Otak Budak
Assalamukingkong wbt
Ah-ha! Tahu tak bagaimana untuk menjawab salam yang seumpama itu? Caranya ialah: Waalaikingkongsalam wbt.
Hahaha.
Inilah bunyinya bila Iman memberi salam setiap kali dia masuk ke rumah. Mahu pecah perut dibuatnya. Lebih-lebih lagi di sebelah petang bila dia datang sekadar hendak bermain-main. Entah apa entah bunyinya salam yang dilafazkan.
Tengahari semalam, dia dipakaikan Beju Melayu hijau. Dari jauh saya sudah nampak dia segak berpakaian begitu. Saya melaung bertanya: Ni hensem-hensem ni nak pergi mana ni Dik Man?
Dia terus berkata “Allah babat”, sambil membuat gaya mengangkat takbir. Tahu dia ya orang pergi solat Jumaat pada hari semalam. Dan apabila emak balik ke rumah tengahari semalam, dia terus meluru ke bilik emak. Hendak mengambil bantal peluk. Ingatkan mahu dibuat golek-golek tidur di depan TV. Rupanya untuk dijadikan motor! Apa punya otaklah budak kecil ni. Adeh.
Dan saya akan separuh gila bila diajaknya bermain pusing-pusing sampai pening. Ini permainan zaman sebelum tadika dulu kot!
Oklah. Kita akhiri entri ini dengan salam yang sempurna. Salam itukan salah satu cara kita menzahirkan perdamaian dan mendoakan kesejahteraan ke atas orang lain. Jadi kenalah dilafazkan dengan sebaiknya.
Assalamualaikum wbt.
Nota: Di Temerloh ada dibuka Galeri Tokoh. Macam menarik, kan? Saya hendak pergi satu hari nanti.
Comel~~
Galeri tokoh? Galeri apakah itu? *tanya seorang penduduk Temerloh yang jarang balik ke kampung*
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:00 am
Entahlah. KS pun tak pernah jenguk lagi. Baru rasmi Sabtu petang baru ni je. KS ni orang Temerloh nomad. 1/3 daripada umur KS dihabiskan di luar Temerloh. Hehe. 😀
Reply
Budak pun tahu waktu solat Jumaat. Comel comel. KS, tolong kirim salam kat Iman ek 😉
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:01 am
Tu la kan. Yang dewasanya pulak, punya la liat nak pegi. Tragis betul. 🙄
Reply
SARAH…
mana entry loghat temerlohnya?lidah tak tukar lagi ker? hehe 🙂
Take care dear.. 😛
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:04 am
Nanti ada yang tak faham. Jenuh kena bukak kamus pulak. Huhu.
p/s: Kenduri Kak Haida Sabtu ni kita jumpa ye 😀
Reply
Hihi..my cousin lak..asal pakai baju kurung, dia cakap nak gi KOMPANG..haha.. coz first time dia pakai baju kurung, auntie bawak gi majlis kahwin, time sampai kat rumah pengantin tu, orang tengah main kompang.
Hari Raya pun dia cakap nak gi KOMPANG..adeh lah 🙄
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:04 am
Comel betul! Nak gi kompang! Hahaha. 😆
Reply
heh comel budak Iman itu. perasaan saya, bijak nantinya beliau itu. Insyaallah..
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:07 am
Yess! Harapnya macam tu la. Bijak pandai macam Chi Am kita ni!!!
Reply
Assalamulaikum..
*memang time la Sarah ada kat rumah musim buah pohon kayu
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:07 am
Musim buah pohon kayu?
Reply
one Reply:
July 21st, 2009 at 7:28 am
oh… senang cite musim buah2an la,manggis durian rambutan langsat duku etc…yg drp pohon kayu.
Reply
hehehe…..teringat mse kecik2 dlu……
Reply
hilman Reply:
July 18th, 2009 at 4:26 pm
Nota: Apesal Salam dekat “Puteri Lilin” ada ‘l’ sebulum huruf ‘k’????? ptut pun nmpk pelik…….. 🙄 🙄 🙄
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:08 am
Alamak. Tu typo tu. Malas dah nak betulkan.
Reply
salam,
nama Iman cm nama anak sedara saya!comel!jgn lupe bace entry tentang Iman nnt..hehe..
bila keje?kat ne?sy ada bg no hp sy kat msia..nnt msglaa kita..no lama..
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:09 am
Salam Tasha.
Haah. Macam nama anak sedara awak. Hehe. Ni nama penuhnya Iman Solihin. Hehe. Kerja tak tau lagi bila. Interview Ogos ni. Oh ye. Saya dah ambil dah nombor awak. Terlupa plak nak contact. Haha. Apa je la saya ni. 😀
Reply
dengar budak kecil baru nak belajar cakap memang seronok..ketawa kita dibuatnya..then kita akan fokus apa la yg keluar dari mulut dia..
pastu pakat gelak berjemaah kalau lawak..haha
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:12 am
Betul sangat tu. Sebenarnya dengan Iman ni, jenuh saya nak fahamkan ulas butir yang dia sebut. 😆
Reply
salam k.s….
pertama kali komen kat sini setelah
lama jadi silent reader k.s… tahniah sebab dah lulus dan pulang ke msia
entri akak kali ni buatkan saya teringat anak saudara kawan saya bagi salam
‘assalamkom salam’ katanya tu sekaligus menjawab salam..
macam-macam kerenah budak kecik kan
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:14 am
Salam Una.
Terima kasih sudi membaca di sini. KS ni merepek je semenjak dua menjak ni ha. Adeh la.
Waaa. Yang tu memang kreatif amat tu! Besar nantii mesti cerdik pandai tu! 😉
Reply
I think The Galeri Tokoh cannot beat ours. Ha Ha
Mother Russian. Father Malaysian.
Reply
Sarah Reply:
July 21st, 2009 at 2:16 am
Ours is way better and greater, right right right? Hehe.
For Mother Russia!
Aik. Mak Russian, Bapak Malaysian?
Apakah? Haha. Otak saya ligat. 😆
Reply