Diari Ahad
Assalamualaikum wbt
Petang semalam, saya ada latihan pingpong seperti biasa. Tak tahulah nak kata macam mana. Prestasi hari semalam macam mengecewakan sungguh. Inilah padahnya bila sudah dua tahun berhibernasi. Tapi prestasi hari semalam amat mengecewakan saya. Rasa hendak menangis pun ada. Tapi buat apa. Simpan air mata untuk episod kehidupan yang seterusnya lagi baik. Harapnya, saya dapat mencari rentak permainan saya yang dulu. Hayyak!
Otot bahu dan belakang saya juga sedikit cedera petang semalam. Ketegangan otot. Hendak bermain pun terasa sakit. Tapi tetap main juga. Bila sampai saja di bilik, hendak baring meluruskan badan pun terasa sakit. Positif. Positif. Insya Allah siang esok mesti sudah elok.
Hari ini posting baru akan bermula. Jadual saya tidaklah sepadat mana. Tapi seperti biasa, perlu menjelajah ke Tenggara Moscow di pagi hari. Nasib baik Subuh masuk awal sekarang ini. Jadi, termotivasilah untuk bangun awal tanpa ada alasan sampingan. Tapi sekarang ini sudah pukul 2 pagi. Apa yang saya buat masih berjaga ni?
Saya baru siap menyapu bilik, melipat dan menggosok baju serta mengemas dapur. Sudah selesai semuanya, barulah lega hendak tidur. Hah. Siapa kata ni macam tabiat murni-tapi-sebenarnya-separa-terpaksa makcik-makcik sebelum tidur, jagalah dia.
Nota 1: Hari ini sudah hari Isnin. Maknanya apa? Jeng jeng jeng. Oh. Cepatlah siang. 😉
Nota 2: Sekali demam Facebook datang, menggila jadinya kami serumah. 😆
Nota 3: Izu, terima kasih atas panggilan jauh untuk kawan awak yang serba kecomelan ini dan sekalung TAHNIAH saya ucapkan! <—- (Sila lihat bahasa saya. Sah-sah awak kalah, Izu)
salam kc 😎
biasalah tu mula2 main lepas pencen temporary.. nanti dah lama2 nanti, baiklah dia.. pegi praktis banyak2 lagi nanti, okeh?!
posting apa plak kali ni? mesti excited kan? hehe.. selamat masuk silibus baru!
k, all the best! fighting! ada lagi beberapa bulan je lagi sebelum pengpingpong pun nak dipencenkan, so jgn la cepat sangat down nyer yer.. 😉 chaiyok!
Reply
Salam,
lets be positive.
wah2 tasha jadi org 1st komen 😀 😀
+hari isnin yg gembira!
Alhamdulillah!
Reply
Sunday = lazy snake
Monday = moody monkey hehehe 😆
Reply
jalan jalan.. dan jumpa blog anda.
sangat menarik cerita cerita anda.
Reply
THANX. >>> LIHAT BAHASA GUE
Reply
Uncle advise do stretching for five minutes before and after game.. warming up and cooling down do help sometimes..
Reply