Kisah Dua Bulan

Assalamualaikum wbt

Allahu Akbar. Sudah hampir dua bulan blog ni tidak dikemaskinikan. Bukan tidak teringat atau teringin untuk menulis. Sangat teringin sebenarnya. Tapi terlalu banyak yang terjadi dalam tempoh dua bulan ni. Komitmen kerja salah satu daripadanya. Ditambah pula dengan keadaan kesihatan saya yang tunggang terbalik. Memang menjadi penyekat keteringinan untuk menulis di sini.

Apapun, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua rakan pembaca, yang baru ataupun lama, mahupun yang tiba-tiba terjumpa blog ini disebabkan entri yang lepas. Terima kasih atas kiriman doa yang bagi saya sangat bermakna. Terima kasih juga untuk semua yang ada menghantar mesej secara peribadi kepada saya melalui blog ni. Tapi saya minta maaf yang tak terhingga sebab memang tak berkesempatan hendak membalas komen-komen untuk entri yang lalu. Begitu juga dengan mesej dan email yang dikirimkan kepada saya.

Setakat yang saya sedar, entri lepas telah menyebabkan blog saya diserbu ribuan pembaca baru setiap hari. Terima kasih sudi menyinggah di sini. Terkejut saya tengok jumlah ‘like’ untuk entri itu saja sudah mencecah lapan ribu lebih. Trafik blog ni pun mencanak naik dengan mendadaknya. Err… Memang terkejut. Walaupun saya tak sempat hendak membalas email-email dan mesej-mesej peribadi yang dihantar kepada saya, saya masih menyimpan kesemuanya di dalam inbox saya. Saya tak berani janji untuk membalasnya tapi insya Allah saya akan berikan keutamaan kepada adik-adik pelajar perubatan yang ada bertanya beberapa soalan penting berkaitan bidang pekerjaan. Itupun jika masa mengizinkan.

Sedikit perkembangan terkini. Alhamdulillah. Saya telah berjaya menamatkan posting kelima saya di Jabatan Pembedahan Am (Surgical). Saya suka posting Surgical. Walaupun sibuk yang teramat sangat dengan jadual oncall yang padat, menguruskan perkahwinan dan dilanda satu musibah besar sekitar awal April lalu, Alhamdulillah saya berjaya melaluinya dengan baik. Dan Alhamdulillah, kini saya sudahpun berada dalam posting terakhir saya sebagai seorang House Officer (HO). Kini saya di Jabatan Bius (Anesthesiology). Yeay~ Insya Allah. Lebih kurang dua bulan daripada sekarang, saya akan bertukar taraf menjadi seorang Medical Officer (MO). Wah. Macam tak percaya saja saya telahpun bekerja hampir dua tahun di sini. Dan iya, telah dua tahun juga saya meninggalkan bumi Moscow dan seluruh isinya. Ok. Sebak kejap. Rindu Moscow dan suami yang tak balik Temerloh lagi. T___T

Lompat ke cerita seterusnya. Sebenarnya, pada 5 April 2011 yang lalu, saya telah terlibat dalam kemalangan jalan raya buat pertama kalinya dalam hidup saya. Wuuuuu~ Sedih bila terkenangkan kembali apa yang terjadi. Saya post-call pada ketika itu dan sedang dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Lumpur. Hujan turut dengan lebatnya pada senja itu. Ditakdirkan Allah, kereta saya terbabas sebelum tiba di Tol Karak.

Saya masih ingat semuanya. Memandu dengan kelajuan sekitar 70 km sejam saja pada waktu itu, kereta saya tidak dapat dikawal selepas melalui satu kawasan lopak air. Saya terbabas ke kiri, melanggar pembahagi jalan, kemudian berpusing ke kana, melanggar pembahagi jalan yang di tengah-tengah pula dan kemudian berhenti dengan sendiri di tengah-tengah hujan lebat itu. Yang saya ingat, ketika kereta saya mula berpusing dan melanggar pembahagi jalan yang pertama, saya terus menutup mata, membaca syahadah dan hanya membuka mata sebaik kereta telah berhenti berpusing.

Apabila kereta sudah berhenti, saya berkata dalam hati: Eh, saya hidup lagi ke? Itu yang terlintas di benak. Sebaik mata dibuka, saya lihat api sedang marak di bahagian enjin depan. Ah, sudah! Saya cuba membuka pintu kereta. Tidak dapat. Apa lagi, terus saya menendang pintu tersebut dan berlari keluar. Di luar, hujan masih sangat lebat tetapi kebetulan ketika itu tiada kereta lain yang datang menghentam saya. Tapi, dalam kelebatan hujan itulah saya lihat sebuah bas ekspress sedang meluru laju ke arah saya. Disebabkan saya sedar saya mungkin tidak dapat dilihat oleh pemandu itu dalam keadaan hujan lebat tersebut, saya pun melompat-lompat di tengah-tengah jalan itu untuk mengelakkan dilanggar. Bas tersebut kemudian terus meluncur ke kiri sedikit dari laluan asal untuk mengelakkan saya yang berada di laluan asal mereka.

Pada ketika itu juga, ada seorang anak muda yang menunggang motor menuju ke arah Kuantan berhenti di seberang sana jalan. Dia menjerit kepada saya menyuruh saya menjauhi kereta kerana api semakin marak naik di bahagian depan. Saya meyakinkan anak muda itu masih sempat untuk mengeluarkan beberapa barang penting daripada kereta terutamanya handphone, beg tangan dan beg kerja saya yang berisi pen drive yang terkandung di dalamnya slide presentation saya!

Anak muda itu meluru ke tempat duduk sebelah pemandu dan saya menyeluk-nyeluk bawah kerusi pemandu mencari handphone yang jatuh. Sebaik semua yang dikehendaki dikeluarkan dengan cepat, kami terus berlari ke tepi jalan. Dan pada masa itu, kenderaan pertama yang kebetulan lalu dan berhenti di situ ialah kereta bomba! Subhanallah! Kereta bomba itu dalam perjalanan menuju ke Bentong. Mereka memadamkan api dan pemandunya datang bertemu saya. Katanya: Oklah, cik. Tak meletup dah ni insya Allah. Kami gerak dulu. Lalu, mereka pun bergerak semula. Waktu itu, sebuah lagi kenderaan berhenti di bahu jalan. Sebuah Alphard milik sepasang suami isteri yang kelihatan seusia dengan emak ayah saya. Mereka membuka pintu kereta dan menyuruh saya masuk ke dalam dengan kereta untuk berteduh daripada hujan sementara beberapa orang yang lain mula berhenti untuk membantu lalu-lintas. Baik sungguh pasangan suami isteri itu…

Walaupun saya masih dalam keadaan terkejut dengan apa yang terjadi, tapi saya masih dalam keadaan rasional dan terus menghubungi ayah dan suami saya untuk memaklumkan apa yang terjadi. Saya maklumkan kepada mereka dengan tenang, dengan harapan mereka tidak terkejut. Ayah dan emak terus bertolak dari Temerloh dan suami saya yang ketika itu berada di Genting Sempah menanti ketibaan saya, terus bertolak menuju ke arah Tol Karak, lokasi di mana kereta saya ditarik oleh kereta tunda yang dihubungi sebelum kami semua menuju ke Balai Polis.

Sepanjang menunggu ketibaan suami dan emak ayah, pasangan suami isteri yang menumpangkan saya dan membawa saya ke Tol Karak itu banyak membantu memberikan kata-kata semangat untuk saya. Secara zahirnya, memang saya tiada kecederaan tapi memang saya terketar-ketar kesejukan kerana basah kuyup dan masih gugup dengan apa yang terjadi. Sebaik suami saya sampai di situ, secara tiba-tiba saya berasa lemah. Saya menangis sewaktu dia memeluk saya. Waktu itu baru saya sedar, saya sangat memerlukannya pada ketika itu. T______T Sebaik emak dan ayah pula sampai, kami semua terus menuju ke Balai Polis Karak untuk membuat laporan polis. Kereta saya ditunda ke sebuah bengkel di Mentakab dan saya diberikan cuti kecemasan oleh ketua jabatan saya.

Dalam perjalanan balik ke Temerloh selepas selesai Solat Maghrib di Masjid Karak, saya terasa sakit tengkuk. Susah untuk digerakkan. Suami saya berkeras menyuruh saya ke hospital terlebih dahulu sebelum balik ke rumah. Nak dipendekkan cerita, rupa-rupanya saya patah tengkuk (cervical injury)! Huhu. Subluxation at left inferior facet joints at C3-C4, C6-C7 and possible crack at body of C7. Maka dengan itu, saya terpaksa memakai neck collar selama 6 minggu. Hihi. Tapi Alhamdulillah. Dalam masa 3 minggu saja, tengkuk saya sudah tidak sakit. Padahal saya bukannya compliant sangat pun memakai neck collar tu. :mrgreen:

Itulah yang terjadi. Kereta saya pun baru saja siap dibaiki pada 1 Julai baru-baru ini. Dalam tempoh 3 bulan itu, kebetulan keadaan kesihatan saya sangat tidak menentu. Kadang-kala, saya sampai tidak larat untuk memandu pun. Jadi, adik saya Adi yang sedang bercuti di rumahlah yang menghantar saya ke tempat kerja. Di hujung minggu pula, suami sayalah yang akan menghantar dan menjemput saya. Buat sementara waktu ini (saya agaklah untuk sementara waktu saja), suami saya tidak membenarkan saya memandu jauh. Nak balik Putrajaya pun, dia yang akan balik ke sini menjemput saya, membawa balik ke sana, kemudian menghantar saya balik ke sini semula. T_____T

Baiklah. Saya rasa cukup setakat ini dulu. Sekarang sudahpun pukul 10 malam. Saya akan masuk kerja pada pukul 11 malam hari ini. Oh ya. Dalam tempoh 2 bulan ini juga, Hospital Temerloh telah menjadi hospital pertama di Malaysia yang menggunakan sistem syif untuk para HO. Disaster rasanya hidup. Sebab apa? Sebab masa tidur jadi tak menentu bergantung kepada syif kerja, tidak boleh memohon cuti untuk tempoh yang lama dan yang lagi penting, disebabkan sudah tiada oncall untuk HO, jadi sudah tiadalah duit claim oncall bulanan. Nangis~

Nota 1: Insya Allah, saya akan kembali aktif menulis kerana saya sudah semakin sihat! 😉

Nota 2: Emak saya sudah bersara dengan rasminya pada 6 Julai 2011. Selamat beristirehat, emak. 😉

Nota 3: Ada banyak lagi nak kongsi sebenarnya. Tunggu entri akan datang pula ya. Wassalam.

35 Responses to “Kisah Dua Bulan”

  1. SisHoney says on :

    ya Allah patutlah lama menghilang sarah
    alhamdulillah Allah permudahkan segalanya
    jaga diri baik2 tau

    Reply

    AaizaT_AzhaR♠™ Reply:

    smoger berkekalan di ahir ayat
    korang memang shocok..
    cemburu lahk 🙂
    walaupun kite bdak only 12 😎

    Reply

  2. amalina says on :

    salam akak nape skrg HO jadi shift???
    sebab HO dah banyak sgt ke……

    Reply

  3. thia says on :

    dah 4 tahun jadi pembaca DS..

    selamat meneruskan perjalanan sebagai HO, ks. thia pun tak sabar nak tunggu ks jadi MO (bila lah thia nak grad pula ni. hehe)

    thia bc kisah accident ks ni rasa seram sejuk. Ya Rabb, mujur ks tiada apa-apa

    🙂

    take care ks.
    love from cairo 🙂

    Reply

  4. Sis Insyirah says on :

    Salam Sarah,

    Alhamdulilah…mujur semua selamat.. 🙂

    Mudah-mudahan Sarah sentiasa dlm lindungan rahmat ALLAH…Aminn! 😉

    Eh, akak rasa ada cerita yg tertinggal ni.. 😛

    Reply

  5. atiQah says on :

    akhirnya sarah… 🙂

    apapun jaga diri ok….sedih n terkejut jugak dgr berita sarah eksiden hari tuh…

    Reply

  6. akak says on :

    Ya Allah, membaca bab accident tu je dh buat akak rase nk nangis..x tau la situasi sarah mcm mana.. 🙁 alhamdulillah semuanya dh berakhir dgn baik.
    jaga diri dgn yg paling baik & optimum ye Sarah.. :mrgreen:
    Sayang sarah!! 😉

    Reply

  7. ina says on :

    assalamualaikum ks 🙂
    pertama kali mengunjungi blog akak atas entri yang lepas, ada memba kongsi di fb lepas tu mula la baca post2 ks (mcm baca journal dah) hee

    sungguh ternanti-nanti juga update terbaru,
    alhamdulillah..Allah yang menguji dan Allah jua yang meyelematkan, segala puji dan syukur hanya untukNya perancanganNya sentiasa yang terbaik:)

    tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya 🙂
    moga akak terus tabah dan sabar dalam melalui hidup dan menghabiskan tugas sebagai HO ^^

    moga Allah merahmati akak selalu
    insyaAllah
    amin~

    Reply

  8. kak izz says on :

    moga terus sentiasa dalam lindungan, rahmat & kasihsayang Allah.. 😉

    Reply

  9. eirna says on :

    alhamdulillah dr.sarah selamat..

    sgt rindu entri dr ds.
    may Allah bless u and ur family..

    Reply

  10. anis says on :

    ya Allah,

    alhamdulillah, kak sarah dah bertambah sehat,

    moga-moga diberi kesihatan yang baik dan dilindungi Allah. InsyaAllah.

    Reply

  11. Faiz Ezanee says on :

    Salamua’laiyk Dr Sarah.

    Semoga terus berada dalam rahmat Allah.

    Sgt ngeri baca pengalaman accident Dr. Saya sendiri sudah bnyk kali lihat accident di depan mata di Karak utk posting di HoSHAS. Alhamdulillah, setakat ni saya selamat lagi dari accident. Biasanya saya akan pandu di lorong tengah (sebab kiri kanan air bertankung), pegang stering betul-betul, gunakan gear rendah (gear 4, jika kereta manual), dan drive perlahan-lahan (60 km/j). More than 80 km/j dah consider high impact accident.

    Regards,
    Faiz (USIM medical student)

    Reply

  12. udin says on :

    sampai je part ada anak muda tolong, n bomba datang tu sy rasa,
    “wah,dramatiknya hidup kak sarah!”
    terbayang drama2 segala bagai yg pernah ditengok..haha

    Alhamdulillah k.sarah dah sihat 🙂

    Reply

  13. rohani hashim says on :

    As salam, Dr Sarah. alhamdullah, Sarah tak mengalami kecederaan yg teruk, rindu dgn coretan-coretan sarah. Moga bertambah sihat,

    Reply

  14. ieda says on :

    “Saya akan masuk kerja pada pukul 11 malam hari ini”….terbaca ja ayat ni terus muncul dlm kepala….”eh..apasal masuk kerja pk 11 mlm?” 😆 …pandai depa jimat duit elak claim call kan?

    abt the xcident..terbayang2 dlm kepala scene tu…besarnya kuasa Allah…dia lindungi Sarah sepenuhnya…(u were so much exposed for the worst thing to happen)..alhamdulillah selamat.

    suka baca entry sebelum ni…ralit jadinya.. 🙂
    moga cepat dapat buat entry orang baru…ngeee…

    Reply

  15. cmuna says on :

    assalamualaikum,
    tindakan terlalu berani dan saya yg baca jadi takut..sbb bahagian depan keta terbakar…aduiihh,my imaginasi..jika meletup?..sarah perlu fikirkan diri dulu ya..apa2pun,Alhamdulillah, sarah selamat…Allah ‘cubit’ dgn ujian utk tanda sayang…
    p/s:maaf andai trlnjur kata dan bahasa..

    Reply

  16. jiejah says on :

    Alhamdulillah tiada kecederaan yg serius ..malang mmg x berbau .
    take care sarah .

    Reply

  17. pB says on :

    syukur tak jadi apa apa

    syukur sebab ramai yang membantu

    Reply

  18. Muhammad Aiman says on :

    Alhamdulillah kerana tiada yang buruk sgt brlaku ..
    Berdoa kerana mseh ag bri peluang ntik brada di muka bumi nie..

    Reply

  19. NabihahLokman says on :

    menahan nafas saya baca kisah pengalaman kemalangan sarah 😯

    Reply

  20. samanosuke_04 says on :

    huhu 2 bulan tak sentuh blog pun pengikut setia tetap ada.. hehe diorang tunggu jer post kat sini walopon jarang2 update.. :D.. im one of those pengikut setia 🙂

    Reply

  21. zahra says on :

    Allahuakbar!

    Padan la tak update2. Ternanti2 saya, hari2 bukak. Huhu.
    takpe, akk kuat kan? 😀

    Al-Baqarah:286

    Moga akk sentiasa dlm lembayung rahmatNya~

    Reply

  22. ain j says on :

    kak sarah, syafakillah…! Alhamdulillah takde pape yg teruk. Owh..kalau saya dah trauma tengah2 jalan tuh..kak sarah memang kuat! Hope semuanya dipermudahkan..

    Reply

  23. roseli says on :

    As salam,

    Segala puji bagi Allah,shukur Doc selamat.
    Patutlah lama menyepi,ade hal besar rupenye.

    Reply

  24. Yasir Tamizi says on :

    Huu mencemaskan. Sgt bahaya. Byk syukur. Saya pernah dgr, di Tol Karak itu ramai sudah berpusing, kwn saya antaranya dan kali ini awak pulak. Doa2.

    Reply

  25. Luke says on :

    Salam Sarah, alhamdulillah Sarah xde apa2 kecederaan serius..Saya juga pernah berpusing di highway Bentong-Karak, nasib baik berseorangan tanpa anak-anak & isteri….Moga Sarah & keluarga sihat selalu bersama insya’Allah kehadiran orang baru 😉

    Reply

  26. k su says on :

    syukurlah sarah selamat tanpa kecederaan serius.besarnya kasih sayang allah pd hambanya yang beramal soleh

    Reply

  27. simple-shida says on :

    😉 salam alaik.
    em.jln-jln jumpe ur blog 😉
    lama juge xkunjung sini..

    mabruk Dr! juga alhamdulillah thankful to ALLAH!
    masyaAllah tragis juge bce Dr punye stori mori 😉

    insyaallah byk hikmahnye..besar ganjaranNya..
    about ur life story to.subhanaAllah.. ALLAh maha MErancang..
    ALLAH jua MAHA mengetahui .

    😉 salam juang..salam istiqomah ila Dr. salam ukhwah dari ss. (“_)

    Reply

  28. Kak Azura says on :

    oh..memang banyak betul peristiwa yang terjadi pada Sarah tahun ni ya..
    Syukurlah Sarah tidak ada kecederaan yang teruk…
    Semoga sentiasa dilindungi Allah.

    Reply

  29. Sakeenah says on :

    Salam kak sarah, haa…saya lah antara pembaca blog kak sarah yang baru tu 😛 .best sgt tulisan kak sarah.semoga terus istiqamah menulis. 😮

    Reply

  30. Ejalz says on :

    Salam Sarah. Syukur alhamdulillah sarah selamat. Ngeri baca kisah accident Sarah. Banyak betul cerita kat Karak tu, tambah lepas tonton cerita Karak. Huhu.. Anyway, do take care ya sis… Jaga tengkuk elok-elok tau..

    Reply

  31. nad says on :

    salam…kak sarah…suke sgt bace blog ni.. TC 😉

    Reply

  32. xyz~ says on :

    Assalamualaikum..
    kak sarah..syafakillah..smga kak sarah cepat sembuh..
    terkedu sejenak bace pengalaman kemalangan kak sarah..
    alhmdlh syukur selamat..
    take care..
    x terlambat ag kan nk ucap..
    selamat menyambut ramadan n raya 1st sebagai isteri..
    ramadan kareem.. 😉

    Reply

  33. Fatin Syahira says on :

    patutlah dah lama menghilang ya sis. alhamdulillah semuanya selamat =’)
    tak sabar nak tunggu entri baru hee.

    p/s : selamat menjalani ibadah puasa 🙂

    Reply

  34. nur jannnah says on :

    😉 Assalamualaikum kak sarah..smg cpt sembuh

    Reply

Leave a Reply