Semalaman Di Kecemasan

Assalamualaikum wbt

Senja semalam punyalah rasa sunyi menikam jiwa. Err… Ayat yang agak penuh propaganda bunyinya. Memang sunyi sungguh waktu itu. Tapi kalau dirasionalkan semula, waktu Maghrib begitu, syaitan memang penuh di keliling kita menyuntik-nyuntik hati agar kita terasa asing dari rahmat Tuhan. Padahal tidak sama sekali. Rahmat dan nikmat Tuhan untuk kita tidak pernah tiada.

Sebaik sebelum Maghrib, emak saudara saya yang tinggal berhampiran meminta saya datang ke rumahnya untuk melihat-lihatkan anaknya yang tidak sihat. Saya ke sana. Periksa punya periksa, saya membuat kesimpulan anaknya itu mengalami Urosepsis. Abdomen dah distended. Inguinal region dia dah bengkak. But no sign of herniation pun. Kencing pun dah jadi pyuria. Massive pula tu. Tracking down from the inguinal region, ada fluctuant area di peha kiri. Ah, sudah. Ini mesti kes intraabdominal abscess ni.

Sekitar November 2009, adik saudara saya ni pernah kemalangan. Dia mengalami intraperitoneal hemorrhage complicated with minimal bladder and sigmoid colon contusion. Juga ada pelvic diathesis and right pubic rami fracture. Sekitar Mac lepas, dia ada dimasukkan ke wad semula kerana chronic urinary tract infection (UTI). Saya terus mengajaknya untuk ke hospital. Pasti akan dimasukkan ke wad punyalah.

Hendak dipendekkan cerita, melangutlah saya menunggu di kecemasan malam tadi sehingga jam 1 pagi. Kebetulan saya membawa sepupu saya Hidayah untuk menemani saya. Sekitar 1.15 pagi barulah kami bertolak pulang. Sudahnya, permulaan cuti yang saya rasakan cukup sunyi bertukar menjadi slot di unit kecemasan pula.

Tapi ada sedikit ralat di hati. Saya menyebabkan seseorang ternanti-nanti kepulangan saya ke rumah. Telefon saya pula habis bateri ketika di hospital. Tidak dapat menghubunginya. Dan apabila saya tiba di rumah, tanpa sempat menyapanya, saya terus tertidur. Kasihannya dia menunggu.

Tapi tak apa. Saya ada 96 jam lagi khas untuknya.

Nota 1: Ini entry pertama yang bercampur-campur bahasa. Dan maaf saya tak terangkan istilah-istilah perubatan yang saya gunakan di atas. Agak malas  sebenarnya ni. :razz:

Nota 2: Sedang berusaha untuk menjadi yang sentiasa menggembirakan yang lain.

6 Responses to “Semalaman Di Kecemasan”

  1. liyana says on :

    saya sgt suka lagu taylor swift tue, ck sarah 😛

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya pun suka~ ^____^

    Reply

  2. fmfmgffgmgmgf says on :

    Salam, ape yang dimaksudkan dengan fluctuant area? saya kurang faham..tolong jelaskan. tq.

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam,

    Fluctuant area tu area yang palpable lembik macam ada kandungan fluid kat bawah kulit tu which we usually suspect ada collection of pus/abscess just beneath the skin. Kira macam bila kita palpate kat situ, ada macam beralun2 je. In a way, kita dapat differentiate whether itu abscess yang dah mature or immature. Because immature abscess presented dalam keadaan yang takde fluctuation.

    p/s: Kan lagi bagus kalau kamu sertakan nama bila bertanya =)

    Reply

  3. k.bU says on :

    salam.
    hehe nk taw.[sbb next yr bru nk msuk klinikal yr]
    klu da kes mcm tu kan kS,cmne nk treat?
    drain cmtu je ke?n adekah kes tu akn repeated?

    btw,Allahu syifa’..~semoge Allah menyembuhkannya.amin 😉

    Reply

  4. adilin says on :

    Memang baik untuk menjadi yg sentiasa menggembirakan yg lain, akan tetapi adalah lebih baik untuk menjadi yg sentiasa memberi kebaikan kepada yg lain, kerana bukan semua perkara yg baik itu menggembirakan, atau sebaliknya, cuma pada kebiasaannya perkara yg menggembirakan itu…baik.

    Weiter so!

    Reply

Leave a Reply