Tekanan
Assalamualaikum wbt
Tinggal sepuluh hari lagi untuk State Exam. Semakin belajar, terasa semakin banyak yang tidak tahu. Semakin rasa banyak yang tidak tahu, semakin rasa buntu. Semakin rasa buntu, semakin rasa tertekan. Semakin rasa tertekan, semakin rasa tidak boleh belajar. Semakin rasa tidak boleh belajar, semakin rasa hendak menjerit saja. Rantaiannya tak sudah-sudah. Titik akhirnya sama ada dua: gila atau mati. Adoi!
Minggu ini minggu terakhir saya bergelar pelajar. Tamat kelas Jumaat ini, tiada lagi sesi di hospital bersama para doktor, tiada lagi bertemu pesakit, tiada lagi mendengar sungutan makcik yang menjaga cloak roam atau apa-apa sajalah yang boleh menghilangkan mood di pagi hari.
Dalam situasi tak berapa nak boleh belajar sangat ni, kepala sangat mudah sakit. Perkara-perkara yang pantang saya lihat depan mata pun sangat mudah untuk membuatkan saya naik angin. Lantai bilik air basah, saya mulalah membebel seorang. Atas rak dapur berselerak pun saya membebel seorang. Selipar yang digunakan di dalam rumah yang berselerak pun boleh buat saya rasa nak membebel seorang. Makin tidak tenang rasanya. Dalam pada bebel-bebel tu, saya buatkan juga apa yang patut. Kalau di rumah, tanyalah mak ayah saya. Sayalah yang paling kuat membebel bab-bab kekemasan, kebersihan dan segala benda alah ni. Lepas saya dah puas membebel, siaplah saya kena sound semula dengan ayah saya: Kalau tak nak buat, sudah. Jangan bising. Jadi, baik saya bising-bising dulu, lepas tu saya buat juga. Ye dak. Terlepas sikit tekanan ini.
Di saat ini, satu perkara saja yang berlegar di kepala saya. Saya rasa hendak tidur lama-lama untuk menghilangkan tekanan. Dan saya tak rasa hendak bercakap dengan sesiapa. Memang dalam seminggu dua kebelakangan ini, saya sangat jarang bercakap. Saya hidup dalam dunia saya saja. Sekali dua, air mata pun sangat mudah mengalir.
Jika formula tekanan ialah begini:
Di mana ialah daya yang berserenjang dengan permukaan dan pula ialah luas permukaan, maka saya sifatkan tekanan yang sedang saya rasakan ini adalah di tahap yang paling maksimum kerana di seluruh permukaan badan saya ini dapat dirasakan tujahan daya yang berserenjang dengannya. Kalau ada yang tak faham pun, buat-buat faham sajalah. Ini teori sewaktu belajar Fizik tingkatan 5 dulu. Mesti Puan Norasiah sayang saya sebab saya ingat lagi. Hahaha.
Saya serius ni. Tekanan sedang sangat tinggi. Bersifat tujahan dari luar dan luapan dari dalam kepala. Antara dua perkara yang saya terasa hendak buat itu, saya amat jelas, perkara yang pertama itu adalah mustahil untuk saya buat buat masa ini. Kalau saya buat juga, itu namanya tak sedar diri exam tinggal lagi SEPULUH hari.
Nota: Arghhhhhh….! Saya tidak mahu cuak. Saya mahu tenang!
Salam Sarah, Kak Dela?
Good luck for your State Exam… U can do its wisely!..
Sarah Boleh…Malaysia Boleh..! Semoga Berjaya..
Your the Best.!!
Dasvidanya!!!….
Reply
Salam KS.
Lama tak online. Lam jugak tak baca tulisan KS.
All the best, sis. Usaha, doa, yakin, tawakkal. Semoga dimudahkan semuanya. 😉
Reply
adeh. sampai terkeluar formula fizik ni, memang parah jugak bunyi nya. huhu. moga semua nya berjalan lancar. insya Allah wonder girl Kak Sarah boleh lalui state exam dengan option ketiga [bukan gila atau mati] : tenang [digaris jugak].
p/s-muehehe. diya teka betul eh? tengok kaki lah =p
Reply
Sarah Reply:
May 26th, 2009 at 5:17 pm
Thanks Diya. Sebenarnya, bila berbalas email dengan Diya tengah malam hari tu buat KS rasa lega sikit. Ok. Nanti KS edit entry. KS akan gariskan tenang jugak. 🙂
p/s: Hampir 80% yang Diya teka adalah betul. Nanti la ada masa KS terangkan apa yang tak betul tu ye. Again, thanks a lot! *peluk Diya*
Reply
Diya Reply:
May 26th, 2009 at 5:38 pm
uiks. ada salah jugak? 😯 hahaha. tak boleh jadi ni, kena check balik apa yang salah tu =p
Kak Sarah, diya ada try suggestion KS pasal nak pancing orang tu. tapi, tak sampai 2 jam, diya padam balik nota ringkas tu. pasal rasa macam nak mengurat anak dara makcik kiah je bunyi nya. hahaha
my pleasure =)
Reply
wah.relax relax KS.ni sume cabaran yg nak di hadapi sblm bergelar doktor :).all the best in the state exam later! buat elok-elok jangan samapi terpeleot sudah la ya =)
Reply
salam kak sarah,
all the best in your gos exam!!you will pull thru and pass with flying colours and i am so sure of it! tapi tak bes kan perasaan lagi byk baca lagi byk rasa tatau..oh well,ktorg pon dah nak exam and so far pegang rekod group paling byk kena buat exam this year utk batch ktorg.huahua..
oh yer makcik cloakroom kat infectious la paling hangin..haha..pagi2 jer dah buat ktorg takde mood sbb kena marah tak tentu pasal..hihi..
alaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak besnye kak sarah dah nak balik for good…takde geng nak potpet2 and korek rahsia and mintak pendapat and potpet2 lagik… 😥 🙁 🙁 i am gonna miss you hepasss…marila lepak dgn ktorg lagik sebelum berpisah ok..good luck kak sarah!!! 😎
Reply
salam ks,
state exam dlm russian atau english??
Reply
ooo cik sarah,
selamat duduk atas kerusi periksa nanti dengan tenang..
selamat semuanya..
Reply
angah,
all da best! solat hajat ye!
kami di sini pun mendoakan juge!
insyaAllah.. smoga berjaye! 😉
Reply
assalamualaikum Dr. Sarah ..
ehe.
oo.
cikgu Norasiah ajar sgt best!
beliau ajar kite ms kat form 4.
kdg2 senyum2 sndiri dgn gaya beliau mengajar ..
gaya yg tersendiri, takde sape boleh tiru!
semoge sgl kegusaran dan tekanan yg Kak Sarah alami akan berkurang ..
bc ayat 1000 dinar n selawat fatih bnyk2 ok.
ps : tension? jom dgr lagu rock. ahaha. ini cdngan yg sgt tak bagus. huhu.
Reply
salam, KS..
all da best!
my pray is always with you..
u can do it!! 😉
~smile.. haa, ok dak sikit?~ 😛
Reply
angah Sarah…..
debaran pasti kuat terasa….tekanan ini sangat sangat memenat kan…itu pasti…tapi semua yakin kamu bisa menghadapi semua ini dengan tenang…
teruskan usaha dan tawakal….insya’Allah semua nya akan berakhir dengan baik dan lancar…
gud luck utk kamu….
Reply
salam ngangah
good luck ngangah
lan tau ngangah boleh. adik2 ngangah boleh. mesti kakak die bleh.
lan doa kan ngangah boleh jwb ngan tenang 🙁
Reply
Saya doakan Sarah dlm keadaan tenang sentiasa..
Jgn tensen2 ek!! 🙂
Reply
Kami semua mendoakan KS! 😀
Reply
salam ks. good luck ks bmillion2 good luck. aaa syoknya dgr frasa “minggu terakhir sbg pelajar”. mesti semua 6th year tgh excited utk mendptkan title doktor ni kan. syoknyaaa!
Reply
Salam KS…Didoakan segalanya yang terbaik buatmu insyaAllah.. Moga tenang dan berjaya 🙂
Reply
Aduhai.. siap ada formula tekanan tu.. ermmm.. apa benda la daya yang berserenjang menekan Sarah ni.. harap2 semuanya ok.. nasib baik luas permukaan.. jika dalam bentuk isipadu.. adehhh.. lagi komplikated tu..
Reply
Pengalaman seperti ini bakal saya lalui dalam masa 6 bulan lagi. Lagi banyak belajar, bagi banyak tak tahu dan lagi banyak stress –>this is a vicious cycle.
Breathe in, breathe out, breathe in, breathe out. Kena buat banyak relaxation technique apabila stress terlalu tinggi yer.
All the best, Sarah.
Reply
Salam sarah
Saya bukan ahli dalam bidang nasihat ini.. cuma ingin doa “semoga diberi ketenangan sewaktu menghadapi peperiksaan 🙂 takdir hanya wujud setelah usai segala usaha”
*notes*
– dalam amplifier bila titik optimum atas bertemu titik optimum dibawah ia akan menghasilkan satu titik datar atau neutral serasa saya begitu jua dengan tekanan bilamana wujudnya satu tekanan yang sama kuat ia akan neutralkan ( maaf saya bukan ahli dalam bidang sains sekadar pemerhatian melalui riak air ) 🙂
salam
Reply
Salam Angah,
Jadilah tenang… Bippity Boppity Boo *ting*.
(http://www.youtube.com/watch?v=IvcTI3ctK8o)
Betulkan niat, kuatkan semangat, take care.
::truemax
Reply
salam ks..
good luck! semoga diberi ketenangan dan kemudahan untuk menjawab semu soalan dengan baik. Ada sikit buah tangan di rumah. Nanti dah setel semua, free, pergi la ambil yer. ^_^
bitaufiq~
p/s: update of plurk –> resigning-plurk virus is increasing. Third candidates has been confirmed to do that. (^_^ just nak kasitau je..)
Reply
hey sarah dearie
no pain no gain :)..thats my motto of life now so i think i would be the same with yours 🙂
keep calm..you have my prayers form land of down under 😎
hugs and kisses
Reply
Semoga tenang-tenang kak sarah! 🙂
Reply
Angah Orked Sarah 🙂
Semoga yang dihajatkan, jadi milik awak 🙂
Semoga yang diimpikan, berjaya digenggam 🙂
Semoga yang diusahakan, membuahkan hasil 🙂
Kami warga Plurkistan (ayat Jull nih) doakan awak dari jauh
Selamat Menjawab State Exam 😉
*along pun nak pergi 😥
Reply
salam ngangah..
selamat menghadapi peperiksaan ngan tenang n jaya nya..
hihihihihii..
chaiyok2!! 😉
Reply
ngahhhhhhhhh!!!
yana sgt mmhami prsaan ngah skang…
dkat nak exam..mcam2 pressure ade…
bleh plak…mkin bce, mkin x tau nk jwab paper mcm mne…aduihhh~
tgok stu x brsih skit nk mrah, sni x kmas nk mrah..aduihh~
all da best yea ngah….
yana pun nak mid year dh nih..mggu dpan…
cuak ad, takut ad, rsau ad..sme mnde ad la…
doakn yana yer~
ganbatte neh!!!
bittaufiq wannajah~
Reply