aku, kamu udah cukup sifatnya. Usamah setuju loh Annas mahu nikah’in kamu. Susah tu mahu abangnya tu kasi green light, Sar. Rendah-rendah gaya ni cukuplah tu untuk Annas. Paras bahu dia apa, Sar.” Iman ketawa.
“Iman! Sempat lagi tu dia ni. Ish. Iman, saya sungguh-sungguh tak nak dan kalau boleh tak nak tahu dari awal pun pasal ni. Susah Man. Saya ni nampak je macam ni tapi saya tak tipikal macam tu. Saya bukan nak kata ni style orang yang tipikal ke, konservatif ke, apa ke. Tapi cuma sebab saya rasa ni belum masanya. Dan kalaulah tadi awak kata saya duduk dalam tempat askar kudung tu, saya nampak ada satu benda yang tak sama. Saya belajar lagi. Askar tu dah kerja. Sedangkan askar tu sendiri pun sanggup tunggu perempuan tu habis belajar dulu baru dia nak melamar. Saya fikir pasal banyak benda, Man. Tapi paling senang nak cakap, saya fokus dengan title student lagi ni. Sungguh saya tak nak, Man.” Aku meletakkan kata putus dengan mengkiaskan tanggung jawab sebagai pelajar menjadi alasan.
“Dan saya rasa, mak ayah saya pun tak nak berjauhan dengan saya sampai ke Syria nun. Jauh tu, Man. Dan saya sendiri tak terfikir pun pasal kahwin-kahwin semua ni sekarang. Please, Man. Cakaplah elok-elok pada Annas ye. Please…”, aku memujuk Iman supaya memahami situasiku. Aku sebenarnya tahu di mana pendirian Iman dalam hal ini. Bukan sehari akan mengenali dia. Bukan sedikit rahsia dia yang aku ketahui. Tapi aku tahu Iman juga rasa bertanggung jawab untuk menyampaikan yang terbaik bagi pihak Annas.
“Sar, kamu kenal aku kan. Aku faham sangat deh. Aku pun takut sebenarnya mahu ngomong sama kamu. Aku takut lepas ni kamu enggak percaya sama aku lagi. Tapi udah kebetulan Annas minta aku nolong dia. Usamah pun kata please sama aku. Jadi aku cubalah. Sar, aku sekarang jelas banget apa kamu fikir. Aku faham tu. Tapi untuk kata tak nak pada dia, aku rasa baik kamu kukuhkan alasan dengan istikharah, Sar.”
“Maksud awak macam mana tu?” Aku membalas.
“Aku akan tanya lagi sekali keputusan ni lagi tiga hari. Kamu dahulu’in dengan istikharah. Lalu nanti aku tanya’in lagi sekali, kamu bagi jawapan ikut istikharah. Aku yakin, kamu buat keputusan ni kerana kamu rasa Allah ada rancang yang terbaik untuk kamu, Sar. So, mesti Allah tu maha adil untuk kamu, Sar. Mesti istikharah tu sebelahi kamu nanti. Yakinlah tu, Sar. So, nanti kalau aku khabar’in Annas yang kamu nolak dia, kamu ada alasan yang baik yang datangnya dari Dia kan”, sudahi Iman sambil jari telunjuknya lurus menunjukkan ke atas sana. Aku mengangguk. Faham dan jelas. Dan terharu kerana Iman memahamiku dan cuba untuk meletakkan penolakkan itu nanti dalam keadaan yang murni. Terima kasih, Iman. Pendapatmu benar-benar pendapat seorang yang bergelar sahabat!
“Terima kasih, Man. Terima kasih.” Aku sudah tidak tahu apa untuk dikata.
“Loh, jangan nangis pulak Sar. Aku tak tolong apa-apapun ni. Aku pun lagi tersepit ni. Tak ditolong, Annas tu kawan aku. Yang di sini tak dipertimbangkan, kamu sahabat aku, Sar. Dulu, kamu yang banyak nolong aku. Ni aku nolong mana yang dapat aja. Udah-udah. Kamu jangan riso la, Sar. Ni Iman ni.”
“Iman dut!” Aku laju mencelah untuk menceriakan semula suasana. Dut. Singkatan kepada perkataan gendut yang aku namakan padanya kerana satu masa dulu di depan pegawai-pegawai Kedutaan Besar Indonesia, dia pernah memalukan aku dengan memanggil Sarah mut. Mut itu singkatan perkataan imut. Yang maksudnya comel seperti budak-budak. Bising seketika majlis berbuka puasa itu gara-gara kecohnya mulut Iman. Iman Al-Wahdy yang sentiasa disenangi ramai walau di mana dia berada.
“Ok, Sar. Aku pulang dululah. Kamu udah-udah fikir’in pasal ni. Serahnya pada Allah. Dia lagi tahu kamu. Kok tapi kalo udah solatnya tunjuk yang baik-baik, nikah ajalah, Sar. Aku untung makan nasi walimah kat sini nanti.” Iman tergelak. Gelak yang cukup besar. Agak bengang juga aku dengan kesimpulan mudahnya itu.
“Heh, apalah dia ni. Ada ke macam tu pulak. Huh, takde maknanya, Man. Ni sarah ni. Tak nak maksudnya tetap tak nak, ok.” Aku menegangkan muka. Kononnya aku geram dengannya.
“Yalah, yalah. Aku joking la, Sar. Ok, aku pulang dululah, Sar. Lapar ni. Nanti kamu masak, tak dapat punyalah hari ni.“
“Man, kalau hari ni turn saya masak, dah lama saya kasi sikit. Tapi hari ni turn housemate saya masak. Diorang ada potluck kejap lagi. Lain kali ye. Ni janji ni.” Aku mengangkat tangan kanan tanda berikrar.
“Ok. Deal ya, Sar. Aku tunggu. Haha. Makan free aku nanti. Baguslah gini, Sar.” Iman terus gelak.
“Iya, iya. Saya ingat ni. Nanti dah masak nanti, saya roger awak suruh datang ambik kat sini ok.”
“Ok, beres. Oklah. Aku balik dulu. Tenang ya. Aku tau apa doa kamu tu, Sar. Aku doa’in sama. Balik deh. Assalamualaikum.”
“Terima kasih, Man!” Aku sungguh-sungguh memaksudkan ucapanku itu. Dan salamnya kusambut perlahan. Pintu kubuka dan melangkah masuk bersama tabung derma itu menuju ke bilikku. Dari pintu dapur yang sedikit terbuka, bau masakan yang harum menusuk hidung membuatkan perutku berbunyi-bunyi.
Di bilik, aku lihat Fareena sedang menghadap buku. Menyalin nota barangkali. Aku menghampiri. “Pena, KS ada cerita nak kongsi ni. Kamu free?”
Seperti biasa, Fareenalah orang pertama yang akan kukongsikan kisah-kisah hidupku.
“Free je. Ni tengah salin note Russian Class je. Esokkan saya ada Russian je.” Fareena kelihatan bersungguh. Aku duduk di atas katilnya sambil meletakkan tabung di atas riba. Aku mencari punca cerita yang terbaik, supaya Fareena tidak pelik dan tiada siapa akan terpekik. Dengan suara yang perlahan dan penuh hati-hati, aku menceritakan segalanya pada Fareena.
“KS!!!!” Jerit Fareena. “Jangan, KS! Saya tak nak KS kahwin dengan dia. Just not yet. It is not you! Orang Arab pulak tu. Jangan, KS!” Fareena setegas-tegasnya mahu aku menolak.
“Iya, iya. KS memang tak nak pun. Kamu ni pun. Kasilah KS cerita sampai habis dulu. Ni dah jerit dulu. Nanti yang lain dengar, matilah KS. Aisshh….”, aku bersungut semula sambil menepuk lembut lututnya. Selesai aku menceritakan keputusanku dan Fareena yang berpuas hati dengan cadangan bernas Iman, aku melangkah ke tandas untuk berwudhuk.
Aku menunaikan solat Isyak diikuti istikharah. Aku berdoa, tiga kali dalam masa tiga hari sudah mencukupi untuk meyakinkanku dengan keputusanku ini, Insya Allah. Selesai menyimpan telekung ke dalam almari, aku menuju ke katil. Jam sudah hampir ke pukul 9.55. Di luar bilik kedengaran suara adik-adik rumahku sedang bersiap-siap untuk majlis potluck mereka. Aku masih belum makan apa-apa hari ini. Tapi badanku terlalu letih.
Aku wajib tidur sekarang. Jam 2 nanti aku perlu bangun untuk studi. Aku wajib. Subuh akan menjelang jam 4.15 pagi nanti. Musim sejuk memang begini. Waktu solat jauh bezanya dengan waktu lazim kita di Malaysia. Sebelum naik ke atas katil, aku menyusun buku-buku yang hendak kubaca apabila bangun nanti. Dua buah buku rujukan Surgery dan Therapy. Cycle Surgery dan Therapy akan bermula pada hari esok.
Perut terasa sangat lapar. Tapi aku nekad untuk terus tidur. Katil kunaiki, dan lampu kupadam. Dalam gelap bilik, aku memandang langit menerusi tingkap.
“Terima kasih Tuhan atas nikmat persahabatan yang kau berikan padaku dan terima kasih Tuhan atas nikmat ujian yang Kau berikan ini. Dengan ujian ini, aku mohon Kau tambahkan nikmat iman ke atasku. Dan aku mohon monolog iman hatiku ini benar dan keputusanku datangnya diiringi redha-Mu. Amin…”
Tamat
………………………………………………………………………………………………………….
Nota: Inilah kisahnya Monolog Bersama Iman. Saya minta maaf atas gaya penulisan dan penyampaian yang tidak baik. Saya bukan penulis amatur apatah lagi profesional. Saya memang ada menulis beberapa buah cerpen tapi ini kali pertama saya berkongsi secara maya. Saya tidak tahu apa pendapat kamu semua bila sudah membaca hingga ke penyudahnya. Mungkin ada yang kata, tidak nampak pengajarannya pun. Tidak nampak kemuncaknya di mana pun. Tidak nampak apa-apa signifikasinya pun. Saya minta maaf atas segala kekurangan dan kejemuan yang saya bawa di sini. Terima kasih kerana tetap sudi membaca dan memberi komentar. Jika ada yang kurang bersetuju dengan gaya penulisan, bahasa, tindakan atau kesimpulan yang saya buat dalam cerita ini, sudi-sudilah menegur saya. Saya terbuka dan boleh menerima teguran.
Nota appresiasi: Terima kasih Iman Al-Wahdy, Abang Khairil Idham (K.I), Emy, Fatt, Wanie, Diba dan Pena yang mewarnai hidup saya pada hari itu. Dan menjadi sumber saya menulis. Buat Annas, terima kasih kerana melihat diri ini istimewa. Dan maaf kerana terpaksa menolak keistimewaan itu. Maaf dengan sangat.
Nota gembira: Yeay~ Akhirnya hutang saya terlah terbayar. Alhamdulillah. Nak buat nescafe panaslah untuk raikan. Hehe. Ada yang mahu minum dengan saya? π Mari kita lihat siapa yang akan mengomen dulu kali ini *kenyit mata sikit!*
Salam. sy org 1st! cerita yg inspiring sebenarnya. cuma Iman yg dimaksudkn tu Iman Al-Wahdi ke atau Iman dlm hati? monolog dgn iman mana satu? jelaskn skit. sy tak biasa baca novel2 ni tp cerita ni sy layan la. boleh tahan gak. bagus bagus.
p/s: pengajaran yg sy dapat – KUDUNGKAN dua-dua belah kaki utk dpt kawin dgn perempuan baik agama dan budi. yeay (^^,)
Reply
slm, waaa tak dapat jadi org first,huhuhu…:( hehehe..bagus skali ceritanya sarah..suka bila ada perkataan gendut tu,hehe..sypun dah jarang gunakan skrang,kekekke..kekadang benda detail skit camtu mmg bleh gambarkan ketelitian seorang penulis tau..:)
salah satu pengajaran yg cantik tang solat istikharah..sbb mmg kit akena berusaha dulu barulah berserah kepadaNya..:)
Dalam gelap bilik, aku memandang langit menerusi tingkap…tiba2 ternampak acai sedang terbang,hahahaha…:) nak solat dan balik dulu sarah..
Reply
Salam………….YEAY,YEAY,YEAY (100x):)=
Reply
salam..orang ke empat nampaknya =P
anyway, suka ending cite ni =)
cerpen seterusnya plak =D
Reply
la..ingat first dialog Sar yg bercerita…cerita besst boleh la layan,siap tebayang budak anas tuh, may be sebab menjunam ke finale..err askar tu kan,mmmm
Reply
Nota appresiasi: Terima kasih Iman Al-Wahdy, Abang Khairil Idham (K.I)
lalu cik rynn tersengih2.
muakakkakakkaka !
yess ! abes pon akhirnyer.
bukan ryn x suke cerpen merpen neh.
tp rynn mau tau ape la yg dbuat oleh cik sarah shayang dikale cuti.
rindu2an sama sarah π
Reply
xde kepentingan tp just nk tinggl kan kesan saye da bc juge!!hehe
but yg istikharah tu,mmg bgus btol la..saye tabik spring toink2 dgn ketegasan akak..kalo saye,clap2 cair gak jdnye bile tbe2 org nak lamar hehehe hahaha..keep up the good work!
-japan-
Reply
huhu.
sy tak faham mengapa annas tu mau kahwin cepat-cepat. kan tanggungjwb sebagai suami isteri itu lebih berat. dan kalau tak habis belajar lagi… apa yg ada?
ermm… maaflah sy bertnye nih… mengapa annas tu nak kawin cepat2? nafsu semata ke? atau ada sebab lain?
maaflah lagi sarah. tp sy tak faham akan keputusan dia nak wat awak sbagai isteri. hehe.
by the way, good job novel nih! best. π
Reply
salam
wah, xsangka lak ek ks pernah dilamar! terasa masih muda lagi dan belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami/isteri yang sungguh berat(bagi saya la). ilmu pn masih banyak kurang, terutamanya ilmu agama dan keluarga. saya bersetuju dgn tindakan ks itu.
pepun, cerpen ini menarik bagi saya, tambahan pula ks menulis cerpen ini dlm kesibukan belajar. hmm, xbley la puji lebey2, ks xsuka dipuji kan…^^,
Reply
Salam Sarah sayang..
Habis dah..
Lepas ni buat cerita lain pulak ek π
Cerita cinta di pelantar minyak ke kan kan kan?
Hahak!
*cepat-cepat larik balik rumah*
Reply
***tersenyum*** π
cinta di tanjong lobang sambil merenung pelantar minyak..
waaaaaaaaaaaaaaa… larikk ikut cik ati..
Reply
Salam buat semua:
Anon1: (adeh.. ramai betul nama2 anon nih. hihik)
ni monolog bersama iman di hati sebenarnya. nak buat keputusan yg rasional n matang. iman kena tau bezakn knp kita tolak dia. bukannya sbb dia tak hensem ke, tak pandai ke, miskin ke. tp sbb kita tahu yg mana prioritinya. klu dgn iman al-wahdy tu akn jf dialog. bukan monolog dh. hehe. hep. mana buleh kudung2kan kaki kamu tu. tak comel la nanti. ingt. tak semua org hati mulia mcm perempuan cantik tu tau π
kalaula sy tau sape ni, sy dah nak kasi hadiah sbb jd org 1st. tp sayang.. sy tak tau sape ni. hihik π
Faisal:
takpela tak jd yg 1st pun. awk pun bz smlm. gendut tu zaman kecik2 dulu ada la guna perkataan tu. skrg dh tak guna sgt dh. tp nak guna boleh je. contoh ayat: acai gendut. hihihihik. sy pun belajar smthg bab istikharah tu. nasihat iman betul2 buat sy sedar sepatutnya kena kena minta petunjuk Allah jgk supaya keputusan tu yg terbaik. bukan skdar ikut suka π
patut la mlm tu nampak ada benda bulat terbang. acai rupanya. eh, lg pun, tak kenal lg wkt tu acai π
Anon2:
yeay yeay yeay π
Reply
Kak Inah:
terima kasih kak. next tak tahulah bila. kalau sy rajin, ada la. kalau malashhh tu lebih, lain thn la kak π
TiangPurnama:
awk terbayangkan muka annas ke? hehe. muka dia ala sami yusuf skit. cuma rambut dia lg hitam n dia kurus je, sedang2. huhuhu. knp dgn askar tu?
Ryn ku-sayang:
wah wah wah π ryn blushing lg. sy faham maksud awk tu. ok. ni dh abis dh. so next akn cerita psl aktiviti kt sini. tu pun klu rajin update. *wink*
Reply
hehe..haha…huhu…ks dilamar…kehkehkeh…kuikuikui…haha…x tau nk kta apa,cma gelak aja….hehe… ;D
Reply
Anon3 (Japan):
ks tabik spring jgk la kat kamu sbb tahan baca cerita ni. hihi. klu org kita tgk, ada yg cair kot. huhuhu.
Athirah Si Birthday Girl yg Sweet π :
pasal annas tu, umur dia dh 26 thn ni (thn lepas wkt cerita tu jd, dia 25 la). dr segi duit, sy rasa dia mmg takde masalah. anak duta camtu la. ayah dia pun galakkan dia tiga beradik tu kawin. pasal nafsu ke tak tu, actly sy rasa tak. sy kenal diorg ni n iman sndiri pun terangkn knp. yg dpt sy simpulkn, dia ni alim sgt. jaga mata. tp minah2 arab yg ada ni mcm menggedik la nk kat dia. dia rasa kurang selamat la. sbb antara 3 beradik ni, mmg annas paling hensem. mmg hensem betul dia tu. hehek. apapun, thnk u tirah. n happy birthday! muah muah!
Anon4: (sungguh! ramai yg suka guna nama anon je ye) π
apa2pun, lamar2 ni sume cite lama. dh tak ingt dh. hihi. tu la. main reason ks sbb ks fikir pasal tngjawab. n ks mmg taknak kawin org arab pun! huuu.. ks nak org melayu kita jgk. or org malaysia la yg tepatnya. hehehe. *malu ai*
oh.. kamu mmg pandai! ks malu bila org kata cite ni best padahal ks rasa tak best langsung. haha. bagus kamu ni ye π
Reply
Cik Ati:
waktu cik ati kasi komen ni, sy tgh calling2 dgn faaiqah. hihi. betapa jodohnya sy dgn dia, dua2 nak ke oman tanpa plan pun! ngeehee. cinta plantar minyak? adui la cik ati ni. tak abis2 lg ye. nnti sy akn buat kalau ada org pelantarnya. ngahaha.
Cikgu Jawe:
tanjung lobang tu kat mana cikgu? tak penah dgr pun. ada pelantar ke kat situ? sy rasa mcm ada lubang je. huhu. tp sungguh. sy tak tau kat mana tmpat tu cikgu. haa.. tu nak lari ke mana tu? aishh.. dua2 ni sama je :p
Faresya:
huhu hihi haha..ks pun nak gelak jgk la π
Reply
Wah Sara!!!
i’m not suprised to read that a lot of lelaki2 hensem jatuh hati kat adik sarah ni ! hehehehe…
skali skala tukar kak sarah jadi dik sarah ek
anyway, that’s a good story
bole simpan sebagai kenangan indah kat sini nanti..
pastu citer kat anak2 .. π
Reply
uish…cerita ni rasa mcm realiti gila ah ding dong pny…
teringin sy nk kenal dgn cik iman ni…
Reply
salam.. sarah… sy suka sgt cerita nih.. smp 2wards the end.. rs terharu.. pasai pa tah.. definitely nak awak submit citer nih!!!! sy sokong awak >200%!! tulis citer lg yek??? plizzzzzzz(sambil wat muka comei.. ^_^)
Reply
Salam KS,
nak dengar pengakuan jujur x?
ekceli, masa dah habis baca tu mcm nak post komen utk suruh sambung lagi. pastu bile baca komen2 yg len, baru sedar, ni episode final. waaaaa!!!!
cerpen ni, ada momentum. smpi sy pun terkena daya yg ada.
dan gwa suka bangat!!!
ok lah, semoga rajin2 menulis lagi.
bertemu lagi di lain siaran.
sekian, terima kasih. =)
Reply
Salam ziarah.
Tahniah.
Ni kisah benar ke?
Jadi, Iman tu, manusia bernama “Iman” atau Iman as in Iman?
Maaf, fikiranku bingung kok.
Reply
uwaaa…sedihlah crita camni… lepas ni tulis cerita hepi2 skit ek (mak su nak gi cari tisu sat).
Reply
hebat k sarah, sy ptg ni exam pun sgp singgah sini demi nak baca kisah k sarah dengan annas. k sarah doakan sy boleh jwb xm dengan tenang dan dgn jayanya ya..
i would belive.. lelaki melayu kita ramai lg kot yg hensem+ berwibawa π plus the locality, and way of life and culture- if u choose a foreigner, talk of all the major adjustments and sacrifices…
adakah k sarah cukup kuat untuk semua itu?
but (saving clause)..evething depends on yr istikharah, whatever u had done, i think its d right decision. insyaAllah.
-nabilah
Reply
kita minum dulu…jom sarah, acai blanje makan,hahaha..:P
Reply
Hannan:
erk.. apa plak mcm tu. ini sesuatu yg luar biasa n bukan biasa tau π huhu. buat sejarah cita kt cucu la plak ye. “cu, nek dulu dilamar anak duta syria.” ngahaha. ups. pandai awk buat sy gelak pg2 ni nan.
Yeop:
meh la 1 day dtg moscow. kenal sama iman π
Reply
Baiz:
trma kasih baiz. tak sangka plak malay stuff camni :p erm, abg tu pun suruh jgk hantar tp (erk.. pelik plak sy panggil dia abg.. saudara itu.. yes) sy tgk mood dulu π
Aiman:
jujur ke tu? *smuggling* as i always say, ks mmg tak tau bezakn puji2 jujur ke tak ni. ks terima apa kata kamu dgn sedikit muka2 was-was dgn niat akan baiki lg cara menulis biar sama hebat mcm kamu π sungguh! kamu punya lg bagus!
Alif:
sebelum jawab soalan kamu, ks nak tanya, kamu dh ingat semua yg kamu dh lupa dulu ke atau ada lg yg tak ingat sikit2? kalau kamu ada lupa2 lg, mari ks ingatkn. waktu ks mula2 tulis cerita ni dulu, kamulah org yg akan komen 1st sekali dan hari2 kita ym kamu tanya bila nak sambung. hope dgn info sikit ni dpt remind kamu apa yg kamu buat dulu2 around april 2007 π iman tu ks maksudkan as in iman di hati π kalau dgn iman al-wahdy tu, tu bukan monolog tp dialog π hehhe.
Reply
Maksu:
huhu. ni happy la ni bg sy :p maksu, maksu… π
Nabilah:
Oh, ada exam ke? All the best. i’ll pray hard for u insya Allah. betul tu. lelaki melayu kita pun ramai lg yg agamanya pun terjaga, berwibawa n yg baik2 yg lain. hihi π whatever it takes to sacrifice, 1 thing that i cant let go is lauk patin tempoyak n cicah timun dgn sambal belacan! kalau kawin org luar, tu antara major adjustment tu. hihi π well, i do believe Allah has planned better than what we did π
Faisal:
wes mangan wes. jom. sy tak breakfast lg ni. huhu :p
Reply
ohh sarah… terima kasih kerana berjaya menghasilkan cerita hebat ni! azah nak bgtau azah dah tukar url. url baru: genglanun.blogspot.com
Reply
Azah yg Comel:
trma kasih azah π actly, sy dh jumpa pun link baru ni.. muahaha :p jom memulakan hidup baru dgn lanun2 kita! :p
Reply
salam sarah..
alamak! pjg sgt cite sarah ni.. kene cari masa yg sesuai, baca dari mula, pastu sy komen ye..:)
sebnarnya, dah lama x menjenguk sini.. sorry..
nanti ada masa, sy bgtau kenapa.. mungkin..
Reply
Bercinta dengan iman membawa suatu pengertian yang menyembah sifat mahmudah untuk di’roh’ dan di’jasad’kan bersama….seperti….kita bermonolog dalam diri…bertanyakan perihal iman dan takwa yang menyembah zuhud dan khusyuk dalam rutin seharian….
Juragan
Reply
saya tak larat nak baca komen org lain…
saya baru jer baca cerpen nih… menarik tertarik ko memang gebong…
terima kasih keran berkongsi cerita..
si annas tuh sirian ka?? hihihi.. mujur tolak.. nanti kita cerita private apa kena ngan syrian…
Reply
kalau saya la kak sarah kan
saya tolak bulat2
sebab takkan saya nak kawen dengan lelaki arab
saya bukan gay
ehehe saje nak neyebok gak… ;p
Reply
Dr. Am:
Kalau ada masa bacalah. kalau x de pun x pe π sy pun jenguk2 di Kelmarin tu pun diam2 je. baca n x tinggal komen pun. hihik. mcm stalker je kn. oh? ada apa yg jd ni? waiting for ur story. rasa mcm dh tau skit2. sbb tempiasnya terkena pd sy jgk π
Juragan:
betul tu. infact, bila dh ada monolog dgn iman ni, baru kita sedar kat mana cacat cela yg kita dh lakukan. ibaratnya mcm muhasabah diri semula. thanks atas ingatan ni π
Umar Aiman:
gebong tu apa ye? sy tak tau. sy ni kan utara celup suam2 kuku :p usama bundle pun sy tak tau :p apapun, trma kasih. eh, ada cerita ke? ok. nnti sy roger smula bila sy free.
Khairul:
aisshh dia ni. nak jugak lg sebut pasal gay gay ni yek. bahaya tu tau~ nanti ada org baca tersuka plak dgn kamu yg comel ni khairul. huhu. ye. ks tau kamu bukan gay. ewah~
Reply
gebong tu ape?
boleh makan ke?
ks,
apela… org jujur ni, dia was2 plak.
klu ks was2 masa ambil wudhu’, ntah bape lama & bape kali laa ks amek wudhu’ kan.
jgn risau, pengakuan jujur sy boleh digunakan tanpa was2. mcm produk zaitun tu.
ngeh~
Reply
sy suke cite askar tu!=)
Reply
Salam.
KS, I really did that..?
Reply
Aiman:
ks pun taktau apa tu gebong. hehe. ok ok. ks dh tak was-was dh. terima kasih banyak2 Aiman π
Pena:
tu la.. ks pun belajar smthg dr cerita tu. take care kat sana nnti k.. im gonna miss u so much!
Alif:
yes.. u did.. u really did it.
Reply
hmm…r,um….yg penting saya tak kudung sebelah cam askar tu,hehe
Reply