Jatuh Cinta

Assalamualaikum wbt

Di sini jam sudah menunjukkan pukul 8.15 malam. Tapi hari masih lagi cerah. Sayangnya, sepanjang hari ini hujan turun dan angin kuat berpusu-pusu di luar. Semalam pun hujan. Saya basah kuyup meredah hujan balik dari hospital tengahari semalam.

Alhamdulillah. Dua, tiga hari ini terasa sangat berkualiti. Dapat fokus dengan studi dan sakit perut pun sudah reda. Habit saya, sambil belajar saya akan mendengar Imeem yang memutarkan lagu secara rambang. Saya akan mulakan dengan sebuah lagu yang saya terasa mahu dengar dan seterusnya auto suggest akan memilihkan lagu-lagu yang berkaitan untuk dimainkan selepas itu. Sekejap tadi, saya memulakan dengan lagu (Jangan gelak. Saya memang suka/tahu lagu-lagu lama lebih daripada lagu-lagu baru) Masih Terserlah Ayumu nyanyian Exist. Selepas itu berkumandang pula lagu Di sana Menanti Di sini Menunggu nyanyian Ukays. Nostalgia sungguh lagu-lagu ini. Saya tergerak hati hendak melihat komen-komen yang ditinggalkan untuk lagu Ukays ini. Dan saya menjumpai ini. Saya memang ketawa seorang diri membacanya. Sarah oh Sarah.

Bagaimana anda tahu bahawa anda telah jatuh cinta:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
Komen Sarah: Rasanya betul kot. Tapi sayangnya, kadang-kala, masing-masing terlalu ego untuk mengalah.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.
Komen Sarah: Hihi. Mungkin kot. Tapi bukanlah 24/7.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
Komen Sarah: Tidaklah sampai berdegup pantas kot. Tapi terasa dia begitu dekat walaupun hakikatnya jauh.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
Komen Sarah: Err… Betul!

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.
Komen Sarah: Adakah ini dalam erti kata lainnya dimaksudkan sebagai jiwang? Tapi lagu-lagu yang bercirikan rock tak berapa masuklah dengan jiwa saya. Oh. Alasan!

9. Dia sentiasa di fikiran anda.
Komen Sarah: Kalaupun bukan setiap saat (Haram tu. Lalai daripada mengingati Allah), tapi setiap hari mesti akan ada teringat.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
Komen Sarah: Kalau saya kata betul, macam mana?

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
Komen Sarah: Erm… Tiada komen untuk ini. *lariiiiiiii kuat-kuat, jauh-jauh*

Kenapa ada fakta yang saya batalkan? Kerana bagi saya, fakta-fakta itu tidak masuk akal dan tidak kena dengan jiwa saya. Mungkin untuk sesetengah daripada kamu, fakta yang telah dibatalkan itu logik dan menepati citarasa. Terpulang. Cuma bagi saya, err, tiada kerja untuk saya merindui baunya mahupun tidak mempedulikan orang lain di sekeliling saya. Kalau ada DSAI berhampiran kami, saya mesti akan lebih peduli ke arah DSAI. Hahaha. Eh, gelak pula. Saya serius ni.

Saya yakin, mesti ada yang tersenyum sendirian dan cuba mengaitkan fakta-fakta ini dengan diri masing-masing. Menurut satu kajian psikologi, jatuh cinta adalah satu unsur positif yang boleh mengundang beribu-ribu lagi unsur positif untuk seseorang itu. Jadi, jangan sia-siakan rasa cinta yang ada. Jatuhkan ia pada seseorang yang boleh mengundang sesuatu yang positif untuk kamu. Bukannya pada seseorang yang boleh menebarkan cas negatif kepada kamu.

Tapi pokok pangkalnya, jangan diundang sesuatu yang menjauhkan kita dari mengingati Allah. Kalau bercinta sampai lupa Tuhan, lupa halal haram, itu bukan cinta. Itu nafsu.

Selingan 1: Pegang tangan dengan bukan muhrim tu haram. Ingat tau. Haram. Cubit sikit-sikit pun tak boleh.

Selingan 2: Dengan kekasih mana boleh buka aurat. Dia bukan suami/isteri kita lagi. Cinta bukan syarat yang menghalalkan segalanya. Kalau nak juga, kahwinlah. Habis cerita. Tapi jangan pula kahwin sebab nak halalkan segalanya saja. Kahwin tu satu lagi babnya dalam hidup kita yang menuntut tanggung jawab dan persefahaman.

Alamak. Saya ni sudah jadi seperti Ustazah Bahiyah pula. Tapi,  memang mengingatkan sesama kita ni adalah tanggung jawab setiap Muslim. Semoga diri kita terpelihara daripada maksiat yang kita tidak sedar atau dilalaikan oleh syaitan. 🙂

Nota 1: Saya masih belum memenuhi semua kriteria di atas. Jadi saya bukan dalam kategori sudah jatuh cinta. Amaran ni, jangan buat kesimpulan awal. Saya tak suka. 😆

Nota 2: Kalau saya jatuh cinta, saya tidak suka unsur-unsur tidak matang seperti cemburu dan merajuk teruk-teruk. Menyampah pula tengok orang merajuk entah apa-apa. Huhu. Saya mahu dia percayakan saya seperti mana saya percayakan dia. (Lagu tema: Sila dengar lagu di sidebar) 😎

Nota 3: Saya rindu pada komuniti Plurk saya terutamanya Kak Izzah, Along Riena, Falin, Sufi, Adikbucuk, Ainul, Arina dan Syazwana.

60 Responses to “Jatuh Cinta”

  1. sufi says on :

    salam wahai bunga Orked kesayangan saya…

    Tahukah kamu bahawa saya RINDU kan kamu juga? rindu serindunya.

    Saya harap awak dah bersedia untuk BERPERANG…didoakan semoga awak berjaya dengan CEMERLANG.

    ~Telah convert sbg Tun Teja via plurk.

    sayang selalu 🙂

  2. Diya says on :

    “Menurut satu kajian psikologi, jatuh cinta adalah satu unsur positif yang boleh mengundang beribu-ribu lagi unsur positif untuk seseorang itu.”

    diya nak jatuh cinta banyak2 lah pasni. hak hak hak. entri KS ni buat diya tersenyum2 lah. ehem. something fishy? KS memang la semenjak dua menjak ni buat diya thinking tak sudah =p

    p/s-lagu exist dan ukays best apa. di sana menanti tu one of my fav jugak =)

  3. Sarah says on :

    Salam sembah penuh rindu wahai Tun Teja.

    Eceh. Berbunga-bunga ayat :mrgreen: Saya tau nama awak dah tukar. Saya ada jenguk2 ke plurk awak dan beberapa kawan2 pilihan. Hehe.

    Thanks for the wish, Sufi!

  4. Sarah says on :

    Haip haip. Kalau jatuh cinta banyak2 kali dengan orang yang sama adalah sangat takpe. Haha. Tapi dengan ramai orang, KS ligan Diya sampai Siam ok. 😆

    Ni ada 1 sajak. KS tulis setahun yang lalu. KS tujukan pada orang yang dah buat Diya makin tak faham dan thingking tak sudah tu :p

    Cinta (i)
    Tanya aku
    bahagia itu
    apa rasanya
    dan jawabnya
    setiap hari
    jatuh cinta
    ulang-ulang denganku.

    Dia tanya
    bahagiakah aku
    bersamanya
    aku menjawab
    aku hari-hari
    jatuh hati
    dengan dirinya.

    Soal jawab kami
    kini ada noktah
    cinta dan bahagia

    Sarah Mohd Shukor
    2.54 am
    13 Jun 2008
    Moscow

    😉

  5. Diya says on :

    olololo comel nya puisi tersebut! sempoi habis! 😆

    okay. masih thinking lagi. hahaha. gurau2 =p

  6. nadiah says on :

    salam sarah, isk. rasa mcm memang dah termiss something neh! huhu

    humm cakap pasai cinta ni, just wanna let u know, Sudah ada perkembangan positif tentang itu pakcik =)

  7. nadiah says on :

    ouh sarah. My phone line ada problem la pulak. huhu. xpa. at least dah habaq perkara besar yg paling penting in my life.

    satu lagi yang nadia bersyukur sgt sarah tau. Nadia dah dpt carikan permanent job & tempat tinggal. Nadia mintak tolong from uncle. “ayah angkat” nadia yang CEO tu. Nadia cerita A-Z pasal history dia. Uncle will help him. All da best he can. Alhamdulillah. Insyaallah. Everything will be fine after dis.

    Pray for me ya sarah. I’ll pray for u too

    Sama-samalah pray each other =)

    ** sarah, i felt so happy dat i can share dis moment with u. =)

  8. snm says on :

    🙄 rindu Sarah sgt2 🙄

    Angah Orked Sarah..wuuuu..semoga selamat semuanya ya, berjuang berhabis-habisan. setiap kali jenguk countdown saya, saya mesti ingat awak juga 😐

    Jaga kesihatan okey, study, study juga, tapi bila masa rehat, rehat secukupnya ya 😛

    **FIL truemax sdk kembali ke sisi Nya 😐 dia update dlm timeline dia juga**

  9. Lina says on :

    Salam Sarah..sy baru tau psl farah ziela tu..dh lama x dgr citer psl dia..dia pun nak kawen dgn ex-KI gak? ramai nye dak batch kite cmtu, kan? mmm..rasenye sume batch pun ade kan?
    sori, x de kena mengena dgn tajuk entry awk..hhehe..

  10. adlan says on :

    tgk nan ela.heehehe

  11. mieda says on :

    10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

    Point ini saya setuju sbb saya mengalaminya. Tetapi saya alaminya selepas berkahwin, sebelum kahwin langsung tak tahu bau badannya bagaimana. Selepas berkahwin walaupun saya dan suami berjauhan, kadang kala saya sentiasa terhidu bau badannya di mana-mana saya berada. hehe..adakah ini di namakan jatuh cinta? hehe..

    But honestly, selepas berkahwin anda akan sentiasa jatuh cinta padanya bukan hanya jatuh cinta semasa berkawan tetapi selepas kahwin pun anda akan merasa jatuh cinta padanya dengan banyak kali. hehe…ni pengalaman yang saya dapat kongsi.. 🙂 tak tahu la jika ia ada terjadi pada orang lain. pengalaman setiap orang berlainan. 🙂 Tetapi jika boleh biarla cinta yang kita berikan semuanya berlandaskan dan keredhaan Allah SWT semata-mata.

    kalau sarah nak cuba boleh la cepat-cepat kahwin lps blk malaysia nnti.. 😉 :mrgreen: hehehe…just joking k..don’t it take seriously..

    dah lama tak comment. sekali comment pjg plak ek. sorry ek kalau menyampah dengan komen saya ini. 🙁

  12. yeanna says on :

    hik33…
    ngah..
    klu ngah dh jtuh cnta..
    kmi pn tmpg gmbira…
    sbb x lme lgi, siap la psg khemah2 kt umah tok tuh..
    sme org duk sbuk..
    saya, linda, dyah, k long nisya, k long siti + bdak2 kecik tuh pn nk sbuk berinai..
    rumah ngah hias lawa2…
    pstu ad bunyi kompang… ad rombongan dtg..weeeee~

    huhuhuh~ 😆 😎

  13. saffa says on :

    Saffa banyak kali jatuh cinta.. 😀

    p/s:Anak perempuan ustazah bahiyah datang mendaftar di UIA semalam. Tak pasti amik course apa.. 😛

  14. alang says on :

    GUTLAK for;
    -exam
    -exam
    -exam
    -everything

    i still keep reading ur blog
    😛

  15. hawa says on :

    dalam.
    dah lama tak tinggal komen kat sini. maklumlah.. sibuk. *hehehhe*
    part merajuk dan cemburu hawa setuju sangat!! sebenarnya lelaki memang suka kalau perempuan merajuk, boleh dipujuk (kata cik abang saya la..), tapi kalau melampau timbul rasa jelak pulak. Cemburu pun sama. Kadang-kadang lelaki sengaja bergurau, bukan betul-betul nak mengorat. Paling best kalau perempuan tu layankan saja, buat bahan ketawa sesama sendiri. Itu lelaki lagi suka! (kata cik abang saya la.. )

    psst.. cepat kahwin, banyak lagi awak kena belajar. hehhe.

  16. Siti Noor Syazwana says on :

    Salam ..
    Rindu Ks jugak.
    Sekadar membaca blog ks sepanjang ‘berpisah’ dari plurk.
    semoga najah belaka untuk final…
    Salam Sayang 🙂

  17. Sarah says on :

    Sebab orang yang wujud dalam sajak tu comel2 belaka. Hohoho. :mrgreen:

    p/s: Semua yang Diya teka semalam adalah betul. 😥

  18. Sarah says on :

    Salam Nadiah.

    Mana ada awak miss apa2pun. Heheh. Saya tumpang gembira sangat dengan apa yang awak beritahu semalam. Tersengih je saya dengar. Awak mesti tersengih lagi lebar kan. 😉

  19. Sarah says on :

    Saya ada mesej awak lepas line terputus tu. Awak tak dapat ye? Insya Allah malam sat lagi saya call awak pulak k.

    Besar pengorbanan awak untuk dia. terharu nih. Harapnya dia hargai dan gunakan dengan sebaiknya. Demi masa depan awak berdua jugak kan. 😉

  20. Sarah says on :

    Falin, yang saya kena countdown lagi dekat ni ialah exam. Tinggal berapa hari je dah. Huuu. Seram rasanya.

    Sampaikan salam takziah saya pada Truemax dan keluarga. Al-Fatihah untuk arwah.

  21. Sarah says on :

    Salam Lina. Haah! Farah kawin dengan Malik rupanya! Terkejut saya tau pasal ni. Sufi 502 pun kawin jugak. Tapi yang ni bukak KI-KI. Lagi satu pasangan Yusry Jainuri-Sheeda Zakaria (Shade). Yang ni serius tak percaya! Terkejut dapat invitation dari Yusry kat Friendster. Hehe.

    Awak bila pulak? Kita bila pulak? Hahaha. 😆

  22. Sarah says on :

    Haah kan. Tengok Nan jela kan. 😆

  23. Sarah says on :

    Hehe. Yang macam ni pernah jugak dengar. Sampaikan ada yang mengidam waktu mengandung tu nak bau badan suami je. Agaknya saya kena kawin dulu la baru dapat approve kan fakta no.10 tu :mrgreen:

    Saya setuju sangat dengan Mieda. Lepas kawin pun beloeh jatuh cinta. Lagi best kot. Hihik.

    Oh. Melebih pulak saya mengomen kali ni. Macam apa je kan :p

  24. Sarah says on :

    Ahha! Mari kira semua cinta tu dan rekodkan dalam buku skrap. :mrgreen:

    p/s: Ooo. Dulu zaman sekolah dulu, pernah terserempak dengan ustazah sekeluarga dan anak2 dia sekali.

  25. Sarah says on :

    Alang! Terima kasih banyak-banyak!

  26. Sarah says on :

    Hawa, saya ni ada masanya cemburu jugak. Tapi saya tak zahirkan. Saya lagi rela pendam daripada saya buat orang yang saya sayang tu tau yang saya duk cemburu2 pada beberapa perkara yang mungkin bagi dia tak relevan pun. Entah la. Defensive sangat kot saya ni. Ha. Betul kata suami awak tu. Saya lagi rela layankan je, ikut2 ketawa sama. Padahal dalam hati tengah makan hati sorang. Hahaha.

    p/s: Memang nak kawin tapi nak kawin dengan sapenya. Huhu. Hawa! Ramai sangat batch kita nak kawin tak lama lagi ni. Semua nak ikut jejak awak la ni. 😉

  27. Sarah says on :

    Salam Wana.

    Ala…. Sedih pulak tiba2 ni. KS ada 1 hajat. Mungkin habis je exam nanti, KS akan aktifkan semula plurk KS kot. Insya Allah.

    Terima kasih atas doanya!

  28. Sarah says on :

    Yana,

    Bukit rumah tok tu dah lama sangat dah takde kenduri kawin kan. Last sekali waktu Mak Andak kawin dulu. Anak Mak Andak pun dah besar panjang dah. The next wedding ni mesti meriah Ya Rabbi la. Ngah senyum2 je baca komen awak ni. Tapi Ngah rasa kita patut doakan untuk Kaklong Siti dulu 🙂 Dan mintak urusan Kaklong Nisa dan Nan pun dipermudahkan juga. Diorang kan tengah merancang 😀

    Oh. Seronoknya kalau ada kenduri kawin kat atas bukit tu! Kalau ada sape akan kawin, Ngah nak hias buai bawah pokok semarak tu. Haha. Nak hias lawa2. Eceh. Macam apa je angan2. 😆

  29. yeanna says on :

    hehehehe…
    tak kisah la sape yg nak kwin dlu…
    yana doakan sume…
    weeeeeeeee~ tak sbrnye nak ada kenduri~
    dh bleh rse dh minyak kt mlut nih ha~
    ngeh33~

    hahahha..mcam puteri kayangan la plak nnti…takpe2 tuh yg specialnya tuh…bleh buat photoshooting kt stu..huhuhuh~

  30. snm says on :

    dh private pd dia..

    eh eh yelaa..exam final kan? buat palingtebraik utk diri sndr ya 🙂 😎

    doakan saya dpt ikut jejak langkah kaklong awak, ya 😎

  31. Khairul says on :

    Point no 10 macam disgusting je. Kalau ada orang jatuh cinta dengan saya boleh ke dia bau saya yang terlupa pakai deodoran hari ni? xP

    Saya pernah rasa point no 9. Sampai terasa nak menyebut namanya tiap saat, tapi tersentak balik – “apa la yang aku buat ni… baik sebut nama Tuhan lagi baik, dapat pahala”.

    Kompleks la. Tidak sesuai buat masa ini.

  32. Siti Noor Syazwana says on :

    Moga Ks aktif ya, sejak Ks xda ada juga beberapa yang nak stop..
    Kita tgu kemuncullan Ks kembali..
    Dgn izinNYA agar dapat ketemu dalam gathering ya!
    TC 🙂

  33. orangmuda says on :

    owh…terimas atas perkongsian infonya, teman kaksarah. 🙂

  34. Kasawari says on :

    ermmm bila Sarah membicarakan soal cinta.. aduhai….

  35. arina says on :

    assamualaikum Kak Sarah ..
    dua tiga hari nih, kite pn asyik teringat Kak Sarah je ..
    xsmpat ucap selamat tinggal pd akak ms akak quit Plurk.
    internet tade ms tuh.
    Ainul cite kat kite ms dlm lecture hall.
    sobs.

    alamak, br nk buat kesimpulan awal.
    ehehe.

    crush dgn jatuh chenta ..
    same x?

    ps : nk curi link akak, nk letak kat e m p t y.
    pss : mgkin ayt ni nmpk mcm gedik (ho yeah), tp nk ckp jugak. I MISS YOU KAK SARAH! *handing roses to dearest Kak Sarah*

  36. mieda says on :

    hehe..xla..x melebih pun..ok jek.. 🙂
    so apa lagi sarah…cepat2 la kahwin…hehehe.. :mrgreen:

  37. Lee says on :

    Bagus entri ni..Mmg kita tak boleh buat apa shj utk couple kite, melainkan die adlh pasangan kite yg sah..

    So, sarah still single la ek..Saya doakan Sarah mendapat lelaki yg baik dn dpt membimbing Sarah..Amin.. 🙂

    Err,Sarah balik lmbt lg ek? Sempat x ke walimah saya? ehehe..

  38. acai says on :

    Terima kasih sarah sebab rindukan sy*perasan,hahahahaha

  39. haritz says on :

    Harap kau berpegang kuat apa yang kau katakan, kerana sesungguhnya manusia itu sungguh lemah, hanya Dia yang lebih tahu. Aku pernah merasakan iman itu boleh menjadi tipis dengan tak sememena2nya. Itulah kerja syaitan. Aku akui aku ini kuat dan lemah dalam masa yang sama. Harap kau tak begitu.

    Salam.

  40. adenia says on :

    Ngangah..
    dayah rase dh falling love with somebody la..
    huhuhu.. 😳

  41. Sarah says on :

    Ikut jejak Kaklong? *pelik* ❓

  42. Sarah says on :

    Takde calon lagi la Mieda. Lagipun, tak sempat nak fikir lagi. Heheh.

  43. Sarah says on :

    Ngah pun tak sabar jugak. Sebab sah2 semua family kita kumpul ramai2 kan. Seronoknya. Wiii~ :mrgreen:

  44. Sarah says on :

    Jadi ye gathering tu? Kalau ada apa2 info, bagitahu la KS ye. 🙂

  45. Sarah says on :

    Haah. Kompleks kan. Untuk KS pun amat tidak sesuai buat masa ni.

    p/s: Khairul, hari ni KS pulak yang butuhkan motivasi. 🙁

  46. Sarah says on :

    W’salam wbt.

    KS sebenarnya rajin je baca plurk kamu. KS tengok kamu selalu sakit sekarang ni kan. Semoga kamu banyak bersabar ye. Dah la musim exam, sakit2 pulak. Oh. Kesian sungguh. Haip haip. Crush dan jatuh cinta tu lainnnn sangat. Huhu.

    p/s: Nanti KS update kan link kamu kat blog KS jugak ok. Take care Arina 🙂

  47. Sarah says on :

    Saya memang tak sempat nak ke walimah awak Lee. Saya kirim doa dari jauh je la ye. Moga2 persiapan untuk walimah berjalan lancar dan awak tak nervous time akad nikah nanti 😀

  48. Sarah says on :

    Aduhai la Acai ni!

  49. Sarah says on :

    Aik. Tak story story kat Ngah pun eh.

  50. Yeop says on :

    Cintailah CINTA kerna aku Sedang Ingin BerCINTA,
    Ohh..aku Jatuh CINTA, Pada Risalah Hati aku KOSONG,

    Mistikus Cinta kerna aku Sang Arjuna mencari CINTA,
    Bukan RAHASIA Jatuh CINTA lagi,

    Atau Aku Patah Hati lalu berlinangan AIRMATA,
    LARA HATI….PATAH HATI……MENANTI SEBUAH JAWABAN

    KOSONG…..BEGITULAH CINTA MENjemput IMpian

    CINTAILAH CiNta…….DeALoVa.!!

    P/S: SEMOGA JATUH CINTA DAN DICINTAI..!!!.. Moga Sarah temui CINTA sejati..!! Ur the best.!

  51. Khairul says on :

    KS.. jangan malash.. buat keja~~~
    Nah motivasi \(^______________^)/

  52. kak izz says on :

    angah,

    nota no. 3 tu buat air mata kak izz bergenang.. huhu..
    rindu angah juga.. isk isk.. lama x dtg sini, cuti panjang..
    bila boleh sembang & gosip lagi dgn angah..ngan along skali..kan.. uuuuuu..
    sedihnye sedihnye.. 😥

    apepun angah, didoakan angah tenang & dpt menjawab soalan nanti dengan baik! insyaAllah.. semoga semuanya cemerlang ye! amiinnnnn…

  53. rienaYumi says on :

    rindu kamu juga…serius ini…

    there is lot of things to share…tp tak pe…sgt sgt paham kenapa kamu tinggal kan plurk…semoga kamu kuat tuk menghadapi final exam ni….doa along senantiasa tuk kamu di sana….

    gud luck gurl….:)

  54. Lee says on :

    okay…tq, amin… 🙂

  55. adenia says on :

    huhuhu..
    baru2 ni..
    dok praktikal skali..
    trlalu awal kan..
    hihihi..
    hidayah gedix!!! 😆

  56. Siti Noor Syazwana says on :

    InsyaAllah, kalau benar2 jadi..akan sampaikan berita kat KS k. 🙂

  57. Hazreen Rashid says on :

    salam.

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen: 😈 😈 😳 😳 huahuahua….. :

  58. yonna says on :

    kakak! sumpah sweet! akak buatkan yonna teringat seseorang.
    err cara and karater akak lebih kurang beliau. beliau pun tgh nak menamatkan sesi pembelajaran sebagai doctor dekat errr aussie kot?

    semoga akak dapat cinta abadi dunia dan akhirat 🙂

    persepsi cinta org *yg tinggi sikit ilmu agama* dengan org *yg agak kurang ilmu agama* terlalu beza! akak tau akak yg mana 🙂

    satu ayat yang akak strike..
    Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

    hahahah perlu kah berjalan perlahan??? (*&%%$%$$@!!!

  59. adenia says on :

    ngangah.. 😎

  60. truemax says on :

    Salam Angah dan semua,

    Cinta itu satu bentuk cobaan yang amat mencabar. Bersedialah dengan ilmu, iman dan ikhlas 🙂

    Salah satu darinya ialah “Fear of loosing” .. itu bahaya amat.
    (ermm macam berfalsafah pula ya).

    ::truemax

Leave a Reply