Questionnaire Terhebat

Assalamualaikum wbt

Ini bukan entri biasa. Ini entri luar biasa. Questionnaire Terhebat namanya.

1) Apakah pekerjaan yang tiada belas kasihan?

Doktor. Kamu hendak cucuk orang ke, tebuk-tebuk perut dan dada orang ke, hendak arah-arah orang makan ubat ke, nak gasak-gasak dada atau jantung orang ketika CPR ke, nak jolok-jolok mulut untuk di-intubate ke, nak cucuk-cucuk lubang hidung orang dengan salur makan ke, semuanya boleh. Ada kamu dapat buat semua ni pada orang biasa tanpa kamu bergelar doktor? Tidak sama sekali.

Pekerjaan ini juga tidak mempunyai belas kasihan kepada orang yang bergelar doktor itu sendiri. Kalau bukan on call sekali pun, kamu tetap kena sampai jauh lebih awal sebelum 8 pagi dan balik jauh lebih lewat daripada 5 petang. Makan minum tidak terurus dan tidur bukan satu bentuk rehat yang terjamin.

2) Apakah pekerjaan yang tidak membolehkan anda melawa untuk pergi kerja?

Doktor. Kalau pakai tudung, kamu jangan harap nak gayakan keronsang di bahu. Nak pin-pin di belakang kepala ke atau menggayakan tudung ala selendang yang lilit-lilit di kepala pun tidak boleh. Kesemua fesyen ini tidak membolehkan kamu memasukkan stethoscope dengan cepat dan berkesan. Jadi, kekallah kamu dengan gaya yang sterotaip setiap hari. Tudung lepas ke bawah. Skema dengan pin yang tersusun di depan juga.

Untuk yang tidak bertudung pula, jangan harap nak lepas-lepaskan rambut sesuka hati. Kena ikat rambut dengan kemas dengan gaya yang sangat skema. Macam hari pertama kamu menjejakkan kaki di tadika. Ya. Tocang sebegitulah yang ramai masih kekalkan hanya kerana mereka bergelar doktor. Back to school mungkin.

Tidak ramai yang bersolek untuk pergi kerja. Bukannya tidak boleh. Boleh saja. Cuma ramai yang memilih untuk tidak bersolek kerana mereka tahu belum pun pukul 10 pagi, habis segala tepekan bedak ke, gincu ke, dah cair dan tidak kemas lagi dek kerana berpeluh. Tambahan pula, para doktor bukan sesuka hati boleh mengenakan bedak wangi-wangi dan minyak wangi. Ada pesakit terutamanya pesakit lelah yang alah kepada bau-bau begini. Atas nama seorang doktor, terpaksalh tidak berapa mewangikan diri ketika pergi kerja.

Kasut tumit tinggi? Saya kira, kalau ada doktor yang berkasut tumit tinggi sewaktu kerja, mereka itu pastinya sudah mempunyai klinik sendiri atau bekerja di Tabung Darah. Hahahaha. Inilah dua tempat yang paling boleh goyang kaki. Upsss.

3) Apakah pekerjaan yang memerlukan kamu sentiasa belajar?

Doktor. Yang ni tak payah hurailah. Semua pun tahu kenapa. Tak belajar, tersangkutlah kamu di takuk yang sama, sampai bila-bila. Dan untuk belajar itu pula, adalah satu proses yang sangat menyeksa jiwa.

4) Apakah pekerjaan yang dengannya kita boleh menjana ibadah sungguhpun sudah tidak melakukannya?

Doktor. Merawat orang sakit itu adalah ibadah dan jika orang yang kamu rawat itu sembuh dan segar kembali dan dapat meneruskan kehidupan dan ibadahnya, saham untuk kamu pun ada. Saham kamu berbentuk pelaburan sepanjang hayat. Sangat menguntungkan.

Sekian Questionnaire Terhebat. Jawapan nombor 4 selalu menjadi motivasi untuk saya walaupun dilambaki dengan berpuluh-puluh benda yang boleh menjatuhkan semangat saya.

Doktor itu da’i. Pendakwah. Saya teringat keadaannya apabila saya mula-mula bertugas dulu. Sudahlah pesakit kita ni sakit. Amat jarang pula saya jumpa yang solat. Ahli keluarga yang menemani pun ada yang tidak solat. Sedangkan, ruang katil di hospital ini sangat selesa. Ada tabir yang tersendiri dan ini memberikan privasi yang tinggi untuk setiap pesakit. Sebelum itu saya hendak ingatkan, di Malaysia ni, hanya ada beberapa buah saja hospital yang berkonsepkan Mesra Ibadah. Sepatutnya, hal ini tidak memilih hospital. Semua hospital pun boleh mepraktikkan benda yang sama.

Sewaktu awal-awal bertugas dulu, setiap kali berpeluang, saya akan memberitahu pesakit saya arah kiblat dari katil mereka. Untuk pesakit yang ada ditemani ahli keluarga, saya mengingatkan si anak itu untuk menolong ibu bapa mereka mengambil wudhuk. Saya sekadar memberitahu cara yang paling mudah yang boleh mereka guna pakai. Tapi pelaksanaannya, itu semua terpulang kepada mereka.

Ada sekali dulu, saya merawat seorang ustaz, berpangkat Guru Besar untuk sebuah sekolah rendah di bandar ini, yang juga merupakan saudara jauh saya. Sewaktu dia masuk, saya memberitahunya arah kiblat dari katilnya itu.Β  Ustaz ini kerap dimasukkan ke hospital kerana serangan lelah (bronchiol asthma). Selang beberapa hari, ustaz itu dipindahkna ke bilik isolasi yang mana bilik itu merupakan bilik di bawah tanggung jawab saya. Sewaktu pergi untuk mengambil darahnya di suatu pagi, dia berkata kepada saya:

“Tak pernah lagi sejak kali pertama saya masuk hospital dari muda-muda dulu, ada doktor yang beritahu saya arah kiblat dan cara nak solat dari katil. Ni kali pertama saya dengar ada doktor yang ingatkan pesakit tentang solat.”

Entahlah. Waktu itu, dalam hati saya, ada satu rasa saja. Saya sebak.

Nota: Kadang-kadang terasa nak berhenti menulis kisah di hospital di blog ini. Saya kurang senang kalau ada rakan sekerja yang membaca coretan saya. Sangat tidak selesa rasanya.

32 Responses to “Questionnaire Terhebat”

  1. aku says on :

    blog sendiri..tulis je apa yg nak ditulis.

    Reply

  2. snm says on :

    salam sarah πŸ™‚
    keep on writing. abaikan siapa yg mbaca. ignorance is a bliss πŸ˜‰ sbb rmi yg follow tulisan awak since awak menulis di blogspot kan?

    Reply

  3. akak says on :

    Bagi akak..doktor adalah kerje untuk mereka yang ‘kuat’ mental & fizikalnya. Sebab tu hanya mereka yg benarΒ² ‘kuat’ mampu untuk pikul ‘amanah’ ini. Jadi..tahniah la utk Sarah sebab dah berada kat tempat Sarah sekarang. Really proud of u Sarah!! πŸ˜‰

    Reply

  4. irmadilondon says on :

    1- sarah. pakai sandal crocs sebagai kasut kerja pun bergaya jugak. hehe

    2- akak pun terharu bila baca kata-kata ustaz tu. nampaknya tak semua doc merebut peluang yg ada. masyaallah.

    semoga sarah terus menjadikan kerja sebagai medan utk berdakwah juga.

    Reply

  5. epel says on :

    salam dr. Sarah.
    Simple gesture and reminder might change the whole horizon!
    keep it up and never give up!

    Reply

  6. haritz says on :

    kerja mmg satu ibadat jika kita tetap dalamNya.

    Reply

  7. arina says on :

    assalamualaikum, Kak Sarah. tadaa sy muncul lg di sini. ehehe.

    ohoho takut nye takut nye takut nye dan beratus2 kali takut nye ..

    Kak Sarah, i wanna let you know something. your site is THE only site owned by a doctor which i read. the way you explain, and talk about your life as a beginner in this medical field have impressed me up to the level that i myself can’t describe. and THIS is the only site, which ‘stings’ me .. to make extreme type of preparation of working as one though i haven’t made any yet. huhu. bad me.

    jd .. sy merayu .. *pegang bunga* (ahahaha) .. jgn berhenti tulis psl kisah hospital ye .. please please ..

    Reply

  8. kak k.a says on :

    SARAH..’U CAN DO IT’ ..
    DOKTOR+PENDAKWAH+PAKAR MOTIVASI+PAKAR TERAPI+WANITA BERKERJAYA YG SANGAT COMEL..

    HEHE KEEP IT UP,SEMUA ORANG MENYOKONG SARAH..OK

    Reply

  9. hawa says on :

    Point ke-4 tu yang saya nak tambah. Hehe. Tapi Sarah dah tulis dulu.
    Jangan demotivated. Awak doktor pendakwah kedua yang saya kenal.
    Yang pertama seorang doktor die hospital kuala pilah. Dia akan azankan SEMUA bayi yang dia bidankan tak kira apa agama. Dan calit kurma kat lelangit diorg.

    Alah, bende tu semua small matter la. Macam cikgu Noridah pernah cakap jangan rasa masalah atas bahu kita. Kita akan hidup penuh ceria!

    (Pandai je i ni kan, tak rasa pun seksa sarah camne jadi dokter!)

    Reply

  10. hafiz says on :

    assalmualakium..saya orang yg agak baru mengikuti blog awak,kira-kira 2 bulan lepas(lama gaklah)..saya suka cara awak menulis..lebih-lebih lagi kisah di hospital..harap sangat awak tak berhenti menulis…

    Reply

  11. saffa says on :

    Salam KS,

    Memang tak selesa bila rakan sekerja baca. Saffa faham. Saffa pun rasa tak selesa juga bila ada sesetengah hasil coretan Saffa ni, ada orang baca.. Tapi nak buat macam mana bila blog kita ni UMUM.

    Tapi kan KS, kisah2 yang KS tulis ni sangat bermakna, mungkin KS tak sedar dan tak nampak. Tapi realitinya, sedikit sebanyak apa yang KS tulis ni akan bantu pembaca blog KS untuk lebih mengenali pekerjaan Doktor ni macam mana susah payah perit dia.

    Banyak betul benda yang KS tulis ni, menyedarkan Saffa. Jadi; teruskan lah menulis! XD

    Reply

  12. wher mohd says on :

    salam kak sarah
    jgn berhenti menulisblog nih
    sy antara pengikut setia blog akk tau :mrgreen:

    Reply

  13. kak an says on :

    salam…
    sarah.. dlm situasi awak, mungkin ini sebenarnya cara terbaik untuk melakukan satu perubahan…. mengajak orang lain ke arah yang lebih baik. amal makruf nahi mungkar. kalau mereka baca, alhamdulillah… syukur… sebabnya?
    1) mereka mmbaca tanpa awak memaksa…
    2) kiranya awak sudah menyatakan yang hak kepada mereka. kalau mereka buat, alhamdulillah… tapi kalau sebaliknya? setidak2nya tanggungjawab awak dah terlepas… sebab awak dah beri peringatan…

    jadi… doa akak… biar satu hospital tu baca blog awak, ok? πŸ˜†
    dan… semoga menjadi protaz/protazah yang berjaya di dunia… dan di akhirat sana, insyaallah…. teruskan menulis wahai ukhti sarah! =)

    Reply

  14. kak an says on :

    akak rujuk pada kisah awak…
    β€œTak pernah lagi sejak kali pertama saya masuk hospital dari muda-muda dulu, ada doktor yang beritahu saya arah kiblat dan cara nak solat dari katil. Ni kali pertama saya dengar ada doktor yang ingatkan pesakit tentang solat.”
    teruskan ukhti…. =)

    Reply

  15. dila says on :

    salam kak sarah..
    dila suka baca apa yang akak tulis,since a month ago..
    your words motivated me..
    a lot..
    and for that,
    hontouni arigatou…
    keep doing what you feel right,coz that’s the only thing that will make you happy..

    Reply

  16. roseli says on :

    Salam,

    Entah macam mana…….saya seperti mengikuti drama bersiri,so kalau saya missed satu episop,rasa tak bestlah kan.
    So please, keep it writing.

    rosebali.

    Reply

  17. me says on :

    tulisan itu adalah hak sarah .. its all up to you. Semua ni juga akan Sarah bawa 20-30 thn akan datang, & bila tgk juniors masuk, you will reflect back to yourself. Ingatan kita kat boleh register semua benda .. ada perkara2 yg akan kita lupa.. so teruskan menulis

    Reply

  18. ieda says on :

    hi sara..
    one of my lecturer (surgeon) said “medical is a field which is very hard to get in..very hard to stay in & very hard to get out”..
    another lecturer (also a surgeon) said “be humble all the time & you will survive”
    this is a noble job as long as we do it right..and i know you are doing the best.

    Reply

  19. Kasawari says on :

    Apakah pekerjaan yang senang dapat title Dr. ? he he..b :mrgreen: Doktor la kan.. kalau buat degree in eng’ring kena buat master pastu buat Phd.. baru ler dpt title Dr.. huhu.. πŸ˜›

    maaf ler.. lama tak tinggal jejak kat sini.. harap KS sihat2 adanya.. wah dah mula bertugas ek.. mulianya pekerjaan Doktor tu..

    sama gak saya.. agak kekok nak menulis dan menepek gambor bila rakan sekerja baca blog kita.. huhu.. πŸ˜†

    Reply

  20. thanaif says on :

    Saya sedang berusaha menjejaki seorang doktor yang membawa pulang pesakitnya untuk dirawat di rumahnya sehingga pesakitnya berpulang ke rahmatullah.

    Hanya untuk mendengar hari-hari akhir pesakitnya dan mengucapkan terima kasih kerana menjaga dan merawat pesakitnya bukan hanya di hospital tetapi ke rumahnya.

    Reply

  21. izzati says on :

    salam kak sarah…

    sy antara silent reader blog akak snce akak mnulis kt blogspot lgi..
    byk ilmu yg dpt sy contohi dr blog akak..

    somehow give me sort of motivation to struggle in dis field..
    im a medical studnt too..
    well,,get lots of knowlege from ur writtng directly or indirectly..
    so plis2 continue ur writtng k..
    thnks ye akak =)

    Reply

  22. rudis says on :

    matab betul tulisannya jangan tak menulis lagi, slm kenal rudis blog masih baru

    Reply

  23. saya says on :

    2) Apakah pekerjaan yang tidak membolehkan anda melawa untuk pergi kerja?

    ok.. ad lg satu jawapan kat sini : Geologist..

    mmg tak leh melawa.. p ofis pakai jeans n tshirt je.. takde make-up.. then belum lg bila pg site.. yg takleh blah kena berjemur di tgh panas.. terbakar kulit lg.. hahaha..

    BTW- experience kamu cukup hebat dan lg hebat sbb kamu share with others.. at least now i know the real life of being a doctor..

    Reply

  24. Makcik Farah says on :

    Salam Dr Sarah,

    Ramai yang dapat manfaat dan terhibur dengan blog ni. Tak usah la berhenti menulis, nanti ramai pulak yang nak kena pergi sendiri jumpa dr Sarah . Bertambah2 lah penatnya kerja sebagai dr πŸ™‚ Makcik juga sangat suka singgah sini . Jemputlah ke teratak usang mak cik.

    Reply

  25. me says on :

    keep on writing ks..don’t stop…i love to know everything about ur life πŸ™‚

    Reply

  26. Areefah says on :

    Salam….

    Teruskanlah menulis sekiranya ingin berkongsi ilmu dan cerita sebagai seorang doktor. Rasanya tak salah nak bercerita selagi tak melanggar etika bekerja. Bukannya bagi rasuah atau melanggar peraturan bekerja. Sekurang – kurangnya saya dapat berkongsi dan merasai perasaan seorang doktor walaupun tidak dapat mengalami secara realiti.

    Be cool n strong!

    Reply

  27. alang says on :

    alang sentiasa menyokong angah…
    ALLAH la y menemukan alang dgn angah di google ketika mencari blog y terbaik dari y terbaik..

    Reply

  28. Pena says on :

    Rasa nak beri comment teruskan menulis! Tapi dah ramai pula follower ks cakap mcm tu.
    Saya faham rasa xselesa rakan sekerja baca, sbb sy pun xsuka kalau ada budak2 moscow follow sy kat twitter. (tu yg stat fb xberupdate2). Sbb di situ kita punye personal space. Tak seronok la rase nye bile pegi2 keje/class, org sekerja or sekelas mengoment kat kite pasal apa yg kite tulis. Itu apa yg sy rase la πŸ˜›

    Reply

  29. A. Wann says on :

    Dear Sarah,

    A true writer writes from the bottom of his/her heart. S/he doesnt care on the acceptance of others because writing is simply expressing oneself to the world. True writers will be much offended if room of expression is limited. Footnote:That’s why I prefer to buy a blank A4 paper to write daily rather than using lined and columned ones. They limit my style of writing and dislike of training my fingers to adjust.

    A true writer allows the idea to flow, from his/her mind and heart to the fingers, pens and finally through the words on the paper/screen.

    And not many are gifted to this talent. Just so u know…..

    AW

    Reply

  30. joe says on :

    Ko nak berenti menulis ye sarahhh???
    ko jangan…!!!
    aku tak lupe ketika ko pernah mengungkapkannya
    pertama kali ketika blogspot dulu…
    bagai nak runtuh langit dibuatnyer..
    tup2, buat jugak blog baru!

    Ko berenti je, aku beli rotan kat kedai
    hambat ko sampai ke pahang nun!!!
    ello hospital bukan susah sgt nak cari tauu

    lalalalala
    gurau tau sarah…
    jgn marah2
    ;p

    Reply

  31. riyana says on :

    kak sarah, ni la sebab2 sy kagum bile ngan doctor2 ni.dah la blaja lama, masa keja kna face byk menda baru, kna blaja lagi, keja yg xde belas kasihan tu paling x bleh tahan.best je baca pasal kesah hospital ni.

    Reply

  32. salym says on :

    Salam doc..
    Nice to read your blog..wonderfull experience being a doctor..hard job..
    Keep it continueing..

    Reply

Leave a Reply