Kemalasan
Assalamualaikum wbt
Sunyi sungguh rumah pada malam ini. Yang tinggal hanya saya dan Fatt. Fatt pun sudah terlelap. Yang lain, kemana kamu semua ni? KS dah mati kutu berseorangan saja dari tadi. Takkan hendak berborak dengan gambar kucing di gelas ni kot.
Saya seakan kurang berminat dengan blog semenjak kebelakangan ini. Tadi saya sempat melihat trafik keluar-masuk blog ini. Kalau dulu, pengunjung harian sekitar 400 ke 500 orang. Sekarang hanya 280 saja. Orang pun dah bosan hendak menjenguk sebab saya tidak update pun. Jujur saya katakan, saya malas. Ada banyak lagi benda lain yang boleh saya buat walaupun tidak menarik. Contohnya seperti membaca buku. Memang kurang menarik, kan. Boleh buat kita mengantuk secara percuma. Lebih-lebih lagi Neurologi. Terbukti jelas saya alah terhadap Neurologi. Tapi dipaksakan juga diri untuk membaca.
Plurk pun sudah tidak menarik bagi saya. Saya sudah kurang memberi respon. Alasan saya pun sama. Saya malas. Setakat meninggalkan jejak tiga, empat kali dalam sehari, kemudian terus saya keluar dari Plurk.
Dan disebabkan rumah sangat sunyi pada malam-malam minggu begini, saya membuka Facebook yang sudah agak lama diabaikan. Saya selalu mendengar budak-budak ni membuat pelbagai kuiz di Facebook. Tapi tidak pernah sekalipun saya terfikir hendak membuatnya. Tapi tadi, buat pertama kalinya, saya mencuba satu kuiz: What’s the first letter of the person you will fall in love with?
Mahu tahu jawapannya apa? A! Ya. Huruf A. Huhu. Tersengih, tersenyum, tergelak dan beberapa ‘ter’ yang lain dah pun saya termelakukan. A untuk apa? A untuk Akif! Pandainyaaa. Anak siapa ni? 😀
Ok. Sudah. Mengarut lagi. Saya tidak tahu bilakah momentum untuk menulis dengan baik akan kembali. Sejujurnya, alasan kepada semua perubahan ini ialah malas. Buat masa ini, saya cuma tidak malas untuk menunggu episod seterusnya cerita itu keluar hari Isnin nanti. 🙂
Untuk tidak mengecewakan diri saya sendiri, saya harap semua dapat mendengar bait-bait muhasabah dalam nasyid di bawah ini. Wajib dengar.
Nota 1: Penat mengikuti perkembangan Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Ha. Inilah antara aktiviti yang lebih berfaedah sikit daripada saya menulis blog. Tapi serius pelik. Yang ditolak rakyat, yang itulah dipilih di kalangan mereka. Nasib baik Muhyiddin ada. 😎
Nota 2: Didoakan yang baik-baik saja untuk Faaiqah, Nadia, Acai, Yasir dan Akak. Setiap hari mesti akan ada waktu yang buat saya teringat pada mereka ni.
jangan malas2.. nanti kena potong elaun.. he he.. ada elaun ker.. ha ha..
wah ikut perkembangan di pwtc tu ek.. bagus bagus..
Reply
Sarah Reply:
March 28th, 2009 at 1:34 pm
Kalau la update blog boleh dapat elaun, setiap sejam saya akan update kot
p/s: Saya ikut perkembangan untuk tak ketinggalan la daripada isu semasa ni. Tapi serius menjengkelkan. Huhu.
Reply
Assalamualaikum sarah,
Ingatkan A – untuk Amran… hahahhaha…!
Rajin-rajin kan diri sarah untuk menulis ya!!
Dhazhaftra..
Reply
salam ks.. penyakit malas nih sume org pOn ada..kdg2 kita pon salu kena penyakit tu..ehe ( salu pon kot ). bila dah smpi tahap kronik tu yang kena setting balik otak nih… ( mcm robot je ).. pape pOn mOge ks kembali “pulih” n rajin2 mengupdate!!
Reply
salam…oh! sy pun igt A untuk Azizul 😛
hehe…sy xberseorangan, dan Amran sependapat dgn saya mengenai huruf A…
dah tgk Blindness?
Reply
Sarah Reply:
March 28th, 2009 at 1:37 pm
Huhu. Tak sangka eh Yeop. Saya pun boleh terlupa nama awak pun mula A : Azizul.
Malam ni kot baru nak tengok Blindness. Waktu Earth Hour. Hehe. Tengok dalam gelap tak takut, kan? Yop saya jauh. Hahaha.
Reply
djambu Reply:
March 28th, 2009 at 1:58 pm
tak. tak menakutkan langsung, saya janji…
cerita ni, kalau tengok dalam terang lagi takut…serius!
Reply