Sebak Di Klinik
Assalamualaikum wbt
Seingat saya, saya belum menyebut bahawa sekarang saya bertugas di bahagian periferi untuk Orthopedic, kan? Ya Allah… Tak tahu macam mana hendak saya terangkan. Saya sangat tidak berminat bertugas di bahagian periferi. Hidup saya macam terpekung dalam satu kitaran yang statik. Dan kerja pun sangatlah kurang. Hekhekhek.
Pada hari Isnin baru-baru ini, selepas selesai membuat morning round melihat pesakit-pesakit di bawah unit Ortopedic di wad kelas 1, saya terus turun ke Morning Pass Over di wad bawah. Di pertengahan sesi itu, tiba-tiba muncul seorang specialist saya di muka pintu.
“Siapa HO yang tak oncall hari ni dan tak juga postcall?” tanyanya.
Saya dan beberapa orang lagi mengangkat tangan. Specialist itu terus menuding jari ke arah saya dan saya memandang seorang lagi kawan yang bertentangan dengan saya.
“Cepat turun klinik. Tolong saya di klinik. Hari ni Paeds Clinic,” kata specialist itu tadi. Saya bangun dan terus menuju ke klinik bersama kawan yang seorang lagi tadi. Paeds Clinic (Paediatrics Clinic) ialah hari klinik Orthopedic khas untuk kes kanak-kanak yang berumur sejak hari pertama kelahiran sehingga 12 tahun.
Sampai di klinik, saya terus mengambil fail pertama yang sudah sedia tersusun. Waktu itu, baru ada tiga orang pesakit yang sampai. Saya melihat kad biru termujanji pada fail itu. Saya meninjau masalah pesakit itu. CTEV. Alamak. Saya tak berapa ingat pasal CTEV. Pirani Score pun saya tak mantap lagi ni. Berapa markah untuk crease yang normal dan abnormal. Uish… Masalah ni. Saya berkira-kira hendak meletakkan saja fail itu dan mengambil fail yang seterusnya. Tapi hati saya berkata, kalau saya tidak mengambil cabaran itu, sampai bila pun saya akan merasakan kes-kes CTEV adalah susah. I mind you, CTEV is a very simple topic by fact. Hahaha.
Maka, bermulalah sesi berjumpa pesakit yang datang untuk temujanji pada hari itu. Comelnyalah budak-budak ni. Buat rasa hendak ada anak sendiri pun iya. Huhuhu. Tapi kasihan. Sungguhpun mereka comel, tetapi Allah kurniakan mereka kekurangan sedikit pada pembentukan kaki mereka.
Sekitar 12 tengahari, specialist dan MO saya ajak berhenti rehat minum air di pantri klinik untuk seketika. Saya tidak turut serta kerana saya berpuasa. Saya teruskan sesi bertemu pesakit dan sebolehnya saya tidak mahu mereka menunggu lama. Dalam sejam lebih selepas itu, saya mengambil fail terakhir yang berada di atas troli. Waktu itu, letihnya hanya Allah saja yang tahu.
Specialist saya bertanya sama ada itu kes terakhir atau ada lagi pesakit yang baru saja tiba. Saya menerangkan bahawa itulah yang terakhir untuk hari itu. Specialist saya bertanya lagi, kes apakah itu. Nampaknya, untuk hari itu, saya bermula dengan kes Cerebral Palsy with Postural CTEV dan berakhir juga dengan kes yang sama.
Cuma, kes terakhir ini agak unik. Lagi menyedihkan. Kanak-kanak itu berusia 8 tahun, Melayu dan kini bersekolah di Sekolah Pendidikan Khas. Dia kini dijaga oleh nenek dan datuknya. Specialist saya sudah amat mengenali pesakit itu kerana sudah biasa bertemunya di klinik untuk temujanji. Selain menjaganya, nenek dan datuknya juga menjaga empat orang cucu yang lain. Alhamdulillah empat orang lagi semuanya sihat-sihat dan boleh berdikari. Yang memerlukan perhatian penuh dan penjagaan rapi ialah pesakit ini saja kerana masalah pertumbuhannya yang perlahan dan juga masalah tulang kakinya itu.
Yang lebih menyedihkan, emak pesakit itu sudah meninggal dunia akibat barah otak. Ayahnya pula meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya baru-baru ini. Sudah takdir, anak kecil itu tadi hidup sebagai yatim piatu pada usia yang sangat muda. Dan sehingga kini, dia memanggil datuknya dengan gelaran ‘abah’ kerana menyangka datuknya itu ialah ayahnya yang sudah meninggal dunia.
Sebaik mengetahui kisah hidupnya itu, hati saya rasa seperti dicucuk-cucuk. Tekak saya rasa perit. Itu memang petanda saya sedih dan hendak menangis. Saya cuba melawan tangis. Specialist saya juga sudah mula berbual santai saja dengan si nenek mengenai perkembangan anak itu di sekolah dan apakah sudah dicari rumah kebajikan yang sesuai jika ada apa-apa terjadi di hari muka. Menurut si nenek, kesemua ibu dan bapa saudaranya tidak mahu menyerahkan anak itu tadi ke rumah kebajikan dan sebaliknya sanggup hendak memeliharanya jika terjadi apa-apa suatu hari nanti.
Hati saya tersentuh lagi. Memang sebak betul saya yang berdiri di tepi si nenek. Tiba-tiba saya melihat specialist saya itu menyelukkan duit sedekah untuk anak itu yang sedang duduk di atas kerusi rodanya. Anak itu memang tidak faham apa-apa. Tapi dia tersenyum saja. Specialist saya berkata padanya: Hidup baik-baik ye. Rezeki untuk awak ada kat syurga nanti.
Oh oh oh. Saya terus berjalan keluar daripada bilik itu. Saya berdiri di koridor. Saya rasa mata saya berkaca. Dan dada saya sangat sebak. Ya Allah, semoga untuk semua orang yang dilahirkan dengan kekurangan dan kecacatan ini Kau limpah dan gantikan dengan nikmat yang lebih besar buat mereka di syurga nanti.
Amin.
Nota 1: Waktu berbuka tu, saya sebak sekali lagi. Tapi sebak yang menggembirakan. 😉
Nota 2: Happy birthday Chika! Semoga selamat melahirkan anak tidak lama lagi.
Nota 3: Ramainya pengunjung yang tiba dari blog Acai. Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi, walaupun blog ni jarang dikemas kini. Hihi.
salam. kak sarah.. kalaula nnt mcm tuh, tetiba ternangis depan patient, MO or specialist marah x?? huhu..saya ni senang ckit nk mengalir air mata..hehe
Reply
semakin lama dlm bidang ni semakin banyak yg kita belajar…dan kita menjadi semakin insaf.
Reply
Tabahnya.
Reply
nangis. :'(
Reply
Sesekali saya rasa anda ini memang kecil sangat.
Reply
turut bersedih..dan berdoa
Reply
sedih…. 🙁
Reply
Saya pun sebak bila baca ni.. 🙁
Reply
Paeds posting kadang2 tu memang menginsafkan.
Tengok budak2 yg tak begitu sihat tapi tetap tabah teruskan hidup. Mereka sangat innocent dan selamba je kadang2 tu, sebab dah terbiasa dengan kekurangan. Kita yg sempurna kesihatan ni yang jadi kesian dan sedih.
Reply
“Hidup baik-baik ye. Rezeki untuk awak ada kat syurga nanti.”…
syahdu, terharu, dan seribu “ter” lagi……
mata saya berkaca juga.
Terima kasih kerana berkongsi
Reply
assalamualaikum.. hi dr.sarah.. boleh tak tolong terangkan saya..at the moment, im expecting..saya memang tak pandai makan ubat..i regret it saya tak makan folic acid, tapi saya banyak makan buah2an sabagai gantian. is my baby health n growth going to be okay in the future? so far, my baby is doing good..
expecting mom, 36 weeks..
tq very much.. salam..
Reply
*crying* T_________________T
yonna pun rsa mcm hati kena sentap,dicucuk2 bila baca takdir budak tu. tp alhamdulillah ramai yang nak jaga dia, bukan buang dia dekat pusat2 kebajikan ke apa.
paling sedih, part dia panggil datuk dia ayah tu. ya allah! sedihnyaaaaaa!! dekat datuk dan nenek la tempat dia bergantung harap…
semoga Allah akan memberi ganjaran yg tak ternilai untuk mereka-mereka yang kurang upaya ini. T_________T
Reply
if i were there,my cold shield wud effortfully coercively be activated
Reply
Teringat kat adik saya..
A beautiful post..very touching..
Buat saya lg bersemangat utk jadi Dr yang cemerlang 🙂
Reply
Salam Dr. Saya tak tau bila Dr nak bc komen sy ni.
Sgt lama sy x tulis apa-apa utk Dr. Maaf. Kekangan
waktu.
Mmg sgt tersentuh cerita budak Melayu tu. Semoga
dia dirahmati-Nya di sini dan di sana. Juga org2
yg terdekat dan terlibat dgn dia.
Ada beberapa perkara sy nak minta: 1. Nak guna judul “Hidup baik-baik ya…”
2. Ada beberapa istilah kedoktoran dan peristiwa sy nak pinjam utk cerpen sy. Maaf kalau x dizinkan, tp sy nak juga guna sbb x ada ilmu ttg tu. TOLONG HALALKAN. BUKAN NIAT NAK MERAMPAS.
3. Juga cerita hamster.
4. TK byk2 Dr. Sarah. Jasamu dikenang selamanya….
AMINHAD
Reply