Syahdu
Assalamualaikum wbt
Rajin betul saya menghadap PC di pagi hari ni. Inilah salah satu cara untuk mengelakkan daripada tertidur semula selepas Subuh. Sebenarnya malam tadi saya tidur sangat awal. Pukul 10 lebih saya sudah lelap. Bila bangun saja untuk bersahur tadi, saya mengira-ngira dengan jari. Eh, sudah hampir tujuh jam saya tidur. Jadi, saya tidak boleh tidur lagi. Cukup untuk hari ini.
Saya ada dua azam untuk hari ini. Hendak bersenam dengan banyaknya sementelah saya berseorangan di rumah pada hari ini dan menyambung ulangkaji saya yang tertangguh. Harapnya, kedua-duanya berjalan seperti yang dirancang dan bukannya setakat niat di hati saja.
Semalam Temerloh dibasahi hujan dari tengahari sehinggalah tengah malam. Bila hujan-hujan begini, terasa syahdu saja di hati. Tambahan pula bila duduk berseorangan di dalam bilik. Mendengar bunyi hujan di luar betul-betul mengundang rasa melankoli memenuhi hati. Ditambah pula dengan bunyi syahdu salah seekor anak kucing di rumah ini yang sedang sakit. Bunyinya macam sudah hendak mati saja. Setiap kali ia berbunyi, saya rasakan seperti ia menyebut: Mak, mak, mak.
Tiba-tiba saya teringat akan cerita ayah minggu lalu. Ketika itu kawan ayah, Pakcik Mail dan keluarganya bertandang ke rumah. Mereka datang dari Pulau Pinang. Kebetulan, Pakcik Mail juga merupakan pencinta kucing seperti ayah. Jadi ayah menceritakan bagaimana perasaannya ketika pernah menghantar kucingnya ke sebuah kedai makan untuk ditinggalkan di sana.
Kata ayah, ayah meletakkan kucingnya itu di dalam kotak. Bila tiba di sana, ayah meletakkan kotak itu di atas lantai. Kucingnya di dalam kotak itu mendongak memandang ayah kembali. Kata ayah, waktu itu susah betul hendak diceritakan perasaannya apabila melihat kucing itu seperti bertanya kenapa ia dihantar ke situ. Dan sejak hari itu, ayah tidak pernah membuang kucing lagi. Sebak saya mendengar cerita itu.
Sebenarnya, kisah ini mengajar saya satu tips. Kalau hendak membuang kucing, jangan dilihat matanya. Nanti kita akan sayu dan tersentuh hati. Kucing pandai berlakon melalui matanya. Uish. Zalim betul bunyinya konklusi saya ini. Baiklah. Mari kita memuliakan konklusinya. Marilah menjadi seperti Abu Hurairah. Beliau mencintai kucing sehinggakan di dalam lengan baju jubahnya pun ada kucing yang dikendongnya kita berjalan-jalan.
Tapi memang betul pun bahawa mata kucing penuh godaan. Orang yang bermata kucing pun saya suka juga. Hikss. Ok. Melalut sudah. Kalau tak percaya, cuba tengok gambar Butbut di bawah ini. Matanya saja sudah boleh buat saya kasihan padanya. Maka terpaksalah saya menjadi tuan yang baik kepadanya. =___=
Buat adik saya Adnan, selamat hari lahir! Semoga menjadi lelaki yang budiman, teman yang setia dan anak yang soleh.
Nota: Sepi, sendiri, aku benci.
saya juga pencinta kucing (klik nick saya utk ke laman kucing). tahun ini saja saya sudah bela lebih 30 ekor. ada yang mati dan kebanyakannya hilang tak dapat saya jejak (sangat sedih 🙁 ). saya juga pernah nak buang kucing di tepi restoran di TJ ni tapi bila saya letak dia pandang saya balik. aduh… satu perasaan sayu yang tak dapat saya gambarkan. sayang saya pada kucing tu sangat besar. terus saya bawa kucing tu balik dan saya jaga sampai lah dia besar dan baru je mati hari tu 😥 .
sarah, kucing kamu tu mmg comel
Reply
Noi pun pencinta kucing tapi belum berkesempatan lagi bela kucing. Noi kalau ada kucing, mesti Noi manjakan sangat, belikan toys macam Noi belikan/buat banyak toys untuk Alex & Lolo..hihihi..
Reply
mata kucing ni kalau lelaki bahaya kalau berbicara, kalau pompuan penuh dengan goda 😳
Reply
sarah kat ne skang?rumah ke?raya nati jemput dtg chenor
Reply
Saya suka jugak kuceng sarah. Tapi saya takut nak pegang. sebab kecik2 dulu kuceng penah cakar muke saya sampai ade parut. sob sob
Reply
Good day! Do you know if they make any plugins too safeguard against hackers?
I’m kinda paranoid about losing everything I’ve worked hard on. Any tips?
Reply