Monolog Bersama Iman (ix)

Episod lepas: Sini

“Sar, kalo aku tanya, kamu jawab biar jujur ya.” Iman memulakan kata. Air mukanya kelihatan sedikit nakal dengan senyuman sejemput yang terkandung seribu makna. Aku tersenyum mendengar soalannya itu. Pasti ada sesuatu yang melucukan ni.

“Pernah ke saya main-main dengan awak ni?”, jawabku semula. “Tapi kalau soalan tu tak kena gayanya, saya tak nak jawablah ye.” Aku tergelak kecil kemudiannya.

“Aku serius ni. Aku senyum sebab aku terfikir apa kamu akan jawab’in nanti. Tapi kalo lagi enggak mahu, tak apa-apa. Cuma jawab jujur-jujur ajalah. Tu aja yang aku mahu.” Iman membulatkan mata kononnya hendak meyakinkan aku bahawa dia serius.

“Yelah, yelah. Ada apa ye? Pasal apa? Suspen je awak ni, Man.”

“Erm, Sar. Aku ni nanya’in bukan sebab aku mahu sibuk-sibuk. Kamu kenal aku. Bukan tak pernah kita discuss pasal hal ni dulu. Kamu tolong aku banyak dah.” Begitulah muqaddimahnya.

“Eh, yelah. Tapi pasal apanya ni?”, aku memotong kerana Iman meleret terlalu lama.

“Ok, ok. Sorry, Sar. Kamu ni udah ada yang punya enggak? Aku serius mahu tahu ni! Aku ada berita mahu nanya’in ni. Aku serius sungguh-sungguh ni!” Aku tergelak kecil selepas Iman bertanya. Iman oh, Iman. Tidak sangka pula soalannya berkaitan status diriku.

Memang aku dan Iman selalu sahaja berkelahi mulut tentang hal ini. Kadang-kala, falsafah cintanya pelik. Aku selalu membangkang. Bila aku pula memberikan pendapat, dia pula membangkang. Tapi tidak dinafikan, ada banyak juga persoalan yang kami sehaluan dan sefahaman.

“Oh, la. Ingatkan pasal apalah tadi. Awak ni Man. Tak habis-habis lagi nak ungkit pasal hari tu ke? Saya dah lupa dah pasal tu. Tak ambil hati sikit pun.” Aku menegaskan tanpa menjawab persoalan pokok yang diajukan.

Kira-kira seminggu yang lalu, ketika bertemu di dewan kuliah untuk subjek Radiology, kami duduk bersebelahan. Ketika itu, Iman terlihat aku membaca sebuah novel Inggeris bertajuk I Woke Up Married. Bermula dari situ, kami berbahas tentang sanggupkah kita berkahwin dengan orang yang tidak dikenali. Penat aku dikenakan bertubi-tubi oleh Iman dek kerana jawapanku yang dia tidak berpuas hati.

Kataku, apa salahnya kalau tidak kenal sangat pun dengan pasangan itu kerana selepas berkahwin, bolehlah belajar untuk mengenalinya dengan lebih. Sejujurnya, aku sekadar berbasa-basi memberikan pendapat itu. Sekadar cukup syarat aku memberikan respon pada soalannya. hakikatnya, aku rasa untuk membina sebuah ikatan perkahwinan, biarlah kita kenal hati budinya dengan jelas supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak terjadi dipertengahan jalan di kemudian hari. Memang betul kita boleh mengenali pasangan dengan lebih selepas berkahwin tetapi akhlaknya walaupun bukan warna sebenar telah dapat kita hadam untuk diterima sebagai pasangan hidup. Menyesal aku kerana menjawab ala kadar padanya. Sudahnya penat aku dibebel Iman ketika waktu rehat sesi kuliah Radiology itu.

“Sar, aku lagi serius ni.” Iman menekanku semula.

“Ish. Saya takde siapa-siapa lagilah, Man. Ni kenapanya ni? Iya-iya je serius. Nanti saya juga yang kena bebel hentah apa-apa lagi. Jadi kaunselor jelah Man.” Aku menjawab sambil terkekek kecil memeluk tabung kutipan derma itu.

Iman mengacah dengan menjegilkan matanya. “Tidak main-main tidak boleh apa dia ni”, sungut Iman kemudiannya dalam slanga Indonesianya yang pekat.

“Sorry, sorry. Iya Man. Saya single je lagi. Takde oranglah yang nak pandang saya ni pun. Lagipun, siapalah yang ada sangat kat Moscow ni. Eii… Kenapanya tiba-tiba tanya pasal ni?” Aku mula berubah melihatkan air muka Iman yang separa serius. Aku bukannya apa. Kalau aku mengambil serius soalannya itu, alih-alih nanti dia akan mengenakan aku pula. Serik aku. Sifat Iman itu sudah aku hafal sejak kami mula rapat 3 tahun yang lalu.

“Sar, kalau Annas mahukan kamu, kamu mahu enggak?” Tanya Iman dengan serius.

“Ha. Annas mana ni? Mahu yang macam mana tu?” Kaget juga aku mendengar soalan Iman. Ikutkan hati, bertubi-tubi soalan yang hendak aku ajukan. Tapi kata akalku, rasional dan bertenanglah.

“Mahu ambil sebagai isterilah. Ya ampun. Mahu apanya lagi kalau udah laki namanya, Sar.” Iman mengucap panjang dengan soalan bodohku. Bodohkah soalanku? Aku rasa tidak. Aku mahukan penjelasan saja.

“Tapi Annas mana ni?” Tanyaku semula.

“Itu Annas yang duduk di situlah yang ada abang dan adiknya sekali tu, Sar!” Iman menunding ke arah pintu rumah Annas yang bertentangan dengan pintu rumah sebelahku. Hampir saja dengan rumahku. Aku merenung pintu itu dengan diam. Cuba membayangkan wajah Annas yang hampir setiap hari beriringan denganku menuju ke hospital. Wajahnya putih bersih dan berjanggut sejemput. Kaca mata yang dipakainya menampakkannya seorang yang serius. Tapi aku pernah melihatnya tersenyum dan ketawa bersama kawan-kawan di dalam dewan kuliah Neurology. Annas kacak dalam erti kata tersendiri. Atau mungkin lebih tepat menurut penilaianku bahawa dia punya wajah yang tenang dan sejuk mata memandang.

Tiba-tiba pintu rumah bernombor 212 itu terbuka. Dan Annas berdiri tegak di situ memandang kami berdua. Aku memalingkan muka buat-buat memandang pintu rumahku. Dia lalu tersenyum menghulurkan ucapan salam buat Iman dan berlalu. Mungkin dia punya agenda tersendiri.

Dan aku di situ berdiri kaku dan takut.

Dalam hatiku berkata, “Annas ni???”

…………………………………………………………………………………………………………

Bersambung…

Nota 1: Ini kisah ketika saya di tahun 4. Jangan cepat melatah lagi. Dan saya yakin pasti ada yang sudah dapat mengaitkan siapa Annas ini jika ada membaca kisah Hari Raya Haji yang lalu.

Nota 2: Siapa di Moscow ini yang ada novel Zahrah De Tigris? Boleh saya pinjam? (walaupun tahu ini agak mustahil sebab novel ini agak baru) 🙁 Jika sesiapa ada novel ni, tolong bagitahu saya ya. Saya akan ke tempat kamu untuk meminjam. Terima kasih.

21 Responses to “Monolog Bersama Iman (ix)”

  1. Anonymous says on :

    salam
    menarik. x sabar menunggu sambungannya ^^,

    Reply

  2. Sarah Mohd Shukor says on :

    Anon:
    Salam. Uishh. cepatny dh ada yg baca ye. hihik.

    Reply

  3. za says on :

    nampaknya saya kena menggali episod2 yg lepas la macam ni… best!

    selamat menyambung ukhuwwah,
    salam dr dublin

    ps: sy ltk link blog ni dlm blog sy, ok ke?

    Reply

  4. Sarah Mohd Shukor says on :

    Za:
    salam. hihik.silalah gali2. sy ada sediakn link dlm entry yg lepas 🙂 sebenarnya baru je 2 3 hari lepas sy jumpa blog awk. sy jumpa thru sarah fazalul kembar sy tu 🙂 tak sangka awk blogging jgk. selamat menyambung ukhwah kembali za 🙂

    Reply

  5. akirasuri says on :

    Uit!
    Sila sambung dengan kadar yang segera..
    He he he..

    Reply

  6. Pengusaha Cowbra says on :

    wah ! kang on9 kang,sarah akan diintebiu ryn :))

    hahak!

    teruja !

    Reply

  7. tyrexia says on :

    salam.

    huhu… kalaulah saya diberitahu sebegitu.. nak lamar bagai, dah terkencing kot. takutlah.

    apa2 pun tak ada, blaja tak habis, ilmu tak cukup, harta untuk hidup masa depan tak ada… lepas tu nak kawin.
    ish.. seriauu lah saya… mungkin sy akan avoid dia sampai bila-bila. hakhakhak.

    Reply

  8. ixora says on :

    Tumpang baca ye? hee.. =P

    Reply

  9. Faresya Fareed says on :

    next episode plz…macam tgk citer tv la pulak.haha…cepat ks..menarik citer nih.;D

    Reply

  10. fathiyyah says on :

    salam ks
    hari tu baca entry akak yg lama2
    ..terharu ada nama ‘fathiyyah’…
    hehehe
    p/s: baru lepas exam physio..alhamdulillah..smlm tak bley tido…

    Reply

  11. Mohd Hazreen Rashid says on :

    fuiyoo. Hot stuff, tapi tak terdaya nak mengorek entry yang lepas2. Huhu. Boleh saya tau siapa annas?

    Reply

  12. Anak Singa says on :

    Salam ziarah,

    Kirim salam kat Annas ye.

    Reply

  13. Anonymous says on :

    annas sis sarah? 😉

    my prayers for u. i too, like guys with specs. nampak intelligent.

    -malaysia

    Reply

  14. inah says on :

    annas?

    alee..sambung le cepat..x sabar nak baca ni..lalalalalal..

    Reply

  15. UncleJ says on :

    well written piece sarah…bagus..menarik sekali cara tulisan sarah…

    tak sabar tunggu sambungan cerita..

    keep it up!

    Reply

  16. Tiangpurnama says on :

    ketika senggang sebelum sibuk…
    ingat tu..cepat2lah continue

    Reply

  17. echah_syed says on :

    adehhh!! rajinnyerr sarah ku.. 🙂

    ~ takecare ~

    p/s sarah laa tu..sarah maner lagi???

    Reply

  18. Sarah Mohd Shukor says on :

    Salam buat semua:

    Cik Ati:
    sorry.. siang td malas sikit.

    Ryn:
    heh. takde benda yg nk diterujakan :p

    Tirah:
    sy pun pikir mcm tu jgk sbnarnya. huhu. tunggula sudahnya mcm mana.

    Ixora:
    silakan 🙂 sorry tak best pun.

    Faresya:
    heh. ada2 je kamu ni. yg psl fs tu, ks ada set update dr yahoo mail list. ternampak je smlm. tp restricted. ks x layan sgt fs sume ni.

    Thia:
    entry yg mana ye? get ready utk next paper plak. jgn pikir dh pasal physio tu ok.

    Reply

  19. Sarah Mohd Shukor says on :

    Hazreen:
    siapa annas? jiran kt sini ha. syrian 3 beradik. ok cukup. hehe.

    Alif:
    ks tak penah bertegur dgn dia. sorry tak dapat sampaikn salam tu 🙂

    Nabilah:
    ooo.. nakal eh. akak tak kata pun suka. hihi. tp mmg nmpak smart laki yg pakai spect ni 🙂 ehem. dia pakai spect ke nabilah? hihi.

    Kak Inah:
    sorry kak. sy malas sikit siang td. sy akn habiskn cepat2. mak sy dh bising! huhu.

    Uncle J:
    alaa uncle. mana ada pun. tulis ngada2 je utk penuhi masa.

    TiangPurnama:
    mmg tgh cari masa nak abiskn ni.

    Aunty Combi:
    mana ada rajinnya aunty ku comel 🙂 ni tgh malas nk update ni. huhu.
    aunty, sarah sy ke tu? uwaaaaaa.. sob sob sob.. nnti na bila cek rajin cek buat. hehek.

    WAHAI KAMU SEMUA, SY TGH MALAS NI. APA NAK BUAT NI? HUHUHUU

    Reply

  20. epelijau says on :

    Salam adik sarah..
    kak epel dah baca zahrah de tigris..ermm..menangis banyak kali. Membuat kak epel merenung diri semula…

    Reply

  21. Aizuddeen Ahmad Zabidi says on :

    annas mane lagi..takkan la annas sepupu sy..mesti la annas syrian..ape la awak neh..
    tp sy reckon yg awak tau annas mane yg dimaksudkan mase iman tau..
    elelel..buat2 tak tau..mesti mase tu kamu udah blushing ya amat

    Reply

Leave a Reply