Selamat Tinggal Moscow (Episod 2)

sabor

Assalamualaikum wbt

Di saat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Sheremetevo 2 dulu, hanya satu tanggapan mudah saya tentang Moscow pada ketika itu. Kunonya! Tapi disebabkan sudah diingatkan oleh para senior yang melawat ke INTEC dulu supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi tentang Rusia, jadi saya tidaklah terlalu terkejut. Masa berlalu. Sekarang, kompleks Sheremetevo 2 Airport adalah sangat luas dan moden. Dilengkapi dengan aerotrain untuk menghubung terus kawasan itu ke pusat bandar.

Dalam perjalanan menuju ke Hostel Pushkin, hostel pertama kami semua, kami dibawa menaiki bas khas. Ketika di dalam bas, saya duduk diam saja memerhati ke luar tingkap. Dalam hati saya, ada beberapa soalan berlegar. Kenapalah pokok di Rusia ni nampak tak sihat saja. Daun tak hijau sangat. Macam penuh debu saja gayanya. Kereta pun sama. Memang berdebu sungguh. Selepas beberapa hari dan sudah mula menyesuaikan diri dengan keadaan di hostel dan laluan ulang-alik ke kelas, barulah saya tahu di mana kebodohan saya. Waktu itu hampir masuk ke musim luruh. Daun sudah mula hendak menguning. Memanglah begitu warnanya! Cuaca pula kering-panas kerana berada di antara musim panas dan luruh. Disebabkan itu udara berdebu dan adalah tidak berguna jika kereta dibasuh selalu. Pasti akan kotor semula. Aduhai. Tergelak seorang bila teringatkan hal ini. Lama kelamaan, saya dapat menerima kenyataan ini. Bukannya mereka sengaja, tapi cuaca dan udara yang menyebabkan segalanya jadi begitu.

Ketika mula tiba di sini dulu, saya cukup tidak suka akan bunyi alat penggera kereta milik jiran tetangga di sekitar Hostel Pushkin yang berbunyi di waktu malam. Bising itu satu hal. Berbeza-beza pula bunyinya itu. Ada siren polis. Bunyi bomba. Bunyi ambulan. Kalaulah ada bunyi roket, agaknya, mungkin ada yang menggunakannya. Saya suka tidur yang senyap sunyi. Biar terang tidak mengapa. Asalkan jangan ada bunyi. Perkara kecil begitu pun boleh menjadi sebab saya tidak ada mood apabila bangun keesokan paginya. Tetapi, lama kelamaan, saya sudah terbiasa dengan suasana itu. Sampaikan kadang-kadang saya terfikir, kenapa kereta yang selalu berbunyi siren polis itu senyap sunyi malam ini?

Saya juga kurang gemar akan musim peralihan di antara musim sejuk ke musim bunga. Pertamanya kerana jalan penuh lecah. Salji mula mencair. Habis kotor hujung seluar. Kalau pakai seluar jeans, bukannya setiap hari kita basuh seluar pun kan. Tapi kalau dah kotor, nak tak nak memang terpaksa dibasuh jugalah. Kotornya bukan sedikit. Habis terpercik sampai ke betis. Jenuh hendak membasuh. Keduanya kerana dalam keadaan lembap begitu, laluan tar untuk pejalan kaki di tepi-tepi jalan dipenuhi dengan cacing. Bukan sekadar cacing biasa. Tapi datuk kepada segala cacing! Warna merah pudar, besar, lembah-sejuk badannya dan bertebaran di atas jalan. Gelilah tengok. Naik bulu roma bila cacing-cacing ini berlonggok beramai-ramai di satu tempat yang sama. Tapi semakin lama di sini, semakin alah dengan hujung seluar yang kotor dan cacing di atas jalan. Mungkin kalau tiada cacing, itu yang lebih memelikkan.

Di saat awal-awal menggunakan metro dulu, saya rasa pening bila metro berayun-ayun kerana terlalu laju. Hendak membaca tidak boleh. Inikan pula hendak melelapkan mata. Tapi itu semua tidak lama. Selang dua bulan selepas itu, metrolah tempat paling selesa untuk tidur dalam perjalanan ke kelas mahupun pulang ke hostel. Dan kalau hendak studi pun, apa yang dibaca pun sangat cepat masuk bila berada di dalam metro. Terus jatuh suka pada metro. Dahlah efisyen. Berjasa pula tu.

Dulu-dulu kalau ke kafe di dalam bangunan akademik, tiada benda sangat yang dijual. Paling habis ada salad, potato puree dan pizza. Kalau mahu pirazhok (pai berinti), kena beli di kedai luar. Kedai Nyum Nyum warna merah. Bila pandang saja kepada salad, saya sudah rasa semacam. Tak mengenyangkan langsung. Sudahnya, hampir setiap hari kami pergi beli pai berinti epal, ceri, aprikot atau buah-buahan yang lain di kedai luar. Kadang-kala, kami turun makan pizza segera di kafe yang satu lagi. Tapi sekarang, bila singgah untuk makan di mana-mana, salad menjadi menu wajib. Sedap makan salad rupanya ya. Tambahan pula, di Livan House (kedai halal), ada menyediakan pelbagai salad yang halal dimakan. Serius saya suka.

Orang kata, kalau mula-mula benci, nanti lama-lama jatuh cinta. Ya. Saya akui hal ini dalam ruang lingkup hubungan saya dan Moscow. Saya geram itu, tak suka ini, benci begitu, tak mahu begini tentang Moscow. Tapi sudahnya, saya jatuh cinta dengan segala yang saya lalui dan hidupi di sini.

Kerana itu, Moscow punya tempat yang istimewa dalam hati saya. Kerana itu saya sebak untuk meninggal rumah saya ini.

Nota 1: Sekejap lagi, pelajar tajaan MARA batch saya akan berangkat balik. Sedihnya. Ya Allah, satukanlah hati-hati kami dan rahmatilah persahabatan kami selama ini. Untuk semua kawan-kawan (Auyun, Shima, Rodo, Krun, Krin, Glid, Asrul, Aizat, Mubin, Faiz, Lutfi, Posto, Israfil dan Nazlin), terima kasih atas segala perkongsian kita selama ini. Maafkan saya atas semua salah silap selama kita hidup bersama di sini. Kita jumpa nanti di Malaysia. 😥

Nota 2: Maghrib tadi Auntie Arfah dan Uncle Suhaimi datang melawat kami semua buat kali terakhir. Ya Rabbi. Sedihnya. Terima kasih Auntie dan Uncle. Both of you have been a great mom and dad to all of us here. Kami akan rindukan Auntie dan Uncle! 😥

20 Responses to “Selamat Tinggal Moscow (Episod 2)”

  1. Siti Noor Syazwana says on :

    Semoga selamat sampai ke sini 🙂
    Moga setiap kenangan yang terpahat di hatimu akan terus mekar dan diingati..
    Emm, sedih la pulak..

    Reply

    Sarah Reply:

    Insya Allah kenangan yang ada semua ni akan kekal! 🙂

    Reply

  2. akmar says on :

    huuu. sedihnyer sarah..sayu laks. hmm. mmg lar. lama kan kt sana. mesti sedih nk tinggalkan kenangan. tp takpe, malaysia menanti mu.

    😉 :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Yeah. Malaysia bestttttt! :mrgreen:

    Reply

  3. doyot says on :

    Sedihnyer uhuhu.. 🙁 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain, Saya setuju betul dengan Sarah, bila belajar jauh dari keluarga ni memang sangat mematangkan diri dan mengajar diri membuat keputusan yang tepat. Dan bila balik rumah tu mengingatkan kita yang ‘time is precious’ sebab masa bersama keluarga sangat suntuk..muhuhu..Moga Sarah jadi Dr cemerlang fiddunia wal akhirah..amin

    Reply

    Sarah Reply:

    Terima kasih Doyot. Doa yang sama untuk awak juga 🙂

    Reply

  4. yusma says on :

    perpisahan mmg menyakitkan.. touching sy dgn entry nie.. apa2 pon d harapkan sarah selamat kembali ke tanah air..

    *good writing..keep it up.. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Saya sedih pula baca komen awak, Yusma.
    🙁

    Life goes on, anyway. 😉

    Reply

  5. nadiah says on :

    sedihnya sarah 😐

    Reply

    Sarah Reply:

    🙁 🙁

    Reply

  6. irmadilondon says on :

    kami yang membaca tumpang sedih apatah lagi empunya badan…

    Reply

    Sarah Reply:

    😐 😐
    🙁 🙁 🙁
    😥 😥 😥 😥

    Reply

  7. Yeop8883 says on :

    Sebak…sebak!!! 😐 😐

    Reply

    Sarah Reply:

    😥

    Reply

  8. pencacai tua says on :

    sebak nye membca entri nie..nanti leh datang lagi bile ade masa nanti..tulah,kite manusia je kan,Allah mengetahui ape yang kite tak ketahui..kite rasa baik,tapi buruk ntk kite..kite rasa buruk tapi baik ntk kite..

    Reply

    Sarah Reply:

    Insya Allah akan datang suatu hari nanti 🙂

    Reply

  9. muaz says on :

    wah..dah balik rupanya Kak Sarah. apapun sy ucapkan selamat pulang ke Malaysia.
    terlepas dua tiga hari blog kak sarah sebab sy pergi bercuti.
    😀

    Reply

    Sarah Reply:

    Alhamdulillah dah sampai Malaysia pun, Muaz.
    Ooo. Bercuti rupanya ye. 🙂

    Reply

  10. Saffa says on :

    =) Betul tu. Mula2 memang rasa tak suka. Tapi bila dah lama, mula serasi, jatuh cinta plak kan 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak kenal maka tak cinta.
    Kan?
    😉

    Reply

Leave a Reply