Kasut

Assalamualaikum wbt

Apa khabar dunia? Rindunya nak menulis. Padahal baru 36 jam berjauhan dari blog. Gian sungguh nak menulis ni. Memandangkan ayam saya sedang diperap di dapur, baik saya menulis dulu.

Saya melihat trafik keluar masuk blog ini. Lucu pula dibuatnya. Ada yang menemui blog ini menggunakan kata carian ‘hiasan dalaman Bangunan Sultan Abdul Samad’. Sejak bilalah saya menulis tentang hiasan dalaman ya. Mesti encik-encik yang mencari kecewa apabila hanya menemui entri saya keluar bersama teman serumah dulu.Yang lucunya, bukan seorang yang mencari menggunakan kata carian itu. Ada tiga orang. Lebih kurang sajalah susunan ayatnya. Saya rasa, ini mesti budak-budak universiti mana entah ni sedang mencari maklumat yang sama. Jangan dibuat kerja tu dengan memasukkan hiasan dalaman bangunan di Rusia sudahlah ya. 😉

Saya punya Google Reader penuh. Menteil yang jarang update pun berderet-deret dia update kali ni. Jaga Menteil. Masa saya sibuk inilah dia update sekali banyak ye. Diya pun sama. Yang ni lagilah banyak. Ada tiga blog Diya yang sangat aktif dikemaskinikan sejak kebelakangan ini. Ampun ya Menteil dan Diya. Saya tak sempat nak menjenguk blog semua lagi. Buat yang lain juga sama. Kak Inah, Am, Sweet Thinker, Ainul, Thia, Kak Su, Kak Aizal, kawan-kawan di Plurk (Huhuhu. Saya sangat suka dengan komuniti kawan-kawan di Plurk. Mereka memang best!) dan juga semua email yang dikirimkan. Ampun sangat-sangat. Saya tiada masa lagi hendak membaca semuanya.

Hari ini, mari dengar saya cerita mengenai kasut. Dulu sewaktu tadika, datang ke sekolah pakai kasut Bata yang comel-comel tu. Di hujung tahun tu, untuk majlis penyampaian hadiah, setiap pelajar dikehendaki membeli sepasang kasut sekolah saiz sendiri berwarna putih dan diserahkan kepada pihak tadika untuk dibalut. Kedekut sungguh tadika saya waktu tu. Kasut yang sudah dibalut itu kemudian dihadiahkan semula kepada pelajar ketika majlis penyampaian hadiah. Mungkin ini caranya untuk memberi semangat kepada para pelajar untuk melangkah ke alam sekolah rendah. Tapi kena beli sendirilah hadiah tu. Hehe.

Sayangnya, saya bersekolah rendah di sekolah swasta agama. Dari uniform hinggalah kasut kami semuanya berbeza dengan sekolah kebangsaan. Kasut saya berwarna hitam. Jadi, kasut yang dibeli dan dihadiahkan untuk diri sendiri ketika tadika itu tak digunakan untuk sesi persekolahan langsung.

Sewaktu darjah satu, emak membelikan kasut hitam yang boleh digilap. Bukannya kasut hitam jenis kain kanvas. Tapi sebaik naik saja ke darjah tiga, saya dan juga Kaklong sudah mula pandai meminta emak membelikan kasut hitam Pallas Jazz tu saja. Tak payah yang kulit boleh digilap. Ini kerana kami berdua mewakili sekolah dalam bola jaring. Kasut hitam sekolah pun boleh digunakan untuk bermain terus. Tak payah susah-susah hendak membawa kasut salin yang lain pula. Saya berterusan menyukai kasut hitam Pallas Jazz sehingga tamat darjah enam. Orang kata macam lelaki pun saya tak kisah langsung. Maklumlah. Kasut jenis itu bertali. Kawan-kawan rapat yang turut mewakili bola jaring pun memakai kasut yang sama. Tiada nak bersusah payah membawa kasut salin untuk Pendidikan Jasmani ataupun latihan bola jaring.

Naik ke tingkatan satu, buat pertama kalinya saya memakai kasut sekolah berwarna putih. Baru belajar nak mengapur kasut. Hahaha. Terasa janggal juga berkasut putih tapi kira layan sajalah ya. Kali ini, sekali lagi saya mewakili bola jaring untuk pasukan 15 tahun ke bawah. Sepasukan dengan Kaklong. Waktu itu, hampir satu pasukan semuanya menggunakan kasut hitam Pallas Jazz. Yang otai-otai sikit beranilah menggunakan kasut yang nampak macam ganas ala-ala All America warna hitam. Sungguh bagi saya, yang memakai kasut All America hitam bertapak getah warna putih pada ketika itu nampak ganas dan terserlah keotaian mereka. 😈

Naik ke tingkatan dua, saya sudah menjadi pengawas. Jadi, tamatlah riwayat kasut putih. Saya sudah tidak mempunyai sebarang kasut putih sejak itu. Kebetulan, ketika tingkatan tiga juga saya masih menjadi pengawas dan seterusnya ketika melangkah ke KISAS sewaktu tingkatan empat, uniform rasmi kolej ialah kasut hitam yang dipadankan dengan baju-kain putih-biru seperti sekolah harian biasa. Ini juga merupakan kali pertama saya memakai seragam putih-biru ini (sekolah menengah rendah saya berkain hijau gelap).

Sayangnya, sewaktu di KISAS, baik putera atau puteri diwajibkan memakai kasut hitam yang boleh digilap. Siap ada kursus khas mengajar protokol berkasut dan cara-cara menggilapnya oleh pakcik bomba. Kelakar kan? Nak tahu petua menggilap kasut yang terbaik? Kiwikan kasut dan kemudian lalukan di atas api lilin untuk mendapatkan kesan kilatan yang termasyhur di dunia. Hahaha. 😆

Begitulah kisahnya. Hidup saya sejak sekolah rendah sehingga tamat tingkatan lima hanya berkasutkan kasut hitam saja. Jenama yang patut memberi saya dan Kaklong anugerah pelanggan paling setia ialah Pallas Jazz. Setia betul kami menggunakan kasut jenis itu. Kami tak reti nak meminta jenama-jenama lain. Tak tahu jenama pun satu hal juga. Yang saya tahu, walau sedahsyat manapun kasut tu digunakan, baik ke sekolah mahupun untuk bermain bola jaring (juga hoki), pernah saya tidak menukar kasut saya selama dua tahun. Cayalah kan.

Puncanya kerana saya bersama emak dan adik beradik ada menonton sebuah drama arab yang bertajuk Hiza’. Hiza’ maksudnya kasut. Waktu itu saya dalam tingkatan satu. Hiza’ mengisahkan sepasang adik beradik yang hidup susah. Pernah sehingga si adik berlari-lari balik sekolah untuk membolehkan kasutnya diserahkan untuk dipakai oleh si abang pula. Si abang pula asyik didenda kerana lewat tiba ke sekolah. Jadi, si abangnya ni memang hebat berlarilah kan. Hari-hari berlari ke sekolah kerana sudah terlewat. Maka pada suatu hari, abangnya nekad masuk pertandingan rentas desa di bandar itu semata-mata untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Acara itu menawarkan hadiah sepasang kasut putih untuk pemenang tempat kedua. Tahu apa kesudahannya? Walau bersungguh macam manapun si abang untuk menempatkan dirinya di tempat kedua, dia tetap menang sebagai juara. Jadi, Umar, si abang, dan Fatimah, si adik, tidak dapat memiliki hadiah sepasang kasut itu. Sedih menonton drama itu. Menangis-nangis jugalah kami adik beradik. Emak pula asyik menyebut: Ha, tengok tu orang susah macam mana. Jadi, memang terkesanlah hati kami ni kan.

Saya belajar sesuatu daripada drama itu. Kalau kita senang dan mudah saja hendak dapat apa yang kita mahu, jangan kita lupa ada orang yang hidup susah dan bergantung pada apa yang mereka miliki seadanya saja. Mungkin bagi saya dan adik beradik senang saja mahu kasut itu, kasut ini, barang itu, barang ini. Tapi kami lupa bahawa ramai lagi orang di kampung saya itu yang susah. Yang masih menerima sumbangan Baitulmal. Yang layak menerima wang fidhyah dan lain-lain.

Perkara ini realiti, kan? Di mana-mana saja masih ada lagi orang yang dhaif. Kalau kita rasa kita berada dalam zon selesa kita, berpada-padalah dalam hidup sebagai tanda kita meneladani kesusahan mereka. Dan jangan lupa kita ada tanggung jawab yang perlu dilunaskan untuk mereka. Melalui zakat. Ahha. Kali ini saya tolong Acai pula. Siapa nak bayar zakat, boleh jumpa Acai ya. Dengan wajah tersenyum dia sanggup melayan encik-encik dan puan-puan sekelian. Yang bujang-bujang pun dia layan dengan mesra tau. 😉

Nota 1: Insya Allah ada masa saya akan melawat blog semua.

Nota 2: Tadi terserempak dengan Annas jejaka Syria itu. Dia malu, saya lagilah malu. Hihik. 😳  Lama dah tak nampak dia sebenarnya walaupun rumah kami ni selang dua pintu saja. 😉

52 Responses to “Kasut”

  1. diya says on :

    okeh 1st. giler lama tak dapat 1st. nak sambung baca jap 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Haha. Kelakar la Diya ni. 😆
    Okeh. Bacalah. KS nak sambung memasak. Ayam dah cukup lama dah diperap. Mahu masak Ayam Masak Bali. 😎

    Reply

    menteil Reply:

    oo… nak lawan ek? haha…

    Reply

    Sarah Reply:

    Macam tak kenal je lagi dengan Diya tu. Huhu 😎

    Reply

    Sweet Thinker Reply:

    kalo reply dikira no2 tak? hehe! 😀

    Reply

    Sarah Reply:

    No 3 selepas Menteil 😛

    Reply

  2. diya says on :

    1. hahaha. segan pulak bila KS mentioned “tiga blog aktif dikemaskini”. 😳 hihi. no worries lah KS. faham aje KS sibuk =)

    2. err… kasut yang dibalut? macam mana tu? balut macam kotak hadiah ke?

    3. fuhh. aktif sungguh KS ye. pernah main hoki jugak ye? diya kalau pegang kayu hoki. alamatnya katok kaki sendiri, takpun kaki orang lain. muahaha

    4. terkesan dengan cerita sedih Umar dan fatimah …

    5. ehem. Annas tu hemsem tak KS? =P

    p/s-terperasan satu. latest entri diya ngan latest entri KS sama huruf pangkal :mrgreen:

    Reply

    ainul arina Reply:

    kak diya, anas hensem! hehehehe 😎 kan ks kan? long time no see in ks blog, mr anas! 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Pandai kamu 😉 Annas di KIV kan. Nanti sebut banyak-banyak orang tanya2 pulak kan :p

    Reply

    diya Reply:

    huh? hemsem? patutlah KS sipu2 malu. lain kali kalau KS terserempak ngan dia lagi, nak bagi hilang kan sipu2, KS cakap gini – “Mr Anas, diya kirim salam kat awak”

    miahaha 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    1. Tunggu la weekend ni. Insya Allah KS qadha’ semua tau 😆
    2. Yup. Bungkus macam hadiah tu. Guna kotak kasut tu je sebagai kotak hadiah. Yang lucunya, pembalut kotak tu pun warna putih kosong je tau! 😛
    3. Yup. Main hoki jugak.
    4. Cari la cerita tu di Youtube. Ada kalau tak silap. Children of Heaven.
    5. Penyejuk mata, penawar hati. 🙂
    p/s: K untuk Kedekut 😎

    Reply

  3. nadinezuharra says on :

    betulke tadika Sarah dulu kene bungkus kasut mcm tu..hmm,geli hati pulak dengar.. kalau sekaranglah,mesti time mesyuarat ala2 PIBG, cikgu2 dah kene komplen kan.. tp takpela..mungkin ade hikmahnye kisah mcm tu berlaku.. 🙂
    *pernah tgk jg kisah hiza’ tu..bergenang jugalah air mata.. abang die caring kan..?

    Reply

    Sarah Reply:

    Tadika Kemas je waktu tu. Zaman tu budget tak banyak kot. Hehe. Haah. Abang dia caring sangat. Saya tengok banyak kali pun tak jemu rasanya. Tetap boleh menangis jugak. 😥

    Reply

  4. menteil says on :

    hehe.. sekarang masa sangat rajin.. kalau malas jangan harapla..
    tapi tak boleh lawan diya time dia tengah rajin.. hehe..

    klau kasut aku zaman sekolah mesti berconteng.. conteng pakai pen kalau subjek yang diajar membosankan.. hehe..
    kapur yang jarang.. pelajar jahat, takde sape berani tegur.. huhu..
    dulu ek.. skang baik.. haha..

    Reply

    Sarah Reply:

    Betul amat tu. Diya kalau time rajin, mak aih. Berlambak-lambak entrinya!

    Ya Rabbi. Conteng kasut? Tak comot ke jadinya kasut tu? 😆 Ehem. Menteil sekarang memang budak baik. Eh silap. Jejaka yang baik 😎

    Reply

  5. Lina says on :

    Salam Sarah..
    Tak tau pulak Sarah main bola jaring zaman dulu..if tau, bleh sarah join kitorg zmn dulu kala tu..msti syok, kan? tp sarah asyik busy je dulu..heheh..

    mm..1st time dgr hadiah tadika bli kasut sndiri, heheh..tp cumel la plak.. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Dulu saya terikat dengan discussion bahas, Lina. Tambah pulak, sakit saya selalu je datang. Tak stabil sangat waktu tu. Doktor tak bagi bersukan sangat. Nak buat macam mana kan.

    Reply

  6. sinar_islami says on :

    chumel lak citer pasal kasut ni kan akak…
    haha..kasut sha silih berganti..suka jalan gamaknya
    huhu..pernh tgk filem tu..sedih n terharu la kalau ade abg cmtu..
    btw..All da best akak..hehe lepas ni kasut apa pula agknya

    Reply

    Sarah Reply:

    Ramai rupanya yang dah pernah tengok cerita tu ye. Risau jugak bila tulis tu, nanti orang ingat entah cerita apa je yang KS tulis tu. Hehehe 😀

    Reply

  7. ainul arina says on :

    kenangan paling jelas pasal kasut time sekolah rendah ada dua je yang paling ainul ingat… First, operasi mengeringkan kasut on the spot dengan cara letak bawah peti ais semalaman lepas basuh.. Macam mana ntah belajar? Huhuuhu.. Second, setiap pagi nak pegi sekolah rendah , kena check dalam kasut dulu, ketuk2 sket, penyek2kan sket untuk check ada katak ke tak dalam kasut. Katak kat kampung tu suka sangat masuk nyorok dalam kasut sekolah.. Apasal ntah. Lawa sangat kot.. Hehehe.. Best gak kengkadang sebab nanti ada la aksi orang terlompat jerit2 pagi2 buta buat show kat kampung sebab terkejut ada benda lembik2 dalam kasut… Hahaha~ *Turut jadi cara kenakan adik kalau sampai mode kejam*

    Reply

    faraulahnbananas Reply:

    Yang kedua tu memang habit saya waktu sekolah rendah dulu.Terkenang.Pernah satu pagi saya pakai je kasut terus tak tengok dulu.Rase lembik2.Geli ya amat.Jerit dan terus saya tendang kasut tu jauh2.Jadi fobia dengan katak dalam kasut.Lepas tu setiap kali nak pergi sekolah je mesti suruh mak yang cek ada katak ke tak dalam kasut. :mrgreen:

    Reply

    Sarah Reply:

    Hehe. Ramai rupanya yang ada pengalaman macam ni kecik2 dulu 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh Ainul! Samalah kita. KS pun kena check dalam kasut dulu. Takut ada katak masuk. Tu sebab mak dah pesan. Masukkan kasut dalam almari kasut. Susun kat level atas. Ni tak. Degil. Biar je atas lantai tak susun kat dalam almari. Padan la muka sendiri bila pagi2 ada benda sejuk dalam kasut. Huhu. Pandai kamu buat KS terimbau memori kecik2 ye 😉

    Reply

  8. irma2203 says on :

    assalamualaikum sarah..

    1st time hantar komen..selalu jd silent reader je.. 😉
    teringin nak kongsi psl kasut jugak..hehee
    sy dulu pon sekolah men pakai kasut hitam..
    sy lg dasyat..basuh kasut sebulan sekali je..haha (malas giler tp untungkan..jimat air sekolah..hehee)
    sy pakai kasut pallas jazz sbb kasut tu yg ada saiz 8 dan sy muat leh pakai..
    sampai naik tingkatan 4 ada peraturan baru..budak pompuan tak boleh pakai kasut bertali..kononnya ala2 lelaki…ggrrrrr..geram sungguh kat ckgu disiplin.. dah la sy susah nak cr saiz…tetiba kena plak beli kasut ala2 perempuan..jenuh mencari kasut perempuan yg ada saiz 9..ada pun sy x berkenan..tp terpaksa la jugak beli..(lagipun bujet nak beli kasut x tinggi..nak beli kasut mahal sian plak kat abah..baik kan sy..waahhh..angkat bakul sendiri nampak..hahahaaaa)

    eh..panjangnya komen…melampau ni..blog sapa ni..hehee

    *sy suka baca blog awk..dulu cita2 sy nak jadi doktor tp masa tu sek sy xde aliran sains lg..so..sy ambil akaun..alhamdulillah..sy bersyukur dgn apa yg sy kecapi hari ini..)

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam kenal Irma 🙂

    Allahu Akbar! Sebulan sekali je basuh kasut. Ni tahap dewa ni. Hehe. Nasib la hitam kan. Memang tak nampak kotor pun. Saiz 8 ye? Saya saya 5 je. Katek sungguh saya ni. Waktu saya di KISAS pun alasannya sama macam tu. Kasut bertali nampak macam laki. Jadi perempuan tak boleh pakai. Adui. Tapi kalau saya, tak kisahlah bertali ke tak, asalkan tertib sebagai perempuan kita jaga, takde halnya la kan 😉

    p/s: Jadi apa2pun sama je. Yang dikira ialah usaha kita untuk jadi yang terbaik dalam apa yang kita buat. Kan?

    Reply

  9. irma2203 says on :

    sarah..

    cerita hiza dengan children of heaven sama ke..?

    Reply

    Wanie Reply:

    salam. macam sama je. masuk lumba lari tp ttp dpt number 1

    Reply

    Sarah Reply:

    Yup. Sama je. Satu tajuk arabnya. Satu lagi tajuk inggerisnya. Hehe.

    Reply

    Sarah Reply:

    Sesungguhnya ia adalah cerita yang sama. 😉

    Reply

  10. hakimah says on :

    mcm penah tgk crita kasut2 tu…sedih gak..sob3 😥

    heran nape kasut aku mesti berlubang kt ibu jari, tajam sgt ke?? padahal xsampai setahun guna. G.A.N.A.S 👿

    Reply

    Sarah Reply:

    Lubang? Ibu jari ada gunting azimat kot 😆

    Reply

  11. Iman Aisyah says on :

    Salam sarah 🙂 🙂

    1st time kita komen kat blog awak yg baru ni,lupe lak dulu ada ke tak komen kat blog lama.

    you are a good writer dear!goodluck nak abeh dah!
    kelakar tingat cara kilat kasut pak cik bomba ajar..tapi best gak dulu sebab kasut kita xyah basuh.

    Selamat study hard sarah 🙂 🙂

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Tasha!

    Ya Allah. Saya tak pernah tahu yang awak baca blog saya. Sabar jela awak ye. Tak penah tinggal jejak pun. Mana la saya nak tau yang awak ada blog jugak. Aduhai. Dulu kita kat dorm selalu guna 1 lilin je untuk kiwi kasut ramai2. Saya selalu join Saadah. Sebab dia ada lilin. Awak join sape ye? Hehe. Waktu tu, punya la semangat nak kasut berkilat. Dah lama2 tu, malas dah nak berlilin semua tu. Kilatkan dengan kaki pun pernah. Huhuhu 😆

    Same goes to you. Study hard! 😉

    Reply

    Iman Aisyah Reply:

    ekeee=)
    kita jadi pembaca tido!

    hehe..
    blog kita biasa2 saja..nanti kita tulis citer best2 kita jemput awak bace=)

    best baca kenangan2 zaman dulu.

    kita lagi laa malas kilat kasut..zaman kanak2 dahulu!hehe.

    chayok2!

    Reply

  12. chi am says on :

    alamak baru nak jadi orang 1st komen. no 12 dah. huhu.. tu la sarah da lame x singgah 👿

    Reply

    Sarah Reply:

    Ampun Am 🙁 Saya busy during weekdays. Tunggu weekend ni ya.

    Reply

  13. acai says on :

    Salams sarah,
    Dah nak balik baru bleh tinggal jejak..awk ni bleh jadi duta Pallas Jazz lah sarah..:) sypun suka kasut pallaz tu sebab itulah kasut yang paling best untuk bermain sepak takraw,hehe..:) kalau sarah dari kecik sampai tingkatan berkasut hitam sy plak dari sekolah rendah berkasut putih..

    Tentang kiwi kasut tu, memang betullah..kalau dililin memang lagi nampak hitam kilatnya..:) tapi tu cara cepat..kalau tak guna lilin sbnrnya kilat tu lagi lama,hehehe..dulu penah masuk kedet dan wataniah tahulah,haha..:)

    Sarah awk nak tau tak..sy tak taupun goggle reader tu apa dan tak reti pasal plurk tu,hehe..penahlah tengok awk punye tu tapi memang tak faham,hahahahah..lagipun sy takde ramai kawan maya nak connect camtu..harapkan kawan2 blog jela..:P

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Acai. Awak main takraw? Wahaa. Macho gitu 😀 Budak2 kadet, wataniah memang la tahu kan pasal ni. Ni memang kewajipan diorang ni. Awak pernah tak kena denda sebab kasut tak kilat? Pakcik bomba tu dulu cerita, ada yang penah kena denda angkut pasir 100kg kalau tak silap. Fuh. Penat tu. Tu baru pasal kasut je tu.

    Acai, tak tahu benda alah semua tu pun tak pe. Bukan kewajipan. Hehe. Cuma google reader ni membantu saya nak tahu update2 terkini daripada blog2 yang saya subscribe tanpa perlu saya bukak blog tu untuk baca update tu. Plurk tu tempat saya melepak je. Huhaha 😆

    Reply

    ainul arina Reply:

    bro acai, mehla join kitaorg melepak kat plurk sana.. 🙂 tambah korum.. 😉

    Reply

    Sarah Reply:

    Tak boleh kot Ainul. Acai ni ada banyak kerja kat rumah. Dia ada lembu, ada cacing, ada kebun naga. Ambil gambar kahwin lagi. Fuh. Dia memang sibuk. Tapi memang respect la kat dia kan 😉

    Reply

  14. Sweet Thinker says on :

    dokte, mmg bz. tp beta tetap ske kan dokte 😳 <– da malu!

    Reply

    Sarah Reply:

    Nanti saya carikan. Mau? 😉

    Reply

  15. akak says on :

    akak ingatkan Sarah nak story pasal high heel tadi.. 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Nak cakap jugak sekali lagi. Ingatan Akak memang tajam 😉

    Reply

  16. Hazreen Rashid says on :

    salam KS…

    movie tu nama Arab dia Hiza’ ek? tak silap saya ada filem Iran, director dia Majid Majidi. Tajuk dia Children of Heaven kalo tak silap saya. I wonder if we’re talking about the same film.

    saya pernah baca review je, tapi tak pernah2 tgk pun. since u brought this up i think i’m gonna be looking that movie up this weekend. :mrgreen: 😆

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Hazreen. Haah. Cerita yang sama je tu. Ada di Youtube kalau tak silap. Boleh la kamu layan weekend ni ye 😉

    Reply

  17. Hazreen Rashid says on :

    salam KS, saya baru lepas tgk citer Children of Heaven tu, in its original language which is Persian and subtitle English. :)))

    sedeyh2…sebak2 gak saya tengok nie…insaf sungguh…hadiah kasut tempat ketiga KS, bukan kedua… hehe…

    thanks KS, kalau KS tak mention kat sini saya tak teringat pun nak tgk filem nie…hehe…

    Reply

    Sarah Reply:

    Salam Hazreen. Hehe. Persian ye bahasa untuk version yang kamu tengok tu? Sebab yang KS tengok tu memang Arab totok tu la. Ops. Nombor 3 ye? Alahai. Silap la pulak.

    Sat tadi ni, KS tengah relax2 baca buku kamu tu. Thanks Hazreen 🙂

    Reply

  18. djambu says on :

    salam,
    kursus protokol tu pakcik bomba yg kelola ek? sy igtkn askar. ntah, lupa dah pn. sarah je rajin igt. haha

    masa dia ajar lalukan api atas lapisan ‘kiwi’ tu, saya cuba juga di rumah. tapi xjadi. sbb kasut kulit saya bukan kasut kulit yg berkilat. kulit kasut saya jenis but yang ‘berus-la-mcm-mana-sekalipun’ tak akan berkilat…adoiii…

    Reply

  19. Amy says on :

    huhu..i pn tgh cari hiasan dalaman bangunan sultan abdul samad..
    tp jmpe u punye blog..
    act, i kne wt folio..
    tp xjmpe2 gak..huhu..
    🙁 😕

    Reply

    Sarah Reply:

    Oh. Comel sungguh. Memang semenjak dua menjak ni makin ramai pulak yang search for hiasan dalaman bangunan Sultan Abdul Samad akan jumpa blog ni. Apapun harapnya awak dapat jumpa info tu untuk siapkan folio tu ye. 😉

    Reply

  20. google says on :

    Very nice post. I just stumbled upon your blog and wanted to say that I have truly loved surfing around your blog posts.
    After all I’ll be subscribing on your rss feed and I’m hoping
    you write once more soon!

    Reply

Leave a Reply