Rasional
Assalamualaikum wbt
Saya mengkategorikan otak saya sebagai kompleks. Cara saya berfikir sangat berselirat. Kalau sudah ada satu keputusan yang diambil, saya mesti akan berfikir sekali lagi untuk merasionalkan kata putus itu.
Contohnya begini. Beberapa hari lepas, saya menyusun semula nota-nota lama untuk subjek Obstetrics. Saya menggunakan fail plastik lutsinar sebagai fail untuk mengisi nota-nota kelas. Di permukaan atas sekali, saya tulis perkaraan OBSTETRICS menggunakan marker di atas sehelai kertas A4. Disebabkan subjek ini telah dipelajari sejak tahun 2007, kertas A4 yang dijadikan kulit fail ini telah buruk rupa. Memang buruk benarlah.Yang masih cantiknya hanyalah sampan kertas yang saya sisipkan di atasnya dan tertulis ‘From Sarah With Love’. Huhu.
Jadi, saya membuat sekeping kulit baru. Saya menggunakan marker warna lain pula. Kebetulan ketika hendak mencuba marker yang lagi satu tu, saya telah terconteng pada permukaan depan kulit lama yang sudah buruk itu. Sebelum tu saya ada mencuba dua batang marker lain tetapi saya mencontengnya di permukaan belakang kertas itu. Bila sudah siap kulit yang baru, saya tindihkan saja di atas kulit yang buruk. Di situ saya terdiam sebentar.
Otak saya menyuruh saya merasionalkan semula keadaan. Otak saya kata, buang sajalah kulit lama tu. Dah berconteng sikit dah pun di atasnya tu. Saya tarik keluar kertas itu. Kemudian, laju saja otak saya menjawab semula. Alah. Sikit saja. Lagipun dah dua tahun lebih kulit tu menjadi kulit fail ni. Simpan sajalah. Jadi saya masukkan semula. Tetapi kemudian otak saya menjawab lagi. Tapi buat berat je usung ke sana ke sini. Lagipun bukannya nampak bila dah ditindih dengan yang baru tu. Jadi, saya tarik separuh kertas itu untuk dikeluarkan. Tetapi otak saya merasionalkan semula keadaan. Alah. Sehelai kertas tu manalah berat pun. Entah berapa miligram saja beratnya. Lalu saya menyimpan semula kertas itu. Jadi, sampai ke hari ini saya masih menyimpan kulit buruk itu. Pada penilaian kedua, saya ni kan sentimental orangnya. Selagi boleh simpan, memang saya simpan. 😆
Malam semalam, sekitar 12 malam saya sudahpun naik ke atas katil. Saya baca tak masuk-masuk. Jadi baik saya tidur. Lagipun hari Isninnya cuti. Ada banyak masa untuk membaca. Tetapi saya terjaga semula sekitar 1.30 pagi. Selepas menghilangkan mamai dengan dua, tiga orang rakan di Plurk, saya menyambung bacaan. Kali ini saya menyandar di katil dan menggunakan lampu studi saja. Bilik sudah gelap memandangkan yang lain sudahpun tidur.
Saya membaca sehingga pukul 3.30 pagi lebih. Dalam pada itu, saya tertidur. Saya tidak sedarlah pula pukul berapa setepatnya saya tertidur tu. Dalam saya tidur itu, otak saya mengingatkan bahawa saya tidak membaca doa tidur lagi. Jadi saya kena bangun. Saya amat jelas dengan arahan otak saya yang masih belum mencapai lelap. Saya terbangun setelah terlelap dalam 10 minit. Saya lihat jam. Sudah 4 pagi. Saya menyambung sedikit lagi bacaan. Saya tak puas hati sebab tertidur tadi. Jadi saya berniat untuk habiskan dulu sehingga perenggan yang saya hajatkan.
Tetapi, saya terlelap lagi dalam 15 minit kemudian. Dalam tidur kali ini, saya berkali-kali diingatkan oleh otak saya supaya bangun membaca doa dulu. Jika tidak, ada perkara tidak baik akan terjadi dalam tidur saya tu. Tidur saya tidak akan sempurna. Begitulah otak saya merasionalkan semula keadaan saya yang tidur tidak membaca doa itu. Tapi saya tetap meneruskan tidur. Memang dah mengantuk sangat waktu tu.
Dalam tidur, saya bermimpi. Konon-kononnya saya sudah bekerja waktu itu. Ada satu malam, saya baru balik dari kerja. Sampai di rumah, saya menutup pintu pagar di bawah bukit dan berjalan menaiki bukit rumah. Dalam gelap malam, saya terasa diikuti. Saya yakin ada orang yang mengikut di belakang saya. Sampai di rumah, saya sedang berada betul-betul di hadapan pintu dapur rumah (kami lebih biasa menggunakan pintu dapur di tengah rumah untuk keluar masuk berbanding pintu runag tamu). Saya nampak kelibat orang menyusup di pintu depan.
Saya cepat-cepat cuba membuka pintu rumah. Tetapi tak sampai beberapa saat, orang itu datang menerkam saya dari arah belakang dan cuba menerkup mulut saya. Yang saya ingat, saya menjerit sekuat hati: Emak, ayah, ada orang nak masuk rumah!
Sekelip mata kemudian, saya terbingkas bangun. Bangun dalam keadaan terkejut. Ala-ala macam dalam drama tu. Bangun yang terus duduk atas katil, pandang keliling, usap-usap muka tu. Hahaha. Saya memandang rakan sebilik saya. Masih tidur. Saya pun baring semula dan otak saya pun mula memarahi diri saya. Itulah lagi. Siapa suruh tak baca doa. Dah ingatkan, tak buat-buat juga. Kan dah mimpi yang bukan-bukan.
Bila sudah siang, Fatt menegur saya. Katanya: KS, KS sedar tak yang KS mengigau malam tadi? Saya menjawab: Haah. Sedar. Pukul 4 lebih. KS jerit ’emak, ayah, ada orang nak masuk rumah!’. Fatt membalas kembali: Saya tak tahulah pulak apa yang KS jerit tu sebab tak jelas sangat. KS macam mumbling dalam tidur tapi kuat. Saya jawab dengan tergelak-gelak: Bukan sengaja nak mumbling tapi waktu tu mulut KS kena pekup dek orang. Haha.
Mesti Fatt pelik apa yang saya maksudkan. Dalam mimpi saya, saya kan diserang dari belakang dan orang itu menekup mulut saya. Sebab tu jeritan saya tidak jelas. Dan ketika terjaga dari tidur tu, memang saya rasa semput nafas, terbawa-bawa dek insiden menggelupur cuba melepaskan diri. Aishh. Ngeri bila diingat semula. Rasa macam nak mati tak cukup nafas.
Ok. Kembali kepada topik. Otak saya ni nampaknya semakin kuat menguasai saya. Semua benda pun dia nak rasionalkan semula. Ada kalanya baik. Ada kalanya memang menyusahkan saya. Sebab perkara yang ringkas dan mudah pun saya jadikan kompleks dan yang tidak wajib pun otak saya tafsirkan sebagai wajib. Contohnya seperti doa tidur itulah. Boleh saja kalau saya hendak hentam taram teruskan tidur tapi otak saya macam sudah ada satu mind setting yang mewajibkan membaca doa sebelum tidur. Bila saya tertinggal doa, sudahnya mimpi yang bukan-bukan pula.
Kadang-kala, saya sampai terfikir begini: Kalau saya tak bawa sehelai tudung spare ke hospital, nanti saya tak boleh masuk labour room atau OT. Jadi saya bawa. Tapi kemudian saya keluarkan semula dari beg kerana otak saya berkata saya mesti boleh masuk punyalah ke labour room dan OT dengan tudung saya ni. Tapi tak sampai seminit kemudian, saya mesti bawa semula tudung itu kerana otak saya merasionalkan keadaan dengan berkata: Padan muka nanti kalau orang lain boleh masuk OT, awak duduk seorang kat luar. Huhu. Sudah-sudahnya, untuk mengelakkan otak saya berbalah dengan diri saya sendiri setiap pagi, saya tinggalkan sehelai tudung spare di bilik salin baju khas untuk pelajar tahun 6 di hospital. Tiada nak gaduh-gaduh dah di pagi hari sama ada hendak bawa atau tak. Buat pening kepala sendiri je la Cik Sarah oi.
Adeh. Penat nak layan otak ni. Sikit-sikit suruh rasionalkan semula. Huhuhu. Petang tadi saya rehat sekejap dengan tidur sebentar. Saya baru nak tarik selimut tapi otak saya menegah dengan tujuan supaya saya rasional. Katanya: Nanti tidur terlajak sampai 2 jam baru padan muka. Laju saya menyimpan semula selimut ke bawah bantal dan saya berbaring tanpa bantal seperti biasa. Tidur di waktu sejuk tanpa selimut adalah tidak menggembirakan, kan? Otak oh otak. 🙄
Nota 1: Entri ini adalah autopost.
Nota 2: Takutnya nak final exam lagi 3 bulan! 😥
takut nk final exam lagi 25 hari…
Reply
Sarah Reply:
February 24th, 2009 at 3:52 pm
Dengan mendarab ketakutan saya dengan 3, maka saya dapat merasakan ketakutan yang awak rasa sekarang *seramnya*
Reply
Hai Sarah,
Saya harap saya bukan salah seorang yang Sarah ingin elakkan. Tahniah kerana sudah ada domain sendiri.
Reply
Sarah Reply:
February 24th, 2009 at 3:52 pm
Bro Fadli, semestinya bukan anda 😀
Reply
He he he seronok baca macam cerpen fiksyen. 🙂
Yang tulis blog banyak banyak ni otok yang mana.. mung sarah boleh bagi nama pada otak otak tu. 🙂 😆
Reply
Sarah Reply:
February 24th, 2009 at 3:54 pm
Nama otak kanan dan kiri saya ialah otak-otak yang berasap dan sedap. Kekeke 😀 Erm. Mungkin Nana dan Nani kot. Jangan tanya kenapa. Saya takde jawapan kenapa namanya Nana dan Nani 😛
Reply
Agaknya otak kiri dan otak kana kalau berjalan secara serentak, mcm nilah jdnya…
Reply
diya Reply:
February 24th, 2009 at 3:18 pm
hehehe. diya setuju dengan kenyataan hidemichi 😎
Reply
Sarah Reply:
February 24th, 2009 at 3:54 pm
Mungkinlah kot. Nak buat macam mana. Ada dua belah otak. Kita gunakanlah semaksimumnya kan. 😛
Reply
Salam Sarah..
Seronok baca sume entry awk, sbb macam tgh dgr awk bercakap kt telinga sy plak, stp saat pn awk bcerita, heheh..
Sy pun final exam bln 5 ni..takutnye~
Marilah doakan kejayaan bersama, heheh.. 😉
Reply
diya Reply:
February 24th, 2009 at 3:19 pm
setuju jugak dengan kenyataan Lina. KS bercerita seperti ada depan mata saje. seronok diya baca 😀
Reply
Sarah Reply:
February 24th, 2009 at 3:56 pm
Macam tengah bercakap kat telinga awak ye? Hehe. Jaga la malam nanti Lina. Kot terdengar bunyi benda bisik2, tu suara saya la tu. 😆
Insya Allah. Najah untuk semua saya doakan. 🙂
Reply
makin hari makin menarik karangan sarah..sarah tak terfikir nak terbitkan satu buku novel? hehe…
Reply
Sarah Reply:
February 24th, 2009 at 3:57 pm
Terbitkan buku? Oh no no no. Saya tak sampai level penulis amatur pun. Kena gelak dek orang je.
p/s: Saya menulis sebagai terapi harian saya.
Reply
slm sarah,
sy rasa ni sindrome orang dah nak abis blaja kot,hehe..bagus betul awk siap organize camtu..dulu sy errr satu beg tu penuh ngan nota semua matapelajaran,hahahaha..pernah gaklah tagging masa awal semester..seminggu pas tag tu, kertas tagging tu dah hilang,hehe..
dan mimpi awk ni dah bleh masuk drama..pastu siap bleh ingat lagi tu time dah sedar,hehe..ngah bayangkan camnelah kalau awk mimpi ngah atas pelamin..mesti asyik senyum2 je dalam tidur,hahahaha
Reply
diya Reply:
February 24th, 2009 at 3:21 pm
acai kalau komen mesti acuh2 KS kahwin cepat2. kan kan kan 😛
Reply
Sarah Reply:
February 24th, 2009 at 4:00 pm
Haa.. Tu lah pasalnya kan. Acai tu memang. Kawin je la modal dia. Haha.
Reply
Sarah Reply:
February 24th, 2009 at 3:59 pm
Orang laki lain. Bukannya diorang kisah sangat pasal ni semua. Huhu. Cuba tanya budak perempuan lain. Saya rasa, ramai yang sangat ambil berat tentang kertas nota, kertas tagging semua tu. Huhu.
Ops. Kalau mimpi atas pelamin, saya tersenyum dalam tidur dengan penuh keayuan gitu! 😉 Maklum jelah. Seribu mata tengah memandang, kan. Haha.
Reply
hahaha. sori lah KS. tetiba ngada2 nak jadik tukang balas komen diorang pulak. 😆
pelik satu je. KS sedar ye KS mengigau? aiseyman. selalu orang mengigau ni tak berapa nak sedar. tak sangka pulak KS boleh jaga, siap buat deskripsi kenapa mengigau. huhu. suspect sungguh!
Reply
Sarah Reply:
February 24th, 2009 at 4:01 pm
Sila la Diya. Kalau Diya tak reply ni tadi, entah malam karang baru KS tergerak hati nak balas. Tup2 balik dari hosp ni tadi, tengok email penuh nama Diya. Hahaha 😆
Entah la Diya. KS ni memang jenis ingat apa benda yang jadi. Tak tau la kenapa. *Ada potensi menjadi pendendam kan? Huhu*
Reply
diya Reply:
February 24th, 2009 at 5:33 pm
pendendam? rasanya KS bukan begitu kan =)
ada satu entri yang diya komen agak panjang, tapi connection buat hal pulak. hilang terus mood nak taip balik komen tu. jap2 nak cari gali entri tu balik =p
Reply
Seronok tau simpan barang-barang yang boleh disimpan selagi boleh simpan. Kat rumah penuh satu laci segala bagai warna dan saiz kad yang pernah dapat masa sekolah dulu. Tambah pulak duduk asrama, lagi lah banyak koleksinya. Mood menyimpan dan mengemas masa tak sayang barang tu seronok. Habis kaut masuk plastik. 😛
Reply
Sarah Reply:
February 27th, 2009 at 1:07 am
KS pun macam kamu jgk Nad Dulu KS simpan dalam laci meja belajar kat rumah. Tapi sejak meja tu diletakkan dalam bilik adik lelaki, barang2 KS dipunggah isi dalam kotak je. Bawah katil kot sekarang ni. Ada lagi semua. Hehe. Tapi bila tiba masa mak nak beramal, dia suruh la anak dia ni keluarkan mana2 yang dah tak nak tu. :p
Reply
Selamat kembali Sarah… Bbl ocen luvitne!!! 😛
Reply
Sarah Reply:
February 27th, 2009 at 1:05 am
Eh, Yeop ni boleh cakap Russian ke?
Reply
salam
samalah kita.tapi saya ni kes lain.setiap pagi mesti check buku banyak kali.tak puas hati kalau sekali ja.takut tertinggal buku agaknya.tapi selalu jugak kakak marah .tiap pagi kakak saya mesti cakap ni:
kak: lambatla ko ni.check sekali da lah
saya:diam ja.[mata masih tengok jadual]
hehe .tu je.
Reply
Sarah Reply:
March 1st, 2009 at 1:17 am
Hehe. Comel je kamu ye. Agak2, kakak kamu bengang tak? Hehe.
p/s: Kamu ni dah duduk bawak kategori perfectionist ni 😉
Reply