Berita Gembira
Assalamualaikum wbt
Baru saja rasanya saya duduk berehat-rehat di rumah. Tiba-tiba, cuti dah habis. Tak puasnya lagi. Esok dah mula kerja semula. Tak puasnya! Kononnya saya berniat mulia hendak pulun membaca sepanjang lima hari bercuti ni. Sudahnya, sampai ke hari ini pun, satu buku pun saya tak buka. Langsung tak bersentuh pun. Tak kisahlah. Namapun cuti. Memang patut saya berehat puas-puas. Lantaklah apa nak jadi nanti.
Alhamdulillah, semalam adik saya Adnan selamat bertunang dengan Farah. Insya Allah majlisnya bulan Disember nanti. Meriah sungguh majlis di Ampang semalam. Rombongan lapan buah kereta dari pihak lelaki. Huhu. Kedua-dua Tok sebelah Pahang dan Penang pun ada. Emak dan ayah pun nampak lega saja selepas selesai semuanya.
Dan sebelum itu, insya Allah Kaklong pula akan melangsungkan perkahwinan pada penghujung Mei ini. Selama ini saya simpan saja semua cerita ini. Buat apa kecoh-kecoh, kan. Hehe. Tapi sekarang kad sudahpun mula diedar. Jadi saya pun berkongsi berita gembira ini dengan semua. Kalau ada masa, saya ceritakan apa lagi persiapan yang telah dibuat oleh keluarga saya. Untungnya emak dan ayah. Menyambut dua orang menantu sekaligus tahun ni. Dan saya pun untung juga. Dapat seorang abang dan adik ipar sekali harung tahun ni. Hehe.
Dan di majlis hari semalam, saya akhirnya bertemu muka dengan sahabat baik saya Acai (Faisal Rahim) yang saya kenal sejak tiga tahun lepas. Dialah Official Photographer (OP) untuk majlis tu. Mula-mula tu malu juga saya bila jumpa dengan dia ni. Tapi rupa-rupanya, Acai ni lagilah pemalu! Tak sabar nak tengok hasil gambar semalam.
Di sebelah petangnya pula, saya akhirnya telah berjumpa dengan sahabat saya Nadia (Nadia Yuna) yang selama ni hanya berhubung melalui internet dan telefon saja. Kami sudah berkawan baik sejak tiga tahun lepas tapi baru semalam berkesempatan untuk berjumpa.
Dan sekarang, saya kembali terperuk di dalam bilik saya sambil kusut memikirkan: Bila saya akan cuti lagi???????????
Nota 1: Menunggu VERSUS tiba di tangan. 😉
Nota 2: Terasa dah gemuk semula. Aduhai.